Showing posts with label JJCM - Kuala Selangor. Show all posts
Showing posts with label JJCM - Kuala Selangor. Show all posts

Tuesday, November 8, 2016

GBS Day Out : 04 - Aroma Ikan Bakar, Jeram

Lepas abis skodeng resort The Kabin dan buat muka tak malu terjah tempat tu, kami beredar dan sampai la acara yang di tunggu tunggu.

Mengisi perut yang tak berapa ramping !

Lokasinya di Aroma Ikan Bakar, Jeram.


Aroma Ikan Bakar Jeram.

Aku pernah datang sini dulu. Lama dah.

Lokasi masih sama dari kunjungan aku pada tahun 2011 dulu.  Tapi banyak perubahan yang telah berlaku dengan restoran ni.

Dah ada orang jual ayam dan kambing di depan restoran ni.

Tempat makan pun nampak lebih gah dari dulu. Dah kaya dan maju. Bagus !

Sebab kami sampai agak awal dan masih siang lagi so orang kurang lagi time ni. Boleh lah berlegar legar dan usha usha kawasan dulu.

Selamat Datang !

Check waktu urusniaga mereka !

Dah parking tu masuk ke bahagian restoran dan terus lah ke tempat  order bagi memilih seafood yang nak dimakan.

Tempat pemilihan seafood !

Pilih la ikut suka dan kehendak selera

Tapi sebenarnya sebelum nak order tu, kita kena pegi cari tempat duduk dulu. Dah dapat seat baru la datang ke sini dan bagitau nombor meja. Senang urusan order mengorder dan hantar menghantar kelak nanti.

So cemana nak mencari seat untuk menikmati hidangan?

Usha setting dulu.

Meja agak banyak. Boleh duduk di mana saja unless memang tulis Reserved

Memang tempat ni dah berkembang maju. Meja meja pun makin banyak dan ruang makan pun dah semakin membesar dari dulu.

Siap ada bangunan khas macam main hall

Sesuai untuk buat event company atau makan dengan jumlah ahli yang besar

Yang menariknya ada juga gazebo tersedia bagi yang inginkan privacy dengan keluarga. Tambahan caj di kenakan sebanyak RM 20 untuk gazebo bersaiz besar

Tapi bagi aku agak lemas pulak nengok org duduk makan bawah atap pelepah ni

Dan caj sebanyak RM 10 untuk saiz gazebo yang lebih kecil. Sesuai untuk yang inginkan suasana romantik dengan atau privacy dengan jumlah ahli yang lebih kecil.

Persoalannya.

Perlu ke nak kena bayar extra charge? Kenapa tak buat je First Come First Served? Ni dah macam Air Asia pulak. Kena topup itu ini.

Macam mengambil kesempatan pun ada. Tapi juga memberi pilihan kepada pengujung yang datang.

Tepuk dada tanya selera.

"Selera dah lapar ke belum?"

Kalau selera kata belum. Kita usha lagi kawasan restoran ni.

Peringatan !

Usha kawasan pinggir Selat Melaka ni dulu

Tak de sunset so tengok je la orang melepak lepak di tepi pantai ni

Bangunan restoran Aroma Ikan Bakar yang di tambah lebih besar untuk menampung pelanggan yang datang untuk menjamu selera

Pantai

Dah usha usha kawasan, tiba lah masa untuk mengorder.

Urusan order mengorder diuruskan oleh BW dan IH. Aku lepak je pose pose kat meja. 

Menunggu tak lama sebab pelanggan pun tak berapa nak ada.

Air sampai dulu.

Penghilang dahaga

Dan satu persatu makanan tiba.

Udang butter

Sotong goreng tepung.

Tomyam

Ketam telur masin

Ikan bakar yang sememangnya bukan untuk aku

Dah siap terhidang. Belasah !!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

Alhamdulillah kenyang. Alhamdulillah semuanya habis di kerjakan...

Solat maghrib di surau yang disediakan

Lepas lepas maghrib nak ke Isyak tu la orang dah mula datang dan membanjiri kawasan. Dah time orang makan malam.

So sebaiknya datang awal bagi mengelakkan kesulitan dan memberi ketenangan ketika menikmati hidangan.

