Showing posts with label Hong Kong. Show all posts
Showing posts with label Hong Kong. Show all posts

Thursday, March 22, 2012

Hong Kong

Gambar capaan semasa di Hong Kong !

Skyline Hong Kong Island

Bot yang berkeliaran di Kowloon Bay antara Hong Kong Island dan Kawloon

Bangunan Convention Center

Pemandangan dari The Peak. Cuaca tak berapa menarik dan sejuk gila !!!

Pencakar langit di Hong Kong Island. Kelihatan dari jauh area Tsim Sha Tsui

Pusat komersial The Peak. Dalam ni ada restaurant, hard rockshop, dan kedai kedai 

The Peak

The Peak 

The Peak

Salah satu view point di The Peak

View Point, The Peak overlooking Hong Kong

Disneyland, Hong Kong

Disneyland Promenade

Wednesday, March 21, 2012

Jelajah Kota Orient - Day 5 : Hong Kong Part 3

Siri terakhir Jelajah Kota Orient.

Hari ke 5 perjalanan. Hari ke dua di Hong Kong. 

Dari station Hong Kong ni kami naik train menuju ke Sunny Bay !

Buat apa kat sana? No No No ! Bukan nak pose pose di Teluk Sunny tapi nak pegi ke Disneyland !


Kami bergerak dari Point D ke Point D jugak.

* mati la salah mark peta.

Actually Disneyland terletak di antara D atas dan D bawah. Ambik kanta dan teropong.

D bawah ke D atas. D depan du. Disneyland !

* gelak jahat

OK. Actually kita orang rasa kita orang underutilized Octopus Pass tu. Tak sure pulak harga tiket dari Hong Kong ke Disneyland tu berapa tapi tu je la perjalanan kami menggunakan Octopus Pass. Maka dengan itu beringatlah wahai muslimin dan muslimat. Kalau nak beli Octopus Pass tu. Rancang perjalanan anda dulu. 

Jika tidak. Ada kerugian sikit di situ.

Tapi train tu bergerak jauh jugak la. Sampai station Sunny Bay kena tukar train khas ke Disnelyland.



Dari station Sunny Bay tu ada train khas bawak kita ke Disneyland.

Teruja tak?

Untuk menambahkan keterujaan. Train dia memang dah menampakkan ciri ciri Disneyland tu. Tengok pemegang dia tu dah bentuk Mickey. Tingkap train pun dah rupa Mickey. Dalam train pun setting dia agak lain. 

Masa kami naik tu tak de la ramai orang sangat so boleh la pose pose dalam train.

* jeling BW.

Perjalanan memakan masa tak sampai 10 minit pun. Tup tup train dah berhenti.

Turun semua. Kita dah sampai !!!


Dan ini lah pintu masuk Disneyland.

Dari sini kena menapak lagi masuk ke dalam. Tapi di sepanjang jalan memang dah rasa macam kita kat Disneyland lah walaupun sebenarnya bukan. Orang agak ramai jugak walaupun cuaca sejuk beku.

Tapi sejuk sejuk pun tak menghalang BW untuk membuat pose pose maut kat tiang, kerusi, tepi pokok, tepi tong sampah dan juga mana mana je tempat yang di rasa dia nak bergambar dan IH dengan redha dan pasrah menjadi tukang ambik gambar beliau !




Dan dari jauh nampak la entrance sebenar masuk ke dalam. 

Tepi tepi tu booth tiket masuk lah. Harga dia untuk 1 day pass dalam RM150. Sapa nak masuk, masuk lah. Bagi aku macam tak de point aku nak masuk. 

Lain la kalau aku bawak budak budak. Kang aku terlebih terkinja kat dalam tu. Tambahan lagi aku rasa Disneyland ni dah lama so agak out to date dah pun. Kalau nak banding dengan Disneyland dan Disneyworld aku rasa mesti tak jauh beza. Jadi aku tak mahu abiskan duit aku. Cukup la zaman muda remaja dulu aku masuk kat Orlando dan Aneheim berkali kali dulu.

* tayang dada bidang







Tugas kami adalah menziarah je.

Pastu blah !

Hahahahah. Tengok tengok orang. BW siap nak bergambar dengan budak ni hah sebab dia cute. Tapi couple mat salleh ni ada anak angkat Cina. Tu hah kat bawah dalam stroller tu.



Selepas beriang ria ala kadar kat kawasan tu, kami pun blah. Masa dah time. Kang lambat tak sempat ke airport.

Naik subway balik semula ke Istana Kaca kami. 

Menarik jugak station keretapi Disneyland ni ada kelas yang tersendiri. Lain dari station station lain di Hong Kong ni.





Memula ingat macam nak ke LKF. Aku nak jenguk Hard Rock Cafe Hong Kong. Tapi fikir fikir takut tak sempat so tak jadi lah.

