Showing posts with label Kajang. Show all posts
Showing posts with label Kajang. Show all posts

Friday, December 7, 2018

Masjid Jamek Pekan KAJANG

Salam Jumaat !

Kali ni kita usha Masjid Jamek Kajang.


Masjid Jamek Pekan Kajang merupakan sebuah Masjid Jamek yang terletak dalam daerah Hulu Langat, Selangor, Malaysia. Ia menjadi pusat ibadat bagi masyarakat setempat.

Di bina pada 01 Januari 1970 dan dirasmikan pada 14 Mei 1971 oleh DYMM Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Alhaj

Masjid ini berkeluasan kawasan lebih 4 ekar di tengah tengah pekan Kajang.

Masalahnya tak banyak info aku jumpa dalam internet mengenai masjid ni, jadi layan gambar je lah. Aci?

Pintu masuk

Kubah masjid

Kubah dan mineret

Bangunan masjid

Kawasan parking yang luas

Bangunan masjid. Ada bangunan bangunan lain di persekitaran masjid untuk pelbagai kemudahan jemaah di sini.

Koridor

Mineret

Pintu masuk utama

Koridor

Papan maklumat

Kawasan tambahan masjid

Tangga ke tingkat atas

Dewan solat utama lelaki

Dewan solat utama

Dewan solat

Karpet

Ruang solat

Mimbar

Mihrab

Rak buku dan al quran

Tu je lah. Aku pun singgah untuk solat sewaktu berada di kawasan ni. Masjid nampak elok dan bersih cuma binaannya agak lama tapi masih terjaga.

Tapi ada je orang lepak lepak tumpang tidur kat koridor.

Since tak banyak info, aku share satu article yang aku rasa menarik.  

Hadam !


Ujian di Dunia 'jalan' Kita ke Syurga

Kadangkala terlintas di fikiran, kenapalah diri kita kerap kali ditimpa ujian. Habis satu perkara, datang pula ujian lain. Sebenarnya, setiap ujian itu mempunyai hikmah yang tersurat dan tersirat.

Ujian adalah jalan bagi memudahkan kita masuk ke syurga Allah kelak. Itulah mentaliti yang perlu ditanam dalam diri setiap orang beriman.

Jangan bersangka buruk terhadap ujian kerana jika tidak diuji, bagaimana hamba yang taat mampu memperoleh pahala atas sifat sabar, syukur dan reda?

Dalam kalangan rasul Ulul Azmi, ujian yang ditimpakan ke atas mereka bagi mengangkat darjat kerana kegigihan, kesabaran dan keberanian mereka menanggung pelbagai ujian yang berat.

Allah SWT berfirman yang bermaksud: “Adakah patut kamu menyangka bahawa kamu akan masuk syurga, padahal belum sampai kepada kamu (ujian dan cubaan) seperti yang berlaku kepada orang yang terdahulu daripada kamu? Mereka ditimpa kepapaan dan penyakit serta digoncangkan (oleh ancaman bahaya musuh) sehingga berkatalah Rasul dan orang-orang beriman yang ada bersertanya: Bilakah (datangnya) pertolongan Allah SWT?” (Surah al-Baqarah, ayat 214)

Bagi orang beriman, setiap ujian itu mempunyai maksud yang baik di sebaliknya. Buat orang yang melakukan dosa, ujian yang mereka hadapi itu sebenarnya adalah sebahagian cara pengampunan dosanya.

Bagi orang beriman, ujian yang hadir dalam hidupnya itu untuk meningkatkan lagi darjatnya di sisi Allah SWT.

Hikmah ujian itu menurut golongan muqarrabin ialah Allah SWT melapangkan bagi seseorang supaya dia tidak selalu berasa kesempitan manakala Allah menyempitkan sesuatu supaya orang itu tidak terus hanyut dalam keadaan selesa dan Allah melepaskan kedua-duanya supaya orang itu tidak bergantung kepada sesuatu selain Allah.

