Showing posts with label Gili Meno. Show all posts
Showing posts with label Gili Meno. Show all posts

Saturday, February 22, 2014

Wisata Segitiga Cinta : 10 - Gili Air | Gili Meno

Tiba tiba .......................... 



.....................aku nampak cidomo. Pastu ada orang bule tua 2 orang !

Hahahaha. Ada pun orang di jalanan !!!

Dia orang tegur dan aku senyum je lah balik.

Seawal perjalanan aku mengelilingi Gili Air ni, aku rasa semacam je.

Rasa memang pulau ni tak de orang ! Yang ada pun yang bersantai bersunbath tepi pantai nuh.

Memang nampak la pelancong ke hulu ke hilir, tapi aktiviti di sepanjang jalan tu macam tak de. Gili Air ni betul betul la tempat percutian bagi mereka yang cintakan kedamaian.

Misi nak tanya tiket bot nak ke Gili Trawangan masih belum selesai. Mana lagi aku nak cari? Dalam hati cuak jugak ni. What if? What if?

Hmmmm.. masak aku kalau tersadai kat sini.

Aku plan memula nak sewa basikal, tapi aku tak jumpa kedai yang bagi sewa basikal di buka !!

Tengok jam dah dekat pukul 11 pagi. Takkan semuanya masih tido kot?

"Bangun !!!!!!!!!!!!!!!"

Tapi pemandangan di Gili Air memang tenang dan damai. 

Relaxing je.

Ada banyak chalet chalet di bina dengan private gazebos masing masing. Aku main redah je jalan kaki. Jalan tak berapa elok sangat di Gili Air ni. Masih banyak berpasir. Kalau naik basikal, belum semua laluan elok, ada part part kena sorong punya lah.

Apa guna berbasikal kalau terpaksa sorong?

Gazebos di Gili Air

Tenang. Ini aku dah separuh jalan keliling pulau. Gili Meno kelihatan di belakang

Ada jugak yang berkerang kerawangan macam ni

Kawasan belah dalam di Gili Air

Laluan... memang aku nak jumpa orang berselisih agak kurang!! Mana pegi semua orang?

Dah pusing lebih pada separuh. Kelihatan Gili Meno dan Gili Trawangan di belakang sekali

Penat berjalan nak cari kedai bukak pun tak de. Aku ambik port bawah pokok. Lepak kejap sambil melayan perasan sendiri.

Suasana agak tenang dan damai. Cuma angin agak kuat. 

Karang karang yang sudah mati

Pastu baru teringat aku ada biskut dalam beg. Aku beli masa kat Indomaret kelmarin, belum makan lagi. So aku lepak mamah biskut sambil menginsafi diri.

Biskut yang dibaham abis sekali harung

Dan mula otak aku menerawang jauh. 

Fikir benda yang bukan bukan. Tapi elok jugak sebenarnya, time time macam ni kita fikir, then datang keinsafan dan cuba memperbaiki diri sendiri. Nak jadi yang terbaik tu memang la tak boleh. Tapi at least kita cuba untuk buat yang terbaik dalam semua hal.

Tapi ni part part travel yang aku suka. Cari port paling best, duduk dan menikmati alam. Tak payah berat beratkan otak. Buang semua masalah yang ada. Tapi aku travel bukan sebab lari dari masalah. Aku tau, mana mana pun aku pegi, hati aku pasti akan tertinggal untuk kembali ke tanahair. Aku banyak tanggungjawab yang tertinggal. Bukan nak lepaskan diri tapi travel lebih banyak untuk aku berfikir dan memperbaiki diri sendiri.

Check check ada pulak botol air tersangkut dalam beg. Siap ada air lagi walaupun tak banyak mana.

Alhamdulillah, rezeki sebelah mata cuma baru perasan jer.

Lepas lepak lepak layan perasaan aku pun berjalan lagi. Selagi aku tak dapat confirmkan tiket ke Gili Trawangan ni selagi tu aku tak senang duduk.

Jalan dan teruskan perjalanan.

Tetiba ada kedai runcit !! Tapi aku dah tak dahaga.

Jarak dari Gili Air ke Gili Meno ni nampak dekat kan? Tapi jangan cuba cuba la berenang. Nampak je air cetek tapi current kat kawasan ni memang bahaya sebenarnya

Dah pusing ke belah selatan Gili Air ni nampak Pulau Lombok balik semula...

Pulau Lombok dari kejauhan

Pantai di Gili Air

Memang pulau ni tak berapa banyak penghuni. Pelancong yang ada pun tak ramai. Memang laid back la. Sekali fikir memang bosan gila pun ada. Boleh mental kalau duduk sorang sorang dan lama lama kat sini. 

