Thursday, January 31, 2013

Kisah Misteri Di Air Terjun Lentang

Jeng Jong Jeng...........

Mesti tak menyabar-nyabar Sabariah dan Sabaruddin nak tunggu kisah misterrrri ni.

Ya?

OK lah. Plan nak pegi picnic ni sebenarnya datang tiba tiba. Maklum la aku ni kalau datang idea gila. Propose kat OR then jadi jer. Hero memang tak de masalah. Nak je dia ikut.

Tapi plan asal memang nak pegi Kuala Gandah tengok gajah, tapi bila tahu tak de aktiviti dengan gajah gajah dah jadi kami plan gi picnic je lah.

So boleh la keluar lewat skit hari tu.

Destinasinya sudah tentu la Air Terjun Lentang sebab tempat ni je aku paling biasa. Dulu zaman zaman muda remaja suka pegi picnic sini kan dengan GBS. 

So kami bergerak dari rumah, isi minyak kat Petronas apa semua. OR dah siap masak Nasik Lemak pagi tu. So bawak bekal la. Singgah beli Dunkin Donut lagi tapi abis makan dalam kereta dah. Sebab lapar !

Hiks.

Perjalanan smooth. Berdoa moga tak hujan lah.

Bergerak dari rumah pukul 12 lebih, sampai kat Air Terjun Lentang dalam pukul 1.30 petang. Menyinggah punya pasai la ni.

Sampai tu aku dah cakap kat OR.

"Yang. Ambik gambar entrance ni"

Tapi macam tak puas hati. Aku fikir tak pe lah, ambik semula masa balik nanti.


Sampai sampai solat kat surau kat situ. Surau dia agak jauh skit. Menyeramkan jugak lah.

Nasib baik hari tu tak berapa ramai sangat orang. Mungkin musim hujan ni tak ramai yang berkelah. So banyak port kosong.

Sebab bawak Hero, aku malas nak naik atas mandi kat kawasan berbatu. So cari port dekat bawah bawah ni je. Air dia cetek. Sesuai untuk budak budak.

Jumpa port menarik then mula la bersidang untuk sesi makan makan.

Tapi Hero dah tak sabar sabar nak terjun. Jadi kami mandi dulu

Air sungai yang cetek

Kawasan mandi manda yang sesuai untuk kanak kanak

Bekalan berisi nasi lemak. Tuan punya selipar dah poyosing dlm sungai dah

Dedaunan berguguran

Ada port orang berkhemah jugak

Ada jambatan gantung

Pokok pokok besar

Tak jauh dari situ ada macam air terjun berbatu batu.

Ada 1 family berkelah kat kawasan ni. Jadi aku pegi ambik gambar je lah. Kawasan ni macam tak de orang sampai sangat kot sebab banyak sarang labah labah.

Jadi aku pun tak berapa nak pegi dekat.

Ambik gitu gitu je.



Pastu aku balik ke tempat kami lepak tu untuk makan.

Air cetek so boleh je duduk makan dalam air. Seronok jugak la sambil berendam. Air boleh tahan sejuk. Buat perut cepat je lapar.

Nasik lemak dengan ayam goreng dan sambal udang

Then sambung la mandi manda.

Hero paling seronok. Lagi lagi air tak berapa dalam dia boleh la apung apungkan badan. Dah boleh berenang sikit sikit. Tak payah aku nak ajar susah payah. 

Beraksi la dia tanpa batasan.

Agak dah petang dekat pukul 3 lebih tu rasanya dah cukup la mandi kot. Badan pun dah kecut kecut walaupun Hero tak abis lagi mandi. Menjelang petang makin ramai orang datang.


Ada tandas awam berdekatan. Jadi kami bilas dan tukar pakaian kat situ sebelum siap siap.

Aku cakap kat OR lepas tu.

"Yang. Kita naik atas kejap, saya nak ambik gambar"
"OK"

Dia OK je. Tak de bantahan.

Then kami naik ke atas kawasan anak sungai yang berbatu batu. Memang aku nak ambik gambar situ. Memula  aku turun. OR park kereta. Dia pun turun gak. So ambik gambar tepi tepi tu je. Hero nak ikut, aku cakap tak payah la. Suruh dia main PSP je dalam kereta.