Kepada sesiapa yang Allah SWT mahu beri kepadanya neraka, Allah SWT akan tahan dosa yang dilakukannya di dunia ini. Sebab itu, ada manusia hidup jauh menyimpang daripada ajaran agama dan sentiasa bergelumang dengan dosa dan maksiat.

Segala kemungkaran yang dilakukan seperti meminum arak, berjudi, mencuri dan berzina dirasakan cukup nikmat. Allah membiarkan mereka merasai sepuas-puasnya supaya mudah Allah menghumban golongan itu ke dalam neraka.

Sebaliknya, jika kita sentiasa bersabar dan reda ketika diberikan ujian, itulah cara Allah SWT hendak memudahkan kita ke syurga. Jangan sesekali kita mengeluh atau mengungkit, bahkan perlu menyebut ucapan innalillahiwainnailaihirojiun yang bermaksud: “Sesungguhnya kami adalah kepunyaan Allah dan kepada Allah jualah kami kembali.”

Justeru, kita perlu yakin ada perkara yang Allah SWT hendak sediakan buat diri kita.

Daripada Anas bin Malik, beliau menyatakan Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Sesungguhnya besarnya ganjaran itu dinilai pada besarnya bala yang menimpa. Dan sesungguhnya Allah itu apabila mencintai sesuatu kaum, maka akan mereka itu diberi dugaan. Oleh sebab itu barangsiapa yang reda dengan ujian yang menimpa, dia akan memperoleh keredaan Allah dan barangsiapa yang tidak maka padanya kemurkaan Allah. (Riwayat al-Tirmidzi)

Dalam hadis itu, Rasulullah SAW memujuk dan memberi kekuatan kepada umatnya bahawa setiap ujian yang ditempuhi pasti ada ganjaran besar yang Allah SWT hendak berikan kepada hamba-Nya.

Begitu juga dinyatakan menerusi firman Allah yang bermaksud: “Pada saat itulah diuji orang-orang yang beriman dan digoncangkan perasaan dan pendiriannya dengan goncangan yang amat dahsyat.” (Surah al-Ahzab, ayat 11)

Antara hikmah di sebalik ujian itu juga menjadikan seorang hamba itu semakin dekat dan sentiasa mengadu kepada Allah SWT mengenai apa yang ditanggungnya supaya ia didengari.

Sebelum ini, mungkin seseorang itu jarang atau langsung tidak pernah bangun solat tahajud, namun selepas diuji, ibadatnya semakin hebat dan itulah tanda Allah sayang kepada hamba-Nya.

Moga bermanfaat.




Aku minta padaMU agar Kau ampuni aku,
Ampuni segala dosaku..Segala kekhilafanku,
AKu tau aku tak layak untuk ke syurgaMU,
Ku benar-benar tak mampu..menepis kisah lalu,

Namun aku mahu teruskan meminta perlindungan,
DariMU tuhan.

Aku mohon Engkau kuatkan aku,
Terimalah taubat ku untuk terus ke jalanMU,
Aku mohon Engkau ..jauhkan aku,
Dari segala fitnah permainan manusia.

Ooo..Ya Tuhanku,

Sesungguhnya keinsafan ini,
Benar-benar lahir dari hati,
Ku dambakan hidayahMU,
Solat hidup matiku hanya keranaMU.

Aku mohon Engkau kuatkan aku,
Terimalah taubat ku untuk terus ke jalanMU,
Aku mohon Engkau .. jauhkan aku,
Dari segala fitnah permainan manusia.

Terimalah taubat ku untuk terus ke jalanMU …

Ku Dambakan HidayahMU .. 
Tuhan ku.

Friday, June 8, 2018

Masjid India, KAJANG

Salam Jumaat & Salam Ramadan.... 

Bila dah nak abis Ramadan ni mesti masing masing fikir pasal persiapan raya. 

