Showing posts with label JJCM - Kajang. Show all posts
Showing posts with label JJCM - Kajang. Show all posts

Friday, March 3, 2017

Jom Makan : Rumah Makan Cibiuk, Kajang

Makan di Restoran Cibiuk, rumah makan khas Sunda yang terletak di Kajang.

Lot kedai bahagian tepi. Boleh nampak dari highway Silk

Aku pernah datang dan pernah buat entry pasal tempat ni.


So dah pernah buat, kenapa nak kena buat lagi?

Aku sebenarnya jarang repeat kedai makan kecuali kalau sedap dan kena dengan selera aku. Dulu masa datang makan kat sini, rasa macam biasa biasa jer makanan dia. Aku lebih suka Wong Solo lagi walaupun Wong Solo tu kalau makan pedas dia menyinga.

Hari tu member aku ajak makan dis ini lagi, aku turutkan saja.  Dan kali ni aku dapat rasakan makanan dia lain dari aku pernah makan dulu.

Sedap dan menepati citarasa aku yang bukan dari Sunda ni.

Menu kali ni. Ayam bakar

Kali ni makan dengan Nasi Liwet. Nasi liwet ni macam nasi minyak. Dan aku rasa nasi ni buat selera aku bangkit menujah nujah ke langit

Ayam pun well cooked. Ada tauhu dan tempe.... ( aku no jawa)

Dengan aneka sambal yang pedas dan ada yang aku mampu-cicah

Dan sambal tomato.... memang menepati citarasa.....

Nom Nom Nom..

Makan sampai kenyang. Siap menambah lagi. Tanda aku lapar?

Tak lama lepas tu kemaruk datang lagi ! Haaaa. macam mengidam pulak. So aku kerah staff aku ke sini lepas abis meeting di Putrajaya dan kami lunch di Cibiuk lagi.

Habuan untuk kesekian kali

Lagi pekena nasi liwet yang di bungkus dalam daun pisang

Kudap kudapan berupa sayuran dengan sambal

Air Alpukat

Pastu makan pulak Goreng Pisang Cheese

Pisang dia memang manis tahap potong kaki....

Tapi sekali sekala pekena.. boleh tahan jugak sedapnya...

So abaikan apa yang aku tulis dalam entry sebelum ni kalau aku kata makanan dia kurang menepati selera aku.

Maybe pilihan yang tak tepat dan jitu. 

Tapi kunjungan kali yang seterusnya ni buat aku rasa, Restoran Cibiuk ni memang menghidangkan makanan yang sangat menyelerakan.

Sila cuba !

Berita baik. Mereka kini berada di Shah Alam. Melaka dan Wangsa Maju. Shah Alam tu dekat sikit aku nak terjah.


Rumah Makan Cibiuk Malaysia  
Indonesian Restaurant · Taman Kajang Putra
1, Jalan Putra 6,
Taman Kajang Putra,
43000 Kajang, Selangor,
Malaysia
Phone: +60 3-8741 5000
Cibiuk
Cibiuk - Branches

Layan la lagu Sunda... walaupun tak faham sepatahareyy...



Bubuy bulan
Bubuy bulan sangray bentang
Panon poe
Panon poe disasate

Unggal bulan, unggal bulan
Unggal bulan abdi teang

Unggal poe,unggal poe
Unggal poe oge hade

Situ Ciburuy
laukna hese dipancing
Nyeredet hate
Ningali ngeplak caina

Duh eta saha nu ngalangkung
unggal enjing
Nyeredet hate
Ningali sorot socana

Monday, June 17, 2013

Rumah Makan Cibiuk, Kajang

 Heh.. Jom makan lagi !

Teringin nak try makanan Sundal Sunda ?

Aku ada port yang menarik. Hari tu lunch hour pegi berkeliaran tanpa pedoman last last jumpa kedai ni. Menarik jugak. IG yang perkenalkan pada aku, jadi aku tak de cakap banyak sebab lapar nasi maka aku pun bersetuju.

Nama kedainya, Cibiuk !

Aku dah google. Ci tu maksudnya air. Biuk tu maksudnya bau. Jadi kedai ini namanya. Air Bau?

* pitam

Jangan tanya penjelasan lanjut, aku pun tak pasti. Mungkin ini bahasa Sunda maka begitu la jadi nya.

Rumah Makan Cibiuk ini terletak di Kajang Putra. Cemana nak ke sana? 

Pun jangan tanya aku sebab aku sendiri tak berapa tahu. Hahaha. Tapi dekat dengan area Bangi dan sebelah kiri je dengan Highway Silk tu kalau dari Kajang menuju ke Putrajaya.

Ayuh lihat apa yang menarik di sini.

Menarik tak?