Masa untuk pulang

Rasanya makanan kat sini biasa biasa je. Tak de lah kebabo mana. Aku lebih prefer Seafood Pantai Jeram yang terletak tak jauh dari sini.

Pilihan dan citarasa masing masing lah.

Harga makanan kesemuanya adalah RM 104. Masih kira affordable lagi lah. 

Restoran Aroma Ikan Bakar  
Jalan Jati, Jeram, 
45800 Jeram, 
Selangor, Malaysia
Phone: +60 17-316 3117
Hours:  3PM–12AM

Di perkarangan Restoran Aroma Ikan Bakar ni banyak orang berniaga dan berjual jualan especially mainan untuk budak budak. Jadi berhati hati lah dan bersedia dengan sebarang kemungkinan. Nasib la anak anak aku tak ikut, kalau tak mesti ada aktiviti beli belah tambahan untuk dia orang.

Apa apa pun, sesekali mencuba dan mencari kelainaan apa lah salahnya datang ke mari. 

Jadi, selamat mencuba !

Tuesday, September 30, 2014

Jom Makan : River View, Pasir Penambang

Makan seafood di Kuala Selangor.

Hari tu terasa nak makan ketam ketaman jadi lokasi makan ketam yang enak pastinya di River View, Pasir Penambang di Kuala Selangor. Lepas abis lepak di Pantai Remis tu memula macam nak makan kat Pantai Jeram jer tapi memikirkan servis yang maha lembab kat situ dan tengok waze jalan ke Pasir Penambang tak jem, jadi kami decide ke River View je sebab tau ketam ketam gedik lagi inzal menanti di sana !

Ketam. Mu tunggu aku datang !

Sign resto dia.... macam dah berubah dari last aku pegi dulu

Macam biasa.. masa sampai tak ramai. Bila duduk je pastu berduyooon tiba... * sekali lagi tolak Banos jatuh sungai

Dalam resto....

Ambik buku menu

Order apa yang patut...

Ketam yang menjadi idaman

Tu resto sebelah. Ada jugak orang memancing di jeti tepi resto

Bawang putih dengan cili... kalau makan abis ni mesti terjungkit dalam jamban berjam jam

Ini bot orang pegi tengok kunang kunang

Salah satu sebab aku suka tempat ni adalah makanan dia cepat ! Tak lama menanti.. akhirnya makanan pun sampai.

Nasi goreng Cina.... tapi orang Melayu pun suka makan.

Minuman sensasi..... tembikai dengan cincau dan laichi

Ketam pertama tiba. Ini Ketam Dengan Telur Masin.... rasanya agak kering. Kureng sikit

Mantou.. Enak. kalau di Italy orang cakap rasa dia macam Kayu Keramat

Ketam kedua muncul. Masakan yang menjadi favourite di sini. Milk Crab. Memang asyik !

Udang sebagai sampingan jer... Tak sedap mana

Sotong goreng tepung. OK laaa

Sayur bean apa benda ntah. Asparagus kot.. tapi bukan Mr Bean. Sedap dan rangup

Langsai.... Nampak tu tetiba ada Laila. Lala tu anak dara aku nak, tapi sampai lambat sebab order kendian, nak ambik gambar tangan comot. Dah selesai baru masuk dalam ini gambar.

Ini adalah kunjungan ke 3 kot rasanya aku ke tempat ni. Still.. Milk Crab adalah hidangan paling lazat untuk ketam seantero dunia yang aku pernah makan. Yang lain lain tu biasa biasa je dah. Kureng skit masa ni.

So, kalau nak makan Milk Crab... boleh datang sini lagi. Kalau nak makan seafood hat lain lain..... boleh pegi riki kedai kat lain pulak.

Alhamdulillah. Kenyang.

Cost pemakanan.. RM 168 which aku rasa murah gak considering ketam adalah 2 jenis.

Balik dengan perut kembung dan mata yang redup kerinduan pada katil dan bantal. Driving kena waspada sebab laluan yang gelap tanpa lampu jalan sampai lah masuk highway LATAR.

Sekian laporan saya.

