Wednesday, June 25, 2014

23 - Lambaian Bumbung Dunia : Himalaya - Paro to Kathmandu

Perjalanan dari Paro balik ke Kathmandu.

Flight delayed pukul 10, tapi nasib baik cuaca pun agak OK di Paro. Akhirnya kami di panggil boarding flight.

Terminal Airport Paro

Druk Air. Milik kerajaan Bhutan

Paro Dzong buat kali terakhir

Cik Pramugari sedang membuat demo. Akak mengantuk ya?

Bye Bye Paro....

Bila pesawat dah ready untuk berlepas maka berakhirlah trip aku di Bhutan.

Ada sedikit berubah persepsi aku dari awal waktu aku jejakkan kaki di Bhutan dengan selepas dah nak balik ni. 

Memang memula aku rasa macam Bhutan ni mundur. Tak maju. Tak berdaya saing. Semua yang menjurus ke arah negara yang tak membangun.

Tapi sebenarnya tidak ! Bukan macam tu. Mereka sebenarnya mengekalkan apa yang di panggil TRADISIONAL.

Kerajaan Bhutan melaksanakan apa yang dia orang buat sekarang ni semata mata untuk preserve hasil hutan dan ecosystem mereka kerana bagi mereka, environment dan pokok pokok boleh sustain mereka untuk terus hidup dan gembira.

Mereka membangun seperti negara lain. Kemudahan semua ada. Api. Letrik. Air. Internet. Kemudahan jalanraya. Hospital. Sekolah dan sebagainya. Tapi pembangunan yang ada ini tidak sekali kali akan jeopardize ekosystem, persekitaran, nature serta culture mereka.

Dan atas sebab itu lah, mereka mengawal ketat jumlah kemasukkan pelancong ke negara mereka bagi memastikan ekosistem mereka tidak terjejas. Mereka imposed macam macam rules dan terpulang kat pelancong lah nak pegi negara mereka or tidak.

Fikir la secara rational kenapa mereka buat macam ni. Somehow, ianya boost tourism industry jugak sebab orang tertanya tanya apa yang masih ada di sana dan kenapa Bhutan mendapat jolokan The Last Shangrila.

Memang tak ada Mc Donald's, KFC atau A&W. Tak de upscale mall dengan boutique boutique terkemuka dunia, tapi................. mereka chose not to have and be happy in their own term and culture.

Aku rasa bagus jugak macam tu dan mereka sebenarnya berfikir lagi jauh daripada apa yang kita fikir. Pembangunan itu bukan sekadar dilihat dengan adanya banyak bangunan bangunan tinggi semata mata.

Dan rata ratanya kerajaan Bhutan menyokong sektor pertanian dalam proses memastikan kehijauan bumi mereka terpelihara. Kata Leela, selain daripada kerjaya seperti Doktor dan Lawyer, kebanyakkan pelajar pelajar disemaikan nilai menjaga alam sekitar dan mahu menjadikan pertanian modern sebagai kerjaya mereka pada masa akan datang.

Personally memang lah tak berapa mengiurkan Bhutan ni tapi................. sebenarnya aku tak kisah pun sebab bagi aku, mana mana kita pegi pun.. ada banyak benda lain lagi yang boleh kita tengok dan pelajari.

You learn that it’s the journey that is important. The destination, not so much - The destination is just the excuse. It’s the journey that delights you, changes you and makes you a better person. It’s the journey that teaches you all the lessons.

Walaupun Bhutan tak de apa apa, tapi aku tak menyesal !

Cuma part duit tu menyesal sikit la.. Hehehe.

Kapal terbang sudah berada di landasan

Tak seperti landing, time take off biasa je sebab kapal terbang terus naik tinggi melepasi bukit

Banjaran Himalaya sudah kelihatan

Minuman di sediakan

Dapat ni je pun

Tapi layan view adalah sangat menarik. Lagi lagi cuaca cerah

Menghampiri Everest. Pilot buat pengumuman macam biasa

Tapi malangnya puncak Everest di litupi awan. Pilot tu baik hati decending supaya nampak jugak la gunung tertinggi ni

Ada part kelakar time ni.

Aku dok usha Mt Everest tu, nak tunggu sampai nampak. So flight ni turun slow slow... Masa masuk flight tadi sebelah aku memang tak de orang so aku feel feel la sorang sorang layan perasaan.

