Showing posts with label 2014 Bromo Ijen. Show all posts
Showing posts with label 2014 Bromo Ijen. Show all posts

Saturday, November 15, 2014

Kawah Ijen, Banyuwangi

Adakah anda sanggup mencabar adrenalin untuk berkunjung ke kawasan yang terkenal dengan fenomena 'api biru' di Indonesia ini?

Jika ya, kena lah kumpul duit. Beli tiket dan mulakan penjelajahan.

Anda sememangnya mempunyai keberanian sama seperti kami yang sanggup menggadai nyawa mereka semata-mata untuk menyaksikan sendiri keindahan sekitar kawasan kawah beracun Gunung Ijen pada waktu malam.

* ayat the poyost

Api biru setinggi lima meter yang memukau pandangan mata dan menjadi tarikan utama pelancong dipercayai terhasil daripada pembebasan sulfur bertoksik dari kawah terbabit.

Penduduk tempatan pula menjadikan kawah gunung berapi tersebut sebagai punca pendapatan mereka menerusi aktiviti perlombongan belerang.

Gunung Ijen adalah sebuah gunung berapi aktif yang terletak di daerah Kabupaten Banyuwangi, Jawa Timur, Indonesia. Gunung ini mempunyai ketinggian 2.443 m dan telah empat kali meletus (1796, 1817, 1913, dan 1936). Untuk mendaki ke gunung ini boleh melalui Bondowoso ataupun dari Banyuwangi.

Kawah Ijen adalah sebuah danau kawah yang bersifat asidic yang berada di puncak Gunung Ijen dengan ketinggian 2368 meter di atas permukaan laut dengan kedalaman danau 200 meter dan luas kawah mencapai 5466 Hektar. Kawah Ijen berada dalam wilayah Cagar Alam Taman Wisata Ijen, Kabupaten Bondowoso, Jawa Timur.

Nak naik confirm terpongeh. Boleh membawa kepada penyesalan. Tapi pengalaman melihat Blue Fire adalah kenangan yang tak bisa dilucutkan......

"Ayo... ikut ke Ijen.... asikkkkkkk"














Tips:-

1. Suhu di Ijen adalah 2 kali ganda sejuknya dari Bromo. Dan menurut guide kitaorang, suhu di sini boleh mencecah sehingga 0 darjah. Jadi sila bersiap siaga untuk gigi berantakan dan sengal sengal tulang.

2. Pendakian mengambil masa selama 4 jam mendaki dan  4 jam turun bergantung kepada stamina dan ke-sado-an. Walaupun penat dan pancit serta tubuh menjadi busuk kohong tetapi pengalaman dan pemandangan di sini adalah sangat indah dan mengasyikkan yang mungkin tidak dapat dinikmati di tempat tempat lain seperti di rumat urut, pasaraya atau pasar pasar ikan. Barang diingat pakaian dan badan akan berbau sulfur yang sangat kuat dan busuk kalau korang menghampiri blue fire tersebut. dan bau belerang itu akan kekal di pakaian.

Nak tahu rahsia baju berbau wangi dan tahan lama ..? Gunakan lah sabun pencuci Top !

* mati la promo

3. Pendakian selalunya bemula pada jam 1 atau 2 pagi. Ini adalah disebabkan kerana nak kejar blue fire yang hanya akan memunculkan dirinya dari jam 4 - 5 pagi. Biasanya selepas subuh, blue fire sukar untuk terjadi dek kerana cahaya matahari.

Memang tabiat mereka mal mal kuch sebegitu agaknya....

4. Sewaktu pendakian, cuaca sejuk akan berkurangan, Di tambah dengan mengah dan penat yang datang. Jadi, tak perlu bawak banyak barang semasa mendaki. Cukuplah air mineral, lampu suluh dan pakai baju yang secukupnya. Mendaki ke kawah Ijen di malam hari ini agak mencabar jadi minimizekan barang yang di bawa. Pakailah kasut yang selesa sebab trekking turun naik ni boleh menyebabkan kesakitan kaki, sakit lutut. Jadi kemaskan kuda kuda dan melangkah lah dengan yakin demi agama.. bangsa... dan tanahair. Chances untuk mengelungsur juga akan berlaku. Jadi.. hati hati.