Tak lama lepas tu OR kata dia nak tunggu dalam kereta. Aku mengiyakan je lah. So aku masuk ke dalam sorang sorang.




Macam biasalah lah. Bila ambik gambar, rasa tak puas hati je. Kejap kejap rasa macam nak masuk dalam lagi.

Tapi masa aku jalan dalam tu memang tak de orang. Cuma kat luar tadi la ada orang berkhemah. 

Tak puas hati. Pastu macam ada suara je panggil cakap.

"Masuk la dalam lagi. Dalam lagi lawa lagi"

Tu mungkin perasan aku. Tapi aku ikut. Sampai dah satu tahap aku rasa macam jauh gila aku masuk. Gambar tak de la jumpa yang lawa mana pun. Aku teringat tempat aku selalu BBQ dengan GBS dulu tapi cari cari tak jumpa. Aku fikir mungkin aku ikut laluan lain. 

Jalan jalan tengok tengok macam tak de laluan. Tapi air terjun tu memang memanggil manggil. Lagi aku ambik lagi tak puas hati. Mungkin sebab asyik gegar je kot sebab tak de tripod dan remote control.






Pastu aku sendiri pun macam rasa ntah ke mana mana.

Tapi macam ada lagi bisikan. 

"Masuk la lagi. Lagi lawa kat dalam"

Tapi aku fikir. Isk. Tak boleh jadi ni. Dah lama aku tinggal dia orang. Dah la aku sorang sorang. Tak de pulak aku nampak orang kat dalam ni.

Aku pun patah balik keluar. Sampai kat kereta.

Lega lah. 

Then aku pegi ke kereta. OR tanya.

"Awak pegi mana Yang?"
"Masuk dalam lah"
"Jauh ke?"
"Depan depan ni je"
"Saya pegi cari awak tadi kat dalam tapi tak nampak. Awak tau tak sejam lebih awak kat dalam?"
"Ya ke?"

Aku lupa aku tak pakai jam sebab jam aku bukak dan letak dalam beg kamera. Tinggal dalam kereta.

Aku tak rasa selama tu. Tapi kalau dia kata lama tu, lama la kot. Hero dah siap tidur tidur.

Pastu aku cakap dengan OR. 

"Tak pe lah. Jom la balik"

Then kami pun bergerak. Dia yang drive sebab dia memang tunggu dalam kereta. So kami keluar dari Air Terjun Lentang tu, sampai semula kat entrance tu. Aku cakap nak ambik gambar.

Aku keluar dari kereta. Snap dari depan kereta je. Ada 2 signage Air Terjun Lentang. Satu betul betul kat depan nak masuk. Satu lagi dekat dengan roundabout. Aku snap tapi ada kereta kat situ. Dan macam biasa, lepas aku snap mesti aku view display balik tengok OK ke tak. Aku view nampak so so je then malas dah lah. Then tak pe lah cakap.

OR drive. Tiba tiba nak keluar tu.OR nampak signboard ni.

gambar ehsan google

"Yang. Sign ni"
"Stop Yang !"

Terus aku suruh dia stop dan dia berhenti mengejut kat tepi jalan.

Signage ni agak tersorok sikit. Jalan nak keluar ke highway dah. Memang tak de apa pun kat sini. Sign ni je.

So aku turun, snap dua tiga keping. Aku view tak OK. Aku ambik dekat 5 keping papan tanda ni saja tetap rasa tak puas hati. Last sekali aku give up.

Aku masuk kereta. Then nak tunjuk kat OR. Tup tup. Keluar message.

'Memory Card not Accessable....' bla bla bla. Siap suruh reformat.

Tak pernah pernah jadi. Tiba tiba jer..............

Jeng Jeng Jeng.

Dan semua gambar dalam memory card tu tak boleh di recover.

"Shit !"
"Kenapa Yang?"
"Memory card ni tetiba tak leh recover lak"
"Tadi boleh?"
"Haah. Masa saya ambik pun tadi boleh. Masuk kereta nak view terus tak boleh"

Ngeh Ngeh Ngeh...............

