Showing posts with label JJCM - Subang. Show all posts
Showing posts with label JJCM - Subang. Show all posts

Tuesday, December 24, 2019

LAURA MEDINA CAFE, Subang Bestari

Cubaan untuk terjah cafe yang pernah viral....

Namanya Laura Medina Cafe.


Kenapa viral?

Kerana katanya port nak makan ayam korea yang best dengan harga bajet ! Port yang trending selepas masuk JJCM TV3.

Ala2 Kfry & Kyochon tapi local brand! Harga dahla murah xmasuk akal. Rasa dia pulak sumpah sedap! Ayam korea spicy pedas tp sedapppp! Ayam Korea Nami paling SEDAP! Sedap sangat weyhhhh! Pastu order yg ada cheese pulak! Perghhh, layan!

Sedap sangat sangat dengan limpahan cheese melekat di jari. Sekali rasa perghhhhh...... Layan...

Dua kali rasa??? Terus obesity ! ( ni hipotesis aku tambah sendiri )




Lagi lagi spoke person dia agaknya Syafiq Kyle dengan Sissy Iman.....

Memang tergoda iman................. !


Jadi.... kita mencari kebenaran dan kita terjah ke sana............ Ayuh !

(Jangan lupa bekalkan diri dengan bekalan iman )

Lokasinya di area Subang Bestari.... Pakai waze sure jumpa. Kami pegi waktu petang. Tapi area tu macam kawasan jin bertendang. Macam bukan kawasan tumpuan.

Kawasan lot kedai siap ada hotel berdekatan. Kalau kenyang sangat boleh terus check in !



Mungkin sebab hari minggu kot time kami pegi so kurang orang. Nak parking tak de halangan....


Tapi masa kami sampai tu agak ramai juga pelanggan. Sure ramai yang datang disebabkan kesedapan kot....

Jadi, rasa teruja berkali ganda nak mencuba !




Cafe dia terletak di lot kedai tapi sebelah sebelah tu macam kosong. Jadi ada meja di sediakan di belah dalam cafe mahupun di belah luar. Boleh lepak lepak....

Usha cafenya dulu.....







Pelanggan ramai time tu jadi kami memula duduk belah dalam. Cuma meja agak kecik, tak sesuai kalai nak order banyak banyak makanan.

Tunggu clear skit baru dapat meja di belah luar...

Tapi sempat kami order makanannya dulu... Usha menu dulu...





Aku cut and paste je dari laman facebook dia orang.....

Try usha terbaru set Ayam Korea Seoul ! Semua flavour ada ! Sumpah sedap sampai ada yg nangis makan!

Sekarang ada flavour baru Ayam Korea Gangnam & Busan! Salted egg weyh! Sedap namatey taw! Busan dia masin sikit! Kalau suka masin2 order Ayam korea Busan taw!

Nak gabung semua pun boleh! Ayam korea Seoul 5 orang pun makan xhabis! Dlm ni ada kesemua flavour! Ayam 25 piece kitaorg bg. Dengan fries selambak!🍟🍟🍟 Mmg makan puas hati. Silap2 xhabis. Ditambah pula sekarang ada Air tower RM9.90! Harga murah giler. Ada mcm2 pilihan flavor air. Boleh share ramai2. Puas hati!

Apa nak dessert? Kitaorg ada Honeydew Bingsu dah sekarang! RM12.90! Murah namatey! Sedap gila! Ni mmg harga xmasuk akal weyh jual bingsu RM12.90 je! Ala2 Mykori & Hanbing taw!

Pastu ada air margarita pulak! RM9.90 je! Bila minum rasa macam kat club. X caya tgklah gambar2 kitaorg! Tuna rice ball kitaorg dahla murah, sedap pulak tu! Betul sedap gila oii! Try la rasa tgk!

Dah tunggu apa lagi? Jom ajak kawan, family & jiran datang harini !

Teruja je bila baca. Macam nak order semua. Tapi sedar diri yang perut masing masing tak sebesar lori tangki.

Jadi, kami cuba apa yang di recommend je lah.

Air tower dan Ayam Korea Seoul. 

Anak anak aku teruja tengok bekas air tower tu.... 




Macam air anggur jer... Tapi boleh share share. Kami try keropok lekor... Just nak kudap kudap dulu.



Tapi anak bujang aku tu menu dia wajib ada nasi. So dia nak nasi with butter chicken....

Yang ni sampai dulu....



Apparently sedap juga butter chicken ni. Ngecek ngecek sikit..... 

Pastu kami pindah ke luar sebab dah clear port dengan meja yang lebih besar. Tak leh imagine nanti Ayam Korea Seoul 5 datang tak muat meja pulak karang...


Dan selepas tu, datang lah ayam korea Seoul seperti yang dalam menu tu....






Seoul Seoul Seoul....

Memang terkejut tengok portion dia. Macam maulud nabi lak rasa, makan dihidang dalam dulang. Memang penuh meja.

Komposisi ayam ala ala korea dengan pelbagai perisa dan rasa. Kentang dia macam sekilo dia humban dalam dulang tu....

Bantai la kami sekeluarga makan lepas tu dan memang tak habis...... Muak lah cheese banyak sangat.

Tapi jangan risau, aci je packing untuk take away...


Packing secara layan diri.. Semua kelengkapan di sediakan kat tepi.


Alhamdulillah kenyang dan mujur tak obese selepas makan cheese yang banyak tu. Tapi rasanya cheese tu macam cheese timbang kilo je, rasa agak muak sikit...

