Tuesday, August 26, 2014

Santai Cuti Sekolah - 02 - Ascott Sentral, KL - Part 1

Sebab tak jadi nak melawat ke tempat tempat lain yang dalam plan jadi kami terus check in hotel je. Lagipun dah lebih kol 3 time tu. Tempat lain tu KIV dulu lah.

Tapi yang lebih menyebabkan kami bergegas nak check in adalah sebab perut masing masing dah lapar. Makanan ada, tapi tak tau nak makan kat mana.

Jadi check in hotel je dan makan.

Untuk hotel, aku memang dah aim nak duduk sini since ianya baru di buka. So bila kami decide nak jalan jalan ke KL, so cari hotel kat KL. 

Budak budak bukan kisah jauh ke dekat. Erti percutian bagi mereka adalah tido hotel dan hotel tu mesti ada kolam renang !! Senang kan? Boleh je pilih lokasi percutian tak lebih dari 2 marhalah.

Dan sebab nama pun nak pegi bercuti, kena ada feel feel duduk hotel, so kami menginap la di Ascott Sentral di KL Sentral untuk 2 malam.

Ascott Sentral

Terletak di tepi jalan Tun Sambathan... bersebelahan dengan Menara Shell

Jalan Tun Sambathan

Yok layan gambar gambar sekitar Ascot Sentral ni.

Since ianya baru di buka, so semuanya nampak baru dan merelit relit. Sebab tu aku tak sabar nak pegi duduk. Sebelum dia rosak dan di rosakkan oleh orang lain, biar aku pegi ambik feel dulu sambil jahanam kan mana yang patut. Ha ha ha.

Lobby

Urusan check in semua berjalan lancar...

Apple sebagai complimentary masa check in. Anak anak aku dah ambik satu sorang !

Check in smooth jer dan aku mintak bilik atas atas sebab aku memang suka duduk tempat tinggi.

Ascott Sentral ni ada hotel dan jugak residence. Hotel dari tingkat 5 - 17, atas atas lagi sampai tingkat 20 lebih tu residence. Kalau kaya dan banyak harta boleh la beli dan duduk sini !

Dan atas sebab aku tak mampu dan tak kaya lagi, kami hanya boleh menyewa jer lah...

Ruang lif

Key room

Bilik dia kiranya macam apartment style. Aku ambik Premier Executive Room di tingkat 16

Bedroom

Katil dan bantal memang inzal

Ruang dalam bedroom

Bilik air dia besar

Toilleteries depa adalah L'Occitane. Aku pun tak reti nak sebut. Yang bestnya hari hari dia orang replenish. Cuma aku tak berapa nak heran sebab aku mandi belasah je pakai apa pun

Selalu nampak kedai dia je kat mall. Tolong ajar aku sikit cemana nak sebut ni?

Siap ada dapur dan cooking utensil semua complete. Bersemangat waja, wira dan Inspira OR main masak masak

Ruang makan sebelum di kecah kecahkan

Meja makan

Kopi dan teh percuma

Yang best, TV LED ada 2.. Tak payah berebut dengan budak budak nak tengok cartoon. Channel pun banyak !

Ruang melepak 

View dari bilik kami

Dah sampai tu, apa lagi. Perut pun dah berbunyi riang.

Lepas henyak henyak apa yang patut dan periksa kawasan dalam bilik, tiba lah masa untuk melantak. Mengisi perut yang sedia memboyak !!

Nasi Minyak

Alhamdulillah kenyang.

Bilik pun selesa. Apa lagi, datang lah mood nak berbaring dan membuta ria.

Aktiviti semasa percutian adalah makan dan tidur. Sama macam aktiviti di rumah jer. Tapi untuk budak budak sebab ada kolam so dia orang boleh gi ulang alik mandi kolam sesuka hati dia orang.

Cuma Papa dia je yang heaven dan syok meniduri diri sendiri yang kacak menawan ni. 

* tiba tiba bergema suara dari langit

"Kacak korok mung"

Ah. Jeles lattewwwwww.

bersambung...........

14 comments :

  1. Oh abang meng, I miss this place! Hehehe. Dulu masa farewell kawan2 ofis buat kat siniiiiii swimming pool dia best bangat! Sila pergi.

    ReplyDelete
  2. Meng, cantik hotelnya. Mesti budak-budak suka mandi kolam kan? Aku penah lalu kat situ, tak berhajat lagi nak bermalam, cuma amik feel ala-ala orang kaya je heheh.

    ReplyDelete
  3. Mak aiii..
    Kagum la bang.. siap bawak nasik minyak segala. Tabik lantun-lantun la bang..

    ReplyDelete
  4. lagi cantik dari the Ascott Jln Pinang..cepatnya pembangunan kat KL Sentral ni..dah banyak bangunan..

    ReplyDelete
  5. Orang kampung saya, jauh sikit dari kg abg MEng Italy tu sebut "Lu chi tan"...gitu ker sebutnye?

    ReplyDelete
  6. Telan air liur je la kalau aku nak dok hotel ni...

    ReplyDelete
  7. FJ : best sebab tak de orang mandi. tapi tak best sebab orang ramai mengintai..

    susah nak sync swimming pose2 keluar kaki ke atas. takut yang keluarnya seluar dalam jerrrr

    hahaha...


    MKL : sebab malas nak drive keluar......


    Amir : kachak luar.. kachak dalam.. kachak dengar sini.

    hahahahaha..

    ReplyDelete
  8. ali : masa aku pegi hari tu promo sebab hotel baru di buka. so aku terjah la dulu sebelum harga dia menjulang tinggi...

    sebenarnya aku pun x perasan hotel ni di buat sebab jarang lalu jalan ni. tup tup dah naik bangunan...


    SAR : now u know cemana aku mewarisi badan yang tahap anak gajah ni kan??


    Nohas : lawa sebab baru la.. tapi tempat tu mcm tak strategik sgt... cuma dekat la dgn kl sentral

    ReplyDelete
  9. Nasa : aku tak tau cemana sebutnya. tapi aku dah check tadi google.

    dia kata LOCK EE TAN...

    cam tu la.

    cuba sebut 10 kali.. lekat la nanti. nak gi beli kat kedai pun tak malu dah...


    HB : buleh je. suggest kat company kau nanti nak buat apa apa event. buat sini. hahaha

    tapi x leh kot sebab mcm tak de bilik meeting pung. sesuai nak rehat2 je lah..

    ReplyDelete
  10. X nk komen lah sbb dorang dh komen apa yg Jm nk komen ehh apa aku ckp nih!!

    Bestnya dpt tdo hotel mewah dgn harga promosi

    ReplyDelete
  11. Tiap kali turun KL, tiap kali tulah ada je bangunan baru area KL Sentral ni. Cepat tul bangunnye. Satgi aku turun, dah ada bangunan terapung kot.

    ReplyDelete
  12. JM : biasa kalau hotel baru di buka harga promosi lagi.. lepas tu mencanak canak la naik. so pepandai la recce kalau sekali sekala nak bersantai dgn harga murah.


    BK : memang. esp area kl sentral tu. aku yang jarang masuk kl bila masuk je mesti mcm amazed tengok tetiba ada bangunan kat sini kat sini dan kat sini....

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...