Bila bercakap pasal persiapan raya, tentunya Jalan TAR masuk dalam benak fikiran dan minda.

Kalau Jalan TAR mesti orang cakap dekat dengan Masjid India. 

Asal sebut Masjid India je mesti orang kata kat Jalan TAR..........

Sebenarnya................ tak !!!! tak !! tak !!!

Ada sebuah masjid India yang terletak di luar KL iaitu di Kajang.

Masjid India, Kajang

Masjid ini terletak di Jalan Reko, Kajang berdekatan dengan station MRT. Masjid ini turut di kenali sebagai Madrasah Assirathul Mustaqeem.

Aku singgah untuk solat zuhur masa kebetulan berada di kawasan tu. 

Binaan masjid

Tak banyak info mengenai masjid ini di internet so aku pun tak tau apa nak di kongsi. Tapi masjid dia nampak comel dengan persekitaran yang bersih dan terjaga.

Ada lah sikit gambar gambar yang boleh memberi gambaran mengenai senibina dan reka bentuk masjid ini.




Sesuai dengan namanya, masjid ini menjadi tempat tumpuan India Muslim untuk berkumpul dan beribadah. Ada jugak program program yang turut melibatkan semua bangsa yang seagama.

Usha dulu persekitaran Masjid India, Kajang ni.

Menara

Anjung

Kubah berwarna hijau

Saiz nya tak begitu besar tapi cukup untuk menampung jemaah setiap kali masuknya solat fardhu.

Di bahagian belajang masjid terdapat kemudahan untuk jemaah dan juga aktiviti aktiviti keagamaan dijalankan. 

Tempat wuduk dan kemudahan tandas

Dewan solat utama

Hiasan dalaman

Karpet

Mimbar dan mihrab

Kubah kecil dengan lampu candelier

Bumbung yang tinggi dan selesa pengudaraannya

Tapi masa aku singgah tu ramai pulak yang mengambil peluang tidur dan baring di kawasan sekitar masjid ni. 

Dan bergelimpangan penuh manusia. Maybe bulan puasa ramai yang penat dan tumpang singgah. 

Berdekatan dengan jalan utama dan station MRT

Kawasan dengan kemudahan parking untuk jemaah

Masjid India, Kajang
LOT 32, Jalan Reko
Kajang,
Malaysia

fb :  Masjid-India-Kajang


Semoga masjid ini di manfaatkan sebaiknya untuk pembangunan insan dan para jemaah.

Thursday, June 2, 2016

Jom Shopping : Dockers & Levi's Factory Outlet Store, Metro Kajang

Shopping ! 

Raya pun dah tak berapa lama lagi kan? So.. boleh la start merancang nak bergaya dengan cara macamana bersempena hari yang mulia nanti !

* poyo je.. puasa pun belum.

Aku bukan la jenis yang kuat shopping dan reti shopping ! Biasanya kalau nak beli pun, bila rasa perlu baru la beli.

La ni.. aku didatangi beberapa masalah seluar banyak yang dah tak muat.

Wait !

Jangan di tanya kenapa dah tak muat ! Sebab jawapannya pasti akan mendukacitakan....

Dan masalah aku jugak, kalau nak beli seluar ni, aku kena beli seluar yang aku pernah pakai dan biasa pakai je sebab nanti kalau beli ada je masalah. Cawat pendek la. Cawat labuh la. Peha tetiba jadi Incredible Hulk lah.

Dan salah satu jenis seluar yang aku suka pakai adalah Dockers. Tapi tau la harga ori Dockers ni macam beli handphone. Mahal !

Tetapi.............................. jangan risau. Setiap masalah pasti ada jalan penyelesaiannya kan? Kini aku nak bawak ke satu tempat untuk sesapa yang suka kan brand Dockers dan nak cari seluar Dockers atau pun jeans Levi's dengan harga yang lebih mampu milik !

