Mt Everest, Himalaya
01 : Himalaya bermaksud 'abode of snow'! (dwelling of snow)
02 : Banjaran Himalaya terbentuk kira kira 70 juta tahun dahulu akibat daripada pertembungan antara India dan Benua Asia merangkumi plat Indo-Australian dan Eurasian.
03 : 75% daripada banjaran Himalaya terletak di negara Nepal.
04 : Walaupun banjaran Himalaya adalah banjaran gunung tertinggi di dunia tetapi ia bukan la yang tertua.
05 : Banjaran Himalaya di Nepal mengandungi 250 puncak gunung yang melebihi 6,000 meter.
06 : 31 puncak gunung dari Banjaran Himalaya melebihi 7,600 meter tinggi.
07 : Daripada 15 puncak gunung tertinggi di dunia, 9 daripadanya terletak di Nepal.
08 : Gunung Everest (8,848 meter) adalah sebahagian daripada Himalaya di Nepal dan merupakan puncak tertinggi di dunia. Edmund Hillary dan Tenzing Norgay adalah orang pertama mendaki Gunung Everest pada tahun 1953.
09 : Purata ketinggian gunung gunung di Banjaran Himalaya adalah 4,570 meter.
10 : Banjaran Himalaya memiliki variasi geografi menakjubkan meliputi hutan tebal, pokok pokok renek dan sayuran, batu batan serta permukaan bersalji.
11 : Banjaran Himalaya ini bukan saja meliputi negara Nepal malah ke China, India, Bhutan, Afghanistan dan Pakistan.
12 : 3 buah sungai utama dunia iaitu Indus Basin, Yangtze dan Ganga Brahmaptura mengalirkan sumber air dari pergunungan Himalaya
13 : Banjaran Himalaya adalah geologi hidup yang bergerak kira kira 20 mm ke arah selatan setiap tahun. Di kira dalam masa 10 juta tahun, banjaran Himalaya ini akan bergerak 1,500 km ke benua Asia.
Layan gambar gambar Banjaran Himalaya.
Dan berikut panduan kalau nak usha Himalaya kalau berkesempatan ke Nepal dan Bhutan.
Dan berikut panduan kalau nak usha Himalaya kalau berkesempatan ke Nepal dan Bhutan.
I : Flight dari KL ke Kathmandu.
Sila ambik seat belah kanan. Sebaik saja flight descending, kalau cuaca elok akan nampak Banjaran Himalaya belah kanan. Try la usha mana yang paling tinggi itu lah Everest !
II : Flight Kathmandu ke Pokhara meliputi kawasan utara Nepal.
Kalau naik flight, ambik seat belah kanan. Akan nampak area Langtang dan Annapurna. Kalau cuaca elok boleh nampak puncak Manashlu dan Annapurna Range termasuk Machapuchare ( Fishtail )
Kalau naik flight, ambik seat belah kanan. Akan nampak area Langtang dan Annapurna. Kalau cuaca elok boleh nampak puncak Manashlu dan Annapurna Range termasuk Machapuchare ( Fishtail )
III : Pokhara dan Sarangkot.
Dari Pokhara boleh nampak Annapurna Range, dan kalau dari Sarangkot boleh nampak Dhorpatan, Annapurna I, II, III, IV, Gangapurna dan Annapurna South.
Gambar gambar ni bukan la dari flight tapi dari Sarangkot.
IV : Dari Pokhara ke Kathmandu, ambik seat belah kiri. Akan nampak view yang sama termasuk Langtang NP.
Himalayan Range
V : Dari Kathmandu ke Paro, Bhutan. Ambik seat belah kiri.
Akan nampak Langtang dan Sagarmartha National Park. Termasuk lah Mt Everest !!!
Dan aku beruntung, masa pegi dan balik ke Paro tu, memang nampak jelas Everest ni. Pilot siap buat announcement lagi. Cuma time balik tu ada awan sikit so tak nampak puncak.
Dan aku beruntung, masa pegi dan balik ke Paro tu, memang nampak jelas Everest ni. Pilot siap buat announcement lagi. Cuma time balik tu ada awan sikit so tak nampak puncak.
Himalayan Range
Himalayan Range
Himalayan Range
Everest & Lhotse ( 8, 516 meter )
Everest (8,848 meter )
Everest and Makalu
Makalu ( 8,481 meter )
Kangchenjunga ( 8,586 meter )
Bhutan dan Mt Gangkhar Puensum
Anyway, to get closer to Himalaya especially Everest dan gunung gunung lain, boleh ambik Mountain Flight dari KTM. Harga dalam USD176, one hour flight pusing pusing dekat pergunungan. Kalau mampu, di persilakan..............