5. Berjalan lah dengan tenang dan jangan membuat bising serta mulut jangan puaka tak tentu pasal. Macam-macam makhluk ada di persektiaran dalam suasana yang gelap tu.  Kami terserempak dengan sepasang mata bersinar yang tidak diketahui jenis makluknya.... nasib baik lah ada guide yang kental dan berani. Jika tidak.. pasti kami semua patah balik dan bertempiaran lari sambil tinggal tahik bersepah sepanjang jalan dek ketakutan.

6. Di perjalanan semasa mendaki dan pulang, kalau terserempak duit yang banya, jangan sesekali cuba nak ambik. Duit itu bukan korang yang punya.. Bukan jugak Ahmad Albab yang punya.. Duit duit itu di buat untuk tujuan kepercayaan tertentu atau untuk membayar hajat. Jangan berniat jahat nak mencuri walaupun jumlahnya agak jutaria.

7. Untuk melihat blue fire kena turun ke bawah lembah yang agak curam juga lah so extra hati-hati masa turun. Anda mungkin tak gayat sebab malam tak nampak apa tapi bila mendaki naik balik masa dah cerah nanti akan nampak betapa curam dan ngerinya trek perjalanan sewaktu turun.

8. Biasanya guide akan suruh kita tunggu sampai matahari terbit untuk menyaksikan suasana dan pemandangan kawah Ijen yang kehijauan ini. Tapi awas.. tasik itu beracun dan jangan nak mengada ngada pegi minum air tu.

9. Akan ada orang turun naik ambik belerang jadi bagi lah laluan kepada dia orang. Kesian mereka mengangkut benda tu berat nauzibilah. Insafilah diri. Nilai kan lah kehidupan sendiri. Bersyukurlah apa yang Tuhan dah bagi... Ingatlah. ada insan lain yang lebih sarat perjalanan hidupnya. Jadi.. jangan mudah mengeluh dengan nasib diri ! Bersyukur dan redha. Pasrah dan berserah.

* betul betulkan terompah kopiah.

10. Belerang yang di ambil di kawasan blue fire ada dalam pelbagai bentuk dan rupa dijual di tepi-tepi jalan. Belerang kuning tu boleh buat ubat segala macam penyakit kulit dan gatal-gatal. Boleh juga dijadikan sabun, ubat gigi dan segala macam perawatan. ( wah gila ko ayat Indo....)

So kalau gatal gatal.. tak payah GARU GARA DIRI MU dah.... tonyoh je dengan sulfur. Nescaya busuk pun akan sekata dan seabadi selamanya...



Maafkan
Maafkanlah diri ini
Kerana aku terlanjur
Menyintai engkau

Mencuba
Mencuba untuk membetulkan
Semua yang hampir musnah
Gara diriku

Berikan ku peluang
Menebus dosa ini
Agar aku tak terasa
Bersalah terhadapmu

Jika harus ku bertukar
Menjadi seorang yang terbaik untuk dirimu
Akan ku lakukan
Demi percayakan cinta
Melihat kebahagiaanmu

Jika harus ku berdiam
Menjadi seorang yang tak bisa berbicara
Sanggup ku lakukan semua ini kernamu
Supaya tidak ada ruang
Untuk berpisah
Untuk berpisah

Berikan ku peluang
Menebus dosa ini
Agar aku tak terasa
Bersalah terhadapmu

Jika harus ku bertukar
Menjadi seorang
Yang terbaik untuk dirimu
Akan ku lakukan
Demi percayakan cinta
Melihat kebahagiaanmu

Jika harus ku berdiam
Menjadi seorang yang tak bisa berbicara
Sanggup ku lakukan semua ini kernamu
Supaya tidak ada ruang untuk berpisah
Mencuba untuk membetulkan
Semua yang hampir musnah
Gara diriku
Gara diriku

Friday, November 14, 2014

Savannah & Pasir Berbisik, Bromo

Layan gegambar di Blok Savannah dan Pasir Berbisik di Bromo.

Tips:-

1. Kalau malas sewa kuda boleh tahan jauh juga nak kena berjalan dan nanti kena mendaki anak tangga yang tinggi berpasir pulak tu. Nasihat aku adalah...sewalah kuda !