Kami terus je balik dan turun di station berdekatan dengan hostel kami.

Keluar tu nampak ada masjid. Besar tu. Bangga kejap.

* seka air mata.


Tapi misi kami masih belum tamat.

Duit ada lagi. So masih boleh shopping dan memberatkan beg. So kami pun pegi la cari perfume. Nak beli perfume. Kat Hong Kong ni perfume dengan make up memang la murah. Dan original juga. Jadi kami merayau di sekitar kawasan TST tu dan jump la beberapa kedai perfume. Memang target pun nak gi sini.

Kami cuma singgah satu kedai je. Boleh tahan la murah perfume dia tapi edisi agak limited. Bukan semua brand yang murah tapi yang lain pun kalau nak compare still murah. 

Macam hugo boss 100 ml boleh di beli dengan harga RM120. Yang lain lain pun ada. Coolwater di jual dengan harga RM90 sahaja.

Nak borong?

Fikir dulu ! Kang tak muat beg.

Minah kat kedai tu keji. Memula kita orang masuk muka dia punya la sombong tak nak melayan. Tanya pun nak tak nak je jawab.

"Hoi ! Kita orang ada duit lah !"

Tapi duit syiling ! Hiks.

Pastu bila aku dah start bayar dan usha lagi baru la dia over friendly suruh try tu la ni lah, then baru la cakap ada tester set la apa lancau. Puks betul lah.


Dan selepas semuanya selesai, kami pun menapak balik ke Chung King Mansion tu. Tak jauh pun. Sempat la singgah nak abiskan duit beli keychain lagi walaupun semalam dah beli banyak kat Ladies Market tu.

Nak tau rahsia tak?? BW telah di kerumuni oleh abang abang Bangla di situ dan mereka senang hati je nak bergambar dengan BW. Apakah mereka ingat BW itu Ashwarya Rai? Patut la aku berjalan then perasan bebudak ni hilang. Ingat dah sesat, rupanya sempat posing dengan Chung King Mansion tu !

Sebelum tu bagi menghabiskan sisa sisa Hong Kong Dollar, IH dan BW shopping lagi beli key chain, pengetip kuku dan sebagainya. Kalau boleh, satu sen pun tak nak tinggal tu.

Naik atas ambik beg. Oh ya. Beg kami tinggal kat hostel. Mamat tu bagitau tinggal je dalam bilik nanti dia angkut ke reception. Mesti dia menyesal angkut beg aku sebab berat gila.

Apa apa pun, mereka memberikan hospitality yang sangat bagus walaupun hostel cikai tapi lokasinya superb !





Dari guesthouse kami tu naik bas ke airport mengambil masa lebih kurang satu jam jugak la sebab airport dia tu kat pulau lain.

Tengok peta ni.


Tu dekat point E. 

Naik bas tambangnya HKD18 seorang. Naik bas bernombor 2A dan akan di hantar terus ke terminal 2 untuk flite Air Asia.

Jauh jugak la nak sampai ke airport tu sebenarnya tapi tak pe kami dah budget masa yang mencukupi. Dalam bas ada free wi fi jugak.



Dan sampai airport aku terkesima sekali lagi.

Airport Chep Lok Kok International Airport ni lawa gila. Aku suka design bumbung dia. Yang lain lain lebih kurang macam KLIA je. Tapi memang menarik. Lebih menarik lagi semua facilities cukup dan bertaraf first class. Kedai duty free dia semua boutique !

Kami check in di Terminal 2. So beg aku Si Daud yang berat dan obese tu kena masuk dalam kargo. Aku tak ambik luggage so kena bayar dalam RM70 lah.

Tak pe lah. Dah spare duit siap siap.





Dari check in di Terminal 2 kami kena pegi ke Terminal 1 sebab imigrations semua destinasi di Terminal 1 dari situ kami akan naik train ke teriminal 2 semula. Pening pala kan? Dah airport dia besor beno.

Layan pusing keliling. Banyak masa yang ada so sempat la kencing  dan shopping lagi di kedai Disneyland ni sebab masa kat Disneyland tak boleh nak masuk dan tak jumpa kedai kedai macam ni. Ada harga runtuh jugak. Aku shopping beli baju untuk Hero dan anak buah dan BW beli baju untuk diri sendiri.

* mati la cas cas kanak kanak Disney.

Dan minum kopi isap rokok juga inzal. Sedap jugak kopi ni. Aku isap rokok di luar sambil BW dan IH busy dok update facebook masing masing. Internet free la katakan.


Lepas semua selesai urusan di terminal 2 kami tolak trolly ke terminal 1 dan lepak kangkung disitu sementara menunggu boarding. Sebab awal lagi tetau kena masuk ikut gate mana, jadi aku amik peluang charge iphone yang dah nazak tu dan berinternet tanpa henti. 

