Showing posts with label Berjaya Hills. Show all posts
Showing posts with label Berjaya Hills. Show all posts

Tuesday, October 20, 2015

04 - The Chateau Spa & Organic Wellness Resort, Berjaya Hills - Facilities

Final part pasal The Chateau Spa & Organic Wellness Resort, Berjaya Hills.

Kali ni kita tengok facilities hotel bertaraf jula juli bintang 7 ni.

Salah satu kawasan yang sangat mengkagumkan di resort ni adalah area pool dia. Nampak lawa.

* bersedia untuk menari sambil tangan ala ala nak bergusti

"Nampak lawa, Nampak lawa. Boleh seksi seksi ! ............ Nampak lawa, Nampak lawa. Boleh seksi seksi !"

* jangan lupa angkat kaki sebelah time time hujung supaya lebih seksi

Seksi ke masalahnya?

Tapi area pool di sini memang nampak mewah macam ala ala resort di luar negara jer.

Saltwater swimming pool.

Sempat la aku berenang riang kat sini. 

Oh jangan ingat saltwater swimming pool tu dia guna air laut. Sebab aku pun kampung gak. Terjun je buat buat muka bengis pastu cuba cuba jilat air nak rasa masin ke tidak.

Tak masin pun ! Tertipukah Beta?

Sebenarnya saltwater pool ni maksud dia, air kolam ni dibersihkan tanpa menggunakan klorin macam pool pool biasa tapi guna special klorin generator untuk treatment matikan bakteria dan cuci air kolam.

Ruang santai di kawasan pool. Masa first day tu ramai orang, second day orang  dah tak de. Macam aku je kat sini.

Tempat lepak dan santai mencukupi.

Pekerja dia kat pool ni memang attentive. Kalau nampak kita nak lepak lepak kaat kolam ni, dia cepat cepat datang bentangkan seat towel dan bagi clean towel.

Greeting tak payah citer lah. Cakap French cukup !

Walhal mereka adalah Bangla dan Nepal. Kadang kadang aku terasa berada di lembah keasingan jer. Nasib dia orang ni pandai bawak diri. Sekali sekala je muncul depan mata, Tak berapa merosakkan pandangan berlegar legar tanpa pedoman.

Tapi aku memilih duduk bawah gazebo ni.. 


Feeling je sebenarnya, padahal tak suka panas. Baca surat khabar pastu berdengkur !

Aku siap mintak ais dan dia hantar aku satu bucket ais. Kalau aku mintak lighter mau nya dia pasang unggun api kat sebelah.

Santai dan relax sebab tak de orang. So boleh la pose pose berenang walaupun setakat gedik gedik kat tepi je.

Seterusnya adalah SPA dia. 

SPA kat sini adalah one of Malaysia's best namanya Le Sante SPA. Glamer la kot tapi kami tak cuba pun. Ada diskaun diberikan kepada tetamu resort tapi ntah kenapa tak tergerak hati nak bermasad masad.

Busy buat keje lain.

Plus harga SPA dan massage sudah tentunya mahal nak mamps.

Tempat SPA di bahagian basement. Ada lif khas turun ke area sini.

Ruang untuk massage massage kat belah belah sana tu

SPA La Sante

Ada jugak jual barang barang SPA

Ini gym letaknya sebelah SPA

Setiap pagi ada free kelas Yoga di sini. 

Aku hanya mampu melihat dari atas. Malas nak turut serta. Kang kalau aku turun kang tak ber-yoga semua orang orang tu ternganga mulut tengok aku beraksi pilates ( read : platypus )

Then kita tengok restaurantnya pulak. 

Ada few restaurants jugak kat resort ni. Aku cuma sempat try 1 je untuk dinner dan breakfast. Nama restaurant dia La Vie. 

Patut bagi je nama La Vie En Rose.



Des yeux qui font baisser les miens,
Un rire qui se perd sur sa bouche,
Voilà le portrait sans retouche
De l'homme auquel j'appartiens

Quand il me prend dans ses bras
Il me parle tout bas,
Je vois la vie en rose.

Il me dit des mots d'amour,
Des mots de tous les jours,
Et ça me fait quelque chose.

Il est entré dans mon cœur
Une part de bonheur
Dont je connais la cause.

C'est lui pour moi, moi pour lui dans la vie,
Il me l'a dit, l'a juré pour la vie.

Et dès que je l'aperçois
Alors je sens en moi
Mon cœur qui bat

Des nuits d'amour à ne plus en finir
Un grand bonheur qui prend sa place
Des ennuis, des chagrins, s'effacent
Heureux, heureux à en mourir.

Quand il me prend dans ses bras
Il me parle tout bas,
Je vois la vie en rose.

