Showing posts with label JJCM - Bangsar. Show all posts
Showing posts with label JJCM - Bangsar. Show all posts

Friday, December 6, 2019

MARMALADE CAFE, Bangsar Village 2

Jom makan makan di Marmalade Cafe yang terletak di Bangsar Village.


Jarang sangat datang sini sebab tempat orang have have. Nak cari tempat perjumpaan pun berpinar mata !


Aku ke sini untuk pertemuan sambil makan makan dengan geng GBS. Lama tak jumpa, masa ni jumpa time sambut birthday IH bulan September dulu sekali dengan celebrate graduasi MH yang dah settle PHD nya. 

Usha dulu setting cafe nya.









Siap ada playground area untuk kanak kanak. Yang bukan kanak kanak jangan nak mengada ngada cuba cuba masuk.




Marmalade Cafe is a friendly neighborhood cafe offering homely food, cozy ambiance, and the amusing sounds that happy kids make as they frolic in the play areas, dedicated just for the young at heart.

Now is always a good time to get satiate and energised with healhty meals but finding one that would please the entire family or everyone in the crowd is never an easy task. Not everyone is up for nutrition filled juices, and children sometimes still have tantrums getting their hands on the greens. Marmalade café in Bangsar Village caters to all and if you are ever stuck, pick from their all day brunch menu. The menu is simple, essentially great for picky eaters as well as those who simply need a comforting wholesome meal.

Healthy food ! Sesuai untuk memastikan kawan kawan yang sambut birthday umur lebih panjang sebab makan makanan sihat sihat.

Usha menu.....






Mereka juga ada cakes.....



Dan lihat apa yang kami order.................









Sihat kan? Carrot cake di sini adalah all time favourite, sebab tu kami order. Sedap gak lah.

Makanan OK lah.... makan sikit sikit sorang share share sebab dah kenyang sebenarnya. Makan untuk meraikan birthday boy dan jugak meraikan MH yang dah tamat PHDnya. Dah jadi Dr MH !

MARMALADE CAFE
1F-18 Bangsar Village 2,
1, Jalan Telawi 2, Bangsar,
59100 Kuala Lumpur.

+60 3-2282 8301
Opening hour: 10am- 10pm daily.

Facebook: marmalade.kl.my/


Lepak sampai cafe dah nak tutup.... tak puas berborak borak kami berpindah ke Pelita. 

Sambung berborak sampai tak ingat dunia.



Si kucing tukang teman. Mesti dia mengeji dengar aku borak tak berenti. Nak membuta pun tak senang !

Kat area Jalan Telawi tu banyak gak grafiti yang lawa lawa... walaupun di tulis NO Graffiti tapi macam tak de yang peduli.

Lukisan lawa OK lah, kalau buruk gambar orang lidi, memang nahas kena cerca !









Kalau dah jumpa dan sembang memang lupa diri. Padahal menguap dah seratus dua kali. Tanda tanda penuaan dan tak boleh stay up lama lama.

Lewat pagi masing masing beredar untuk pulang.

Lupa diri esok sebenarnya hari bekerja untuk aku, MH dan BW. 

IH tak per, dia dah bergelar pelajar semula, kelas pun berapa hari je seminggu dan kelas time malam pulak tu. Oh.. jeles. Terasa macam nak sambung study jugak aku ni tapi otak bebal tak leh nak menaakul dah.

Banyak sangat dah termakan semut agaknya.

Monday, December 4, 2017

DELICIOUS, Bangsar Village II

Let's go makan makan !

Hari tu kebetulan aku ada kerja di KL. Abis dah lewat. On the way tu saja text kawan kawan ajak dinner dan BW dengan IH pun okey.

Jadi........ let's go makan makan dan gossif gossif. Lama tak bertemu sua.

Masalahnya tak tau nak gi makan kat mana !

Pusing pusing keliling. Sudahnya........................

Delicious di Bangsar Village 2 bersempena dengan awek cun Hannah Delisha ! Haks..