Kemanakitaney????????????????????

Jawapannya.. kita ke Kajang !

Dah agak membangun kawasan ni

Dulu dulu, aku pernah la beli Dockers murah ni tapi dekat Carrefour Wangsa Maju. Tapi tempat tu dah tutup lama. Dengar cerita dah pindah ke Wangsa Walk.

Jauh tu bagi aku nak ke sana.

Dan kebetulan hari tu, ada masa sikit aku kerah kawan kawan pegi ke Kajang sebabnya member aku yang tau kedai ni.

Letaknya dalam Plaza Metro Kajang

Tempat agak asing sebab dah lama tak datang sini

Tapi pernah satu ketika dulu.......................

Tempat ni lah area aku berdating sakan di zaman muda remaja.. 

Zaman lama dah tu.... Aku pun dah tak berapa cam tempat ni. Tapi dulu... berpanas panas la berdating sakan.

Tapi tu cerita dulu..... Boleh kenang tapi tak leh ingat selalu.... Boleh menjatuhkan negara.



Kau katakan padaku
Betapa lelahnya dirimu menghadapi aku
Kau katakan padaku
Ingin kau mengakhiri semua ini

Tak bisakah engkau cuba
Melihat diriku dan semua cintaku
Tak bisakah engkau cuba
Hargai hatiku dan perasaanku untukmu

Cubalah ‘tuk mengerti aku
Seperti aku yang mengerti semua tentang dirimu
Cubalah ‘tuk merasakanku
Seperti aku yang merasakan semua isi hatimu

Tak bisakah engkau cuba
Melihat diriku dan semua cintaku
Tak bisakah engkau cuba
Hargai hatiku dan perasaanku
Yang hanyalah teruntuk dirimu

Cubalah ‘tuk mengerti aku
Seperti aku yang mengerti semua tentang dirimu
Cubalah ‘tuk merasa aku
Seperti aku yang merasakan semua isi hatimu

Cubalah ‘tuk cubalah ‘tuk mengerti aku
Cubalah ‘tuk merasa aku
Seperti aku yang merasakan semua isi hatimu
Semua isi hatimu

See? Sempat feelong jap. Ahaks...Dah separuh entry kedai Dockers tak jumpa jumpa lagi !

OK sambung balik misi nak cari kedai Dockers ni.

Park kereta kat bawah Plaza Metro ni

Naik atas....

Sampai tingkat berapa puna ku lupa.... Tingkat 1 kot

Kat bawah ada jual jual jugak... tapi.... tak Dockers.... tak pandang la kan? Ahaks

Cari la sampai jumpa. Pasti jumpa !

Bila dah jumpa aku terus mabuk kejap. Then lupa dah nak snappy.

Apa apa pun, memang seluar Dockers dan Levi's lebih murah di sini. Tapi stock tak banyak dan maybe tak fit dengan size. Kena pepandai lah dan ikut nasib jugak.

Kalau Dockers harga RM 300 lebih sini buleh dapat RM 130. Tak de defects apa apa pun. Jeans Levi's dalam RM 200. Still murah kalau nak compared beli kat boutique dia. Jangan risau... memang authentic.

Apa apa pun, sini tak accept credit card. So sediakan wang cash yang mencukupi.

Ada jugak Dockers dan Levi's untuk awek awek dan gadis gadis juga.

So aku agak gembira dan suka hati sebab dapat beli seluar idaman hati dengan harga yang lebih murah. Ya.. aku memang cheapskate juga orangnya.

Hasil sambar menyambar

So kalau sesapa nak cari Dockers atau jeans Levi's boleh la datang berkunjung ke sini. Susah susah call je dulu. Ni contact number.

LEVI'S / DOCKERS
F108-111 First Floor
Plaza Metro Kajang

Tel : 03-87338348
Fax : 03-87338348

Mereka juga ada outlet lain di Wangsa Walk. Selamat bershopping !

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...