Saturday, February 22, 2014

Wisata Segitiga Cinta : 10 - Gili Air | Gili Meno

Tiba tiba .......................... 



.....................aku nampak cidomo. Pastu ada orang bule tua 2 orang !

Hahahaha. Ada pun orang di jalanan !!!

Dia orang tegur dan aku senyum je lah balik.

Seawal perjalanan aku mengelilingi Gili Air ni, aku rasa semacam je.

Rasa memang pulau ni tak de orang ! Yang ada pun yang bersantai bersunbath tepi pantai nuh.

Memang nampak la pelancong ke hulu ke hilir, tapi aktiviti di sepanjang jalan tu macam tak de. Gili Air ni betul betul la tempat percutian bagi mereka yang cintakan kedamaian.

Misi nak tanya tiket bot nak ke Gili Trawangan masih belum selesai. Mana lagi aku nak cari? Dalam hati cuak jugak ni. What if? What if?

Hmmmm.. masak aku kalau tersadai kat sini.

Aku plan memula nak sewa basikal, tapi aku tak jumpa kedai yang bagi sewa basikal di buka !!

Tengok jam dah dekat pukul 11 pagi. Takkan semuanya masih tido kot?

"Bangun !!!!!!!!!!!!!!!"

Tapi pemandangan di Gili Air memang tenang dan damai. 

Relaxing je.

Ada banyak chalet chalet di bina dengan private gazebos masing masing. Aku main redah je jalan kaki. Jalan tak berapa elok sangat di Gili Air ni. Masih banyak berpasir. Kalau naik basikal, belum semua laluan elok, ada part part kena sorong punya lah.

Apa guna berbasikal kalau terpaksa sorong?

Gazebos di Gili Air

Tenang. Ini aku dah separuh jalan keliling pulau. Gili Meno kelihatan di belakang

Ada jugak yang berkerang kerawangan macam ni

Kawasan belah dalam di Gili Air

Laluan... memang aku nak jumpa orang berselisih agak kurang!! Mana pegi semua orang?

Dah pusing lebih pada separuh. Kelihatan Gili Meno dan Gili Trawangan di belakang sekali

Penat berjalan nak cari kedai bukak pun tak de. Aku ambik port bawah pokok. Lepak kejap sambil melayan perasan sendiri.

Suasana agak tenang dan damai. Cuma angin agak kuat. 

Karang karang yang sudah mati

Pastu baru teringat aku ada biskut dalam beg. Aku beli masa kat Indomaret kelmarin, belum makan lagi. So aku lepak mamah biskut sambil menginsafi diri.

Biskut yang dibaham abis sekali harung

Dan mula otak aku menerawang jauh. 

Fikir benda yang bukan bukan. Tapi elok jugak sebenarnya, time time macam ni kita fikir, then datang keinsafan dan cuba memperbaiki diri sendiri. Nak jadi yang terbaik tu memang la tak boleh. Tapi at least kita cuba untuk buat yang terbaik dalam semua hal.

Tapi ni part part travel yang aku suka. Cari port paling best, duduk dan menikmati alam. Tak payah berat beratkan otak. Buang semua masalah yang ada. Tapi aku travel bukan sebab lari dari masalah. Aku tau, mana mana pun aku pegi, hati aku pasti akan tertinggal untuk kembali ke tanahair. Aku banyak tanggungjawab yang tertinggal. Bukan nak lepaskan diri tapi travel lebih banyak untuk aku berfikir dan memperbaiki diri sendiri.

Check check ada pulak botol air tersangkut dalam beg. Siap ada air lagi walaupun tak banyak mana.

Alhamdulillah, rezeki sebelah mata cuma baru perasan jer.

Lepas lepak lepak layan perasaan aku pun berjalan lagi. Selagi aku tak dapat confirmkan tiket ke Gili Trawangan ni selagi tu aku tak senang duduk.

Jalan dan teruskan perjalanan.

Tetiba ada kedai runcit !! Tapi aku dah tak dahaga.

Jarak dari Gili Air ke Gili Meno ni nampak dekat kan? Tapi jangan cuba cuba la berenang. Nampak je air cetek tapi current kat kawasan ni memang bahaya sebenarnya

Dah pusing ke belah selatan Gili Air ni nampak Pulau Lombok balik semula...

Pulau Lombok dari kejauhan

Pantai di Gili Air

Memang pulau ni tak berapa banyak penghuni. Pelancong yang ada pun tak ramai. Memang laid back la. Sekali fikir memang bosan gila pun ada. Boleh mental kalau duduk sorang sorang dan lama lama kat sini. 

Bila ke belah selatan hampir cukup satu pusingan tu baru la nampak rumah rumah orang sikit. Ada kedai, warung dan ada la chalet chalet. 

Salah satu chalet

Aku singgah dekat satu kedai runcit kat situ beli air. Sambil sambil tu aku borak borak dengan pompuan tu.

