Thursday, June 5, 2014

03 - Lambaian Bumbung Dunia : Nepal - Pashupatinath Temple, Kathmandu

"Bangkitlah wahai Suketi. Bangkitlah kau dari alam kubur....."

* begitu ambik mood cerita seram.

Pashupatinath Temple

Hari ke dua di Kathmandu, aku ada perancangan sendiri. Sebabnya aku dah beli tiket hari ke 3 esoknya untuk ke Pokhara, dan dah confirmed semalam pasal trip ke Bhutan, makanya aku cuma ada hari ni saja untuk explore Kathmandu Valley. Balik dari Pokhara aku bakal ke Bhutan dan balik dari Bhutan aku ada lagi setengah hari di Kathmandu ni lagi sebelum ambik flight malam balik KL. Tapi time tu aku ingat kalau sempat aku nak ke Nagarkot. 

Masih dalam planning lagi tu.

Semalam masa borak dengan Sujan. Manager Tourist Office kat Hotel Kathmandu Home tempat aku stay tu, dia ada jugak lah dok tanya tanya.

"What is your plan?"

Aku bagitau dia, selain daripada trip Bhutan yang aku ambik dengan dia, aku akan ke Pokhara. Tapi aku dah beli tiket sendiri dan uruskan semuanya sendiri termasuk hotel apa semua.

Dia sudah berang !

Motip lah. Konon bising bising kenapa aku tak ambik dengan dia, kenapa tak bagitau dia plan aku awal awal dalam email supaya dia can work out apa yang patut.

Hello !!  

Ikut suka hati aku lah. Aku dah bagi duit banyak semalam bayar trip ke Bhutan tu. Kau kenapa haloba haaa? Kau tu hanyirrrrr................. !

* begitu aku sedikit marah.

Padahal cakap dalam hati jer pun.

Suasana pagi di Khatmandu Valley dari roof top Hotel Kathmandu Home

Then nak jalan jalan keliling Kathmandu ni Sujan ada menyediakan pakej. Bukan pakej apa pun tapi drebar untuk ronda ronda lah. Dia kata since Kathmandu Valley ni besar dan tempat tempat tumpuan pelancong agak scattered jadi aku memerlukan kenderaan atau drebar.

Dia cadangkan aku ambik je teksi dengan dia siap dengan driver nanti driver akan bawak aku putar putar di area Kathmandu Valley ni.

Harga dia letak adalah USD 35 ( RM 114 )

Aku congak congak, macam mahal jugak la. Lagipun dia tak cover semua lawatan ke UNESCO site di Kathmandu Valley ni. Cuma area area sekitar town jer. Ada 7 UNESCO Sites di sini dan 2 daripadanya terletak di outskirt sikit. ( i.e Bakhtapur Durbar Square dan Changu Narayan )

Sebab aku agak kedekut dan aku dah macam terasa miskin lepas bayar trip Bhutan kelmarin, maka aku cakap dengan dia.

"Nevermind.. I'll figure it out myself"

* begitu aku menyombongkan diri.

Ingat tema kita, sombong bongkak riak berlagak !!

Tetap dia tak puas hati. Macam macam la dia gebang. Tapi hati aku berkata, kalau aku naik teksi sendiri mungkin lagi murah. Bukan nak berkira sangat tapi aku saja malas nak bagi dia kaya raya sangat dengan duit aku. Hahahaha. Cukup cukup lah tu.

Breakfast sambil study map Kathmandu Valley

Pagi tu aku breakfast dulu sebelum bergerak keluar. Breakfast memang di sediakan di restorannya di roof top. Tapi nak naik tu mengah jugak la sebab tak de lif. Kena naik tangga. Time turun balik sampai bawah dah lapar semula.

Set breakfast simple tapi standard standard je lah. Roti, scramble eggs, kentang grilled pastu buah dan air oren. Kopi jugak turut sama dihidangkan di atas meja.

Budak jaga restaurant dia ni baik baik belaka. Cakap English simple simple la tapi masih boleh di fahami.

Lobi hotel

Lepas makan aku turun ke lobby dan bersiap sedia nak merayap. Destinasi pertama aku adalah Pashupatinath Temple.

Aku mintak budak hotel tu carikan aku teksi.

Tak lama sebuah teksi muncul. Teksi dia orang ni kecik kecik je. Jenis macam kereta kancil tu jer. Tapi untuk aku sorang OK je lah. Aku dah siap nego awal awal, aku cuma sanggup bayar NPR 200 ( RM 6 ) jer untuk ke destinasi pertama. Drebar tu bersetuju.

