Showing posts with label 2015 Laos. Show all posts
Showing posts with label 2015 Laos. Show all posts

Thursday, April 28, 2016

Backpacking Laos : 22 - VTE | Vientiane Night Market & Goodbye Laos

Hari pun dah malam dan aku agak keletihan.

Cross dari tempat aku lepak tadi tepi Sg Mekong tu aku terjah ke pasar malam.

Bendera bendera

So aku gi usha pasar malam kat Vientiane ni.

Besar jugak pasar malam dia. Lebih kurang macam kat Luang Prabang jugak

Jual jual baju

Cenderamata

Aku tak beli apa pun. Usha usha macam tu jer

Gerai gerai jual makanan pun ada

Tak berapa menarik sangat makanan makanan kat pasar malam tu. Plus aku memang dah aim hari ni sempena hari last aku di bumi Laos ni aku nak makan sedap sedap !

Restaurangt pilihan aku adalah di Nazim Restaurant !

Fuh. Cari di LP tak jumpa. Moga dapat aku menikmatinya di sini.

Nazim Restaurant di Vientiane

Dapat seat

Pilihan menu

Pilihan kalbu. Tandoori with Nan. Tandoori tu sedap gila. Ke aku lapar? Aku makan sampai abis !

Masa aku makan tu dengar ada 2 orang mamat berborak kat belakang. Cakap Melayu dan cakap kuat kuat. Macam dia orang je yang hidup atas bumi ni.

Aku memang buat tak reti je lah. Nak tegur aku malas. Lantak la dia orang kat situ. Yang penting aku kekenyangan.

Lepas makan aku terus balik hostel.

Jalan balik hostel

Singgah beli air buah

Balik bilik, mandi dan buat apa yang patut then aku terus terbongkang tidur.

Tidur awal jugak la tu kiranya. Letih sangat sangat seharian memburu impian jalan jalan di Vientiane ni.

Aku tak tau pukul berapa aku terjaga then aku rasa dahaga gila. Air pulak tak de. Then aku fikir nak keluar jap cari air kat mana mana kedai 24 hours.

Turun bawah, penjaga tengah tidur. Dia sedar dan aku bagitau dia aku nak keluar kejap. So aku pun keluar.

Jalan ke arah jalan utama dengan harapan ada kedai buka. Haram tak der !!

Tengah aku melilau subuh subuh hari kat jalan di Vientiane tu then aku terserempak dengan monks monks tengah berbaris. Rupanya bukan kat Luang Prabang je, kat Vientiane ni pun ada ! Sempat aku snappy dengan camera phone jer.

Kat sini lebih teratur. Dan tak de banyak gangguan

Dan dia orang nampak lebih relaks skit kat Vientiane ni tak macam di LP. Yang bagi makanan tu pun mostly local local je. Tak de pulak nampak mat salleh atau pelancong luar

Pusing pusing cari kedai tak de yang bukak.

Sudahnya aku patah balik ke hostel. Sampai hostel baru perasan ada jual air kat lobby tu. Cis ! Saja bazirkan peluh aku merayap subuh subuh hari tadi. 

Beli air dan lepak kat luar layan rokok. Tu air tu bukan aku punya... memang ada atas meja.

Abis rokok dua tiga batang then aku naik bilik. Cuba cuba nak tidur tapi tak lena sudahnya aku mandi dan bersiap siap je.

Pagi ni aku akan ke airport untuk ambik flight balik ke Malaysia !

Fuh. 7 hari merantau, buat aku rindu dah ni...


Pagi di Vientiene

Hostel penginapan aku. Mamat pekerja tu pagi pagi dah menyanyi nyanyi. Dapat gaji kot hari tu

Sempat breakfast dulu pagi tu. Sepatutnya breakfast tak ready lagi tapi aku suruh dia siapkan awal sikit. Rupanya selain aku ada 3 orang lagi yang breakfast awal dan rupa rupanya jugak kami bertiga satu flight pagi tu ke KLIA2.

Memula aku nak naik bas je ke airport tapi since ada 2 orang lagi kat hostel tu so dia orang pakai pakai bayar kat owner hostel tu suruh hantar. Mamat tu memang ada offer aku malam sebelumnya time aku tanya. Harga 40.000 kips one way/per person ke airport. Macam mahal je. Tu yang aku ingat nak naik tuk tuk tepi jalan je. Tapi since ada yang lain so aku pun tumpang sekali lah.  Masa nak bayar tu dia charge aku cuma 30000 kips jer.

