Siapa yang bertambah berat badan dan sudah tidak ganteng/jelita kerana makan banyak di hari raya sila naik atas penimbang untuk siap sedia di cerca ~!
* tutup mata tak mahu tengok meter
Dah abis raya di desa. Raya tahun ni sederhana tetapi meriah. Alhamdulillah.
Raya tahun ni macam raya tahun tahun sudah memang mewah dengan makanan. Orang putih kata food galore !
Galore berasal dari perkataan Irish Go Lor bermaksud berlambak lambak. Orang Italy cakap.... berlambok lana....
Terimalah juadah dan makanan sempena raya baru baru ni yang sempat di snap di meja makan............ Gambar di snap secara random. Silakan jamu mata .............
Ketupat beras.... of chos wajib ada. Tapi mak aku tak buat ni, jiran kasi....
Haaa ini mak aku buat.... Macam biasa. Signature dish dengan rendang ayam Chef Wan
Ketupat rendang, sila nikmati kawan penat memasak malam ke pagi............
Menu pagi raya. Nasi Minyak.. Ayam Masak Merah
Ayam Masak Merah
Acar Septriasa Nenas
Rendang Daging.. aku tak makan. Mak aku pun tak makan. Dia tolong masak jerr untuk Pakcik James
Bertandang ke rumah Mak Tiri aku..di hidangkan Nasi Dagang
Aku makan la jugak... walaupun ikan
Ada lagi ketupat. Lemang pun ada...
Sesi BBQ Keluarga
Antara yang menjadi menu di samping Nasi Lemak
Sarapan Pagi
Menu Tengahari
Ketam Masak Lemak
Makcik Mona pun buat Nasi Dagang di hari raya ke berapa ntah
Gulai Ikan
Menu tersedia
Lemah badan asyik makan pulut.. sudah nya membuta jer
Menu makan tengahari
Tu je menu makanan yang ada dan gigih nak snap. Gi rumah orang tak berani snappy takut kena keji dan dikesan oleh pihak musuh.
Apa apa pun, kuih raya tetap ada... Banyak sangat. Tapi macam biasa la kuih raya tak berapa laku lagi....
Aneka kuyah muyah di hari rayah
Stok tahan setahun
Kek sambutan hari jadi mereka mereka yang sekapal nak celebrate birthday..
Apa apa pun, salah satu hidangan yang dah menjadi wajib setiap hari raya kebelakangan ni adalah tempeyek inzal Kak Ned ni...
Aku siap order 10 balang dan abis untuk keluarga jer.. Tetamu datang tak di hidangkan pun. ! Lepas raya dia orang suruh order lagi.....
Tempeyek Inzal
Tempeyek Kak Ned di buka sepanjang tahun untuk di tempah. Boleh hubungi beliau. Gerenti sedap, rangup dan thorbaik.......
Di akui seluruh donia. Kak Ned based kat JB. Orang sekitar JB sila serang. Tapi tempeyek ni boleh di hantar di mana mana segenap pelusuk dunia !
Untuk tempahan. Sila sila....
Terima kasih untuk JM yang bagi kad raya dan duit raya.
Kad raya dari JM
Dan sampul raya berisi duit raya untuk Hero dan Princess
Mereka mengucapkan terima kasih kepada Auntie JM sebab bagi duit raya. Dia orang raya macam macam hal dan ragam. Hero pantang pegi raya rumah orang ada area busuk busuk.. dia muntah ! Pegi pasar pun muntah tak boleh bau ikan.. Bandar betul lah. Si Princess lak pegi beraya sibuk nak bawak sanitary pad !!
Mengamuk ngamuk nak bawak jugak dua keping, sebab dia kata tu tisu buat lap muka kalau berpeluh. Nasib la dia tak bukak plastik depan orang.
* tepuk dahi
Apa apa pun, untuk hari raya ni, lagu yang melekat di telinga adalah lagu ni. Walaupun tune tak raya, lirik ntah hapa hapa.. dan suara Maya Karin yang tak mencabar langsung.. tapi somehow catchy jugak ler kalau dengar sambil drive keta balik kampung.
Enjoice !
Tiba Hari Raya, hiba tak terkata
Terkenangkan masa dengan bonda
Waktu kita bersama, bersuka dan duka
Pagi Aidilfitri usah tugas lagi
Setahun lama membanting tulang
Masa untuk kembali
Pulang lekas pulang
Janganlah kita tinggal seorang
Pulang lekas pulang
Ke pangkuan mereka tersayang
Tiba Hari Raya, risau dalam jiwa
Memikir sengketa keluarga yang bertahun lamanya
Tak mungkin dilupa
Pagi Aidilfitri usah kenang lagi
Sejarah hitam lama hidup mu
Mereka kan mengampun
Pulang lekas pulang
Janganlah kita menyesal nanti
Pulang lekas pulang
Janganlah kita melupa diri
Masa berbahagia bersama jiran dan keluarga
Masa bercahaya hari ini hari raya
Lekas pulang
Marilah kita berjabat tangan dan bermaaf-maafan
Bahagia di hari lebaran
Hari yang mulia
Pulang lekas pulang
Janganlah kita menyesal nanti
Pulang lekas pulang
Janganlah kita melupa diri
Masa berbahagia bersama jiran dan keluarga
Masa bercahaya hari ini hari raya
Lekas pulang
Tak pernah pulak aku dengar perkataan 'melupa diri'. Ke aku tak cukup banyak membaca?