Il me dit des mots d'amour,
Des mots de tous les jours,
Et ça me fait quelque chose.

Il est entré dans mon cœur
Une part de bonheur
Dont je connais la cause.

C'est toi pour moi, moi pour toi dans la vie,
Il me l'a dit, l'a juré pour la vie.

Et dès que je t'aperçois
Alors je sens dans moi
Mon cœur qui bat

La Vie Restaurant terletak dekat poolside

Harga makanan adalah boleh membawa padah. Tengok buku menu pastu automatic rasa nak baling buku menu tu dalam kolam. Pastu buat buat koma mulut berbuih.

OR punya menu. Apa benda ntah nama dia. Jepun Jepun sikit. Dia kata tak sedap

Aku punya. Chicken Parmigiana. Banyak pulak portion dia padan dengan harga RM 70 sepinggan.

Harga makanan dekat restoran dia memang cekik darah tahap langsuir paling evil. Mahal macam beli peluru berpandu ! Katanya sebab dimasak menggunakan bahan bahan organik kot. Semua nak organik.

Tapi suasananya memang agak romantik lah. 

Malam tu ada satu couple Melayu celebrate anniversary kot siap ada bunga bunga. 

OR jeling aku. Aku jeling dia balik ! Jeling je la sampai juling pun, jangan harap la nak bunga bunga dari aku. Aku tak seromantik tu. 

Kat rumah banyak bunga cengkeh.. bunga lawang dan bunga kobis. Ambik la banyak mana dia nak pun. 

Tayar keta dia pun baru tukar.. Bunga pun elok lagi..... !

* lari terjun kolam takut kena backhand 

Tapi jangan risau. Kalau duduk sini tak semestinya kena makan kat sini kan?

Salah satu option kalau nak makan murah sikit pegi makan kat Colmar Tropicale tu. Resort ni ada menyediakan free transport kalau nak ke sana ikut suka kita bila nak pegi. Tapi jangan la pegi time kedai dah tutup pulak.

So boleh gilir gilir makan kat resort The Chateau ni atau makan di Colmar Tropicale sana.

Tak pun bawak je nasi bungkus makan dalam bilik. Bukan orang tau pun !

Di La Vie Restaurant tu jugak la tempat tetamu hotel breakfast.

Masa breakfast

Organic breakfast

Nak tau harga breakfast dia tu berapa? 

Sorang RM 75 ! 

"Biarlah Chombi. Biarlah Abang Kassim Selamat buta daripada melihat harga breakfast di sini"

* cucuk garfu dekat mata

Nasib la breakfast dah masuk dalam harga bilik kalau tak pagi pagi sarapan kunyah tahik gigi lah sambil tengok muka masing masing.

Breakfast tak banyak choice pun. Dan tak de la sedap mana. Sebab nasik lemak tak de.. aku rejek !!! Nasi Goreng pun tak der. Tak cukup organik la kot nak tanam padi kat sini. 

Fruit juices are freshly made for us. Order saja ! Jangan la order air kelapa laut Afrika pulak.

Tapi bagi aku breakfast spread biasa biasa jer. Banyak sayur sayuran.

* mengembek keluar suara buluh perindu

Di The Chateau ni ada beberapa restoran yang lain jugak.  

Restaurante L' Assiente. French Fine Dining.  

Ni bar by the pool

Ni satu lagi nama dia La Rouge. Ni kiranya lounge lah dekat sebelah lobby.

Di resort ni, di merata rata tempat ada banyak ruang santai dan gazebos untuk tetamu lepak lepak.

Salah satunya ni

Dan ini.

Dan jugak macam ni

 Nak membuta pun boleh kalau tak malu

Garden area

Tapi sebab tak de orang kadang kadang aku jadi pelik !

Bilik penuh. Kereta punya la banyak tapi tak nampak pun orang lain.

Ke aku je yang tetamu yang tak suka duduk diam dan suka merayau? Tapi kan aku bayar so kena lah aku guna pakai semua facilities yang ada ! Betul tak? Or may be dia orang ni perlukan lebih privacy ambik bilik mahal dan bersantai dalam suite masing masing jer.

Dan gambar gambar lain sebagai saki baki.

Ini adalah kedai jual cokelat dan dessert organic.

Chandelier

Ruang santai di lobby atas

Ngeri je lampu dia ni kalau jatuh atas kepala orang. Mau bertukar jadi ET terus.

Haaa ni dalam toilet kat lobby. Wangiiiii

Pekerja perkeja dia pun agak multinasional dan well trained. Receptionist dia ada Jepun. Filipino dan macam macam warga negara. 

Bangla dan Nepal tok sah cerita lah tapi dia orang mostly kat kitchen dan general worker. Yang kelakarnya asal berjumpa jer mesti keluar ayat dia orang.