Sebenarnya aku dah check awal awal rate teksi ni. Sila rujuk link ni.. Taxi Auto Fare. Kalau nak senang search je kat google.

Contohnya taip  : Taxi Fare from Thamel to Pashupatinath Temple 

Nanti cari yang link ke website tu. Ada indicative charge teksi. Memang tak tepat tapi at least boleh bagi rough idea how much it's gonna cost. Nanti boleh bargain harga ni dengan drebar teksi dan better bargain sebelum naik teksi !

Jangan risau, teksi adalah banyak di Kathmandu, dia tak nak, kita cari lain.

Dari Hotel Kathmandu Home di Thamel aku mintak drebar teksi hantar aku ke Pashupatinath Temple. 

Boleh la sikit borak borak dengan dia sepanjang perjalanan.

Polis traffic mengawal lalu lintas di Kathmandu

Suasana pagi di jalanraya Kathmandu agak lengang

Mungkin sebab agak pagi so orang tak berapa ramai lagi. Jalan pun kurang jem. Tak sampai 20 minit aku tiba di Pashupatinath Temple. Destinasi pertama untuk hari ini.

Mamat teksi tu berhenti di simpang jalan dan dia tunjuk jalan masuk ke arah Pashupatinath Temple sebab dia kata hari tu ada orang semayang so banyak kereta dan dia tak leh masuk. Aku setuju je lah sebab nampak tak jauh pun.

Bayar, keluar dan jalan kaki.

Orang berjual di tepi tepi jalan

Banyak yang menjual peralatan sembahyang

Jalan kaki lebih kurang 5 minit akhirnya sampai di pintu gerbang Pashupatinath Temple ni. Orang agak ramai pagi tu, so aku just follow the crowd.

Actually nak masuk tempat ni kena bayar especially untuk foreigner. Tapi aku tengok harga masuk mak ai mahal jugak lah.

Entrance Fee NPR 1,000 ( RM 33 )

Selagi boleh elak kita elak lah kan? Hahaha. Lagipun sebab mungkin pagi, pekerja dia tak de lagi jaga pondok tu.

Masa ni lah penting cas cas bermuka Nepal dan sibuk sibuk macam orang lain, buat tak tau je lah.

Kawasan ni sebenarnya belum masuk ke kawasan kuil lagi. So aku berlegar legar sambil ambik gambar jer dulu.

Pengemis di Pashupatinath Temple

Aku tak pasti dia orang peminta sedekah atau apa, tapi ramai di tepi tepi jalan dan dalam plastik depan dia orang tu macam ada beras. Maybe ada orang derma beras untuk mereka mereka ni kot.

Ahli kariah melepak di Pashupatinath Temple, Kathmandu

Untuk masuk ke dalam Temple ni kena bukak kasut. Ada satu bahagian penyimpanan kasut sebelum masuk ke jalan arah kuil. Tak de charge di kenakan, dia bagi plastik dan kita masukkan kasut kita dan bagi kat dia orang simpan.

Tak dibenarkan bersepatu atau berselipar di dalam kawasan temple ini.

Ingat !

Kekalkan wajah keNepalan kita untuk tidak di soal siasat atau di pandang serong.

Ini lah pintu masuk ke Pashupatinath Temple

Sebenarnya dalam temple ni selain daripada yang beragama Hindu memang tak boleh masuk. Dan lagi sadis, gambar langsung tidak dibenarkan di ambil di dalam temple ini.

Maka. Aku buat muka pari pari kota, tak malu masuk dan usha keliling.

Sebab aku bawak crumpler, guard tu dah perasan dia kejar aku dan bagitau.

"Sir.. No camera OK?"

Angguk.

* pandang ke lain tak nak bertentang mata.

Rule of thumb : Dont speak !!

Nanti kantoi !!

Cuak jugak kot dia detect dan halau keluar.

So aku masuk dan merayau dalam Pashupatinath Temple ni.

Apa menariknya tempat ni?

Pashupatinath adalah tempat paling suci agama Hindu yang terletak di sepanjang tebing Sungai Bagmati di bahagian timur bandar Kathmandu. Dalam kompleks ini terdapat Kuil Pashupatinath sebuah kuil hindu yang terkenal dan tertua di Nepal sejak abad ke-5 .