Hah. Kalau tak menarik, aku malas nak kongsi. Tapi sebab best, dan sebenarnya aku dah 2 kali datang sini sebelum aku buat entry ni. Maka gambarnya jadi banyak sikit.

Apa pun, Rumah Makan Cibiuk ni memang khusus menghidangkan makanan Sunda. Ada ayam bakar, ayam goreng, dan jenis jenis ayam lagi. Daging rasanya tak ada.

Ada lagi yang lebih menarik di sini.

Apa apa pun tengok menu dulu untuk ambil tahu.

Menu - memang banyak ayam ayaman je di sini

Kami order based on apa yang IG pernah makan sebelum ni. Aku order ayam bakar dan dia order ayam goreng.

Air?

Mesti la order jugak, kang tercekik, pengsan tepi highway tu payah pulop

Advocad Juice. Kureng sikit. Wong Solo sedap lagi

Air cokelat dan Durian Belanda. Air dia biasa biasa je. Durian Belanda tu boleh tahan masam

Lagi aku kongsi makanan dia. Set set makanan di sini macam tu lah. Ada ayam bakar, ayam goreng dan di datangkan dengan pakej nasi, sayur sayuran dan lain lain. Ada tempe, jering, tauhu dan begedil. Ikut set apa yang di pilih lah.

Kasik meleleh sikit lagi air liur.



Hah.

Mesti kemusykilan beraja di minda dan tertanya tanya, apa benda dalam daun pisang tu?

Jawapannya, adalah nasi !

Ada banyak jenis nasi di sini yang boleh di pilih. Ikut la tekak dan rasa nak makan nasik jenis cemana. 

Tengok ni.

Nasik biasa tapi di bungkus dalam daun pisang

Lagi jenis nasi

Ni jenis nasi yang macam pulut. Agak sticky. Namanya Nasi Liwet * rebah *

Apa beza nasi nasi ni?

Bagi aku lebih kurang je, cuma nasik liwet tu macam makan pulut. Kalau makan tengahari, confirm pukul 3 lepas tu mata dah start mengantuk.

Ada jugak di hidangkan dengan sup jagung !

Sup asam dan jagung

Selain daripada makanan set set macam tu, ada jugak gorengan, dessert dan makanan tambahan. Kena rujuk menu sebab aku pun lupa.

IG kata, Pisang Keju dia wajib di try tapi biasalah, lepas makan perut dah kenyang. Dah tak lalu nak tengok makanan lain.

Apa apa pun, ni alamat dan peta.




Overall, aku rasa makanan dia sedap juga. Kalau tak, takkan la aku pegi 2 kali dalam 1 minggu. Yang menarik kena try sambal dia sebab dia ada menyediakan banyak sambal. Setiap sambal ada tahap kepedasan yang tertentu.

Kata orang, lagi pedas lagi kaw kaw. 

Nak tau cemana pedas dan kaw kaw tu, sila la pegi dan cuba sendiri. Aku recommend bagi yang nak try makanan sunda ini.

Mereka ada blog juga. Sila terjah.


As of now rasanya masih ada 1 cawangan ni je. Maybe di hari muka, dia orang ada bukak cawangan lain. Kedai OK. Lokasi pun senang cari. Ambiance memang selesa. Servis pun agak pantas, makanan not bad. Harga untuk 2 orang makan around RM40.

Jadi? 

Apa korang tercegat di situ?

Pegi sergah !!!!

Eh. Di buka setiap hari jam 11 pagi - 11 malam kecuali Jumaat 2.30 petang hingga 11 malam.

Selamat Menyundal Menyunda !

Lagu untuk menghidupkan mood dan ruh.



Cinta lir ibarat kalangkang
Deukeut anggang bisa diatur ku urang
Cinta bisa ilang jeung nembongan
Repok jodo akhirna datang sorangan

(aduh aduh cinta) (aduh aduh cinta)
Cinta manjangkeun carita
(aduh aduh cinta) (aduh aduh cinta)
Cinta panjang lalakona…

Cinta lir ibarat nu geulis
Geura endah ti mawu sewu mamanis
Cinta perlu jalan anu lueus
Solo goto tapakan di anggang putus

(aduh aduh cinta) (aduh aduh cinta)
Cinta penuh pengorbanan
(aduh aduh cinta) (aduh aduh cinta)
Cinta penuh kasadaran

Cinta datangna teu kaharti
Gandrung ewuh mikangen ngungkapin ati
Cinta matak anteung beurang peuting
Ngadak-ngadak dunya asa nu sorangan

(aduh aduh cinta) (aduh aduh cinta)
Cinta mangkat mega endah
(aduh aduh cinta) (aduh aduh cinta)
Cinta tembang kanyaan

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...