Note : Entry ni dah tak valid. Sila rujuk entry terbaru untuk cara cara permohonan VISA KE CHINA 2013
Menuntut ilmu biarlah sampai ke negeri China. Tapi nak pegi China kena lah ada visanya.
Akhirnya................
Visa Ke China aku dah siap !
Di hari yang agak indah aku pegi Bangunan OSK ambik Visa yang dah siap tu.
Actually 4 hari sebelum tu aku lari ke Bangunan OSK sekali lagi nak buat Visa ke China ni selepas gagal minggu sebelumnya sebab tak de hotel dengan flight booking. Kali ni pastikan jaya !
Aku pegi dengan IG. Tapi kalau nak senang naik je LRT turun Ampang Park. Kalau bawak kereta boleh parking kat sebelah tu je ada parking space berbayar.
Aku pegi dengan IG. Tapi kalau nak senang naik je LRT turun Ampang Park. Kalau bawak kereta boleh parking kat sebelah tu je ada parking space berbayar.
Chorus Hotel
Bangunan OSK
Tak tau kat mana?
Nah tengok peta.
Depan Citibank Building, atau pun sebelah Ampang Park !
Masuk ikut entrance Bank of China
Senang je nak cari.
OK. Untuk buat Visa ke China ni, dokumen dokumen di perlukan.
1. Original Passport - Pastikan passport hidup lebih pada 6 bulan untuk single entry. Kalau nak double entry kena lebih dari 15 bulan. Aku plan nak buat multiple entry sebab ada trip hujung tahun nanti ke China lagi tapi passport aku bakal expired bulan 2 tahun 2014. Jadi tak boleh. Nanti kena renew passport balik semula baru boleh reapply. Sekarang ni boleh buat single entry je.
2. Gambar berukuran passport - Tak kisah background putih atau biru. Janji hensem sikit sikit.
3. Borang dia kena isi lah. Borang boleh dapat dengan walk in, tapi nanti buang masa je. So isi siap siap kat online ni Borang Visa Ke China. Pastu nanti print je. Tempek gambar yang kacak tu kat situ. Kalau tak berapa nak kacak pun tak pe. Tempek jugak.
4. Flight booking ! * kena bawak ni. Hari tu aku tak bawak dia reject.
5. Hotel booking ! * sama jugak.
Aku siap bergaduh hari tu dengan minah kat kaunter tu, dia kata start Dec 2012, document 4 dan 5 ni kena ada. Jadi print je flight booking tu dan hotel nak tak nak, kena booking siap siap !
Dah ada semua dokumen tu pegi ke Bangunan OSK tu dan naik lif tingkat 2.
Kalau dahaga kasih dan sayang boleh pegi kantin kejap minum.
pintu masuk
Masuk dan senyum pada semua orang walaupun kita tak kenal ( tanda kita adalah friendly ) pastu tunjuk dokumen kat minah atau mamat kat kaunter tu nanti ambik nombor.
Tunggu dengan penuh gaya, mutu dan keunggulan.
Ting !
Bila nombor kita di panggil, berjalanlah penuh keyakinan menuju ke kaunter tersebut.
Pastu submit la borang tu.
Berapa nak kena bayar?
Untuk warga Malaysia.
Single Entry: 30
Double Entry: 50
6-Month Multiple Entry: 80
12-Month/24-month Multiple Entry: 120
Pastu ada application Service Fees
Regular service: 28 (4 working days)
Express service: 100 (3 working days)
Rush service: 140(same day)
Kalau biasa siap lepas 4 hari untuk single entry kiranya (RM30 + RM 28) = RM58 jer.
Last time sebab aku rushing sebab baru balik dari Japan, aku terpaksa buat express service.
Last time sebab aku rushing sebab baru balik dari Japan, aku terpaksa buat express service.
Apa apa pun, janji dokumen semua lengkap.
Oh ya. Semua duit duit ni bayar masa nak ambik. So masa submit borang, tak perlu bawak duit berkepuk kepuk.
Dah submit borang, balik la ke rumah masing masing.
Lepas tu datang balik 4 hari kemudian dengan wajah berseri dan wang ringgit.
Bangunan OSK lagi
Pegi ke tempat yang sama. Tunjuk resit, ambik nombor dan tunggu. Pastu bayar dan ambik passport dengan Visa yang dah siap. Oh ya. Kalau dahaga, dah tau kan kantin kat mana? Ha. Pegi la beli air situ. Tak reti reti?
Validity single entry 30 hari. Visa valid 3 bulan rasanya. Boleh jugak kalau nak kirim orang buatkan kalau kita feeling feeling artis tak nak beratur, dalam form tu ada pembawa dokumen dan details kena isi sekali.
Masa submit agak lama skit masa, masa nak ambik tu kejap je.
Aku naik atas IG tunggu kat bawah dalam kereta.
Tak lama lepas tu dia BBM.
Tak lama lepas tu dia BBM.
