Tuesday, April 29, 2014

Thimphu, Bhutan

Thimphu merupakan ibu negara bagi Bhutan. Serius tak 'tipu' !

Terletak di kawasan lembah di pergunungan penghujung banjaran Himalaya.

Bandar yang tak berapa besar dan tak de la banyak mana attractions. Tapi kalau nak layan scenery memang menarik lah di sini.

Yang penting, bandar ni damai dan tak terrcemar dengan hiruk pikuk kenderaan. Panjang umur la kot kalau duk sini. Bhutan was rated, the happiest country in Asia and 8th in the world.

* pijak pijak kaki kat Bhutan je terus mengilai tak henti henti macam ponti..... sebab happy eh?

Enjoy gambar gambar sekitar Thimphu, Bhutan.

Thimphu, Bhutan

Thimphu, Bhutan

Pergunungan Thimphu

Jambatan menuju ke Thimphu dari Paro

Raja Bhutan dan permaisuri. Permaisuri Bhutan hanyalah rakyat biasa, anak seorang pilot.

Sungai di Bhutan

Jalanraya di Bhutan menuju ke Thimphu

Lembah Thimphu yang kaya dengan tanaman padi dan gandum

Bangunan di Thimphu. Salah sebuah hotel.

Salah satu mercu tanda Thimphu. Trashi Chhoe Dzong yang menjadi pejabat Raja Bhutan & monastery Buddha.

Trashi Chhoe Dzong ke bahagian monastery

Lembah Thimphu

Trashi Chhoe Dzong ( kawasan monastery )

Trashi Chhoe Dzong

Trashi Chhoe Dzong

Jalan raya di bandar Thimphu

Budhha Statue, Thimphu

Kediaman di Thimphu

Thimphu yang dikelilingi gunung ganang

Rumah di Thimphu



Chances are 'cause I wear a silly grin
The moment you come into view,
Chances are you think that I'm in love with you.
Just because my composure sort of slips
The moment that your lips meet mine,
Chances are you think my heart's your Valentine.

In the magic of moonlight,
When I sigh, "Hold me close, dear,"
Chances are you believe the stars
That fill the skies are in my eyes.

Guess you feel you'll always be
The one and only one for me
And, if you think you could,
Well, chances are your chances are awfully good.

Chances are you believe the stars
That fill the skies are in my eyes.

Guess you feel you'll always be
The one and only one for me
And, if you think you could,
Well, chances are your chances are awfully good.
The chances are, your chances are...awfully good.

Sambungan fakta fakta menarik mengenai Bhutan dan Thimphu.

10. Bhutan mempunyai penduduk kira-kira 742.737. Ibu negaranya adalah Thimphu salah satu ibu negara di dunia yang tidak mempunyai lampu isyarat (selain Pyongyang). Cuma ada roundabout kecil dan polis trafik menjaga lalulintas. Jalan pun tak jem !

11. Sehingga tahun 1960-an, Thimphu tidak mempunyai rangkaian jalan raya, kereta, telefon, sistem pos atau elektrik. Bhutan tidak mempunyai akses kepada TV atau internet dan akses yang terhad diberikan hanya bermula pada tahun 1999. Tapi internet agak laju time aku di Thimphu.

12. Export utama Bhutan adalah kuasa hidro elektrik dan elektrik ke India. Memiliki lebih pada 60% kawasan hutan yang terpelihara. Membunuh species terancam akan dipenjara 14 tahun. Pertanian beras, buah buahan dan tenusu ( yak ) adalah industri utama Bhutan. Banyak buah pear dan apple di tanam. Tapi time aku pegi winter so pokok pokok semua tandus.

13. Bhutan tidak menggunakan KDNK sebagai indeks ekonomi sebaliknya mengukur keseluruhan 'happiness' melalui empat tonggak utama. Perlindungan alam sekitar, pemuliharaan budaya, tadbir urus dengan baik dan pembangunan lestari. KPI Kerajaan Bhutan adalah untuk memastikan semua rakyat mereka 'happy'. Raja Bhutan telah mengarahkan pemakaian pakaian tradisional Bhutan untuk semua urusan pekerjaan, sekolah dan urusan rasmi kerajaan. Jarang nampak orang pakai t shirt dengan jeans !

14. Beg plastik adalah diharamkan di Bhutan sejak tahun 1999. Kalau beli barang dia letak dalam beg recycle yang macam kain tu. Menarik jugak.

