Showing posts with label Sarangkot. Show all posts
Showing posts with label Sarangkot. Show all posts

Friday, June 27, 2014

Nepal & Bhutan : Video and Summary

Hah ! Ini final entry trip Nepal dan Bhutan.

Sebulan korang hadap entries ni ya... Aku masih ada few travelogues yang tertunggak. Menanti kerajinan memuncak !

Aku tak plan nak siapkan video ni sebab footage pun aku ambik sikit jer.

CD yang aku dapat dari Leela. Sampai sudah aku tak check isi kat dalam

Tapi tetiba kerajinan datang, dan ini la hasil yang tak seberapa. 

Enjoice !



Dan ini sebagai summary.

Highlight Nepal : Nepal - The Land of The Himalayas
Highlight Bhutan : Bhutan - The Land of Thunder Dragon

Nepal : Kathmandu Valley | Pokhara | Sarangkot
Bhutan : Paro | Thimphu
Himalayas : The Himalayas

Day 01 - 01 Landing in Nepal | 02 Kathmandu Durbar Sq

Day 02 - 03 Pashupatinath Temple | 04 Boudhanath | 05 Patan Durbar Sq | 06 Swayambhunath | 07 Garden of Dreams

Day 03 - 08 KTM to PKR | 09 Phewa Lake | 10 Pokhara Lakeside

Day 04 - 11 Good Morning Sarangkot | 12 Sarangkot & Pokhara | 13 PKR to KTM

Day 05 - 14 KTM to PBH | 15 Landing in Paro | 16 Paro to Thimphu | 17 Thimphu Valley

Day 06 - 18 Tiger's Nest Part 1 | 19 Tiger's Nest Part 2 | 20 Tiger's Nest Part 3 | 21 Paro Part 1 | 22 Paro Part 2

Day 07 - 23 PBH to KTM | 24 Thamel

Dan layan koleksi gambar gambar terakhir di Nepal dan Bhutan untuk trip yang berlangsung pada Jan/Feb 2014 .........

Kathmandu Durbar Sq

Pashupatihnath Temple 

Boudhanath Temple

Patan Durbar Sq

Thamel

Swayambhunath

Morning in Sarangkot

Sarangkot

Annapurna Range

Mt Fishtail

Phewa Lake

Himalaya

Mt Everest

Paro Valley

Bhutan

Thimphu

Bhutan

Tiger's Nest ( ni clear sikit muka harimau )

Bhutan

Tiger's Nest

Bhutan

Paro

Paro

Paro

Everest and Himalayas

Sekian,

TAMAT

* tutup panggung wayang dan kutip botol botol kosong nak jual kat timbang kilo.......... lepas ni berharapan nak gi South America or Eastern Europe.

Saturday, June 14, 2014

12 - Lambaian Bumbung Dunia : Nepal - Sarangkot & Pokhara

Masih lagi di Sarangkot.


Kaki aku macam terpaku kat situ nak tengok view Himalaya ni. Memang lawa. Memang puas hati. Cuma cuaca agak berkabus sikit tapi syukur Alhamdulillah lah pada langsung tak nampak apa !!

Sambung melayan perasaan lagi. Sayang nak pejam mata. Indahnya melekat di jiwa.



embun di pagi buta
menebarkan bau asa
detik demi detik ku hitung
inikah saat ku pergi

oh Tuhan ku cinta dia
berikanlah aku hidup
takkan ku sakiti dia
hukum aku bila terjadi

aku tak mudah mencintai
aku tak mudah mengaku ku cinta
aku tak mudah mengatakan
aku jatuh cinta

senandungku hanya untuk cinta
tirakatku hanya untuk engkau
tiada dusta sumpah ku cinta
sampai ku menutup mata
cintaku sampai ku menutup mata

oh Tuhan ku cinta dia
berikanlah aku hidup
takkan ku sakiti dia
hukum aku bila terjadi

Aku lepak sampai orang dah agak clear sikit, ramai yang dah mula berambus so Ram pun ajak aku blah.

Usha sikit lagi gambar gambar dari puncak Sarangkot ni.

Kawasan lembah Pokhara

Kata Ram bangunan tu adalah penempatan pelarian Tibet yang tinggal di Nepal.

