Untuk turun dari Tiger's Nest ni agak relax sikit la sebab jalan turun bukit.
Akhirnya dalam sejam je lebih sebab singgah makan, akhirnya aku sampai jugak ke bawah. Haaa. Lega !!!
Then kami bergerak meninggalkan Tiger's Nest balik semula ke Paro.
Aku pesan kat Leela, suruh berhenti kat Paro, aku nak cari souvenir sikit. Dia setuju jer. Tapi dia akan bawa aku ke satu lagi dalam itinerary di Bhutan ni iaitu melawat kawasan perkampungan Paro.
Sebelum turun, sekali lagi lepak lepak layan view kat tempat ni.
Ada macam tempat Kungfu Panda tak?
Boleh tahan penatnya, so aku ambik masa lepak dengan Leela dan borak borak dengan dia.
Syok jugak la borak dengan dia. Leela ni umur dia 25 tahun. Dia cakap dia berasal dari kampung mana ntah, belah belah pedalaman Bhutan. Tapi lepas high school dia datang ke Thimphu dan keje sebagai Tourist Guide. Dah hampir 4 tahun dia keje.
Dari apa yang dia cerita, dia macam seronok je duduk kat Bhutan ni sebab banyak nya free. Dia kata, rakyat Bhutan memang taat setia pada Raja Bhutan sebab raja mereka baik. Banyak benda di Bhutan adalah percuma. Kos sara hidup pun tak tinggi mana. Dia duduk sorang, sewa studio rate dalam RM400 sebulan.
Sekali dengar cerita, rakyat Bhutan ni macam rakyat Brunei lah. Tapi aku selalu tersasul sebut Bhutan jadi Nepal as macam aku masih berada di Nepal.
Tapi Bhutan mengingatkan aku pada Mongolia. Tak tau la kenapa, maybe bentuk muka bumi yang bergunung ganang macam ni kot dan muka dia orang yang bermata sepet tapi kulit tak cerah mana.
Kata Leela, crime rate close to tak de di Bhutan. Masing masing memang hidup aman damai dan happy. Dia cerita, dia nak jugak travel, tapi belum berkesempatan lagi !!
Abis borak borak tu kami turun ke bawah. Destinasinya nak singgah di pertengahan gunung tu yang ada tempat makan tadi.
Leela ni siap jalan laju pada aku sebab dia nak pegi settlekan lunch aku kat situ. So aku pun jalan lenggang kangkung je la sambil sambil dok ambik gambar.
Sepanjang jalan akan nampak banyak stupa stupa kecil ni.
Kata Leela, benda ni adalah dari abu mayat penganut Buddha yang dan mati dan di bakar. Abu mereka di ambik dan di campur dengan tanah liat lalu di buat bentuk stupa.
Stupa stupa ni akan di letakkan di tempat tempat terpencil, mostly tepi gunung, dalam gua atau bawah pokok yang redup sebagai tempat persemadian.
Laluan turun ke bawah
Ada yang baru nak mendaki ke atas
Kata Leela, bagi penganut Buddha di Bhutan ni, at least sekali dalam seumur hidup, dia orang kena datang ke Tiger's Nest ni dan bersembahyang di sana
On the way masa nak turun tu, aku terserempak dengan Ramasamy dengan guide dia !!
"You made it to the top?"
"Yeah"
"Was it difficult?"
"Just go with your own pace. Dont push too hard"
Aku malas layan sangat dia, aku jalan je turun.
Jalan menuruni bukit
Dah sampai kat pertengahan
Dan di sini la aku lepak lepak untuk makan tengahari
Ada tempat makan. Biasanya dia serve buffet untuk tourist yang mendaki ke Tiger's Nest ni. Banyak yang vege so boleh la nak makan.
Aku ambik port kat luar dan makan. Menu tak berapa syiok sangat. Tapi belasah je makan.
Tengah aku makan ni sambil mengadap Tiger's Nest tu, tetiba ada mamat ni tegur aku.
"Bang. Abang dari Malaysia ker?"
Terkejut gak aku, tetiba ada orang cakap Melayu.
"Yes. Mana you tau?"
"Nampak macam orang Malaysia. Saya pun Malaysia. Saya dari Cheras"
"Oh.. Saya pun KL"
Dok borak borak la. Chinese couple. Dia orang actually honeymoon di Nepal dan Bhutan. Yang tak menahannya, bini dia tu, bila mamat ni bagitau aku orang Malaysia dia terus datang kat aku.
"How much you pay for your package?"
Motip lah !
Tak de soalan lain agaknya nak tanya. Pastu sibuk nak compare. Aku layan layan macam tu je lah.
"Very expensive you know Bhutan.. bla bla bla"
Dalam hati aku, kalau kau tahu expensive apsal kau datang?????
Layan borak borak dengan mamat laki dia je la sebab dia orang pun makan kat luar semeja dengan aku. Leela kat dalam makan dengan guide guide yang lain.
Makan sambil layan view Tiger's Nest
Abis makan tu, kami turun ke bawah.
Aku terpaksa slow slow jugak la. Selain dari ambik gambar.. Haaaaaaa
Kena hati hati sebab banyak tahik kuda !!!
Sampai di pertengahan. Ada tempat rehat
Dan laluan turun ke bawah. Kat sini lebih banyak pokok so redup sikit
Leela dah ke depan...