2. Kalau sewa kuda.. tawarlah seboleh mungkin. Biasanya agent yang bawak kita akan kenalkan pada member member dia orang. Terserahlah pada kita nak memilih kawan mereka tu atau tidak. Jangan sebab nak menjaga hati... then kita kena tiau mahal mahal. 

3. Kalau jenis gayat rajinkan lah diri berjalan kaki walaupon jauh sebab kuda tu akan panjat bukit dengan gaya terhoyong hayang macam mabuk todi. So kalau kuda tak muntah.. korang yang muntah atas kuda nanti.

4. Bila naik kuda.. relaks relaks jer. Jangan keraskan badan...takut nanti tergolek dog. Kuda pun bosan bawak kau orang. Sama jugak bila turun.. rebahkan badan macam nak senggama dengan kuda tu. Ergkk... Luruskan kaki dan condongkan tubuh ke depan. Jangan lupa bisikkan pada telinga kuda...

"Eiiiii muka putih kaki hitam........ "

Jangan marah kalau tetiba sedar sedar tengah menggelupur atas tanah sebab kena terajang.

5.  Tapi sebaiknya ambik kuda sehala jer. so masa balik jalan kaki dan boleh pose pose ambik gambar. Kalau atas kuda kang payah nak ambik gambor.

6. Kalau nak beli t Shirt I Love Bromo.. boleh nego nego kat sini. Dapatkan yang termurah. Tapi kalau nego bukan main tapi tak jadi beli... tu bakal kena keji !

7. Berhati hati la ketika berada di kawasan kawah Bromo.... tiada pengadang mahupun pagar. Silap silap sekali lagi akan terjerumus ke lembah kehinaan.

8. Biasanya tukang heret kuda tu akan mintak extra tips so terpulang la nak bagi ke tak sebab kalau di ikutkan.. bayaran kuda tu dah termasuk sekali charge dia orang ni.

9. Pada yang ada lelah atau asma, sediakan mask dan minum banyak air kerana gunung Bromo mengeluar kan asap dan debu sulfur. Kalau ada topeng Ultramen lagi poyo... !

10. Terdapat lebh daripada 200 anak tangga. Maka dakilah ikut pace sendiri. Slow slow .... Tapi time berhenti tu jangan sampai block orang lain yang sedang mendaki. Take your time and enjoy the view... !













Lagu Pasir Berbisik tak de, Hati Berbisik ada. Tak pernah pulak aku dengar lagu ni. Motip la Mak Itik ni tak whassap aku bagitau...

Enjoice !



Malam Bertandang
Hati Berbisik Mengenang
Cerita Derita Yang Daku Pendam

Kata Menguji
Cuba Untuk Kusudahi
Berulang Airmata Membasahi

Aku Kini Perlu Berdiri
Walau Hakikatnya
Pasti Kan Melukai

Aku Ingin
Semua Rasai
Kerna Pengakhirnya Hidup
Ku Sendiri

Oh Tuhan Kau Berikan Aku
Segala Kekuatan
Meneruskan
Perjalanan

Thursday, November 13, 2014

Mt Bromo, Surabaya

Malas nak tulis pasal Bromo. Ramai yang dah ke sana jadi boleh refer mana mana blog jer. Lagipun tak boleh nak buat travelog sebab gambar adalah bersepah sepah. Sikit sorang dari budak budak GBS bila aku kumpul dah jadi berterabur.

Jadi, sekadar nak share gambo jer lah sambil bagi tips tips menjaga kecantikan dan kelangsingan tubuh agak tampak ramping bila mendaki gunung Bromo ni.

Gunung Bromo merupakan gunung berapi yang masih aktif dan paling terkenal sebagai objek wisata di Jawa Timur. Nama Bromo di ambil dari bahasa sanskrit Brahma; salah seorang Dewa utama Hindu.

Gunung Bromo menjadi menarik kerana statusnya sebagai gunung berapi yang masih aktif.

Bromo mempunyai ketinggian 2.392 meter di atas permukaan laut dan berada dalam empat wilayah, iaitu Kabupaten Probolinggo, Pasuruan, Lumajang, dan Kabupaten Malang. Bentuk Gunung Bromo bertautan antara lembah dan lereng dengan caldera lautan pasir seluas sekitar 10 kilometer persegi.