Kalau nampak puncak gunung gunung di Himalaya jangan lupa cepat cepat menjerit..
"Bebaskan !! Bebaskan !!!!"
Hahahha
Sebaiknya kalau nak tengok gunung ganang ni elok la waktu pagi sebab awan gemawan belum datang menyerang.... lepas pukul 10 pagi je biasanya awan dah mula bergumpal. Naik flight especially domestic flight di Nepal adalah first come first serve jadi datang awal untuk request seat terbaik !
Baca Ni Bagi Menambah Ilmu Di Dada Yang Bidang
Sudah tentu lah melihat dari jauh puncak Everest tidak akan sama dengan encounter face to face iaitu mendaki. Cost untuk mendaki Mt Everest adalah lebih kurang USD 10,000 seorang !!!
Pendakian ke puncak Everest melalui rabung Tenggara akan bermula dengan penerbangan dari Kathmandu ke Lukla dan kemudian berjalan ke kem pengkalan selama 6-8 hari. Dan dari situ lah bermula sherpa menyediakan tali dan laluan sebelum para pendaki mendaki ke Lhotse dan seterusnya Everest.
Kalau nampak puncak gunung gunung di Himalaya jangan lupa cepat cepat menjerit..
"Bebaskan !! Bebaskan !!!!"
Hahahha
Salju putih menutupi malam
Tiada jejak yang terlihat
Kerajaan yang terasing dan akulah ratunya
Hembusan bayu bak gelora jiwaku
Puasku cuba tuk memendamnya
Jangan sampai mereka tahu
Harus menjadi yang diharapkan
Lindungilah yang sebenar
Kini aku
Bebaskan bebaskan
Tak mampu bertahan lagi
Bebaskan bebaskan
Tidak seperti dulu
Di sini berdiri megah
Bebaskan bebaskan
Kedinginan tak pernah menggangguku
Kini dapatku lihat jelas dari kejauhan
Ketakutan terpendam telah dapat ku lepaskan
Diatas kedinginan ku bernyawa lagi
Kisah silam ku lepaskan tak mungkin ku sesali
Bebaskan bebaskan
Tak mampu bertahan lagi
Bebaskan bebaskan
Ku cuba sedayaku
Di sini berdiri megah
Bebaskan bebaskan
Kedinginan tak pernah menggangguku
Berdiri membeku di alam pilihanku
Katakan bertemu segala yang kutinggalkan
Ku timbun membeku
Baca Ni Bagi Menambah Ilmu Di Dada Yang Bidang
Puncak Everest.
Pendakian ke puncak Everest melalui rabung Tenggara akan bermula dengan penerbangan dari Kathmandu ke Lukla dan kemudian berjalan ke kem pengkalan selama 6-8 hari. Dan dari situ lah bermula sherpa menyediakan tali dan laluan sebelum para pendaki mendaki ke Lhotse dan seterusnya Everest.
~bebaskab bebaskan~
ReplyDelete~tak mampu bertahan lg~
lucu sngt lirik..
Bebaskan versi Shila Amzah buleh??
ReplyDeleteaku ni masih blur...puncak everest dalam gambo ko yg mana satu?? hahahahaha banyak sgt gambo yg cantik2 sampai xtau mana satu puncak everestnya...hehe..
ReplyDeleteSejuk mata memandang tengok gunung-ganang Meng. Begitupun, good info entri ni buat yang nak ke ke sana atau baru nak belajar geografi...
ReplyDeletetingginya puncak himalaya. Subhanallah. Btw Ada orang yang sanggup ke puncak everest ke ?
ReplyDeletetak terkata....
ReplyDeleteAzlol : aku memula x ambik pusing sgt, tapi anak anak aku dok nyanyi part tu je sampai dgn aku2 terikut. hiks
ReplyDeleteJeaM : ada ke versi shila amzah? nanti aku carik..
HB : kau ambik pembaris, ukur yang mana paling tinggi. hat tu la dia.... hahaha
Ali : gunung ganang ni kalau pandang memang boleh sejukkan mata.
ReplyDeletekan kan kan....
Gunadi : sudah tentu. bahkan ramai sekali. cuma belanja nya mahal dan perlukan persediaan rapi.
this summer saja sudah ada 700 lebih yang mendaftar. tapi disebabkan bencana avalanche tak pasti apa jadi selepas ni
MKL : senyum. tak perlu kata apa apa