Bila ke belah selatan hampir cukup satu pusingan tu baru la nampak rumah rumah orang sikit. Ada kedai, warung dan ada la chalet chalet. 

Salah satu chalet

Aku singgah dekat satu kedai runcit kat situ beli air. Sambil sambil tu aku borak borak dengan pompuan tu.

"Kok di sini sepi amat Mbak?"
"Iya... ngga ada apa apa.. kalau mau yang ramei ramei di Gili Trawangan"
"Gili Meno Mbak?"
"Di sana lagi sepi"
"Iya?"

Hmmmm..

Makinlah perasaan aku nak ke Gili Meno terbantut. Aku cadang memang nak ke Gili Meno dulu sebelum ke Trawangan, tapi kalau kat Meno lagi tak de apa apa.. hmmm macam bosan la pulak.

Beredar dari kedai tu, aku jalan dan kembali ke jetty.

Cukup satu pusingan berjalan kaki dengan masa lebih kurang 1 jam. Gili Air masih belum tercemar. Masih belum banyak pembangunan. Masih virgin kata orang. Hahahaa.

Ferry mengambil penumpang

Jetty Gili Air

Ini lah jetty awam Gili Air. Di sini di jual tiket tiket ke Bangsal dan ke pulau pulau Gili yang lain.

Gili Ayer atau Gili Air?

Masa kat jetty ni lah aku dapat banyak maklumat. Semua yang aku perlukan terjawab di sini. Patut aku datang ke sini dulu sebelum aku pusing pulau tadi, baru tenang hati nak berjalan. Turun dari bot tadi sepatutnya aku ke jetty dulu belah kiri, ni terus ke kanan tu yang bodoh sekejap tak nampak orang !

OK. Meh aku nak cerita.

Duduk ! Duduk !.

Public bot cuma ada 2 kali saja sehari dari Bangsal - Gili Air - Gili Meno - Gili Trawangan dan patah balik ke route yang sama.

Waktu perjalanan bermula dari Gili Air pukul 8.30 pagi dah singgah di setiap pulau lain ambik orang dan patah balik. Jadual satu lagi waktu petang jam 3 dengan route yang sama.

Jadi.. kalau nak hopping 3 pulau dalam satu hari adalah impossible unless chartered boat sendiri. 

So terkubur la harapan aku nak singgah di Meno. Tak pe lah. Baik aku ke Trawangan je terus. Malas nak singgah singgah dah.

Time aku sampai sini lebih kurang dekat pukul 1, so bot ke Gili Trawangan ada pukul 3. So aku kena tunggu.

"Private aja Mas... mudah. Sekarang bisa gerak"
"Ngga ah"
"Kalau petang, ombaknya kayak gini...."

Beriya ria dia buat ombak bergelora.

Gila lah. Takkan aku nak charter boat sorang sorang? Mahal tu. IDR200,000 hari tu dia letak kat aku. 

"Ngga apa apa, saya nunggu aja yang jam 3"

Tapi kalau dari Gili Air ni balik ke Bangsal ( Lombok ) memang banyak bot. Setiap sejam sekali ada.

Kat jetty tu siap penjual tiket tu cakap kat hailer...

"Tiket cuma ada 3 lagi untuk bot awam ke Gili Meno dan Gili Trawangan.. cepat bagi siapa yang mahu berangkat, tiketnya di beli sebelum kehabisan ...."

Macam tu la.

Punya la lama aku duduk kat situ sampai boleh hapal. Setiap kali orang beli tiket dia akan buat announcement dengan jumlah seat available tu makin berkurang dan berkurang. Bersungguh sungguh, padahal bukan ramai orang pun kat sini.

Jetty Gili Air

Letih aku menunggu. Last sekali aku pusing balik semula dan cari warung makan yang aku nampak masa berjalan tadi. 

Aku singgah dan makan nasi campur di sini.

Banyak betul orang jual nenas

Nasi campur nya. Sedap jugak. Ke sebab aku lapar?

Teh botol

Tak de apa aktiviti aku boleh buat sementara menunggu pukul 3 petang. Pusing pusing kat area jetty tu, pastu gi makan, then pegi surau kejap then patah balik ke jetty. Duduk dan tunggu lagi.

Tunggu la pukul 3 bot bergerak nanti. Oh. harga tiket bot adalah IDR30,000 ( RM 10 ) - dari Meno ke Trawangan.

Ni yang sempat aku snappy kat jetty tu.

Harga private bot kalau nak charter

Ini boat island hopping public tu. Cuma ada 2 trip je setiap hari

Duduk lepak kat jetty melayan perasaan sendiri.

Lamanya nak pukul 3 !!!!