Monday, October 28, 2013

Jom Makan : Seafood @ River View, Kuala Selangor

Hah !

Makan seafood lagi !

Aku pernah buat review makan di River View Pasir Penambang di area Kuala Selangor ni kan? Based on aku pegi last time dan aku pegi tempat tempat lain selepas tu, aku rasa ini la tempat yang menyajikan seafood yang paling enak especially ketam !

Dan baru baru ni aku tak melepaskan peluang berkunjung ke sini lagi alang alang dah merayap kat area tu.

Aku cakap dengan OR nak makan sini, dia kata OK je cuma..

"Awak jangan order banyak banyak"

OK. Faham !

Sebab masing masing agak kekenyangan lepas makan Satay Hut tu.

Lepas maghrib di Tanjung Karang, kami terus menuju ke Pasir Penambang dan singgah di sini.

Signboard masih sama

Kedai sebelah dia pun boleh tahan meriah carey

Tapi masa kami sampai hari tu orang tak ramai. So boleh pilih seat nak duk mana mana

Buku menu je berubah sikit. Dulu buruk, now dah baru dan penuh dengan gambar gambar yang memberahikan. ( no porn )

Hah...................... inzal tak?

Duduk lepak lepak borak borak dan waiter datang ambik order. Pastu merayau sekejap di kawasan sekitar, ada bot orang naik pegi tengok kelip kelip. Hero pun kata nak gi tengok. Aku OK je. OR kata macam dah malam.

So tak pe lah. Makan dulu lah apa apa pun. Nanti tengok keadaan.

Keluar laut? Hahah. Kalau petang orang pegi tengok helang. Kalau malam pegi tengok kelip kelip

Aku dah usha jugak. Kalau naik bot dari sini, sorang dewasa RM18. Kanak kanak RM15. Agak mahal compared to naik di Kg Kuantan

Restoran Riverview

Now...

Makan time !

Dah order, dah tunggu. Kring ! Kring ! Makanan dah sampai.....

Bawang putih dan cili. Sedap ni makan gaul gaul dengan nasik

Lemon Laici dan Dragon Fruit

Lily Lala....masak cili. not bad

Udang Butter

Sotong masak Thai

Yang di nanti nanti, Crab with Milk !

Sekali lagi ulang tayang dengan body yang mengiurkan.

Hah.

Amacam?

Selain daripada ni ada jugak order telur dadar dan ayam goreng untuk Hero sebab dia tak minat seafood ni. Aku je yang belasah makan. Ketam pun order setengah kilo je sebab tak aci nak order banyak. So dapat la sekor setengah je ketamnya.

Makan sampai kenyang.

Siap ketuk ketam macam nak menukang rumah !

Kong ! Kong ! Kong !

Tukul yang di pakai

Bil....

Murah kan untuk seafood?

Dan yang paling utama..

Ketamnya... still the best !!!!

Undisputed. ( pose pose tepi billboard Celcom). Pegi la cuba. Jangan was was. Gerenti sedap !

Kalau tak percaya, cuba tanya Nenek Tina ni.



I call you when I need you, my heart's on fire
You come to me, come to me wild and wired
Mmm, you come to me
Give me everything I need
Give me a lifetime of promises and a world of dreams
Speak a language of love like you know what it means
Mmm, it can't be wrong
Take my heart and make it strong, baby

You're simply the best, better than all the rest
Better than anyone, anyone I've ever met
I'm stuck on your heart, I hang on every word you say
Tear us apart no, no, baby, I would rather be dead

In your heart I see the star of every night and every day
In your eyes I get lost, I get washed away
Just as long as I'm here in your arms
I could be in no better place

You're simply the best, better than all the rest
Better than anyone, anyone I've ever met
I'm stuck on your heart, I hang on every word you say
Tear us apart no, no, baby, I would rather be dead

Each time you leave me I start losing control
You're walking away with my heart and my soul
I can feel you even when I'm alone
Oh baby, don't let go

Ooh you're the best (woo)
Better than all the rest
Better than anyone, anyone I've ever met
Ooh, I'm stuck on your heart,
I hang on every word you say
Don't tear us apart no, no, no,
Baby, I would rather be dead
Oooh, you're the best!

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...