Acara pembakaran mayat sering diadakan setiap hari di sepanjang tepi sungai. Di seberang sungai terdapat pelbagai stupa yang lebih kecil ( chaityas ). Sebenarnya kuil asal telah dimusnahkan oleh anai-anai. Namun kuil telah dibina semula pada abad ke-17.

Lagenda mengatakan bahawa Pashupatinath muncul apabila Tuhan Siva berhenti untuk berehat di kawasan tersebut dan bertukar menjadi rusa. Beliau tinggal di kawasan ini dan tidak mahu meninggalkannya. Lord Siva kemudiannya dikenali sebagai Pashupatinath, ( Lord of all animals ). Legenda menyatakan bahawa sesiapa yang datang untuk menyembah beliau tidak akan dilahirkan semula sebagai binatang sebaliknya sebagai manusia suci.

Dalam kawasan temple tu masa tu ramai jugak orang tengah sembahyang. Siap ada yang duduk nyanyi nyanyi dan membaca mantera. Ada gendang semua cukup. Tapi nyanyi slow slow lah. Asyik jugak aku layan. Tapi tu lah tak boleh nak ambik gambar.

Terdapat juga sebuah statue lembu keemasan kat dalam selain temple temple kecik yang lain.


Statue Lembu keemasan, aku zoom dari luar je ni.

Apa yang menjadi tumpuan di Pashupatinah Temple ini adalah Sungai Bagmati yang menjadi tempat pembakaran mayat dan pembuangan abu bagi penganut yang mati. Menjadi satu harapan untuk penganut Hindu sekiranya mereka mati untuk di bakar di tepi tebing sungai ini.

Dan nasib aku baik hari tu ada orang mati !

Hehehe.

Dan tak tahan kalau tak ambik gambar. Slow slow aku keluarkan kamera dan snap. Menyorok jugak lah.

Rest In Peace Uncle !

Bagmati River. Kalau kat Malaysia confirmed orang kata sungai ni berhantu sebab banyak abu mayat di buang di sini.

Sebenarnya kalau tourist, memang tak boleh masuk kawasan kuil ni, tapi dengan tiket yang ada boleh cross dan tengok dari arah sebelah sungai sana. 

Pusing pusing lebih kurang dalam kawasan temple ni, aku pun keluar.

* buat muka tak bersalah.

Tapi cuak jugak takut ada orang terperasan aku ambik gambar tadi. Nak ambik gambar kuil tu memang tak berani la sebab open sangat dan orang ramai. Maunya kang ada orang perasan aku kena tangkap. How?? Silap silap aku kena bakar kang.

Gadis gadis selesai bersembahyang di Pashupatinath Temple

Sebenarnya lepas keluar dari temple ni, aku nak la cross ke bahagian sungai tadi tu. Dah elak dah lalu dekat dekat dengan pondok yang mintak tiket tu, nampak ada beberapa mat salleh kena tahan. Terpaksa la mereka bayar. Tips nya, datang awal pagi time penjaga pondok bayaran tu belum start keje !

Tapi masa jalan nak cross Sungai Bagmati ke belah belakang, ada pak guard pulak tahan mintak tiket.

Cis !!

Tapi aku buat muka toya bagitau dia, aku dah beli tapi tiket aku hilang !!!

Kah Kah Kah.. Cubaan.

Ada dia percaya ? Ada dia pedulik?

Nan hado !!

Dia tak bagi aku lepas ke sana. Cis. Gagal !

Sempat jugak dia tanya.

"Where are you from?"
"Malaysia"
"Oh.. very good country"

Kann. Puji puji tak aci ke kasik aku lepas free free?

Haram !

Sudahnya aku pusing pusing kat kawasan sekitar tu je. Masih cuba cuba nak menyelinap masuk macam kat Kathmandu Durbar Square tu secara free, tapi tak berjaya.

Sel sel otak gagal berhubung !

Akhirnya aku blah je lah.

Layan sikit lagi gambar.

Punya la banyak merpati

Pakcik ni bagi merpati makan

Smile !

Lembu lembu berkeliaran tanpa pedoman

Peminta sedekah

Wajah lembu selepas makan bunga orang buat sembahyang....

Tukang tilik nasib bersepah sepah

Monyet yang curi pisang

Tempat orang berjual jual.