Pulau Lombok dari Gili Air

Nak naik kuda pun bole. Tapi horse 'raiding' tu tak tau la apa benda.. hahaha

Abang abang lombok bekerja 

Kite surfing.. Macam syok je tengok mamat tu siap terbang terbang

Ini warung dekat jetty tapi tak jual nasi campur

Penyeri hidup dan waktu menunggu...

Tet............... !

Akhirnya detik dan masa pun tiba.

Dah dekat pukul 3 so bot dah siap sedia nak bergerak. Aku lega sikit tengok botnya lebih besar dari bot yang aku naik dari Bangsal ke Gili Air pagi tadi. At least rasanya kalau lawan ombak pun OK lagi besar macam ni.

Dalam bot

Tapi....

Kiraan aku nyata meleset. Bot yang besar macam ni tapi kalau ombaknya dua kali ganda besar dari yang tadi mana tak bergelora isi perut aku?


Ergh.... dari Gili Air nak cross ke Gili Meno tu rasa siksa gila. Siap bot terpusing di pukul ombak dan berpatah balik. Tapi nasib la mamat yang bawak ni pun terror bermain main dengan arus. 

Akhirnya kami berjaya singgah di Gili Meno.

Chalet di Gili Meno

Di Gili Meno cuma berhenti sekejap ambik orang nak ke Gili T dan turunkan orang dari Gili Air tadi. Tak lama lepas tu bot bergerak semula kali ni dari Gili Meno menuju ke Gili Trawangan..

Laut ketika meninggalkan Gili Meno

Dan lepas tu semua igauan ngeri datang kembali.

Boleh ilang nafas sekejap setiap kali bot melambung !



Inikah dia
Yang ku impikan
Dalam lambaian firdausi
Kali ini ku harapkan
Bukan fatamorgana lagi

Jiwa lama bersengketa
Sedang hakikatnya kita sama-sama redha
Hati hamba dah sedia
Perjalanan ini tinggal tujuh nafas lagi

Sepertimu
Aku juga pernah persoalkan kekuatan batinku

Dalam seribu kekalutan ku cinta
Dalam sejuta resah ku cinta jua
Dalam mimpi ngeri aku lihat cinta
Dalam rasa paling rendah ku angkat cinta

Rinduku bukan lah murahan
Jika mahu dianggapkan mainan
Kau tanya bilangan namamu ku sebut
Jawapnya hanya sekali lafaz tak terputus

Cinta ku yang ku maksudkan
Seperti buih-buih di bibir lautan
Seperti nafas yang meresapi badan
Seperti kenangan yang tak pernah luput selamanya

Ombak ganas membedal bot jadi terumbang ambing. Betul betul aku mengucap panjang kali ni. Ini rasanya kenangan ke dua paling ngeri naik bot dalam kehidupan aku kot. Yang paling ngeri masa aku kecik dulu. Tu memang the ultimate lah.

Kat Gili ni sebab bot pun tak berapa besar, dan ombak memang bukan jenis main main punya lah. Sempat aku ambik gambar sebuah bot lain yang berhempas pulas menentang badai samudera di Laut Bali ini. Cuak jugak la aku di buatnya.

Hish.





Ya Tuhan. Cepat lah sampai di Gili Trawangan. 

Trauma dah aku naik bot melambung lambung macam ni.

bersambung...............

Friday, October 18, 2013

Trip Oktober 2013 - Highlight & Itinerary : Lombok | Gili | Bali

Huargh !!

Dah 3 bulan tak naik flight. Ada 2 trip hari tu tapi dua dua aku tak pegi sebab malas. Hahaha..

Travel bug datang balik. Alhamdulillah. Selesai sudah trip bulan Oktober 2013.

Di mana kunjungan aku kali ni?

Usha gambar kasi preview dulu !

# 01

# 02

# 03

# 04

# 05

# 06

# 07

# 08

# 09

# 10

# 11

# 12

# 13

# 14

#15

# 16

# 17

# 18

# 19

# 20

# 21

# 21

# 22

# 23

# 24

# 25

# 26

# 27

# 28

# 29

# 30

# 31

# 32

# 33

# 34

Buntang mata?

OK. Trip kali ni ke Lombok - The Gilis - Bali.

Actually, aku cuma nak ke Lombok tapi masa beli tiket tu, harga return from Lombok mahal mencanak. So aku cari alternative, dapat tiket murah balik dari Bali. So aku pegi Gili Air, Gili Meno dan Gili Trawangan dulu sebelum ke Bali dan balik ke KL.

Anyway, ni sample itinerary aku.