Owner hostels tu hantar kami ke airport.

Dah sampai airport

Menanti flight pukul pulang ke tanahair

Urusan check in apa semua pantas jer

Masa menunggu kat gate tu aku lepak dengan 2 minah yang sama sama dari hostel tadi tu. Layan borak borak dengan mereka sambil guna wifi kat sini.

Fiona. Dari Indonesia. Dia dive master dekat Honduras !

Seronok gak borak borak dengan dia. Dia cerita dia pun tak tahu cemana dia end up sampai ke Honduras. Just dia rasa nak pegi then dia pegi Honduras dan melangut kat sana sampai la dia dapat keje sebagai Dive Master di sana. Dia memang ada lesen. Now dia cuti dan balik Bandung untuk jaga nenek dia sakit. Sementara adik dia ada, dia travel ke Vietnam dan Laos sebelum ke Bali.

Terkejut aku memula dia kata dia dari Indo. Speaking memang slang American gila. Bergesel gesel lidah aku nak cope dengan slang dia. Apa apa pun, dia suggestkan aku pegi ke Derawan Island di Kalimantan sebab katanya situ lawa !

Dan kawan dari hostel no 2. Nama dia Anna dari Brazil

So friendly. Dia sekarang mengajar di Shanghai. So ambik cuti jalan jalan di Laos ni. Dia ambik flight ke KLIA dulu sebelum balik ke Shanghai sebab flight lagi murah ikut route tu.

Borak borak gitu je lah then aku sempat dua tiga kali lari hisap rokok kat epot tu.

Smokng room di airport Vientiane

Usha usha kedai cenderamata tapi tak beli apa apa pun

Sampai masa aku dah pun berada dalam perut pesawat menuju pulang ke tanahair. Tak sabar !!!!

For the first time aku naik flight yang pilotnya pompuan. Teringin gak nak usha cemana rupanya tapi dia tak keluar. Lari dari peminat la tu?

Hello KLIA 2 !

Dan akhirnya pesawat berjaya mendarat di KLIA2 dengan selamat.

Fuh !

Lega. Gembira rasa di hati. OR menanti macam biasa dengan setin kopi untuk melancarkan penyahtinjaan aku yang tak berapa lancar sepanjang seminggu ni.

Pastinya tinja akan tak sabar sabar marching ke muka pintu dan berlawa lawa untuk keluar lepas ni. Haks !

Apa apa pun, Laos memberikan seribu satu pengalaman buat aku. Ingat lagi dulu, aku skeptikal sangat dengan Laos ni dan macam tak tau nak pegi ke mana, tapi lepas balik ni, aku rasa macam nak pegi lagi. Maybe ke belah selatan Laos dan kawasan kawasan yang tak sempat aku pegi.

Terima kasih Laos.

Kalau menara boleh berkata kata.....

Sudah tentu menara akan cuba sampaikan cerita tentang manusia. 

Tapi menara tak tau. Hanya aku je yang dapat menyimpan kisah kisah kenangan yang semalam dan harapan akan datang untuk kita bertemu lagi suatu hari nanti.

In Sha Allah.

Muka senyum. Muka senyum !



Berdiri dalam sepi
Menahan resahku
Mengimbau kenangan
Saat manis berdua dalam percintaan

Semalam yang berlalu
Meninggalkan kisah
Pada janji
Kita teguh pelihara cinta

Saatnya kita berpisah
Ku renung sinar matamu
Menyentuh sayunya hatiku
Tidak pernah ku menduga
Itu lafaz terakhir
Saat pertemuan yang mesra

Sayangku padamu belum terpadam
Bagi aku merana tanpa hadirmu
Mungkinkah kan terulang cinta yang dahulu
Harapanku belum ada penghujungnya
Masih menanti berulangnya kembali
Kemanisan cinta suci kita

Berputus asa bukan tanda kalah
Ketabahan menanti mu
Mengubat janji yang tersirat dalam mimpi

Hari ini kau menjelma
Ku tertanya-tanya
Adakah telah terulang
Kisah cinta dulu...