Bagi aku, Pashupatinath Temple ni agak bagus jugak lah untuk dilawati especially kalau berkesempatan nak tengok orang bakar mayat apa semua tu. Macam aku hari tu malas nak tunggu sebab lama jugak dia orang ber upacara sebelum actual bakar membakar. Bau memang boleh tahan la kat kawasan ni lebih lebih lagi kalau ada mayat tengah kena bakar.

Tetapi tempat ni sendiri agak tidak berapa di maintain sebaiknya. Sampah sarap merata rata, kotor dan jalan pun tak dijaga dengan baik. Tapi kalau berkesempatan, boleh lah melawat salah satu UNESCO site di Kathmandu Valley ini.

Lepas abis melawat Pashupatinath Temple ni aku bergerak keluar semula ke simpang jalan aku turun masa memula sampai.

Tahan teksi untuk memburu impian ke destinasi seterusnya... Kalau Pashupatinath Temple adalah tempat suci agama Hindu, selepas ni aku akan ke Boudhanath Stupa. Tempat suci untuk penganut Buddha pulak.

* singsing seluar tinggi tinggi

"Taxi !!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!"

Alamak ! Kaki ada parut kena ekzos masa jatuh moto dulu dulu kala. Cepat cepat tutup aurat semula



Ku jejak
Jalan yang berliku
Membara jiwaku
Memburu impian

Ku renang lautan gelora
Biarpun tersadai
Di hujung dunia
Akan ku rempuhi segala rintangan
Biarpun rebah ku bangun sendiri

Akan ku genggam biarpun hitam
Menjadi milikku

Ku mula
Dengan langkah ini
Menuju sinaran yang abadi

bersambung........................

23 comments :

  1. ketara lah muka ko ada DNA neps-neps ni sebab berjaye meloloskan diri untuk kedua kalinyaa plak tu!

    brani ko snap ganba mayat tu ek...
    malam ada ngigau Suketi ??

    ReplyDelete
  2. Ni.. kompom bebudak ni reject kut Ibu antar proposal.

    Bang.. benda melekat kat besi tu ada jual tak kat sini.
    & stylo la atok yg bagi merpati mkn tu.. siap pakai spek panca sitara.

    ReplyDelete
  3. aha berani ek kau dekat2 uncle mati tu.
    tak takut kah dia merasuk dalam mimpi?
    "meng... beli tiket meng... beli tiket... jangan masuk free meng..."

    hiks.

    ReplyDelete
  4. wei Meng, cost ke Bhutan berapa ko bayar kat manager tamak haloba tu? hehe...

    Tengok tempat dorang mmg nampak sgt berhabuk, lebih2 lg bangunan dorang kebanyakan berbatu bata tanpa simen...tp klasik.

    ReplyDelete
  5. Berani abg meng menyeludup ke dlm tu...betul2 kena tangkap & kena panggang cam kambing golek nanti..

    ReplyDelete
  6. hehe..hebak kau meng bole lepas masuk dlm temple tu...aku dari seberang sungai jer..and tu pun dh bayar rs1000..sbb awal2 lagi dh kena tahan dgn guard..well..obvious kot tourist kitaorg neh dgn spek itam, kamera and tourist guide beruniform etc. hehe

    anyway..aku x suke sgt temple neh..dizzy aku dgn bau bauan dia.

    time aku ari tu..kerabat gakla org mati tu..sbb ramai giler org etc. yg usung dia etc.

    ReplyDelete
  7. berani kau nengok mayat Uncle tu!!
    ngigaukan Uncle tu tak malam tu!?

    ReplyDelete
  8. mesti best tangkap gambar di kathmandu ni kan...byk subjek menarik...culture diorang..warna warni lagi..

    ReplyDelete
  9. NanaT : hahaha. tu la.. kena bermuka nepal skit demi menjimatkan wang ringgit.

    Tak de lak mimpi bukan bukan.. tapi risau., masa dok ambik tu terfikir gak..

    maybe karma.. takut kamera tetiba rosak jer.. terus tak jadi snapp banyak banyak...


    SAR : FM tu banyak kat thamel tapi harga agak mahal.. boleh la survey2 dulu dan dapatkan yang murah... dia orang ni payah skit nak nego harga benda benda macam FM tu

    ReplyDelete
  10. Mya : Takut gak la... tapi lebih kepada takut org perasan... hiks..


    HB : kau kena kira macam ni.

    1 hari di bhutan USD 220 then kali la berapa hari.

    pastu tambang flight..

    ada la dekat USD 1000.