Lepak duduk kat lantai sementara BW sibuk dok berulang alik ke toilet. tetau apa kes dia besey je bila tiba kat airport. IH siap berkenalan dengan mamat arab mana tah minta pinjam handphone dia nak cari kawan dia yang berpisah, lepas tu tak reti guna no sendiri.

BW masuk toilet lagi sekali sebelum kami terus menuju ke gate 24. Dari situ kami melepasi imgiration tanpa masalah dan turun tangga ikut saja tanda arah menuju ke train yg disediakan dan naik skytrain ke Terminal 2 semula. Pahtu boarding dan menunggu flite. 

Dan nampak ni kaler kuning belalang kunyit ni dah nak terbang bawak kami pulang.

Yahooo ! Dah boleh makan nasik dengan sedap. Dalam, flite kita orang duduk belakang sebab seat kosong dan buat jamuan hari raya makan dengan lahap. 

Order nasik 2 bungkus dan makan tanpa mempedulikan sign kapal terbang dilanda turbulence dan perlu pakai tali pinggang. 

Makan itu lebih penting. Kami lapar nasik !




Dan akhirnya setelah 3 jam 40 minit kami selamat mendarat di Lapangan Terbang LCCT.

Alhamdulillah. Misi ni walaupun tak de apa yang gempak tapi menarik dan penuh adventurous bagi kami bertiga. 

Kalau kira budget, duit yang di tukar memang tak abis lah. Kecuali di China tu sebab aku beli iPhone tu. Yang lain lain masih ada berbaki. IH dengan BW dia orang dah tukar masa kat Hong Kong lagi, tapi aku macam biasa, simpan je. Kumpul banyak banyak mana tau satu hari nanti kalau rezeki ke sana lagi, boleh guna je duit yang ada.

Sekian. Tamatlah sudah jelajah Kota Orient. 

Akhir kata, kalau mahu ke China, jangan lupa belajar cakap Cina dulu !

Xie Xie.....

See? Aku pun dah reti !

TAMAT

Jelajah Kota Orient - Day 5 : Hong Kong Part 2

Hari ke 5.

Hari terakhir siri jelajah Kota Orient ni kami bangkit awal jugak lah. Banyak tempat nak berjalan ni. Tak tau la sempat ke tidak. 

Bangun bangun dan bersiap. Aku hisap rokok dulu. Dalam bangunan actually tak boleh hisap rokok. Aku bantai hisap dalam jamban. Terpaksa bukak tingkap. Sejuk ya ampun.

So hari ni kena pakai baju tebal sikit.

Ni permandangan luar dari istana kaca kami. 


Keluar dari Chung King Mansion tu kami menapak. Kali ni misi adalah nak jelajah ke Pulau Hong Kong sana. 

Kalau ikut map ni kami bergerak dari Point B ke Point D !


D bawah bukan D atas.

Untuk sampai ke Pulau Hong Kong ni ada 2 cara. Selain daripada naik subway, kita juga boleh naik ferry !

Jadi kami semua sepakat nak naik ferry ! Lagipun semalamnya kami dah beli Octopus Card untuk pelancong untuk 1 day pass. Harga dia HKD55. Ya lah. Nak naik subway ke hulu ke hilir senang ada kad ni. Tak payah nak beli kat mesin tu setiap kali nak naik Subway.

Tapi kena plan la. Kalau tak banyak naik subway ni rugi jugak. Barang di ingat Octopus Pass ni tak boleh guna untuk train ke airport. Tu special train kena bayar lain.





Terminal ferry tu terletak dekat dengan menara jam yang mana tempat kami bertenggek semalam tengok light show tu.

Sebelum naik ferry sempat usha kawasan semalam tapi belah siang pulak. Nampak la bangunan bangunan tu lebih jelas cuma tak berlampu macam yang kami tengok waktu malam semalam.

Usha garing !



Bas di Hong Kong 2 tingkat. Tapi zone merokok adalah sangat limited.

* mati la tak de kena mengena.

So kalau berjalan tu kena check sebab dia biasa tulis di lantai. No Smoking. So lepas area tu dah tak boleh smoking. Kena gi smoking kat tempat lain.

Kami naik ferry yang tersedia di situ. Tak boleh guna Octopus Pass jugak. Tambang ferry adalah sebanyak HKD1.50.




Ferry tu bergerak tak laju pun. Jadi ada masa la nak feeling feeling atas ferry tu. Jarak pun tak berapa jauh. Baru duduk usha kiri kanan tetiba.

Sampai uols !

Kalau kentut pun bau tak sempat hilang.