Misteri tak????

Ke tak berapa misteri???

Memang tak boleh langsung. Aku agak hiba. Kecewa. Hilang semua gambar kat Air Terjun Lentang tu. Gigih aku masuk dalam hutan, tertonggeng tonggeng ambik gambar.

Kecewa.

Sepanjang jalan balik tu dua tiga kali aku try tak boleh jugak. Message yang sama. Keluar dan masukkan semula pun tak boleh retrieve jugak. 

Nasib baik aku ada memory card spare dalam beg camera. Boleh la ambik gambar kat Batu Caves. pulak.

Balik rumah malam tu. Aku try bukak, tetiba boleh.

Tapi gambar yang last aku ambik kat signage tu semua corrupt dan tak boleh nak recover.

Misteri kah? Atau kebetulan cuma?................

Jeng Jeng Jeng.

Dan gambar google aku jumpa yang berjaya ambik signage tu, lepas dia ambik tu balik dari air terjun tu dia accident !

Bertambah tak misteri tu lagi????????????? No????????????

Sebab malas nak serabut kan otak dengan benda bukan bukan, aku cakap dengan OR. 

"Shit happens. Normal la tu memory kad rosak pastu OK balik"

Tapi misterinya, hanya gambar gambar kat situ je yang hilang dan tak dapat di recover.

Misteri tak? Misteri tak?

Tak sangat koooooooooooooot............

Wallahuallam.

Tapi kalau nak seram, sila dengar lagu ni. Hahahahaha.



Malam sunyi kusendiri
Duduk sepi diatas pohon
Kubiarkan rambutku terurai

Tanpa kaki kelelawar
Anjing dan bulan purnama
Kumenanti kekasihku
Yang belum mati

Kapan mati kekasihku
Kumenanti kau disini
Ayo mati bunuh diri
Agar kita jumpa lagi
Seperti dulu

Mana mungkin kukembali
Hidup lagi seperti dulu
Kecuali engkau mati
Mohon mengerti

Wednesday, January 30, 2013

Air Terjun Lentang, Bentong

Sebab tak jadi pegi Kuala Gandah hari tu, hari sabtu aku pegi berkelah. Mandi manda di Air Terjun Lentang di Bentong.

Layan gambar je lah. Gambar tak berapa menjadi sebab tak de tripod, tak de remote control apa semua tu lah. Fikir fikir macam nak kena carik jugak remote control sebab gambar tak berapa menjadi, tapi bila fikir balik, tak payah la nak beriya sangat. Ye dok?

Cukup la sekadar apa yang ada.

















Tapi. Ada sesuatu yang berlaku semasa di Air Terjun Lentang ni. Aku gerak masa tu dah petang lah dah dekat pukul 5.

Ada sesuatu misteri berlaku.

Apakah ia?

Tunggu..............

* mati la cerita tak abis.......

Lama tak datang air terjun ni.

Ni dulu port aku dengan GBS berBBQ dan berendam sambil berpicnic dengan riang. 

Tapi itu dulu. Sekarang masing masing dah busy mengalahkan Perdana Menteri. Eh. Perdana Menteri sorang je. Ahli Parlimen lah kot.



Ya dulu aku katakan cinta
Ya dulu aku katakan sayang
Ya dulu aku katakan rindu
Padamu Selalu Hanya padamu

Ya dulu aku rajin merayu
Ya dulu tak berhenti berjanji
Ya dulu aku tak pernah ingkar
Untukmu selalu hanya untukmu

Lalu kini kau datang
Hatimu galau bimbang
Meminta ku mengulang perasaan

Sayang itu dulu
Dulu saatku tertarik padamu
Kini kamu tak seperti yang dulu
dulu hanya kau getarkan hatiku

Tapi itu dulu
Saat aku kejar kejar dirimu
Bermimpi kau bisa saja denganku
Sayang dulu kau acuhkan cintaku
Sayang itu dulu

Tuesday, January 29, 2013

Santuary Gajah Di Kuala Gandah

Ada satu malam tu aku borak borak dengan OR, sebab nak gi jalan jalan hari sabtu macam biasa. Sekarang ni ahad payah nak jalan jalan sebab Hero ada kelas Karatedo pastu petang ahad dia dah warning sebab ada cerita BoiBoy Boy so tak boleh kacau masa dia.