"Bonjour Monsieur...."

Pastu lari laju laju. Takut la tu French aku keluar nanti.

"Hasta La Vista Bebeh !"

Eh. tu bukan French kan?

* lari pakai kimono

Nak nya mereka mereka ni menampakkan dan bagi feel macam berada di France. Anyway.. ada la rasa sikit sikit. 

Sikit je la.

Masa aku kat sana hari tu ada orang buat wedding. Memang kaya la kot pengantin tu sebab sapa yang attended wedding tu semua macam menginap kat resort ni jugak. Tu yang bilik penuh masa first day. Wedding pun dari siang sampai ke malam.

Ni pengantin hari tu yang buat wedding kat sini. Tak de pulak dia jemput aku makan. 

Siap ada kugiran tepi pantai main biola

Dan pengapit yang buat show menari lagu Nampak Lawa NV !

Wedding ceremony

Apa apa pun.. puas hati jugak la dapat berehat di sini. 

Cuma terkilan sebab tak leh bawak budak budak. Sebab anak anak aku tu suka mandi pool. Bila aku mandi pool sorang sorang rasa tak seronok pulak bila dia orang tak der.

Tapi dah memang rulesnya macam tu kat sini. No kids below 12 years old allowed !

Bye bye The Chateau. Thank you very much !

Dia bagi aku check out pun pukul 3 petang ! Sampai naik bosan tak tau nak buat apa dah kat situ.

Check out kat lobby, turun je kereta dah siap menanti kat conceirge.

Timing dia orang memang mantap !

Amazing resort. Simply fantastic. 

Pendek kata facilities memang tip top. Service memang terbaik. Payah nak cari yang kurang di sini. Semuanya di jaga rapi dan mereka memang well prepared. Tapi masih ada ruang for improvement especially bab makanan !

Tempat ni memang mahal sikit rate but you get what you pay for. Kalau sekali sekala nak merasakan pengalaman berbeza ianya memang berbaloi !!

Cuma realitinya... tempat ni bukan la tempat yang selalu boleh dilawati oleh semua orang termasuk lah aku. Sekali sekala boleh lah..... Sebab tu aku share sehabis details so sapa yang tak dapat pegi at least dapat tengok gambar dan feel macamana tempat ni. Memang pilihan resort yang terbaik especially kalau nak celebrate special occasion dengan pasangan masing masing. Even kalau once in a blue moon nak surprise kan pasangan masing masing pun OK jugak tapi make sure ready dari segi fizikal dan mental.

Ada part bakal memberi ketenangan jiwa. Dan ada some part lagi dont be surprised kalau tetiba tergaru kepala yang tak berapa nak gatal !

Bagi aku nak repeat tu tak de lah. Insya Allah kalau Tuhan bagi rezeki melimpah ruah aku nak try experience tempat tempat lain pulak. Tapi kalau Management The Chateau nak bagi aku free stay sebab aku gebang lebat sampai ke langit ke 7 pasal resort ni ......'Kecik tapak tangan, Diri ku Tapak Suleiman .... Elyana nyanyikan !'

Dah check out. Balik la ke rumah sendiri

Kembali ke alam realiti

On the way balik rumah OR tanya.

"Yang kita nak makan kat mana ni?"
"Beli nasi bungkus tepi jalan je lah. Awak korek duit duit syiling dalam keta ni"

* Krik Krik Krik...

TAMAT

Monday, October 19, 2015

03 - The Chateau Spa & Organic Wellness Resort, Berjaya Hills - Room

Bahagian ke 3. 

Kali ni kita usha bilik di The Chateau Spa & Organic Wellness Resort, Berjaya Hills.

Bunga bungaan


Bilik biliknya di tower building


Boleh feeling feeling hidup di zaman Cinderella. 


Dan ada jugak dekat bangunan rendah ni. Sini lah banyak suite suite-tak-mampu duduk

Of chos.. bilik aku adalah bilik yang paling murah yang ada kat sini !!!

* nanges keluar duit syiling

Kalau ada khemah aku sewa khemah jer... janji dapat duduk sini. Hahaha.

Yang menariknya... sebaik saja keluar dari lif ke tingkat tingkat penginapan, setting setiap level tu semuanya berbeza mengikut tingkat. Macam bertema tema. Tapi tema apa pun aku tak tahu.

Tapi nak access ke tingkat tingkat tu kena ada pass key so tak leh nak usha sangat floor lain sesuka hati.

Tapi boleh sebenarnya...  Abang Bond dah riki riki. Kita naik ikut tangga !!

Sapa yang pakai terompah tu sila bimbit dengan tangan. Takut di kesan oleh pihak musuh

Ready? Meh.