Aku dok terhendap hendap kat tingkap nak cari angle cun cun nak ambik gambar. 

Tetiba aku pusing, ada budak pompuan duduk sebelah aku, dia pun dah terhendap hendap kat tingkap !!!

Nasib la aku pusing tu tak tercium dia. Kalau tak, mati la di tuduh pedophilia.

Dia saja nak tengok kat luar jugak, tak de pegang kamera pun.

Gunung Everest di bawah awan

Nampak jugak la puncak gunung Everest ni

Banjaran Himalaya

Everest tak de puncak nya

Gunung ganang di banjaran Himalaya

Menghampiri Kathmandu

Sebab dah turun sikit kapal terbang tu maka nampak la jugak gunung Everest

Everest yang tengah tengah

Everest lagi

Himalaya

Banjaran Himalaya

Banjaran Himalaya

Dah nak sampai.. Stewardess kutip sampah

Banyak betul gambar ni rupanya.. 

Layan kan je lah

Bumbung dunia...

Dah nak landing

Borang borang yang nak kena isi

In flight magazine

Dah nak sampai

Dah nak mendarat

Kathmandu Valley

Kathmandu Airport

Cop passport di Bhutan

Sampai di airport Kathamandu, igauan ngeri bermula !

No No No. Bukan pasal Ramasamy. Ramasamy terus hilang je dan aku pun memang tak jumpa jumpa dia dah lepas tu. Maybe dia beratur untuk buat VOA.

Aku dah korek korek memang tak jumpa muka Ramasamy ni. Memang aku tak de snap pun gambar dia. Bahana memang tak suka kot, lens pun tak terpegi nak snappy wajah dia.

Tapi................. kalau nak bandingkan memang wajah Ramasamy macam David !

No No No. Bukan David Beckham. Jauh panggang dari ponggong.

Minus facial hair, kulit gelap lagi dan rambut memang perm sama cuma kurang tebuan sikit, for peace of mind semua orang. Hahaha korang imagine je la muka Ramasamy tu macam muka penyanyi Alleycats........ David Arumugam.

Tapi Ramasamy jatuh dalam versi lagi kurang kacak.



Andainya aku pergi dulu sebelummu
Janganlah kau bersedih hati
Andainya aku tiada lagi di sisimu
Janganlah kau memencil diri
Bayangkanlah masa-masa bahagia
Semasa engkau dan aku
Bermesra di langit biru
Di waktu kasih berpadu

Andainya engkau pergi dulu sebelumku
Mestikah aku hidup melara
Andainya engkau tiada lagi di sisiku
Mestikah aku kecewa

Ku percaya kau selalu di sisiku
Walaupun jasadmu tiada
Walau di mana kau berada
Kasihku takkan berubah

Di pohon cemara ku ukirkan kata cinta
Bulan tersenyum dan bersinar
Berguguran daun jatuh lembut ke rambutmu
Meraikan suasana indah
Di sini ku berjanji disaksi rembulan
Andainya ku pergi dulu
Jikalau ku pergi dulu
Ku nantimu di pintu syurga

Terima kaseyyyy !!!

Sambung cerita nak masuk Nepal masa kat airport tu.

Walaupun aku dah ada visa entry dan masih valid untuk multiple entry, tapi masa kat immigration nak chop passport tu, orang ramai gila !

Orang lagi ramai pada yang nak buat Visa on Arrival. Time tu pulak ada banyak flight sampai kot, tu yang jadi penuh manusia beratur.

Boleh pulak puak puak Nepal ni, potong queue. Menyirap kejap aku.

"Excuse me !"

Aku tegur dan dia boleh buat muka selamba bomba je potong queue beratur depan aku. Pastu buat pandang pandang ke langit. Aku karate baru tau.

Dan waktu tengah beratur tu, couple Chinese yang aku jumpa kat Tiger's Nest semalam pun ada.

"Eh Abang. Jumpa lagi"

Tegur yang lelaki.

"Abang lepas ni nak ke mana?"
"Thamel"
"Oh. Sama lah. Nak share teksi?"
"Boleh jugak"
"Teksi dari airport ni mahal. Dekat NPR 800"

Dia bagitau aku. Yang bini dia tu ada gak la sebelah, tapi aku malas nak melayan. Flight dia orang pun sama macam aku malam nanti.