    * kesat air mata

    ReplyDelete
  11. NM : kau buat aku cuak. tak terfikir lak sampai nak kena panggang.. cuma kena tarbiah je la kot. or kena padamkan gambar.. or.. ntah la.

    yang penting dah selamat. hiks..


    Agip : kalau sorang boleh la lepas masuk kot. tak suspicious sgt.. kalau ramai ramai berspec 4u2C memang confirm la kena detect !!

    Masa aku tu pakcik tu je sorang mati..

    kurang dah org mati kot. ( maybe tahap kesihatan yang lebih baik di nepal... )

    * pengsan

    ReplyDelete
  12. DrS : tak berani sgt.. tapi x leh nak tahan...

    main snap jer pastu cepat2 sorok kamera... tu pun duduk tepi tiang. kus semangat. cuak !


    PM : betul... nepal ni best tengok orang dan suasananya yang berwarna warni.

    tapi hidung kena tahan jugak la...

    menyucuk nyucuk je karang bau nya...

    ReplyDelete
  13. tengok wajah-wajah depa bengis sungguh...pandai ke depa berbahasa inggeris.

    ReplyDelete
  14. Untunglah muka iras2 nepal leh masuk free klau muka pan asian mcm Jm ni berselubung lah awal2 lg dh detect! Pan asian katanya sila muntah berdarah!


    Nampak sgt kt sana susah nk jumpa rumput, bunga pun dia mkn si lembu tu ye sib baik x mintak kay f ceee

    ReplyDelete
  15. Ui mayat tu real la!
    meriah betul peniaga di tepi jalan di pagi hari.
    Muka iras Nepal tu macam betul.

    ReplyDelete
  16. MKL : bengis ke? hahahaa..

    kalau area thamel senang la jumpa yang pandai ckp english.. part lain payah sikit... kalau beli beli brg setakat nak communicate sikit2 ok la.. tapi drebar teksi biasanya tahu english...


    JM gadis Pan Asian : memang sana kawasan kering.. tapi kalau musim musim tertentu banyak jugak pokok kot.. cuma masih berdebu..

    kesian lembu tu kan? keracunan makan bunga larangan...

    ReplyDelete

  17. Ren : mayat real la... penjual memang ramai, cuma nak beli tu fikir 13 kali.

    sapa muka nepal? aku ke?

    aku nepal nepal di pergunungan.. mulus sikit..

    * muntah


    HB : tu la.. tapi sebab aku curious nak tau apa sebenarnya ada di Bhutan tu.. jadi aku pasrah !

    ReplyDelete
  18. 1. Ok bongok betul seru Suketi seawal intro. Aku tengok citer tu!!

    2. Memang sah DNA abang2 Neps mengalir deras dalam sel darah ko. Dan2 kan kalau benda free, rela cas Nep lebih.

    3. Seriau gak sebenarnya aku tengok interior temple ni. Since ko dah cakap, penganut lain xleh masuk so xleh nak pasang niat msuk dalam ni gak. Unless aku dressing ala2 wanita Nep.

    4. Nasib baik eh, ada orang mati. Berani gila ko siap snap gambar si mati. Maunye dia celik mata tunjuk ko & seru Suketi padan muka.

    4. Budak tepi tangga tu comel. Monyet curi pisang xtakut kena renjatan letrik. Tabah sungguh demi sebiji pisang.

    Fuh, puas hati dapat komen panjang2. Short entry kat blog orang. Bye!

    ReplyDelete
  19. 1. Suketi tu aku ambik feel. tapi aku tak pernah tgk citer tu. seram kah? pelakon dia cun mcm sendrose tak???

    2. Demi menjimatkan kos. aku rela. ahaahahah...

    3. Ya. Tapi skrg buleh je sesapa nak masuk kot.. dulu memang restricted for hindu saja...

    4. Aku takut.. takut karma kamera aku rosak !!!!

    4 lagi? 5 la kan?? budak tu comel tapi comot... monyet tu curi pisang setandan dan tuan dia kejar....

    dah

    ReplyDelete
  20. hari2 lalu kat luar je .. tak sempat nak masuk .. hahahha ... thanks share gambar .. tak la rasa ralat tak jenguk

    ReplyDelete
    Replies
    1. tempat ni dah teruk kena gempa hari tu kot....

      Delete
    2. agaknya la .. masa kat sana, merasa la cemana 5.2 punya gempa .. hihihih ...

      Delete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...