Thursday, April 24, 2014

Nah ! Goyah? - Japan 2014 : Budget & Itinerary

Sambungan part 2 trip Japan 2014 ke Nagoya.


Trip Japan ni macam asal nak cari kain rainbow berapi tapi telah bertukar menjadi trip lawatan Alam Flora. 

Sebabnya...........

Aku chase cover pembentung ! 

Hahahaha.

Ni benda alah ni di tempat tempat yang aku jejak dalam trip ni.

Nagoya

 Takayama

Shirakawa-go

Kawaguchiko

Fujikawaguchiko

Shimoyoshida

Yokohama

Yokohama

Port of Yokohama

Port of Yokohama

Tachikawa City

Tokyo

Ibaraki

Tokyo

Nagoya

* tutup idung bau tahik semerbak sambil sembur febreeze sekeliling

Plan aku memula nak pegi 5 hari je, tapi bila beli tiket, terbeli 8 hari. Bila nak pegi baru realized, lamanya....... terus abis separuh cuti aku.

* nanges dah tak boleh nak travel dah tahun ni

Tapi dah alang alang pegi, belasah je lah.

Itinerary tak de plan mana, 2-3 hari sebelum pegi baru aku tetapkan mana nak jejak. Tapi JR Pass dah beli seminggu awal sebelum pegi. Cuma nak tuju ke mana tu jer tak berapa pasti. Memula aku macam nak naik sampai Hokkaido. Tapi fikir, time musim ni tak de apa sangat belah belah sana then aku just stick to Central Japan dan tempat tempat yang aku belum pegi sebelum ni.

Ni itinerary ( lepas balik ) sebab sebelum pegi lain sikit. Macam biasa, changed plan and last minit sesuka hati gi redah.

Day 01 - KL to Nagoya ( Nagoya Castle, Sakae, Nagoya Tower, Osu Kannon Temple, Tsurumai Park, Science Museum, Electric Museum )
Day 02 - Nagoya to Takayama (Hida Folk Village)
Day 03 - Takayama - Shirakawago - Shinhotaka ( Japanese Alps ) - Back to Takayama and train to Tokyo.
Day 04 - Shinjuku - Fujikawaguchiko
Day 05 - Kawaguchiko - Shimoyoshida - Yokohama ( Minato Mirai 21, Port of Yokohama )
Day 06 - Shin Yokohama - Tachikawa City ( Showa Kinen Park ) - Tokyo ( Imperial Palace, Ueno, Odaiba )
Day 07 - Shin Yokohama - Ibaraki ( Hitachi Seaside Park ) - Tokyo (Asakusa, Tokyo Skytree) - train to Nagoya
Day 08 - Nagoya to KL.

Alhamdulillah, dapat jugak tengok cherry blossom walaupun di Tokyo dan Yokohama memang dah tak der.

Overall, semua aku plan dapat buat cuma nak rentas Alpine Route tak lepas sebab belum di bukak lagi. Ingat nak bantai dari Toyama terus ke Nagano ikut Alpine Route tu sebelum ke Tokyo. Kalau end of April baru OK. Takayama pun masih sejuk gigil lagi. Tapi tak pe lah, sempat tengok Japanese Alps dari Takayama jer. 

Cuaca memang sangat penting, sakura masih belum berkembang betul di Fuji walaupun dah abis di Tokyo. Langit pun tak berapa nak biru so gambar agak sendu. 

Park park yang aku pegi tu semua last minit plan sebab aku dah tak tau nak ke mana. Lain lain semuanya OK. 

Untuk itinerary aku banyak refer sini Japan Guide.

Usha gambar skit lagi.

Nagoya

Takayama

Shirakawa-go

Lake Kawaguchiko

Fuji Five Lakes

Shimoyoshida

Yokohama

Showa Kinen Park, Tachikawa City

Odaiba

Tokyo Tower

Hitachi Seaside Park

Hitachi Seaside Park

Tokyo Skytree

Tokyo Skyline

Ini indicative budget.

Tiket - AAX ( RM 550 return ) + luggage, seat dan nasik lemak Pak Nassir ( dah tak berapa sedap nowadays )

Hotel - Hotel agak mahal sebenarnya di Jepun. Aku pulak last minit. So untuk 7 malam aku spent dekat RM1000 jugak. Range dari hostel, single room dan Ryokan ! Haaa. kat Fuji bilik penuh terpaksa la belasah tido Ryokan feel feel samurai pakai kimono. Tapi kena mandi bogel !!! Cuma sekali aku terpaksa tidur hostel 6 pax. Terpaksa la tidur tidur ayam sebab takut kacau orang. Gila la tidak mendapat tidur yang secukupnya malam tu.

Untuk Tokyo, aku ambik hotel dekat Shin Yokohama since aku malas naik Yamanote Line yang selalu pack di Tokyo tu. With JR Pass. Yokohama is just 20 minutes away from Tokyo. Senang nak bergerak.

