Sunday, August 10, 2014

Jom Makan : PappaRich, PJ State

Ini entry tak berapa bererti sangat. Tapi tangan aku kadang kadang tak leh dok diam, nak jugak snappy dan berkongsi. Ini tabiat agak buruk. Harus di hentikan segera !

Balik KL semua kedai belum bukak. Nak masak al maklum la.. letih lepas perjalanan yang jauh.

Jadi mencari tempat makan adalah payah gila. Nak makan KFC dah tak lalu. Nak makan Mc D macam nak boikot... ( ura ura je )...

Keliling kota cari tempat makan. Memula konon macam ada kedai bukak di Pantai Dalam, tapi tak der. Semua masih dalam mood raya.

Bangsar South

Pastu pusing pusing sampai ke PJ. Ingat nak pegi ke Restaurant A&W kat PJ yang bakal di robohkan tu, tapi tengok orang punya lah ramai. Beratur sampai keluar.

Tak jadi.

Last sekali makan kat PappaRich di PJ State.

Menara MBPJ

Berpusing pusing gak nak cari parking

Menu book

Kuey Tiaw PappaRich ni adalah idaman Malaya ni..

Setting Resto

Pernah jugak la gi PapaRich sebelum ni. Menu dia memang agak banyak tapi ada menu menu dia yang sememangnya menjadi pujaan tekak selama ini.

Moh makan.

Nasi Lemak untuk Hero. Nasi Lemak PappaRich bagi aku biasa biasa jer, tapi ayam goreng dia agak comparable macam ayam Madam Kwan. Garing dan rangup.

Kuey Tiaw untuk aku. Ni confirm sedap ! Comparable jugak dnegan Madam Kwan punya Kuey Tiaw tapi kat PappaRich ni murah sikit harga dia.

Mee Kari yang juga turut terbukti lazat

Aneka minuman termasuk Milo Dinosaur

Dim sum

Roti.. macam biasalah masa order tengah lapar.. bila dapat makanan jadi kenyang

Princess nak noodle ni. Aku rasa maggie biasa jer. Dah la agak tawar

Alhamdulillah kenyang juga adanya

Yang menariknya, dekat area Menara MBPJ tu malam malam pun agak meriah.

Selain daripada banyak tempat makan, ada jugak aktiviti aktiviti yang tersedia.

Ni orang lukis lukis ni

Ada free gym kat area tu. Agak agak nak keluarkan peluh dan kuruskan badan boleh la try

Cuti dah abis.

Dah bermula tugas tugas rutin macam biasa setelah pulang ke kota. Kalau ikutkan nak cuti raya sebulan, tapi apa kan daya..

Apa apa pun............. selamat kembali bertugas !

Oh. nak cakap sikit pasal boikot memboikot Mc D ni. Aku tak de lah against it tapi aku rasa tak perlu nak emosi sangat sampai nak memboikot. Walaupun aku tak de sedara mara keje Mc D tapi ramai je orang yang keje kat situ. Periuk nasi dia orang kat situ. Banyak lagi cara lain nak ajar Israel tu. Apa kata yang piket ramai ramai tu pegi masjid dan berjemaah dan solat Hajat.. Cara macam tu lagi praktikal.

Aku tanya OR

"Awak nak boikot tak Yang?"
"Boikot lah.. tapi nanti keluar Prosperity Burger saya makan lah"

* pengsan

Dah. Tu pendapat peribadi aku jer. Korang nak boikot, pegi la boikot.... aku makan je bebila aku rasa nak makan Mc D tu. Tapi kalau nak boikot tu jangan rosakkan harta benda buleh?

Kalau nak boikot jangan makan terus ! Duduk diam diam. Jangan nanti senyap senyap dah menyesal gi order Samurai Burger.



Dulu
Aku pandang diriku
Kekasih yang setia
Tak pernah berdusta

Kini
Aku mulai merasa
Sedap hati mendua
Perlahanku tinggalkan kamu

Tapi
Semakin jauh aku
Semakin aku rindu
Rindukan kamu

Menyesal aku putuskan kamu
Kerna ternyata aku tak mampu
Menahan siksa azab cintamu
Aduh aduh mana tahan batinku

Mungkin
Mungkinkah kita bisa
Perbaiki semua
Kembali bersama

Kerna semakin jauh aku
Semakin aku rindu
Rindukan kamu

Menyesal aku putuskan kamu
Kerna ternyata aku tak mampu
Menahan siksa azab cintamu
Aduh aduh mana tahan batinku

Benar apa kau ucapkan dulu
Takkan mudah ku lepaskan kamu
Menyesal aku curangi kamu
Aduh aduh Tuhan tolong aku

Menyesal aku tinggalkan kamu
Kerna ternyata aku tak mampu
Menahan siksa azab cintamu
Aduh aduh mana tahan batinku

Benar apa kau ucapkan dulu
Takkan mudah ku lepaskan kamu
Menyesal aku curangi kamu
Aduh aduh Tuhan tolong aku

Menyesal aku putuskan kamu
Kerna ternyata aku tak mampu
Menahan siksa azab cintamu
Aduh aduh mana tahan batinku

5 comments :

  1. bang meng,
    pappa rich citta mall tayah la p, sendu betul makanan dia.
    selalu makan pappa rich lain ok je.

    pasal boikot mcD tu sbnrnya dari tahun 2012 lagi tapi biasalah malaysian, boikot bermusim. I pun sama haha.
    tapi tahun ni mcm extreme sangat pulak. dah x rupa bokot, lebih kepada demo

    ReplyDelete
  2. di Kedah nak dapat dimsum halal amat payah.... nak nak hometown saya... tup tup ada satu kedai cina muslim tumbuh... memang org serbu habis,,,, ... huntungla sapa dok keyyel... :)

    ReplyDelete
  3. ank pompuan suka sgt resto ni sebab maggie and chic wings dia. Saya pulak aritu rasa lychee soda mint dia, best jer nak buat tak reti ha ha. our fav res is at garden

    ReplyDelete
  4. PappaRich? X pernah g mkn kat sana almaklumlah

    Kes boikot mcD tu hurmm org kita cepat melatah

    ReplyDelete
  5. Dz : eh beza beza ke makanan dia? hmmm nanti aku gi cuba try test...

    aku x leh boikot mcD sebab selalu ada rokok di jari.. nak boikot kena jiwa tegar..dan aku tak !


    SS : ada kot kat fb orang jual dimsum halal tu. lupa dah apa nama nya...

    di kedah x de papparich ya? semua pappa miskin?


    ND : belum pernah gi makan kat garden. selalu gi garden karoks je.

    nanti pi la.. btol ke rasa beza beza?


    JM : JM boikot tak??

    * tengok JM tengah makan double cheese burger..


    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...