"Kok di sini sepi amat Mbak?"
"Iya... ngga ada apa apa.. kalau mau yang ramei ramei di Gili Trawangan"
"Gili Meno Mbak?"
"Di sana lagi sepi"
"Iya?"

Hmmmm..

Makinlah perasaan aku nak ke Gili Meno terbantut. Aku cadang memang nak ke Gili Meno dulu sebelum ke Trawangan, tapi kalau kat Meno lagi tak de apa apa.. hmmm macam bosan la pulak.

Beredar dari kedai tu, aku jalan dan kembali ke jetty.

Cukup satu pusingan berjalan kaki dengan masa lebih kurang 1 jam. Gili Air masih belum tercemar. Masih belum banyak pembangunan. Masih virgin kata orang. Hahahaa.

Ferry mengambil penumpang

Jetty Gili Air

Ini lah jetty awam Gili Air. Di sini di jual tiket tiket ke Bangsal dan ke pulau pulau Gili yang lain.

Gili Ayer atau Gili Air?

Masa kat jetty ni lah aku dapat banyak maklumat. Semua yang aku perlukan terjawab di sini. Patut aku datang ke sini dulu sebelum aku pusing pulau tadi, baru tenang hati nak berjalan. Turun dari bot tadi sepatutnya aku ke jetty dulu belah kiri, ni terus ke kanan tu yang bodoh sekejap tak nampak orang !

OK. Meh aku nak cerita.

Duduk ! Duduk !.

Public bot cuma ada 2 kali saja sehari dari Bangsal - Gili Air - Gili Meno - Gili Trawangan dan patah balik ke route yang sama.

Waktu perjalanan bermula dari Gili Air pukul 8.30 pagi dah singgah di setiap pulau lain ambik orang dan patah balik. Jadual satu lagi waktu petang jam 3 dengan route yang sama.

Jadi.. kalau nak hopping 3 pulau dalam satu hari adalah impossible unless chartered boat sendiri. 

So terkubur la harapan aku nak singgah di Meno. Tak pe lah. Baik aku ke Trawangan je terus. Malas nak singgah singgah dah.

Time aku sampai sini lebih kurang dekat pukul 1, so bot ke Gili Trawangan ada pukul 3. So aku kena tunggu.

"Private aja Mas... mudah. Sekarang bisa gerak"
"Ngga ah"
"Kalau petang, ombaknya kayak gini...."

Beriya ria dia buat ombak bergelora.

Gila lah. Takkan aku nak charter boat sorang sorang? Mahal tu. IDR200,000 hari tu dia letak kat aku. 

"Ngga apa apa, saya nunggu aja yang jam 3"

Tapi kalau dari Gili Air ni balik ke Bangsal ( Lombok ) memang banyak bot. Setiap sejam sekali ada.

Kat jetty tu siap penjual tiket tu cakap kat hailer...

"Tiket cuma ada 3 lagi untuk bot awam ke Gili Meno dan Gili Trawangan.. cepat bagi siapa yang mahu berangkat, tiketnya di beli sebelum kehabisan ...."

Macam tu la.

Punya la lama aku duduk kat situ sampai boleh hapal. Setiap kali orang beli tiket dia akan buat announcement dengan jumlah seat available tu makin berkurang dan berkurang. Bersungguh sungguh, padahal bukan ramai orang pun kat sini.

Jetty Gili Air

Letih aku menunggu. Last sekali aku pusing balik semula dan cari warung makan yang aku nampak masa berjalan tadi. 

Aku singgah dan makan nasi campur di sini.

Banyak betul orang jual nenas

Nasi campur nya. Sedap jugak. Ke sebab aku lapar?

Teh botol

Tak de apa aktiviti aku boleh buat sementara menunggu pukul 3 petang. Pusing pusing kat area jetty tu, pastu gi makan, then pegi surau kejap then patah balik ke jetty. Duduk dan tunggu lagi.

Tunggu la pukul 3 bot bergerak nanti. Oh. harga tiket bot adalah IDR30,000 ( RM 10 ) - dari Meno ke Trawangan.

Ni yang sempat aku snappy kat jetty tu.

Harga private bot kalau nak charter

Ini boat island hopping public tu. Cuma ada 2 trip je setiap hari

Duduk lepak kat jetty melayan perasaan sendiri.

Lamanya nak pukul 3 !!!!

Pulau Lombok dari Gili Air

Nak naik kuda pun bole. Tapi horse 'raiding' tu tak tau la apa benda.. hahaha

Abang abang lombok bekerja 

Kite surfing.. Macam syok je tengok mamat tu siap terbang terbang

Ini warung dekat jetty tapi tak jual nasi campur

Penyeri hidup dan waktu menunggu...

Tet............... !

Akhirnya detik dan masa pun tiba.

Dah dekat pukul 3 so bot dah siap sedia nak bergerak. Aku lega sikit tengok botnya lebih besar dari bot yang aku naik dari Bangsal ke Gili Air pagi tadi. At least rasanya kalau lawan ombak pun OK lagi besar macam ni.