Sampai sampai layan kawasan sekitar. Memang kagum la aku ni tengok bangunan lawa lawa semuanya. Rasa nak peluk tapi apa kan daya, tangan tak sampai.

Kami tunggu bas untuk sampai ke The Peak.

Untuk ke The Peak ni ada 2 cara. 1 naik bas dan ke dua naik tram. Tapi nak sampai ke tempat tram tu kena naik bas jugak lah.

Sebagai cubaan awal kami naik bas dulu. Harga tiket adalah HKD9 seorang ! Masuk duit dalam tong kat bas tu no refund okeh ! So sediakan duit yang mencukupi.

Ni suasana dalam bas 2 tingkat. Aku dengan IH kat atas. BW kat bawah. Cubaan dia nak naik atas gagal sebab dia tersadung dan dia malu ada mat salleh tengok dia. 

Hahahhaa.


Perjalanan kalau naik bas ke The Peak memakan masa lebih kurang 45 minit. Lalu jalan yang berliku liku. Tapi pemandangan memang cantik !

Nampak rumah rumah, kondo kondo, bangunan bangunan yang tinggi menghiasa skyline Hong Kong.

"Mesti rumah Robert Kwok kat area ni"

Tu spekulat IH.

Mungkin jugak sebab rumah mesti la mahal mahal di situ. Michelle Yeoh pun dulu mungkin duduk situ jugak. Chow Yuen Fatt? Sally Yeh?

Eh semua nak kena sebut ke? Lantak dia orang la nak duduk mana pun. Bukan dia orang nak ajak kita orang beraya pun.

Tup tup perjalanan yang agak mengerunkan tu akhirnya sampai ke The Peak.

The Peak ni kira puncak bukit yang mana dari puncak tu kita boleh nampak keseluruhan skyline Hong Kong sampai ke Kowloon. 

Tapi nasib kami malang, cuaca kurang memberangsangkan. Sejuk pulak tu. Menggigil gigil atas tu.









Kami spend lebih kurang setengah jam di kawasan luar.

Cuaca sejuk sangat. Dan di puncak bukit tu ada shopping mall besar. Dalam tu ada restoran, kedai kedai dan tak terkecuali Hard Rock Cafe. Tapi kat sini bukan Cafe. Cuma ada merchandise Shop je. Kalau Hard Rock Cafe Hong Kong betul terletak di LKF dekat Pulau Hong Kong.

Aku sempat beli lanylard sebab adik aku kirim. Menyesal tak beli kat Macau sebab kat Hong Kong ni tak de tulis Hong Kong pun. 



Dan kat dalam shopping mall tu ada jugak Madam Tussauds !

Kiranya kalau kat US di panggil Wax Museum. Ni kiranya tiru macam kat London lah. Kita orang tengok tengok je. Tak masuk pun. Malas lah. Kat London pun aku tak masuk. Bukan aku suka sangat bebenda ni. Kat Hollywood tu berlambak lambak lagi. Pun aku pandang sepi jer.

 * pose pose berdada bidang dan makan anggur sambil baring di kerusi Cleopatra

Tau sapa kami jumpa?

Ni hah. Abang Bruce Lee. Tapi hari ni dia pakai baju pulak. Baju kuning tersembul puting tetek.






"Laaaa Kak Michelle. Terjumpa pulak kita kat sini. Bila sampai Hong Kong?"
"Eh koranggggggggg......... kenapa datang tak bagitau??? Korang datang bawak Nasik Ganja Ipoh tak untuk akak?"

* koma

Begitu dialog busuk kami dengan Michelle Yeoh.

Tapi tu patung je lah. Macam sebijik jiban lah. May be dalam museum tu lagi banyak kot. Sebab kita orang tak masuk so artis artis tu semua kempunan nak jumpa kita orang dan mintak autograph kita orang.

"Sorry uols semua. Weols lagi artis antarabangsa. Nak autograph weols, jangan lupa datang ke Tingkat 14, Maple Leafs Guesthouse. Weols stay kat sittewww"

* nanges di tuduh gila

Sudahnya tu kami pun turun dari The Peak tu. Kali ni turun menggunakan tram.

Harga dia mahal sikit. Dalam HKD33 tak silap. Tapi cepat sampai. Cerun dia agak steep jugak la. Tapi macam tak puas naik. Sekejap je dah sampai bawah.



Dan dari station Tram tu kami pun naik bas semula.

Bas membelah kotaraya Hong Kong dan akhirnya kami berhenti dan bersiap sedia untuk ke destinasi seterusnya. 

Nak kena rentas Kowloon Bay. Tapi dah tak nak naik feery. Kita naik subway je dan lacurkan Octopus Pass kita.

Ini lah dia Hong Kong Subway station.


Rehat dulu, nanti sambung untuk perjalanan terakhir jelajah Kota Orient.

bersambung.............

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...