"Nanti, kalau keluar, you jalan ke simpang depan, tahan teksi kat situ. Murah je. NPR 400. Jangan ambik airport teksi"
"Oh boleh ke Abang?"

Tetiba bini dia bersuara.

Abang la sangat.

Terus dia excited. Tau apa jadi lepas tu?

Tup tup, dia orang hilang entah ke mana. Janji konon nak share teksi dengan aku. Cis. Kurang asam betul.

Tapi memang nak chop passport tu lama gila beratur. Masa nak ambik baggage pun sampai dia orang dah letak letak kat tepi dah.

Naya.

Keluar dari airport, ada orang ramai menunggu dengan nama nama. Aku nak jugak tengok walaupun tak berharap, apa betulkah mamat Sujan hantar orang pick up aku kat airport ni?

Intai intai sekeliling.............haram !

Non hado !

Sudahnya aku ambik teksi balik ke Thamel dengan tambang NPR 400 sebab aku dah tak tau nak ke mana.

Nak tunggu flight balik malam nanti, so aku ke Thamel dulu la, at least boleh shopping sikit. Plan nak ke Nagarkot dah tak jadi sebab aku dah puas tengok Everest plus cuaca nampak macam berawan.

Benda pertama aku buat sewaktu sampai di airport Kathmandu adalah beli rokok !

Ha.. lega. Walaupun rokok Marlboro Light ( Dunhil tak de), tapi dapat pam pertama tu, tetiba rasa bagai di..... syorga !

bersambung............

11 comments :

  1. Hahaha...samakan ramasamy dengan arumugam..lawak la abg meng nih...len kali dia orang potong Q selamba bomba..potong Q balik buat selamba badak..

    ReplyDelete
  2. Bertuahnya badan dapat snap Himalaya ngan Everest... Meng, ko jangan sebut-sebut nama Ramasamy tu, kang terpacul dopan mato ko... naya! Tapi tu la kan orang nepal ni, asyik potong Q je...

    ReplyDelete
  3. CNun : memang lebih kurang je.. sama species..

    cuma sorang suara sedap skit, sorang lagi tu suara bingit.. hahahah..

    bab potong Q tu memang hampeh. sakit jiwa aku jadi nya. nasib baik la baru balik dr tempat yang happy so mood kena happy.


    Ali : aku janji tak sebut dah lepas ni.. hahahaha..

    ReplyDelete
  4. tersembur sirap limau bila tahu ramasamy lagi kurang kacak dari arumugam. betul indah teman ko dpt Meng ! kekekkeke....

    ReplyDelete
  5. Chup! Did u ever think to publish all this?....'addicted' to read ur travelogue :p

    ReplyDelete
  6. sujan dan ramasamy elok di kahwinkan, bebetul menghantui hidup ko meng lol

    Ps: seperti biasa gambo ko sangat marbelos i tell u

    ReplyDelete
  7. kagum plak ngan bhutan...selama ni duk pikir negara mundur...sekali rupanya memang depa preserve ekosistem...maknanya negara dia kaya la sebab banyak gomen dia leh bagi free kat rakyat...hebak...hebak....raja boleh control everything in the country...tetiba aku jadi patriotik plak...hehehe

    ReplyDelete
  8. Hebat ye Bhutan kontrol kemasukkan pelancong....xdelah nak hadap sangat duit dr sektor tu...tapi rasa tempat yg dikontrol org nak masuk ni lagilah orang nak pergi...kena Q baru dpat turn ke Bhutan.

    ReplyDelete
  9. NanaT : tu sebab aku x berkawan kawan sgt.. sebab rasa mcm tak sekufu dari segi kekacakan

    * lari........


    JJ : i am done with nepal and bhutan trip. will write others soon.


    Farikh : ko biar betik. takkan aku nak kawin kan mereka. mereka sesama badak sumbu.

    petir kang

    ReplyDelete
  10. DJ : dia org slow slow memodernkan diri. tidak terlalu drastik sebab dia org takut abis segala mala persekitaran dan sumber asli yang mereka ada..


    MKL : best lagi kalau MKL yang nyanyi.

    pandai nyanyi tak?


    NasaM : ya.. dia org pastikan org yang masuk tu di monitor oleh org bhutan sendiri ( guide).. sebab tu tak leh merayau sesuka hati. nanti pelancong suka buang2 sampah merata..

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...