Day 01 : Departs to Lombok - Sengigi Beach 
Day 02 : South Lombok ( Kuta Beach, Tanjung Aan, Pantai Mawun)
Day 03 : The Gilis ( Gili Air - Gili Trawangan )
Day 04 : Bali

Overall, trip agak penat la. Sakit kaki dan sakit pinggang. Macam biasa, aku ni kalau travel berjalan bukan main. Nasib kali ni tak cramp ! Tapi sakit pinggang sebab aku ke South Lombok dengan motosikal jer. Gila cuak sebab tak bawak spek. Bawak moto dah nak malam, cepat cepat balik ke Sengigi. 

Lombok memang lawa. Should have spend more time di sana. Kalau sesapa pegi, aku syorkan, sewa kereta dan drive sendiri around island. Sesat pun tak pe sebab bagi yang suka keindahan alam. This is the place to consider. Recommended. Pegi la sebelum Lombok bertukar too commercialized macam Bali ! Kalau minat trekking, boleh ke Rinjani. Aku ni biasalah, takut pancit ....so awal awal aku dah tolak.

Aku pernah ke Trawangan sebelum ni, so kali ni revisit untuk tengok apa yang berubah. Aku opt ke Gili Air dulu sebelum ke Gili Meno dan bermalam di Gili Trawangan sebelum ke Bali.

Kalau aku boleh tukar itinerary ni, waktu sampai, aku ke South Lombok dulu sebaiknya then next day baru ke Sengigi Beach. Lain lain rasanya OK la. Tak de la terkejar kejar dan cukup apa adanya.

Expenses pulak. Aku cuma tukar RM400 plus aku ada dalam INR 600,000 baki trip dulu. So tu je la yang aku belanjakan tak termasuk harga hotel dan flight ( kecuali hotel 2nd night ).

Ni details sikit yang aku ingat dan mungkin boleh jadi panduan kalau nak follow trip ni. RM1 = INR 3000

Flight & Hotels depends. Book awal boleh dapat murah. Aku book flight return untuk 2 orang RM 190. Tapi last minit OR tak jadi pegi, so aku pegi sorang je !

Sewa motosikal di Lombok INR 50,000 per day, Makan  : average INR 25,000 per meals, bot Sengigi to Gili Air : INR 75,000, Bot dari Gili Air ke Gili Trawangan : INR 30,000. Hotel di Lombok  : INR 275,000 per night. Speed boat Gili ke Bali : INR 275,000 ( Bargain hard, harga letak dalam INR 400,000 / one way ), Sewa basikal di Gili INR 15 000 per hour.

Airport Tax ( Bali ) : INR 150,000

Tu je la yang aku ingat dan aku rasa agak penting. Lain lain tu aku shopping sikit dan benda benda runcit lah. Rasanya dalam around RM 500 jugak la kot cukup untuk ground arrangement tak termasuk hotel. Depends on budget dan keselesaan masing masing.

To summarize the trip aku rasa Lombok adalah sangat lawa ! Unspoiled beaches, people and its culture etc. Gili Air memang tak de apa apa sangat la.. pantai dan air not bad. Aku cuma sedih sikit pasal Gili Trawangan. Masa kunjungan aku tahun 2010 aku rasa Gili T ok lagi, tapi sekarang dah too commercialized, too touristy dan ramai sangat orang berparty! Banyak spot spot yang aku cari memang dah tak de. Dah banyak hotel hotel mewah naik dan tak laid back dah. Gili Air macam Gili T dulu, tapi setahun dua nanti jadi sama jugak la. Gili Meno lagi laid back dan nampak bosan melampau pulak.

Bali macam biasa lah for culture and party. 

Tak de apa apa yang buruk berlaku sepanjang trip 4 hari 3 malam ni. Cuma masa naik bot dari Gili Air ke Gili Trawangan tu, mak aii..  Kecut telur. Cuaca cerah tapi ombak ganas gila !!  Nasib la tak de apa apa yang berlaku..... Alhamdulillah semuanya selamat. Kalau tak, trip ni jadi la Trip Tragedi Oktober.

Nanti aku go in details bila kerajinan melanda. Now masih letih dan tidak bermaya karin.

Sekian dulu.



Tak sanggup lagi aku
Mengenang kisah lalu
Keganasan menghantui diriku

Biarkan ia pergi
Menjadi suatu misteri
Bagaikan tiada hati yang peduli

Tak mahu ku ingat lagi
Apa yang telah terjadi
Tragedi Oktober

Sesalan aku hanya untukmu sayang
Ampunilah segala dosa-dosaku
Bagiku kau bukanlah lawanku
Kekasihku...

Hanya satu ku pinta
Kujujuran darimu
Berilah peluang hidupmu

Aku rela bersama
Meranjau onak duka
Agar berkekalan hendaknya

Tak mahu ku ingat lagi
Apa yang telah terjadi
Tragedi Oktober

Sesalan aku hanya untukmu sayang
Ampunilah segala dosa-dosaku
Bagiku kau bukanlah lawanku
Kekasihku...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...