Ini la kerusi kerusi yang dah dikemas kemas sikit

Lepas bayar harga seteko teh panas, then aku follow Ram terus turun ke tempat parking kereta.

Eh. Kalau sesiapa ke Nepal jangan lupa try Black Tea ni. Tea O biasa je tapi sedap !! ( tekak aku lah )

Tempat parking kereta dan view Himalayan Range...

Sampai ke kereta, Ram drive turun dari Sarangkot balik semula ke Pokhara. 

Dan igauan ngeri bermula kini.. jalan adalah jem tahap cipan !!!!

Sangkut di Sarangkot !

Jalan  memang kecik gila. Kalau bas yang lalu tu memang yang lain kena ke tepi.

Oh by the way, ada bayaran dikenakan untuk naik ke Sarangkot ni. Selain daripada bayar parking, ada jugak entrance fee, tapi tu semua dah di langsaikan oleh Ram so aku tak pasti berapa. Agak minima je kot.

Rumah rumah dan kedai di puncak Sarangkot

Bas bas yang membawa penumpang turun dari Sarangkot yang menjadi penyumbang utama kepada jem teruk

Itulah puncak Sarangkot tempat aku duduk tadi

Jalan menuruuni Sarangkot balik ke Pokhara

View dari dalam kereta

Mt Fishtail  

Sebab jalan agak jem, sejam jugak la nak sampai semula ke hotel. Masa tu pukul 7 lebih.

Sampai hotel, maka selesailah pakej aku ambik naik ke Sarangkot dengan hotel ni. OK lah untuk RM30 aku tak payah bersusah payah. Cuma kena korban waktu tidur je tapi view di Sarangkot tadi memang mesmerizing !!

Puas hati. Yang bestnya aku dapat driver yang baik macam si Ram.

"Thank you Sir. You dont have to pay me. You pay the hotel"

Hahaha. Terdiam kejap aku. Padahal memang aku dah bayar siap siap semalam.

Balik bilik sambung tidur !!

Ngantuk jugak. 

Lepas bangkit tu, tengok jam baru 8 lebih. Aku turun ke cafe mintak air panas, buat kopi dan masak maggie cup.

Makan maggie cup, roti dan minum kopi sambil layan view macam ni.

Dari kamar beradu. Bilik berwarna merah !

OK. View kat belakang belakang tu memang lawa la nampak snow-capped mountains. Tapi belah belah bawak tak berapa lawa. Ada rumah rumah setinggan dan rumah penduduk.

Sempat jugak la aku tengok kelibat dia orang menjalani kehidupan seharian mereka.

Tak berapa berbeza tapi menarik juga untuk di perhati.

Sebab masih ada masa, aku keluar lagi. Kali ni aku fikir nak ke Phewa Lake semula. Sebab aku ingat cuaca macam OK. Mungkin aku boleh tengok view gunung ganang berbayang bayang di tasik nan tenang itu.

Ayuh jalan. Tak boleh berat beratkan bontot !

Jalan kaki ke Phewa Lake. Dekat jer.

Tenang di pagi hari

Phewa Lake yang lawa. Tapi area ni sebenarnya belah belah empangan... Belah tasik yang ramai orang tu ke kanan sikit

Terkesima dengan suasana waktu ni... perfect moment !

Tengah syok syok melayan ketenangan tasik sambil berjalan ke Phewa Lake, tetiba aku di serang amok !

"Hoi !!! Korang kenapa berkelakuan sumbang di sini??" * mati la marah lembu. 

First time aku tengok lembu blo*job sesama mereka.. hahahaha..  Ke apa benda aktiviti terlarang mereka dok buat tu? Memang dasar binatang !!!

Tak senonoh.

Kalau aku ambik gambar dekat dekat mesti orang kata aku gila. Ke aku yang tak senonoh?

Suasana di pelabuhan Phewa Lake

Rupa rupanya hari tu hari Jumaat so ramai la orang datang ke Phewa Lake ni. Tujuan utama kedatangan mereka adalah nak pegi ke Tal Barahi, kuil yang terletak di pulau kecik di tengah tengah Tasik Phewa ni.