Gunung Bromo mempunyai sebuah kawah dengan garis tengah 800 meter (utara-selatan) dan 600 meter (timur-barat).

Enjoice !


















Tips :-

1. Sediakan payung sebelum hujan ! Eh bukan... sediakan pakaian yang tebal dan bersesuaian serta selesa. Suhu bergantung kepada keadaan kadang-kadang boleh mencecah 10 darjah dan boleh menyebabkan tulang sum sum berantakan.

2. Kasut juga perlu bersesuaian. Seelok eloknya adalah kasut sukan. Sila pakai high heels kalau rasa nak terjerumus ke lembah yang hina !

3. Kalau boleh rancang masa yang sesuai dan waktu terbaik untuk mendaki. Kalau waktu kemarau cuaca dan pemandangan adalah lagi cantik iaitu sekitar bulas Ogos atau April - Oktober. Tak kemarau pun OK jer... yang penting.. pegi la bila dapat tiket AA murah. Kan??? Poket kemarau time berjalan lagi la sadis.

4. Fizikal dan mental pastikan fit dan sado. Extreme juga lah kena mendaki dan anak tangga boleh tahan banyak juga kena panjat. Jadi skill kecik kecik memanjat pokok kelapa atau training panjat Batu Caves adalah boleh diambil kira. Tapi kalau tak fit dan nan hado pun okey je kot.... 

5. Kalau tak ambil pakej all in, settlekan penginapan dan jeep awal-awal Memang susah kalau last minit. Kalau pergi solo lagi lah kos tinggi. Silap silap takde siapa nak layan. Kena cari partner yang boleh share transport, jika tidak.. kau akan menyesal............. sebab wang akan terbang pegi macam angin sepoi sepoi bahasa Jawa...   

6. Hotel dan rumah penginapan yang berdekatan banyak je boleh pilih ikut kemampuan. Jangan risau.

7. Beli makanan dan jajan sebagai bekalan sebab kedai adalah sangat terhad. Bawak energy bar untuk tenaga dan air mineral untuk mengurangkan kedahagaan yang melampau...

8. Pendakian biasanya akan bermula jam 3 pagi sebab nak tengok sunset. Lagi awal lagi elok jangan terlajak tido sebab nya kalau lewat kena jalan jauh. Parking penuh dan sesak sebab orang ramai. Seeoloknya bawa lampu suluh untuk menyuluh jalan dan juga menyuluh awek awek sepanjang jalan.

9. Pastikan segala battery, memori card dan keperluan lain mencukupi sebab confirm gila amik gambar tak terbendung. Tapi bersedih lah kalau ambik gambar banyak banyak tapi gambar semua hilang !!!

* tarik key beribu sesalan.....

10. Dapatkan sedikit sebanyak info kadar sewa, kadar upah. Jangan buat muka blur sangat supaya tak kena kuda..... kalau kena tipu sapa yang susah? Sapa yang menyesal?

* sambung tarik key beribu sesalan..............

Tapi masa tu nak menyesal pun dah terlambat... yang tinggal hanya sengsara....... !



Bersendiri di kamar ini daku meratapi....
subuh bakal menyingsing
Mengenag yang jelas terang....
Cinta nan curang air mata mengenang
Fikirkan apa yang kurang...
Pada diriku atau salah lakuku
Seminggu daku berkurung....
Umpama tangis berkabung

Jangan lagi kau berdusta...
Janganlah berkata kau masih menyinta
Kerna ku akan percaya...
terus terperdaya...
terus sengsara

Oh kenapa daku tersedar....
Hakikat sebenar setelah terlalu lama
Menyinta penuh setia beri peluang...
Namun ia berulang
Terlantar terketar-ketar kedinginan
berselubung kenangan
Harapan yang ku doakan
Tidak mungkin dimakbulkan

Jikalau benar kau kata daku kau cinta....
Lepaskanlah oh diriku dari belenggu
Syair janji manis mu dan sengsara hidupku

Wednesday, November 12, 2014

Air Terjun Mandakaripura, Probolinggo

Air Terjun Madakaripura adalah salah satu air terjun di kawasan Taman Nasional Bromo Tengger Semeru. Air terjun ini memiliki ketinggian sekitar 200 m dan berbentuk ceruk yang dikelilingi tebing-tebing yang menjulang tinggi yang menitiskan air membentuk tirai pada tebingnya seperti air hujan. 