OK lah. Now.. mari kita sambut raya di kota pulak. Sambung makan banyak banyak.. tapi awas.. makan tu. jangan sampai 'melupa diri'
Hahahaha.
OK lah. Now.. mari kita sambut raya di kota pulak. Sambung makan banyak banyak.. tapi awas.. makan tu. jangan sampai 'melupa diri'
Hahahaha.
Ketupat nasik cicah sambal ikan adalah heaven.
ReplyDeletebanyak jenis ketupat ada..cantik anyaman ketupat nasi yg first tu..
ReplyDeletecerita tentang resipi rendang Chef Wan tak habis dlm entry Ketupat Palas tahun lepas..hihi..kena sambung raya tahun ni..
Sedap-sedap je menu Raya orang Italy. Terutama sekali nasi dage...Berlambok lana.
ReplyDeletePertama kali dengar Maya Karin menyanyi.
Selamat Hari Rayaaaa! Menitik-nitik ailio tengok gambar makanan tu... meriah!!
ReplyDeleteOpen House day bermula ker? Satu kenangan yang tak dapat di luar Malaysia ... Open House !!!
ReplyDeleteMasuk keje 2 hari berturut dpt jemputan x pegi kang kata sombong walhal dlm hati bestnya dpt mkn free. Hari ni dan esok ada lagi hoyeee gantung peyok lah 2 hari lagi nih. Pastu takut naik penimbang sbb dh tahu dari pakai size xs perlu tukar ke size xl penat je usaha kuruihkan bdan sbln hari tu.
ReplyDeleteBestnyaaaaa raya d hitaly ada nasi dage, ketupat nasi, ketuparpt palas rendang bagai heaven Jm yg beraya d koya ni mkn tubokki ye hahaha matilah kena kutuk sbb tipu
Ahaaaa dorang dh dpt duit raya tu eh sama sama :-) meh sini hero auntie Jm nk peluk cium sikit x perlu risau auntie Jm wangi sbb baju auntie rendam downy
Aku balik dari Bangkok haritu, penimbang dah membengkokkan jarum masa aku naik. Walhal bulan puasa tuuu. So dah raya ni, aku xkenal dah apa tu penimbang.
ReplyDeleteSelamat Hari Raya Meng! Aku paling suma menu makan tengahari itu! Ikan goreng cicah sambal adalah paling kebabom.
nasi dagang my peberet padahal x reti buat pun..nk mkn beli je la..hahaha..kena cari org hitaly cm abam meng ni dgn harapan dpt mkn nasi dagang sedap hari2..wakakakaka :))
ReplyDeleteAmir : Aku ketupat nasi tu cicah kuah kacang je buleh... kdgkdg cicah thousand islands..
ReplyDelete* mati la tipu.........
Nohas : hahaha tahun ni x sempat nak pukau chef untuk curik resepi chef wan tu.. busy beno..
sempat makan je. kiv dulu la resipi tu..
NAman : sedap.. bab makan sedap la... bab masak masak mesti letih jugak..
untung jadi tukang makan je la..
FM : selamat hari raya.
nah tisu. lap ayaq liuq tu. malu la org nampak
Ghaz : open hse dah tengah rancak la ni kot. kalau kat oversea memang jarang tapi pastinya jadi tumpuan...
ReplyDeletesini banyak choice tak pe..
JM : rugi woo tak gi open house. buleh save bajet lepas raya ni.. untung2 boleh tapau lagi...
JM raya di koya?
mabuk tuak ke apa tu sampai koya jadi nya....
BK : selamat hari raya BK. terima kasih.. aku makan apa yang ada.. bangun tido pahtu makan pahtu tido pahtu bangun makan lagi.
penimbang yang ngeri tengok aku...
MJ : kat kl ni dah banyak kedai yang jual nasik dagang.. gi la intai intai kot kena dengan selera..
Cittt... Cicah thousand island? Bukan hitalian patut cicah saus bilis? Kehkeh
ReplyDeleteAM : saus bilis ek.. tu jrg jrg makan nanti artis antarabangsa berbau busuk.
ReplyDeletetapi kalau x de show..
budu belacan makan sampai jilat pinggan..
MJ x duk KL la abam meng..
ReplyDeleteMJ dok triang,pahang
Selamat Hari Raya habang Meng... :)
ReplyDeletehaha bandar sgt ank abg meng muntah sana sini.maklumlah bapak retis hihi..bwk sanitary pad tu klaka :D
MJ : oh rupanya kau di TriangNidad and Tobago...
ReplyDeleteOk per tempat tu... tempat jin main tendang tendang kan? hahahaha
jgn mare MJ.
Diyana : nak buat cemana. anak anak aku ikut Papa dia la.... huru hara.. hiks
x kisah la tmpt jin main tendang2 ke..jnji best tmpt nih..hahahhahah
ReplyDeleteMJ : kau dah pegi tasik bera belum?
ReplyDeletegiler abam meng kalo org bera x penah g tasik bera..kalo org bera x penah g tasik bera harusss berendam dlm tasik tu..
ReplyDeletemai la tasik bera menghayati panorama yg indah-indah :))
MJ : aku pun belum sampai lagi tasik bera tu.
ReplyDeletetapi org kata skrg dah tak lawa.
benarkah begitu?