Jadi kami plan nak merayau sabtu je lah.

"Kita nak pegi mana Yang?"

Aku tanya dia.

"Sekinchan. Sekinchan. Sekinchan. Sekinchan. Sekinchan"

Dia kira dengan jari sambil gelak gelak. Saja la tu keji aku sebab aku dok ajak dia pegi Sekinchan je hari tu.

Then kami decide nak pegi picnic ! Dah lama tak gi picnic. So plan nak gi mandi kat air terjun. So budget boleh la masak nasik lemak pagi bawak bekal pastu nanti Hero boleh mandi mandi.

Malam tu, sebelum aku tidur, aku dok godek godek internet. Pastu rasa macam nak pegi Kuala Gandah la pulak.

Aku fikir macam menarik jugak. Aku usul kat OR, dia kata OK je. 

Tapi dari apa yang aku baca, kena pegi awal sebab nak rebut pass kuning. Pass kuning ni di bagi pada 100 pelawat pertama dan dengan pass kuning ni boleh join banyak aktiviti seperti bagi makan gajah, naik gajah dan mandikan gajah.

Mesti la Hero excited.

So aku pun riki la cemana nak dapatkan pass kuning ni. Baca punya baca ramai kata kena pegi awal. Cemana lah orang macam aku yang tak berapa nak bangun awal ni nak pegi ke Lanchang sana awal awal pagi? Lagi pun show apa semua dengan gajah tu cuma start lepas pukul 2 petang.

Then terbaca dia kata, setiap hari 50 pass kuning tu dia bagi kat kaunter dan 50 lagi tu boleh reserve. Call je nombor telefon tu.

Hah !

Ini sudah bagus.

So aku dah tak leh tidur malam. Fikir strategi nak merebut pass kuning ni.

Gajah gajah di Kuala Gandah

Last last terlelap.

Then siap mimpi ni.

Mimpi set pertama.

Aku call nombor Elephant Santuary tu. Ada pompuan angkat.

"Hello. Cik. Ha.. Saya ni plan nak pegi Kuala Gandah, boleh tak saya reserve untuk dapatkan pass kuning. Anak saya nak naik gajah"
"Berapa orang ya?"

Macam tu pompuan tu jawab.

"2 dewasa 1 kanak kanak"
"OK. Agak agak pukul berapa Encik sampai?"
"Dalam tengahari lah"
"Nama Encik?"

Begitu dia bertanya dan aku bagi semua detail detail tu.

"OK. Saya dah reserved. Nanti Encik sampai datang je terus ke kaunter"

Aku pun senyum sampai ke telinga. Tup tup tersedar. Mimpi !

Cis. Baru nak berlapang dada. Tengok jam subuh dah. Tak sabar ni nak tunggu pagi sebab nak call tempat tu.

Lepas tu aku tidur balik.

Masuk pulak mimpi set ke dua.

Aku macam tak puas hati. So aku call lagi. 

"Cik. Tadi saya call, nak buat reservation pass kuning tu. Tapi saya rasa Cik tak reserve lagi la untuk saya. Kesian Cik anak saya. Dia memang teringin nak naik gajah. Sekejap pun jadi lah. Kalau perlu bayar, saya bayar"
"Encik..... nama Encik memang saya dah reserve. Encik ambik pen sekarang, catit nombor rujukan ni"

Hah kau !

Siap ada nombor rujukan. Tak pengsan?

Dalam mimpi aku gigih la tulis nombor rujukan ni. Pastu kembali senyum buat seketika sebelum aku terjaga.

Kalau macam ni punya gaya, aku bersedia je nak jadi gajah

Pastu tersedar, tengok jam pukul 8 pagi.

Hah. Cepat cepat bangun. Aku nak cuba la call dengan harapan mesti tempat tu dah bukak.