Nak kata sesedap ayam KFry atau Kyochon tu... rasanya macam jauh lagi kot. Terlebih hype je. Tapi based on portion tu, memang considered agak murah dan berpatutan. Cuma fries tu macam nak marah je sebab bagi banyak sangat...

Boleh lah cuba kalau nak try rasa. Personally bagi aku biasa biasa je orang lain aku tak tau lah. Tapi butter chicken rice tu menarik !

Staff pun maybe kepenatan kot layan pelanggan, senyum macam agak kurang !

Please senyum and say..................................... CHEESE !!!!!

Teringin jugak nak tau, siapa gerangan Laura Medina ni..... Nama meletop !

Gaya Laura Pausini selepas melantak cheese yang banyak kat cafe ni ! 

LAURA MEDINA CAFE
34, Jalan Nova K U5/K,
Subang Bestari,
40150 Shah Alam,
Selangor
HP : 019-9832905

Waktu operasi :
Isnin, Selasa,Khamis, Jumaat : (3pm-11pm)
Sabtu & Ahad : (11am-11pm)
Rabu : Cuti

FB : Lauramedinacafe

Apa apa pun..... not bad. Boleh di cuba !

Balik rumah. Terbongkang dek kekenyangan. Nasib tidur tak meracau sebut ...... SEOUL... SEOUL... SEOUL !

Thursday, November 29, 2018

SOUTH SEA SEAFOOD, Subang

Ada orang mengidam nak makan ketam ketam gemuk. Jadi aku kena lah merentas lautan api nak mencari ketam yang fresh yang segar dari dasar lautan !

Hasil pembomohan, aku diberitahu, ketam segar datang dari Laut Selatan.

Jadi tanpa sebarang bantahan, aku terpaksa akur dan bersiap sedia untuk merentas samudera bagi mendapatkan apa yang di hajati. Kang tak dapat karang, putih mata pulak jadinya.

Nasib lah tak payah naik bot. Bawak kereta jer ke Kg Subang dekat dengan airport sana

Oh. Dekat je sebenarnya...

Ada parking khas untuk tetamu di sediakan di hadapan premis

Ini lah dia. South Sea Seafood ! Lokasi nak makan......

Actually, aku biasa ternampak papan tanda tempat makan ni, dah banyak kali jugak nak mencuba tapi tak sampai sampai serunya. Kebetulan, terlintas tempat ni bila OR ajak makan ketam. Jadi kami pun terjah ke sini.

Today, dining is more experiential and more globally-attuned than ever before; it’s no longer just about taste, but aesthetics, appearance and desirability. And it’s not just about food, either; ambience, design, service and experience all play a part in delivering a feast for the senses.

South Sea understands this, which is why we have embarked on an exciting voyage to redefine ourselves for the connected era, combining our traditional strengths – fresh ingredients, culinary mastery and a commitment to bringing great cuisine to life – with a bold new narrative that appeals to the contemporary diner’s hunger for adventure and discovery.

Tu ayat dari website.

Dah sampai, maka usha usha dulu kawasan resto ni.

Terletak di tepi laluan lama airport ke Kg Subang

Tempat menunggu kalau time pelanggan ramai

Ketam gergasi

Boleh usha kapal terbang turun naik kat depan resto ni...

Kehadiran kami time tu tak ramai orang jadi tak de lah berebut rebut nak dapatkan seat. 

Usha kawasan dalam resto pulak.

Welcome

Tiram resaksa

Dining area


Lagi meja meja tersedia

Lampu lampa

Meja meja

Memang pelanggan tak ramai time tu jadi boleh la kami duduk di mana mana. Kedai pun luas dan selesa. Nampak bersih dan terjaga. 

Duduk dan pelayan datang untuk ambik order.

Menu

Usha gambar yang menarik

Tak tau nak order apa tapi kami datang dengan misi nak makan ketam jer

Ada kekacang sebagai kudapan

Tisu basah di berikan.

Kami order ketam dengan bantuan waiter dia yang sibuk promote suruh try itu ini. Kami berdua je.. Perut masing masing bukan besar mana plus aku tak de lah lapar sangat pun.

Cuma OR je bersemangat nak makan jadi aku ikutkan jer kemahuan dia.

Sambil sambil tu, usha kawasan akuarium hidup di sebelah resto. Pelanggan boleh pilih sendiri kalau berkenan dan nak makan yang mana mana nampak seksi di mata.

Usha....






Harga memang agak mengerikan. Harap harap apa yang aku order tak membawa aku kepada papa kedana dan tak mampu bayar dan aku bakal kena basuh pinggan kat resto ni sampai tutup kedai nanti.

Hahahaha...


Kek juga ada di jual kalau nak celebrate occasion tertentu di sini.

Tak lama menanti. Hidangan mula memunculkan diri..................

Nasi Goreng Cina untuk 2 orang makan. Nampak macam sikit tapi sebenarnya mencukupi.

Ketam masam butter milk

Baru nampak isi isi nya

Terhidang di atas meja

Minuman jangan di lupa

Mantou penyeri acara

Nom Nom Nom

Makan ketam macam nak bertukang buat rumah. 

Alhamdulillah. Berjaya kami habiskan 2 ekor ketam dan makanan makanan yang ada. Sedap tu memang sedap lah. Ketam pun fresh. Puas hati makan.

Yang tak puas hati bila tengok bil.

Hu hu hu.. Tak pe lah. Sekali sekala....

Puas hati. Terkabul hajat. Bebila boleh cuba datang dan makan lagi.

SOUTH SEA SEAFOOD
Jalan Lapangan Terbang Subang
40150 Subang
03-7846 1401

Operation Hour

Selamat mencuba !

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...