So memula aku agak terkejut gak. Tetiba ramai orang lebih dari semalam. Tapi semua macam pakai sari so aku tau la dia orang nak pegi sembahyang.

Tapi !

Takkan la sebab mereka pakai sari dan aku tak pakai sari so aku nak kena lari?

No ! Aku kena menyebok ! 

Kita kan tourist. Kan??

Jadi ! Kita tak akan di keji kalau menyebok nyebok di tempat orang ramai sebegini.

Bot bot menghantar orang ke Tal Barahi

Sebab ramai orang, nak tunggu bot tu agak lambat sikit. 

Kalau yang nak lepak lepak menikmati suasana alam, ramai yang ambik sampan dan kayuh sendiri. Tapi kalau nak ke kuil tu dia orang memilih untuk naik bot ramai ramai tu jer. Bayaran NPR 150  return.

Bayar waktu pegi jer. Balik nanti boleh naik mana mana bot yang kosong.

Pemuda Nepal mendayung sampan...

Adik muka tak leh blah tengok aku. "Baby sayang oi.. Spender Uncle di dalam. Uncle tak pakai pampers macam kamu. Jadi jangan buat muka kerek plss"

Sampai di Tal Barahi pulau kecik tu, orang orang tu semua sibuk la pegi ke kuil. Berdenting denting aku dengar bunyi loceng tak henti henti. 

Tapi aku datang bukan tujuan yang sama. 

Aku dapat port yang aku lepak semalam. Port yang sama. Duduk. Dan nikmati keindahan alam dari sini.

Bliss !!

Himalayan Range dengan Phewa Lake. Cuaca tak cukup cerah...

Barang di ingat la, cuaca kat Pokhara ni sebab gunung ganang macam ni, biasanya pagi pagi je OK. At least cerah sikit la. Bila dah nak ke tengahari awan gemawan mula datang menyerang. 

Time time tu apa pun tak nampak !

See? Makcik pun merenung jauh. Mengenang masa depan.. Anyway makcik ni adalah pendayung sampan ! Dia tunggu orang, dia nak kayuh balik ke seberang. Pekerjaan normal untuk orang orang di Pokhara ni.

Aktiviti paragliding sudah bermula di puncak Sarangkot yang aku pegi subuh subuh hari tadi. Syok kan. Aku recommend ni sesapa ke Pokhara untuk try. Aku tak berkesempatan la hari tu.

Dan ini la tempat nya.. kerusi yang menjadi teman sepi aku menikmati view Pokhara dan Phewa Lake...

Dan ini la view nya dari atas kerusi batu tu... sampan sampan kosong menunggu orang orang tadi selesai sembahyang. Makcik tu masih setia melayan perasaan...

Memang ralit aku duduk kat sini.

Tak peduli orang lalu lalang. Tak peduli sampan pegi dan datang. Menikmati keindahan alam. Sepi dan sunyi. Oh. Kadang kadang ada bunyi loceng kat kuil kat belakang. Tapi tak per. Sumbat telinga dan dengar lagu lagu dendangan.

Rasa terbuai buai dengan suasana alam. Aku terfikir kalau travel time bosan bosan aku nak baca buku ke apa tapi masalahnya aku ni tak suka membaca. Lagi lagi kalau novel ke apa. Isk. Nak start jugak tapi tak tau bila. Memang dasar malas membaca aku ni.

* bermonolog dengan burung merpati

Tiba tiba..

Oh. Ada orang nak pinjam lighter...

Tetiba tersedar dah nak dekat pukul 12 tengahari.

Oh tidak ! Aku kena berangkat cepat cepat. Aku kena check out pukul 12 nanti !!

Bergegas naik sampan. Nyaris tak humban orang lain ke dalam tasik sebab nak berebut.

Phewa Lake

Melangkah dengan pantas dan bersiap sedia ingin berjuang menentang Pendekar Tanpa Nama.

"Oh mak kau"

* pandang kiri kanan.

Penjejak Badai cepat cepat menghela nafas lega sebab tidak jadi jatuh terduduk. Beliau bangkit lalu mengatur kembali penafasannya di udara dan meloncat lalu menyambung langkahnya pulang ke hotel.

* mati la bahana duduk kat kuil lama sangat, dah terkena sampuk

bersambung....

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...