Tuesday, January 8, 2013

Karangan Cuti Sekolah 2012 - Pangkor Island Beach Resort - Part 1

Serious tengok orang kat Jetty Lumut tu buat aku rasa macam nak muntah ! Ramai gila.

Kami berpusing pusing jugak la nak cari parking and finally decided nak park dekat parking bertingkat tu. Situ je pun rasanya yang ada.

Masuk, park kat level 1 pastu turun dengan barang barang menuju ke jetty.

Hero paling excited. 

Aku dah berpinar pinar mata. Nak angkat kamera pun dah tak daya. Tapi sempat jugak la snap.

Terminal Jety Lumut

Memang tak de arah tujuan. Ingat memang nak kena dapatkan tiket ferry je lah. Tapi tengok orang beratur punya la ramai.

Serious aku rasa kalau kena beratur macam ni punya ramai aku surrender.

At least aku duduk dalam kereta dulu sampai orang kurang baru boleh beli tiket kot.

Tengah aku terpinga pinga tu, ada budak pompuan ni tegur.

"Tiket ke Pangkor Bang?"
"Haah. Tapi saya stay di Pangkor Island Beach"
"Dah booking ke?"
"Dah"
"Oh. Abang masuk dalam. Ada kaunter kat dalam. Pegi ke kaunter no 3. Resort tu memang ada ferry sendiri"

Argh !!!!!!!!!!!!!!

Masa tu rasa nak peluk je budak pompuan tu.

Lega aku rasa. OR pun senyum. Dia lagi la pengsan kang beratur lama lama. Dah la dia penat drive.

Kaunter tiket kat luar

Tengok la orang beratur nak naik ferry ke Pangkor. Punya la panjang sampai ke belah luar jetty ni

Tapi memang ada laluan lain la untuk sesiapa yang menginap di Pangkor Island Beach Resort atau resort resort di bahagian Teluk Dalam. 

Rasa lega gila tak perlu beratur macam orang lain. Kalau tak mau aku pengsan or terjun laut.

Pegi ke kaunter tu, check in siap siap. Dia memang ada semua info kita kat situ. Beli tiket ferry dengan harga RM19 return seorang. Pastu comfirmkan ferry nak balik pukul berapa.

Semudah ABC.

Pastu terus dia tunjuk jalan menuju ke ferry kat bahagian tepi.

Kami nonong nonong je la terus naik ferry sebab dia kata ferry dah ada.

Ni ferry yang ramai ramai tadi

Ni ferry ke Teluk Dalam

Sempat snap gambar waterfront Lumut

Dapat seat terus macam nak tumbang

Tapi ferry tu tak de la terus terus bergerak.

Tipu je.

Ferry yang ramai orang tadi yang bergerak dulu. Tapi kalau aku beratur kat situ pun sah sah kat luar sana lagi beratur nya. Belum boleh nak naik ferry lagi. 

Duk dalam ferry ni, rest je lah. Ada family Cina ramai jugak la. Yang lain lain Mat Salleh je ada. Tak jumpa Melayu pun. Cina cina tu je bising memekak sebab anak anak dia orang ramai.

Aku dah hampir pengsan. Ada jugak aku lempang anak anak Cina ni.

Ingat nak makan ubat, tapi fikir tak de air, So aku keluar kejap ke jetty tadi sempat gi beli air dulu kat luar.

Tak lama lepas tu ferry bergerak.

Ferry mula bergerak

Pastu............

Zas !

Sampai !

Punya ler terpengsan. Sedar sedar dah sampai. Rasanya ferry dalam 20 minit je kot

Ni di bahagian jetty khas Pangkor Island Beach Resort di Teluk Dalam

Sampai sampai kat jetty memang ada bas dari pihak hotel menunggu.

Naik je la dalam tu. 

Aku main snap snap macam tu je sebab dah tak bermaya karin. Dah nampak hotel. Dah nampak katil.

Ni antara kenderaan yang mengangkut penumpang ke hotel

Zas. Zas. Zas.

Tak sampai 5 minit sampai resort.

Terus check in. Dah check pun sebenarnya. Cuma verify document. Tak sampai 5 minit lepas tu.

Zas. Zas. Zas.

Argh...........................bed-ah izinkan aku pengsan di atas mu

Eh. Ambik gambar sat

Toiletries

View dari bilik. Bilik aku atas sekali. Pacific Wings

Nampak laut

Nampak pool

Kat bawah

Kat pantai dah start ada banyak aktiviti.

Hero dah sibuk nak mandi kolam.

Aku suruh OR je teman.

Aku dah pengsan dulu. Sedar sedar dia dah naik semula.

"Papa.. Papa cakap pukul 5 tadi ada orang main layang layang, Hero tunggu tak ada. Agaknya kena bawak layang layang sendiri"

Pepandai je dia buat kesimpulan.

"Hmmm. Angin tak de kot"
"Papa cakap dia kata ada dalam kertas yang Papa baca tu?"
"Hmmmm"

Tak larat nak layan. Ada list of activities aku baca pada phamplets dia bagi masa kat kaunter tiket ferry tadi.

Sambung lelap balik semula pastu terjaga. Snap gambar sunset jap.

Ni je la yang ada. Mabuk ubat dah. Tak boleh nak tunggu. Aku makan ubat selsema yang ada dalam beg travel aku tu masa beli di India. Ubat tu memang kaw kaw kasik ngantuk.

Memang mengantuk ya rabbi.

Snap sunset dari tingkat atas je.




The rest semuanya history.

Aku tak turun dinner. Aku cuma makan maggie cup OR masak. Nasib dia bawak jajan jajan macam tu. Kesian dia orang makan sendiri.

Aku memang dah tak sedar diri.  

Sedar sedar dah pagi.................... !

bersambung............

9 comments :

  1. bilik Villas lg nampak masyuk...err tp kaw2 mahal la...

    Apa yg best dok sana Meng?

    ReplyDelete
  2. wah meng tido hotel mahai, aku pi dulu tido chalet buroks jer sbb ramai, maklum la pak ein bawak sekampung hahaha! yg penting banana boat free! jauh plak tu!

    ReplyDelete
  3. kalau ikut kan aku nak duduk chalet type A tu je. tapi x der...

    sakit pinggang x main banana boat tu

    ReplyDelete
  4. bang meng berapa kadar semalam?

    ReplyDelete
  5. Kalau pergi celebrate besday tido sini best tak agak2?

    ataupun cameronn?

    btw, mcm best je kan duduk hotel mahal pastu tido mimpi indah. hahaha... nikmatnya iols rasa...

    bila laa nak merasa tido hotel mahai nih...

    ReplyDelete
  6. JG : Kadar semalam mengikut cuaca dan hari.. weekend lagi mahal. public holiday pun mahal.

    cuba check website dia..

    FJ : celebrate bday rasanya tak berapa best sgt.. tempat villa di cameron berbbq lagi menarik kot

    ReplyDelete
  7. bang meng...

    fuyoo...cantik nya bilik..ade boat lg ek utk ke hotel tu..aku dulu naik boat rm10 return...naik yg ramai2 org tu...

    dok bilik cap ayam jer...xpe, klu ade rezeki boleh p lagi..

    ReplyDelete
  8. aku kalau gi sorang duduk tempat cap ayam jugak, ni bawak budak kena la selesa skit.

    aku pun kena pegi balik pangkor ni. 2 kali pegi dua dua x abis explore

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...