Barang juga di ingat, hotel hotel kat Japan ni, check in memang 3 pm ke atas. Usah mimpi la nak dapat check in awal. Ada sekali tu, aku penat gila kat Nagoya.. aku pegi tidur kat park ! Orang pegi berhanami , aku pegi tidur. Jadi naga berdengkur ria di bawah pokok !!! 

JR Pass - Bagi aku benda ni sangat membantu untuk trip ke Japan. Aku beli thru JR Pass dengan harga RM870 untuk 7-day. OK lah, delivered by Fed Ex in 2 working days. Tapi aku cuma utilized 6 hari je sebab first day kat Nagoya tak guna lagi.

Transport lain - Banyak nya untuk urban transport macam subway etc sebab tak covered by JR Pass. Terkena jugak la beli one day pass tapi pakai sekali dua je. Lain nya aku banyak jalan kaki jer. Train dari Tokyo ke Kawaguchiko partly covered by JR so separuh lagi kena bayar sendiri Fuji train tu. Tapi cuma kena 400 Yen jer one way. Untuk train dan schedule boleh pakai apps ni - Hyperdia

Tour - Aku ambik 2 tour. Shirakawa-go dan Shinhokata. Shirakawago aku ambik tour kat hostel so murah jugak lah 3500 Yen. Kalau beli tiket biasa dalam 4000 Yen. Shinhokata bayar 5050 Yen untuk transport dan ropeway sampai atas gunung untuk tengok Japanese Alps. Harga agak mahal sebab sekali dengan bus, ropeway dan siap boleh gi onsen !! Tapi aku tak bermasa nak pose pose telur separuh masak dalam kolam air panas tu.

Entrance Fees - Varies la. Park park tu range dalam 400 Yen sekali masuk. Tokyo Skytree mahal sikit, dalam 2,000 Yen banyak nya FOC jer.

Lain lain... makan lah. Dan shopping sikit. Aku tak beli pun kali ni benda benda macam FM tu apa semua. Dah malas nak mengumpul.

Dah. Itu saja, harap harap dapat membantu.

Tak pasti bila aku rajin nak update trip Japan ni sebab banyak lagi trip yang aku bolayan ( busy dan malas ).

Boleh refer blogger blogger yang lain yang sekarang ni tengah update trip ke Jepun seperti Wanderlust DJBibie KarimAzra - Life of a traveller, Rei - Apo Laie dan Adik Manis si Jari Manis.

Tapi kalau rajin, Insya Allah, pasti aku update.

Utsukushii nippon de doumo arigatou ................. (paksa OR translate)

Aku Sukahati. Sukiyaki. Sayonara hi hi hi (saja nak kasi rhyme)

Kasi layan sakura skit. Saki baki yang tinggal.











Ue o muite arukou
Namida ga kobore naiyouni
Omoidasu harunohi
Hitoribotchi no yoru

Ue o muite arukou
Nijinda hosi o kazoete
Omoidasu natsunohi
Hitoribotchi no yoru

Shiawase wa kumo no ueni
Shiawase wa sora no ueni

Ue o muite arukou
Namida ga kobore naiyouni
Nakinagara aruku
Hitoribotchi no yoru

Omoidasu akinohi
Hitoribotchi no yoru

Kanashimi wa hosino kageni
Kanashimi wa tsukino kageni

Ue o muite arukou
Namida ga kobore naiyouni
Nakinagara aruku
Hitoribotchi no yoru

28 comments :

  1. kene pegi hitachi park time autumn lak meng. mohon la pegi lak.. ^_^

    ReplyDelete
  2. wahakahakah. best gila gamba penutup tu. next time nak tiru ah.

    uik...ada buat promotion blog den, domo arigatou gojai lomeh~ ekekeke

    ReplyDelete
  3. Meleleh air hidung tengok gambo2 cantik abang meng.

    Shirakawa tu menggamit pulak. mmg nak kene trejah jugak ni time sakura.

    ReplyDelete
  4. biar lambat update, asal selamat...hehehe banyak nya penutup pembentung tu yg lawa2...yokohama ada keta bomba ke tu?ke kat balai bomba pembentung tu?hehehe

    kalo tak silap yg hitachi tu mmber pi musim apa tah, penuh pokok merah...lawa giler....hehuuuuuu

    ReplyDelete
  5. Oh dia pun ke Jepun juga... ada kenduri hebat ke semua blogger ke sana heheheee..

    Suka tengok gambar2 yang cantik di jepun yang diambil tuan blog.. :D

    ReplyDelete
  6. Aku malas dah nak puji gambar ko sebab...kenapa perlu semua lawa2 belaka. So kali ni puji kekreatifan Japanese buat tutup pembentung yang boleh jadi attraction. Aku ambik gak aritu tapi xde banyak macam ko. Hitachi Park nak cover masa autumn, macam ko suggest...autumn pun lawa kan. Nak tengok pink moss. Sekian.