So dengan perasaan berdebar debar aku pun call. Bukan macam dalam mimpi, kali ni suara lelaki yang angkat.

"Encik. Saya nak pegi Kuala Gandah ni. Boleh tak saya nak reserve pass kuning tu, anak saya nak naik gajah"
"Encik. Sekarang ni aktiviti bersama gajah semua dah tak ada. Kita cuma ada show gajah dengan bagi makan gajah je. Dah tak boleh naik gajah dah"

.
.
.
.
.
.
.
.

"Apa....................................?"

* herot herot kan muka tanda tak puas hati

Dah tak boleh naik gajah?

Dah tak boleh mandi mandikan gajah sesuka hati?

Abis tu?

Tetiba rasa nak marah membuak buak dengan pompuan receptionist dalam mimpi aku tu.

Dah la masuk mimpi aku 2 set ! Pastu beri harapan palsu pulak tu. Cait !

Hambik balik nombor rujukan kau ni. Hambik !!!!

Kesedihan di mata gajah gajah tak dapat jumpa gajah

Misi aku ke Kuala Gandah KIV dulu. Nanti pegi.

Bagi yang berminat, ni sedikit info.

Pusat Konservasi Gajah Kebangsaan Kuala Gandah
Jabatan PERHILITAN
Kuala Gandah, 28500 Lanchang
Pahang Darul Makmur, Malaysia
Tel: 09-279 0391
Faks: 03-279 0398

Waktu Pejabat:

Hari - Masa
Isnin – Ahad 8.00 pagi - 1.00 tengahari
2.30 petang - 4.30 petang
Jumaat 8.00 pagi - 12.30 tengahari
2.30 petang - 4.30 petang

Cara nak pegi, ikut LPT then exit Lancang.

Better call dulu sebelum pegi sana !

Monday, January 28, 2013

Pulau Samalona, Makassar

Pulau Samalona terkenal kerana keindahan terumbu karang dan ikan ikannya dan menjadi salah satu destinasi bagi para pecinta diving dan snorkling. Boleh disebut pulau ini adalah syurga bagi para penyelam.

Pulau Samalona dikunjungi ramai pelancong tempatan, terutama pada hari cuti. Untuk sampai ke Pulau Samalona, ​​pelancong boleh menyewa bot nelayan dengan bayaran Rp 100 ribu hingga Rp 300 ribu.

Jarak perjalanan sekitar 30 minit untuk boleh sampai ke Pulau Samalona.

Pulau Samalona termasuk dalam wilayah Ujungpandang, Kota Makassar. Pulau seluas 2.3 hektar ini mempunyai hamparan pasir putih dengan angin yang sejuk kerana pokok-pokok hijau nan rendang masih cukup terjaga.

Air lautnya yang bersih membuat pengunjung rela berlama-lama berenang ataupun menyelam sambil menyaksikan keindahan bawah laut Pulau Samalona. Perairannya pun cetek, agak selamat bagi kanak-kanak yang ingin berenang.

Tu ayat buku.

Tapi bagi aku, kalau pernah ke Redang, Perhentian atau Tioman. Samalona ni macam.... macam.... dah lah. Tak sampai hati nak compare. Rasanya macam Pulau Kapas je kot.

* lari naik jetski

Tak berapa sesuai sangat kalau mencari damai di hati di sini. Sila pegi tempat lain !

Layan gambar je lah.













Mengapa kau tergamak sungguh
Memperdaya harapan ini
Tunas kasih yang aku semai
Racun berbisa yang kau sirami

Beginikah balasan cinta
Manis kata di bibir saja
Lembut lidah mengukir janji
Segunung mimpi berkecai kini

Sesalan tidak terucap
Bila kau berubah sikap
Ku sedar siapa diri ku
Kau buat tempat berteduh

Semoga engkau bahagia
Di samping kekasih baru
Andainya engkau kecewa
Janganlah kau cari aku

Biar saja aku sendiri
Yang mencari damai di hati
Airmata basah di pipi
Tak mungkin dapat membasuh luka

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...