15. Bhutan adalah satu satunya negara yang mengharamkan tembakau dan rokok. * sigh. Merokok boleh dihukum penjara !

16. Binatang rasmi Bhutan adalah goat-antelope dan bunga rasmi adalah blue poppies.

17. Sukan rasmi adalah dart dan memanah.

18. Tarikh lahir wajib setiap penduduk Bhutan adalah pada setiap tahun baru. Tak kira bulan atau tarikh lahir sebenar.

19. Negara Bhutan hanya dibuka untuk pelancong asing pada tahun 1974.

20. Bhutan mempunyai satu puncak ke 40 tertinggi didunia iaitu Gunung Gangkhar Puensum - 7,570 meter tetapi kerajaan Bhutan telah mengharamkan sebarang pendakian ke puncak ini. So gunung ini adalah the highest gunung yang masih belum pernah di daki !

Kesimpulannya aku rasa Bhutan ni adalah negara untuk orang orang tua je pegi sebab mungkin ada damai dan ketenangan di sana....

* mengalir airmata seorang orang tua.....

14 comments :

  1. no. 13 - "KPI Kerajaan Bhutan adalah untuk memastikan semua rakyat mereka 'happy' " ... r u fishing serious?~

    ok fakta no. 18 adalah pelik.

    mmm dengan restriction sana sini macam mana rakyat bleh happy?

    btw, lagu tu dua kali dah ko letak kat blog ni. adakah anda berasa sprt warga vintage di Bhutan? hihik.
    nasiblah lagu sedap dan very de amore..

    ReplyDelete
  2. aku rasa kalau aku dok kat bhutan ni mau x boleh hidup aku...hahaha semua nampak 'tua'. Macam ko ckp bhutan utk org2 tua hehehe.. tp kalau gi utk sehari dua ok la kot...

    internet laju sbb ko sorang jek pakai kot? hahahaha...

    ReplyDelete
  3. wow...fakta yg sgt menarik...

    maksudnya semua org yg lahir dlm thn cth 1990, akan dpt tarikh lahir 1.1.1990 la yer?? huhuhu

    abis Meng, bila tak blh merokok kat sana apa you buat? hikss

    ReplyDelete
  4. Terbaik no 14 tu...
    *peluk cium untuk rakyat Bhutan*

    ReplyDelete
  5. Masih terpelihara dan jauh dari arus permodenan

    ReplyDelete
  6. aku pun nyaris gelak cam cik ponti baca entri ko ni Meng! Lagu dan gamba ko bestlah...

    ReplyDelete
  7. NanaT : begitu la bagai di kata..

    restriction tu utk tourist banyak nya. utk warga bhutan dia org dpt apa yang kerajaan sepatutnya bagi.. semua free..

    dan mereka kena la happy.. oh btw rakyat bhutan ni memang sembah akur kat raja mereka..

    pasal lagu tu aku pun x sedar. hahah tu je lagu yang aku rasa bila dgr sgt seasoned tetiba..

    maafin inul..

    ReplyDelete
  8. HB : ya. aku setuju. pegi sehari dua ok la. lama lama hilang rasa happy dah agaknya..

    internet laju di thimpu tapi masa kat paro sellooowwwwwwwwwwww giler.

    aku rasa pun mcm x banyak computer di sana. semuanya still pakai manual...


    Liza : tak leh merokok. apa lagi nak buat..

    menangis la.. mengenang nasib diri... hahaha. memang dah prepare sebab dah tau...

    * nanges


    Ren : dia org ni kurang gi kedai kot sebab tu x de la beli beli brg sgt.. tapi memang tak nampak plastik pun kat sana

    ReplyDelete
  9. Rezeki : btol tu... at least they have something to proud of.


    Ali : jangan gelak kuat sgt... nanti org dengar.. ponti sebenar x leh cari makangggg...


    ReplyDelete
  10. NanaT :

    http://www.theguardian.com/world/2012/dec/01/bhutan-wealth-happiness-counts

    ReplyDelete
  11. Bhutan sesuai untuk saya...tenang dan damai...hihihi tua kah aku?

    ReplyDelete
  12. no.15 boleh apply kat Malaysia jugak..

    ok lari..lari...lari..lari...ok stop

    ReplyDelete
  13. http://www.theguardian.com/world/2012/dec/01/bhutan-wealth-happiness-counts

    interesting.
    macam mana dorang exactly measure happiness and put it down into reports.

    dan kalau ada unhappiness incident, ada tribunal utk mereport kah.

    nampaknya kenalah aku pegi Bhutan dan menjadi mak jemah. hiihi...

    ReplyDelete
  14. MKL : tak tua pun boleh pegi.. asal suka... kan kan kan


    JeaM : kau saja la nak sakitkan hati aku kan?


    NanaT : ntah la.. tapi borak borak dgn org bhutan dia org macam happy jer... negara aman sentosa, prasarana semua cukup.. cuma kemajuan tu bukan dari segi material la ( no big building etc ) ecosystem preserved.

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...