"Cepat beb, Dah makin kering pahala gua kena sedut dok tengok pungkoq ngan kopek macam2 pesen"
Ya. Acara cuci cuci mata agak meriah di kawasan ni.
Harap kuat iman.
Apa apa pun, ni detail Visa Application Service Centre
Address: 2nd floor, Plaza OSK, 25 Jalan Ampang, 50450 Kuala Lumpur, Malaysia
Office Hours: Application Submission: 9:00-15:00 Monday-Friday
Payment and Passport Collection: 9:00-16:00 Monday-Friday
Tel: +60-3-21758888, 21757888
Fax: +60-3-21756888
Email: klcentre@visaforchina.org
Website: http://www.visaforchina.org.my
Selamat membuat visa !
Selamat membuat visa !
So, sekarang aku dah boleh pegi China. Sapa nak ikut? Pegi kemas beg sekarang, jom kita pegi China !
Zheng Fu maksud dia to Conquer ( in a good way ).
Ni translation in English.
You finally find a way the outcome of the separation
The cost of winning or losing each other to pieces
The appearance of the health of your heart countless injuries
I am a stubborn battle of prisoners
Thus you conquer
Cut off all the way
My heart is solid
My decision is confused
Thus you conquer
Possession of a good drink your poison
My story has ended
My love has been buried
Finally I understand that both want an end
Have all the excuse that the other is an attempt to
Fang burnt gift you sent me
Is not pouring out of my chest burning anger
If you after my grave
Held their palms together as you can I wish
My story has ended
My love has been buried
Pastu tengok pulak translation dalam bahasa Melayu.
Tarik nafas !
Anda akhirnya mencari jalan hasil pemisahan
Kos menang atau kalah antara satu sama lain untuk keping
Rupa kesihatan kecederaan jantung banyak anda
Saya pertempuran degil banduan
Oleh itu anda menakluk
Cut off sepanjang jalan
Hati saya adalah pepejal
Keputusan saya keliru
Oleh itu anda menakluk
Pemilikan minuman yang baik racun anda
Cerita saya telah berakhir
Cinta saya telah dikebumikan
Akhirnya saya memahami bahawa kedua-duanya mahu berakhir
Mempunyai semua alasan yang lain adalah suatu percubaan untuk
Fang hadiah dibakar anda menghantar saya
Tidak mencurah keluar kemarahan membakar dada saya
Jika anda selepas saya kubur
Dipegang tapak tangan mereka bersama-sama seperti yang anda boleh saya ingin
Cerita saya telah berakhir
Cinta saya telah dikebumikan
* pengsan.
Salam Maulidulrasul buat semua dan selamat bercuti.
Salam Maulidulrasul buat semua dan selamat bercuti.
Wakakakakaka......gile kentang baca translation lirik lagu tu...
ReplyDeleteOiii...gi lawatan x ajak aku lagikk??
Best IG dpt cuci2 mata...
bagus nye...tgh mencari2 mcm mana nak wat visa ke china, elok plak SM wat entry...
ReplyDeletelikeeeeeeeee
aku dah balik la ni....
ReplyDeletex sempat nak ajak. hiks..
ETK : nak pi mana tu....?
haaaaaaaaa cepat cite pasal china plak!
ReplyDeletesabar mak esah..
ReplyDeletesengal sengal badan belum ilang lagi
sengal meng? kat china ko tak urut ting tong ke?
ReplyDeletemode: malas blog so paksa org lain blogging
shhhh.. diam diam la.
ReplyDeletehahahaha.
tengah search visa nampak blog ni.santai kan blog kamu :) meriah ...info pun lengkap perhaps.
ReplyDeleteawak nak tanya dia reject masa tuh jugak ker?ke sblm hantar dia reject terus?
ReplyDeletekat kaunter tu dia check semua info dan docs kalau x lengkap dia rejek terus.
ReplyDeletejangan lupa bawak tisu kesat air mata tanda kecewa.
nak tanya...kompem ke boleh pakai gambar background putih? ada agent kata x dibenarkan?
ReplyDeleteHSG : as my last visit..
ReplyDeletemcm tu ler. tarak hal biru ke putih.
Okeh thanks!
ReplyDeleteAkan try p jumaat nih..
Hope diorg terime lah
Ameen..sama2 doakan..huhhu
salam, nak tanya kalau g beijing tp stay kat hostel universiti member je, cmne nk bg hotel booking details ye?
ReplyDeleteNZ : opsss. yang tu tak berapa pasti..
ReplyDeletemungkin boleh call dulu and tanya kot..
anyway tempat dan documentation needed dah berubah...termasuk la harga...
ReplyDeletenanti aku blog pasal ni..
for now boleh rujuk website dia dulu..
SAYA NAK TANYE, PASSPORT PN BOLEH BUAT KAT SANE KER?
ReplyDeletetak buleh cik kak. passport buat kat pejabat imigration malaysia. or mana mana cawangan UTC
Delete