Tingkap tingkap kecik tu sebenarnya adalah laluan tangga


Setiap ruang luar lif menampilkan perhiasan berbeza beza. Ini tema 'Kuning telur meresap ke dinding'

Ini tema 'Kau duduk kat kerusi merah tu sekejap, aku nak bersolek'. Dan setiap kali keluar lif dan jalan kat laluan ni ada bau bauan serta aroma yang menyegarkan

Ini lif nak pegi ke SPA dan Gym.


Laluan ke bilik.

Dah ada passkey baru boleh masuk bilik ke level masing masing.

Masa aku sampai hari tu... masuk bilik je aircond semua dah di bukak... Beg kami pun dah di hantar siap siap. Dia orang siap letak extra pass key nak on semua peralatan dalam bilik. Tak de la masuk masuk bilik kepanasan baru nak cari remote ekon apa semua. Kata VIP... mana boleh berpeluh peluh !

Hmmm....

Kamar beradu. 

King size bed. Tilam best. Bantal best ! Semuanya organik ! 

Selimut ada dua so tak payah aku nak berebut rebut .. tapi sedar sedar pagi dua dua selimut aku bedal. Haloba kan? 

Eh.. VIP memang macam tu. Kena selalu haloba haloba ni. Tak de hal punya. Dah biasa.

* tadah muka nak kena lempang

Ruang TV

Bilik yang bersih. Karpet yang best.

Nak tidur pun macam sayang jer. 100% Organic bed and linen. Apa yang organic pun aku tak tau. Aku tidur berdengkur semacam jer aku rasa.

Cuma bilik dia agak kecik dari segi saiznya. Maklum la bilik paling murah.

Segala nota nota welcome dan apa semua peraturan yang aku tak berapa nak ambik peduli. VIP tak de masa nak baca baca ni semua okey !

Welcome fruit. Buah pun dah kecut? Sanggup dia bagi VIP makan buah kecut? Tak patut. Tak patut !

Siaran TV agak mencukupi

Fridge dia. Mahal mahal semua ni. Taraf VIP pun tak mampu nak bedal sesuka hati makanan dalam fridge dia ni.

Hat ni complimentary. VIP pun suka.

Standard hotel hotel mewah semua ada benda benda macam ni. Tapi tak de la aku nak polish kasut datang sini. Gosok cawan kasik keluar jin boleh. Pastu suruh jin extend duduk sini 14 hari !

Agak ketinggalan dah jenis sinki cam ni. Kena renovate. Tak sesuai untuk VIP.

Segala mala amenities  

Bilik murah tak de standing shower. Kena mandi dalam tub tu jugak.

Semua semua ni ala ala organic based products

Dan aku sangat kagum dengan setiap details yang dititik beratkan. Time memerut aku boleh perhati satu persatu benda yang dia orang took care yang selalunya kita tak berapa nak endah.

Ni view dari bilik aku. Nampak kehijauan dan hutan hutan kayu.

Nampak padang golf dan swimming pool kat bawah

Dan setiap petang dia orang hantar complimentary desserts ni. 

Sedap pulak tu tapi sikit !! Nak mintak extra macam malu le pulak nanti dituduh pelahap.

Ni gambar gambar sekitar kawasan hotel.

Pokok pokok menjalar di dinding bangunan

Pandangan ke arah swimming pool

Ini bunga orkid, sapa tak kenal boleh selam muka dalam baldi

Bunga bunga yang bersepah

Dan tumbuh mekar

Taman Orkid, The Chateau Spa & Organic Wellness Resort, Berjaya Hills.

Overall, bilik dia best. 

Tilam katil pun memang super best. Cuma size bilik je kecik. 

So kalau nak bilik size besar kena ambik bilik yang lagi mahal la kot. Tak pun sewa je Stadium Putra terus. Boleh buat konsert !

Apa apa pun aku memang puas hati dengan bilik dia. Memang sesuai untuk aku yang taraf taraf VIP ni.

VIP = Village / Indigenous People.

* tunjuk skill menyumpit belon sambil junjung tilam Vono



Les feuilles mortes se ramassent à la pelle.
Tu vois, je n'ai pas oublié...
Les feuilles mortes se ramassent à la pelle,
Les souvenirs et les regrets aussi
Et le vent du nord les emporte
Dans la nuit froide de l'oubli.
Tu vois, je n'ai pas oublié
La chanson que tu me chantais.

C'est une chanson qui nous ressemble.
Toi, tu m'aimais et je t'aimais
Et nous vivions tous deux ensemble,
Toi qui m'aimais, moi qui t'aimais.

Mais la vie sépare ceux qui s'aiment,
Tout doucement, sans faire de bruit
Et la mer efface sur le sable
Les pas des amants désunis.

bersambung............

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...