Di balik air terjun utama terdapat sebuah gua. Namun begitu untuk sampai ke gua tersebut agak rumit kerana perlu melepasi kolam yang berkedalaman 7 meter dan memiliki arus air yang sangat deras.

Menurut penduduk setempat nama Madakaripura berarti ‘tempat terakhir’ yang diambil dari cerita pada zaman dahulukala, konon Patih Gajah Mada menghabiskan hayat terakhirnya dengan bersemadi di lokasi air terjun ini. Terdapat sebuah arca Gajah Mada di tapak parking kawasan tersebut.

Layan gambar.









10 Tips ketika berada di kawasan Air Terjun Mandakaripura ni.

1. Bawa selipar jepun sebab selipar mahal kadang kadang tak berapa berguna kat area macam ni. Kalau bawak awek Jepun pun bagus.. tapi jangan kasi dia pakai Kimono... nanti dia sesat ntah ke mano mano....

2. Sila bawa baju hujan sebab kemungkinan untuk basah adalah tahap gerimis mengundang. Confirm basah lah.  Jika malas bawak boleh beli di tempat kejadian dengan harga 3 ribu di tempat parking sebelum mula jejak ke air terjun ni. Ada tiket masuk di kenakan di pintu masuk.

3. Sediakan plastik untuk melindungi wallet, camera make up, jajan dan segala macam yang tak kalis dek air. Pun sama plastik ada di jual sebelum kawasan air terjun.

4.  Pastikan ada baju extra walaupun berbaju hujan. Lebih lebih lagi kalau nak poyo-sing dengan baju baju glamour supaya tampak lebih gempak di balik air terjun atau bertemakan Gerimis Mengundang di Aidilfitri....  kau mampu bawak baju melayu?

5. Jalan yang bakal dilalui memang kena merentas arus aliran air terjun ni. Nak kata challenging sangat tu tak de lah tapi kena sentiasa hati hati.

6. Masa perjalanan adalah sekitar 30 minit - 1 jam bergantung pada mental dan fizikal dan beban yang di tanggung. Kalau kendung itik serati 4 ekor confirm sampai lambat ! Kalau sibuk nak ambik gambar setiap 14 langkah confirm kena tinggal !

7. Walaupon driver yang bawa kita tahu akan jalan ke air terjun ni tapi yang akan bawa adalah guide tempatan yang sedia ada menunggu di kawasan tersebut so sila lah hulur/sediakan sedikit tips kepada beliau. ( Sila buangkan sikap kedekut dalam diri ). Bayaran seorang guide lebih kurang 100 ribu.

8. On the way balik pastikan tidak memberi pakcik yang bawa kita tracking tu pegang baju hujan sebab nya dia akan ambik dan jual semula. ( Sila tanam semula sikap kedekut dalam diri ) Tapi kalau tak kisah.. halal bihalal jer lah.....

9. Tandas untuk menukar pakaian dan menunaikan hajat ada disediakan. Cuma sanggup dengan tidak je lah nak guna. Atau cuba cuba bayangkan semua semua yang indah indah saja di Mandakaripura....

10. Just enjoy the view !



Saat ku tenggelam dalam sendu
Waktupun enggan untuk berlalu
Ku berjanji tuk menutup pintu hatiku
Entah untuk siapapun itu

Semakin ku lihat masa lalu
semakin hatiku tak menentu
Tetapi satu sinar terangi jiwaku
Saat ku melihat senyummu

Dan kau hadir merubah segalanya
Menjadi lebih indah
Kau bawa cintaku setinggi angkasa
Membuatku merasa sempurna
Dan membuatku utuh tuk menjalani hidup
Berdua denganmu selama-lamanya
Kaulah yang terbaik untukku

Kini ku ingin hentikan waktu
Bila kau berada di dekatku
Bunga cinta bermekaran dalam jiwaku
Kan ku petik satu untukmu

Kaulah yang terbaik untukku

Ku percayakan seluruh hatiku padamu
Kasihku satu janjiku kaulah yang terakhir bagiku

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...