TAMAT

Wednesday, April 27, 2016

Backpacking Laos : 21 - VTE | Senja di Vientiane

Yakin boleh je aku ingat aku boleh berlari dari Patuxai ke Tebing Sungai Mekong untuk menyaksikan matahari terbenam !

Aku tanya tuk tuk tu... mahal la pulak

Then matahari dah memang hampir menghilangkan dirinya

Tak buleh jadi.

Masa aku jalan kaki tu tetiba ada tuk tuk lalu. Dia tanya tuk tuk, aku terus suruh dia hantar ke Sg Mekong.

"Faster !!!'

Boleh pulak dia terkedek kedek bawak tuk tuk ni. Dah la tuk tuk ni lebar, nak cilok memang tak lepas lah. Aku pulak yang panas hati rasa nak tolak je mamat tu dah bawak sendiri !

Naik tuk tuk dengan harapan menggunung tinggi !

"Faster ! Faster !"

Mamat tu buat bodo je.

Then sampai kat hujung tepi Sg Mekong tu dia boleh masiuk jalan lain lagi. Time tu aku tengok matahari dah bulat.

"Stop !!!"

Aku turun, aku bagi dia 10,000 kips dan terus aku blah. Berlari cross padang... dan ini je la pandangan yang ada waktu itu untuk aku !

Matahari dah tenggelam separuh

Cepat je ia menghilangkan diri

Dan terus tenggelam di kaki langit petang

Tak tau nak kata apa. Frust ada jugak la sebab tak sempat. Tapi aku fikir tu je la rezeki yang aku ada. Nak buat cemana lagi?

Memang trip aku ke Laos ni, tak dapat sunset yang bagus. Aku pasrah walaupun dalam hati luka berdarah !



Hidup ibarat di dalam sangkar
Mata terlepas batin ku terseksa
Rindu membara dan kian membakar
Dipinggir hati yang sengsara
Masihkah dapat aku hiaskan
Cintamu itu di taman hatiku
Kepada tuhan ku terus berdoa
Agar kembali ketenangan

Walaupun kusedari hebatnya dugaan
Namun hatiku menaruh harapan
Seringkali ku terasa inginnya ku ulangi
saat yang indah bersama dirimu

Kasih yang bersarang dihati
Wangi bagai harum kasturi
Seandainya takdir mengizinkan relanya
Aku menyambung semula ikatan yang telah putus dulu

Bukan niat kita untuk berpisah
Tetapi keadaan yang memaksa
Lalu kita pun masih terus saling merindu
Kerana sudah takdirnya begitu…

So 10 minit berikutnya aku terpaku tepi tebing tu berharap sesuatu yang luar biasa berlaku.

Tapi tak der. Memang putaran alam sudah termaktub begitu. Kuasa Tuhan tak daya lagi aku halang. Sudahnya aku lepak kejap, layan rokok sebatang dan baru la aku ambik pedulik apa yang sebenarnya berlaku kat pinggir Sungai Mekong ni waktu petang petang begini.

Statue Quai Fa Ngum in Vientiane

Hotel hotel mengadap Sg Mekong

Ada para glider petang petang hari 

Suasana petang di tebing Sg Mekong. Aku nak jalan kaki ke sana je

Ada orang jual jualan

Jual drone pun ader

Then sampai kat area pasar malam

Aku ambik masa lepak lepak kat kawasan tepi Sg Mekong ni menikmati rona rona senja yang sudah menghilang

Sepanjang tebing Sg Mekong

Ada yang sedang bermadu kasih asmara

Warna warna senja masih tersisa

Cukup la seri nya mengubat lara yang ada

Dan lamunan aku terhenti dengan muzik bingit dia orang ni menari petang petang hari di Sg Mekong ni

Dan menjelang malam suasana semakin meriah di sini

Usha usha lebih kurang then aku decided nak gi usha pasar malam di Vientiane ni yang tak jauh dari kawasan ni.

Letih jugak hari ni, tapi at least aku berjaya jugak merayap di sekitar Vientine ni walaupun rasanya tak cukup puas.

Perut pun lapar. Tak ingat hari ni aku langsung tak makan apa apa pun.

Tak perlu berzumba lagi. Aku dah sedia kurus kalau macam ni.............

bersambung...................

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...