Not the best place to meet tapi itu lah yang paling terbaik we could think of time tu. Idea banyak je tapi takut duduk sekejap kang dah tutup. Buang masa cari tempat makan je.

Lagi pun dah lama tak makan kat Delicious ni. Mesti banyak yang dah berubah.

A nest is a home to a family and it is where you find comfort, peace and laughter. This second home, together with a touch of nature, is a reminder to all generation’s there’s more out there than we have time to see. We tend to spend our busy lives around functions and responsibilities and forget to breathe. With our touch of happiness we offer you a place where you can relax and find inspiration.

Lama gak rasanya tak gi Bangsar Village II. Mall untuk orang hado hado ni. Park kereta dan menuju ke destinasi pilihan.

Hah ! Delicious dah mengalami transformasi baru. Dah berubah. Dah lebih hype sikit dari dulu.

Tak caya, usha dulu interior dia.




Nampak mewah eh? Gambar ambik time balik. sebab tu nampak macam tak de orang ! Time aku sampai tu Ferhad penyanyi yang kena vote out Gegar Vanganza dok makan kat situ dengan family dia.

No ! Jangan speku aku gi mintak autograph dengan dia.

Aku tertengok dia. Dia pandang aku. Aku buat buat tak kenal dia. Dia langsung tak kenal aku ! Hahahah

Sebagai artis antarabangsa taraf taraf Hollywood, aku terus ke belakang sebab nak cari seat kat luar yang boleh merokok ! Baru lah ada gaya, mutu dan keunggulan !

Check area dining yang lain.

Area bar dia nampak macam high class

Dapat seat kat luar. Artis Hollywood nak merokok !

Memang dah berubah dari last aku datang sini dulu. Bila last pun aku dah lupa. Maybe time tu aku belum jadi artis Hollywood lagi. Baru feeling feeling depan cermin jer. Ahaks.

Menu ! Menu !

Tengok buku menu

Usha usha

Tak tau nak makan apa

Order je lah dari menu list. Delicious menyediakan western dan jugak Asian. 

Ada yang teringin nak makan cake tapi nampak tak menarik.

Dah order, pastu masing masing dah start bersilat bercerita. Gebang macam tak jumpa setahun. Ada je lah cerita, gossip gossip terkini, berita berita antarabangsa, berita sukan. Hiburan dan gossif liar sehinggalah hebahan rancangan TV.

Tengah tengah beraksi, makanan pun tiba.

Sudu dan garfu menjadi saksi.

Air. Apa benda ntah. Air si BW

Artis Hollywood kena jaga suara.

IH dan kopi. Stock pakcik pakcik je order air panas.

Mulakan dengan menu diet. Caesar Salad

Di sambung dengan menu tak berapa diet

Chicken Chop Hainan

Dan berpasta zola zola...

Order dan makan sikit sorang. Makanan tak banyak tapi mengenyangkan.

Delicious Bangsar Village II ni OK. Cosy dan menarik untuk lepak lepak. Cuma aku tak gemar sebab toilet dia jauh. Kena naik atas.

Tapi masa keluar masuk tu nampak orang makan cake.

Nak order !

Tapi waitress tu kata kek ni tak di jual.

Dia bagi free je. Dengan syarat kena isi borang survey.

Fuh ! Kenapa tak cakap. Bukan setakat isi form survey. Satu entry aku boleh siapkan untuk Delicious ni !

Makanan so so. Yang penting lepak dan borak borak sampai dah nak tutup. Nasib tak kena halau jer. Kos makanan RM 100 ++ Kira Okey lah !

Next time jumpa lagi. Gi tempat lain pulak. Kat mana tempat syok nak melepak?

DELICIOUS  
Lot GF-1, Ground Floor,
Bangsar Village 2,
Jalan Telawi,
59100 Kuala Lumpur.
Tel: 603 2287 1554

Ada jugak outlet di One Utama, St Mary dan Setia City Mall.


Terima kasih Delicious. 

"Mintak cake satu lagi boleh?"

* grin

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...