    ReplyDelete
  7. Masih ada ke agaknya saki baki sakura dan tulip kat Nagoya?. Mcm nak buat impromptu trip minggu dpn.

    ReplyDelete
  8. Bila meng ke Nagoya ni, nak mengejar sakura jugak ke??

    ReplyDelete
  9. KB : biar org lain la pulak gi check. aku malas nak gi tempat yang sama... autumn pun cantik kot dgn pink moss tu.


    Rei : haa... nanti kau ambik gambar penutup tu byk2. jangan lupa tutup idung.. hahaha


    MKL : best sebab lawa kot.. ek..


    Ren : nah ambik tisu kesat hingus..

    masa aku pegi tak berapa bagus lagi sebab masih sejuk. kalau lewat sikit or musim autumn lebih lawa kot

    ReplyDelete
  10. DJ : tak perasan pulak tempat bomba ke tak. tgh jalan nampak pembentung tu terus snap

    * mati la di tuduh gila pembentung tahik..

    pantang nampak !

    kalau autumn dia tanam pokok pink moss banyak banyak...


    TT : terima kasih...


    BK : ok. kau pegi riki pink moss utk kami semua nanti okey ?

    ReplyDelete
  11. FF : kalau di nagoya rasanya dah tak de sakura by next week. di takayama mungkin ada or area fuji.. sebab hari tu belum blossom lagi di area ni semua and masih sejuk...


    PM : aku dah balik dah pung.....

    ReplyDelete
  12. Meng: klu aku pm address, bole pos kat aku sekeping penutup alam flora tu.? Muahaha

    ReplyDelete
  13. Kreatif betul og jepun neh penutup pembentung pun boleh tarik org nk snap pic opsssss jm pun akan buat menda yg sama

    Ishhh x sabar nk read full entry nih mesti lebih menarik dan tertarik spt biasa

    Citer jepun kami? Alaaaa biasa biasa je sbb semua tempat yg kami pegi tu dh byk story kuar kat blog dh x inzal klau nk baca

    ReplyDelete
  14. cantik gilerrr penutup kumbahan org jepun hahahahaha...tp mmg serius cantik la jepang ni...bila la nak gi shopping kat nagohyah mcm Meng ni...weeeeee

    ReplyDelete
  15. Amir : berat dowh... pastu bau mesti tak menahan.....


    JM : tulis dulu tak per kalau tgh rajin tu... nak tunggu aku ni kerajinan nak abiskan yang belum abis di tulis lagi ni.

    ntoh bila nya ntah ...


    HB : sila menabung dan cepat pegi....

    tapi kau try pegi autumn la HB.. cun kot

    ReplyDelete
  16. sewer/manhole covers kat japan mmg awesome, mana ada bau apa pun maa... hahah, nice pics ;3

    ReplyDelete
  17. Plain : kalau ada bau.. aku pun x moh dekat kot

    ReplyDelete
  18. Salam, kami adalah pelajar Malaysia yang menetap di Jepun. Kami menawarkan perkhidmatan Tour Guide, Penginapan Guest House dan juga Pakej Budget dengan harga yg murah. Misi kami adalah untuk membantu rakyat Malaysia melancong ke Jepun sambil dapat mempelajari budaya masyarakat Jepun.

    Sila hubungi melalui :
    Website : http://www.melancongkejepun.com/
    Facebook : Melancong Ke Jepun
    Phone : +818088695448 (Adib, Tokyo)
    Email : melancongkejepun@gmail.com

    ReplyDelete
  19. Aku tertggl keretapi bullet..abg meng g japang lg..k bye..

    ReplyDelete
  20. DATT : tu la kau.. menabaikan peminat.. see peminat pegi balik nagoya pun kau tak tau.

    hehehe

    pekabo?
    aku pegi dah lama.... flight nagoya AAX pun dah ceased..

    kau bila nak berterbangan.. baby dah besar ka?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kehkeh..aku tggu reply dr ko..

      Nnt aku bt comeback..misi with bb..join geng biqque..hihi..
      nagoyah dh tutop..g tmpt lain la plk..

      Delete
  21. DATT : untung lah..

    rajin rajin kan update blog kau yg bersawang tu

    ReplyDelete
  22. salam..kawan saya nak pi jepun or korea,tp soh saya yg tlg cari mana best n nak p mana....blh tlg...dia nk p dlm 5 hari 4 mlm...kalau ada budget listing lg cun..tq

    ReplyDelete
    Replies
    1. google dik... tripadvisor ada. wiki ada..

      nak travel kena rajin. baru tak sesat dan tahu arah tujuan nanti

      Delete
  23. ala...dah tulis ilang plak...
    salam..nk minta pendapat..between korea atau jepun...5 hari 4 malam...budgetnya...tq

    ReplyDelete
    Replies
    1. korea... bajet ikut kemampuan... ikut destinasi. ikut area nak cover...

      Delete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...