Orang dah ramai yang turun time ni
Leela laju jalan, aku suruh dia jalan je dulu sebab aku nak ambik ambik gambar. Dia selalu risau kalau aku kat belakang. Bila aku bagi permission, baru la berdesup dia hilang.
Berlari dia turun bawah. Cisss.
Akhirnya dalam sejam je lebih sebab singgah makan, akhirnya aku sampai jugak ke bawah. Haaa. Lega !!!
Muka harimau...( mata dan hidung)
Close up sikit dari bawah
Kat bawah
Sampai kat bawah, Leela tengah borak dengan member member guides dia, aku suruh mereka posing !
Comel gak kan Leela tu?
Hahahaha.
Mamat yang baju tradisional merah tu hisap rokok ! Aku tengok dia hisap rokok terus rasa nak terkam. Hahaha. Tapi aku malu.
YES ! I is pemalu.
Bertabahlah Meng. Tak de rezeki untuk hari ni. Cuba cuba la bertahan.
* tazkirah diri sendiri
YES ! I is pemalu.
Bertabahlah Meng. Tak de rezeki untuk hari ni. Cuba cuba la bertahan.
* tazkirah diri sendiri
Yang tak tahan tu, tengah dia hisap rokok, kawan dia siap terjerit jerit.
"Police....someone is smoking here !!!"
Pastu dia orang gelak gelak. Aku tak sempat nak tanya, mana source dia dapat rokok tu, tapi mungkin la ada yang undercover jual rokok kat mana mana.
Kat area parking orang jual cenderamata
Parking kereta
Then kami bergerak meninggalkan Tiger's Nest balik semula ke Paro.
Aku pesan kat Leela, suruh berhenti kat Paro, aku nak cari souvenir sikit. Dia setuju jer. Tapi dia akan bawa aku ke satu lagi dalam itinerary di Bhutan ni iaitu melawat kawasan perkampungan Paro.
Sungai yang mengalir di Paro
Rumah di Bhutan
Pekan Paro
Hampir petang jugak lah, kami sampai ke pekan Paro semula.
bersambung..............
Hebakkk.... Berjaya naik & turun walaupun xguna kuda. Xwat aksi kerek kat kuda2 tu bila dah smpi balik kat bwh? Haha
ReplyDeleteAlalala cute nye leela ala ala preity zeeta lah
ReplyDeleteKwn2 dia pun apa kuranya terutama yg baju merah merokok tu hensem haihhhhh
Bab tourist dari cheras tu, klau nk tahu org pompuan mmg mcm tu suka discuss menda2 mcm tu, X nk kata org Jm pun sama ahahaha
Read ur entries....simply a superb story telling. Adventurous yet enjoice, catchy n jovial....most importantly very informative n sincere!
ReplyDeleteAgak2 kalau Ramasamy baca blog nie..sah muka dia pun tuka jadi tiger..haha..
ReplyDeleteBang meng, leela tu mmg cute gak. Tapi yg sebelah kanan tu pun cute..rakyat bhutan jgk kah?
ReplyDeleteAkhirnyaaaa.... dpt jugak ku tatap wajah leela! Tq Meng... cun jugak aaa... ko tak pancit ke meng turun naik bukit?
ReplyDeleteHahaha comey lote leela nih...tp yg baju merah lg comel...xmcm org bhutan pun...hehehe tahniah laa bjaya daki dn turun dgn gagahnyeee..... #tepuktepukbahusupermeng
ReplyDeletecomel gak la leela majnun ko tu...hehehehe kecil molek jek dia kan....dia dh kawin ke Meng? hahahaha...
ReplyDeleteAmir : turun tu dah tak ingat kat kuda.
ReplyDeletedah fikir nak masuk keta jer..
penat !! hahahaha
JM : suka yang baju merah tu ke? ala tu sebab pakau sunglasses je. cuba dia bukak... hahhaa
* mati la cemburu
JJ : thanks JJ...
ReplyDeleteCikNun : kalau dia baca mesti dia suka.. hahahaha
Dz : ko pun suka jugak.. aiya.....
Sebab??asik wat kisah ramasamy ek..dia dah jadi retis bab abg meng..hehhe
DeleteAli : turun tak pancit.. naik tu je la.. tapi tengok org org bhutan naik siap kendong baby.. relaks jerr
ReplyDeleteso aku kena bertahan.
kita mesti lawan !!!
DJ : nak jugak yang baju merah tu?? isk isk isk...
korang ni kenapa? boleh membuat habangbersedih hiba mcm ni....
hahahaha
HB : dia bujang lagi.. xde boyfren.. ( dia ckp la )... dia kata kalau nak kawin nanti family dia carikkan. dia malas nak fikir
hee ade pung ganba leela kat sini ! tapi muka matured la tak macam 25.
ReplyDeletelagi satu, aku renung renung batu tu masih tak nampak muka rimau = = '
takde daya imaginasi kot.
NanaT : tu la memula aku pun terkejut umur dia 25.. dan dia lagi terkejut bila aku ckp umur aku dah ehem ehem.
ReplyDeletedia suspek aku masih muda.
ya selain dari FIT abang juga muda belia....
CNun : tu la.. saja aku kasik dia glamer.. nasib tak jumpa gambo je nak tempek. kalau tak, satu maldives kenal dia kang