Selain daripada Rainbow Bridge di Elmina Park, terdapat sebuah taman rekreasi berdekatan dikenali sebagai Elmina Cenral Park.
Juga terletak di kawasan pembangunan baru Elmina City, taman ini menjadi tarikan terbaru untuk warga berdekatan beriadah sambil menikmati suasana baru di sini.
Taman rekreasi yang besar dan luas di Elmina ini boleh menjadi tempat riadah serta bersantai di hujung minggu. Selain pelbagai kemudahan sukan, ia turut juga mempunyai trek larian dan berbasikal - sesuai untuk dinikmati seisi keluarga terutamanya di waktu petang.
Selain lepak santai ada jugak orang jual aiskerim. So bawak duit kalau anak anak mengaruk nak beli aiskerim !
Satu yang menarik di sini ialah terdapatnya sebuah jambatan ikonik Elmina City. Jambatan ini dapat dilihat sebaik saja memasuki kawasan Elmina City.
Jambatan ini dibina untuk menghubungkan kawasan dari arah Rainbow Bridge ke kawasan Elimna Valley Park. Malangnya time aku datang dulu jambatan ni masih belum di buka untuk laluan.
Di Elmina Valley Park ini terdapat kawasan tasik yang dibangunkan untuk tujuan rekreasi.
Kalau berkesempatan boleh menunggu pemandangan matahari terbenam yang indah di kawasan tasik ni.
Dan tidak jauh dari kawasan Valley Park ini terdapat look out point yang menyerupai seolah olah Tori Gate di negara Jepan.
Jangan risau, kemudahan riadah di sini terbuka untuk orang awam walaupun tidak menetap di sini.
Cuma pepandai la menjaga kawasan dan jangan buang sampah merata rata.
Sayangi alam sekitar kita !
Suasana malam memancarkan limpahan lampu lampu di kawasan jambatan dan menjadikannya kelihatan lebih lawa.