Dalam bot

Tapi....

Kiraan aku nyata meleset. Bot yang besar macam ni tapi kalau ombaknya dua kali ganda besar dari yang tadi mana tak bergelora isi perut aku?


Ergh.... dari Gili Air nak cross ke Gili Meno tu rasa siksa gila. Siap bot terpusing di pukul ombak dan berpatah balik. Tapi nasib la mamat yang bawak ni pun terror bermain main dengan arus. 

Akhirnya kami berjaya singgah di Gili Meno.

Chalet di Gili Meno

Di Gili Meno cuma berhenti sekejap ambik orang nak ke Gili T dan turunkan orang dari Gili Air tadi. Tak lama lepas tu bot bergerak semula kali ni dari Gili Meno menuju ke Gili Trawangan..

Laut ketika meninggalkan Gili Meno

Dan lepas tu semua igauan ngeri datang kembali.

Boleh ilang nafas sekejap setiap kali bot melambung !



Inikah dia
Yang ku impikan
Dalam lambaian firdausi
Kali ini ku harapkan
Bukan fatamorgana lagi

Jiwa lama bersengketa
Sedang hakikatnya kita sama-sama redha
Hati hamba dah sedia
Perjalanan ini tinggal tujuh nafas lagi

Sepertimu
Aku juga pernah persoalkan kekuatan batinku

Dalam seribu kekalutan ku cinta
Dalam sejuta resah ku cinta jua
Dalam mimpi ngeri aku lihat cinta
Dalam rasa paling rendah ku angkat cinta

Rinduku bukan lah murahan
Jika mahu dianggapkan mainan
Kau tanya bilangan namamu ku sebut
Jawapnya hanya sekali lafaz tak terputus

Cinta ku yang ku maksudkan
Seperti buih-buih di bibir lautan
Seperti nafas yang meresapi badan
Seperti kenangan yang tak pernah luput selamanya

Ombak ganas membedal bot jadi terumbang ambing. Betul betul aku mengucap panjang kali ni. Ini rasanya kenangan ke dua paling ngeri naik bot dalam kehidupan aku kot. Yang paling ngeri masa aku kecik dulu. Tu memang the ultimate lah.

Kat Gili ni sebab bot pun tak berapa besar, dan ombak memang bukan jenis main main punya lah. Sempat aku ambik gambar sebuah bot lain yang berhempas pulas menentang badai samudera di Laut Bali ini. Cuak jugak la aku di buatnya.

Hish.





Ya Tuhan. Cepat lah sampai di Gili Trawangan. 

Trauma dah aku naik bot melambung lambung macam ni.

bersambung...............

13 comments :

  1. Hahahaha...ombak mcm tu kira ok lg meng...dulu aku naik bot lg kecik dr yg ko naik tu dn xde bumbung apa pon kat sarawak waktu hujan dan angin kuat...xde life jacket pastu sgala mcm ada tong gas, sebut jek..ombak tinggi sampai bila beralun tu bot tu dh mcm kat bawah...mcm dlm kawah...hahahaha

    ReplyDelete
  2. Meng dilambung omak...kakitravel dilambung lagu M. Nassier... Lagu Nassier best...

    ReplyDelete
  3. excited + nebes membilang hari nak ke Gili Trawangan

    ReplyDelete
  4. HB : aku kalau nak bot ganas ganas mcm tu cuak..

    cuak sebab kalau jadi apa apa.. sapa nak update blog aku?

    * lari.......... hahahaa

    MKL : nassier tu naseer mana? naseer wahab ke nasir bilal khan?

    Shin : enjoice nanti di gili T

    ReplyDelete
  5. meng. ko g lombok ni bln brapa ek. aku nk elak ombak gelora nih..

    td nmpk kt web AA free seat big points redemption...point 9k + rm122 ke lombok bln pat thn dpn...mcm nk sambar.

    ReplyDelete
  6. aisehhh...apsal aku komen guna acc lama...malu laa..alalala del leh?

    huhu tak pasan sbb post guna hp tadi...hp ni dah setting dua acc...

    ReplyDelete
  7. uih gilelah ombak! aku naik boat lambung2 kat sabah pun dah menetes air mata hahaha...bkn apa, takut jatuh patu mati lemas ha tak sempat pi tempat lain camne!

    ReplyDelete
  8. NanaT : aku pi bulan oct... masa tu memang gelora dan musim agak panas. try awal tahun..

    segera sambar tiket ke lombok...

    tu la.. terfoncuse la tu...

    Biq :aku pun kdg kdg dtg pemikiran mcm tu.

    insaf. pastu mcm tak nak naik bot dah. pastu fikir..

    APA BENDA AKU BUAT NI????

    hhahahahah

    ReplyDelete
  9. meng, aku dah beli tiket bln oct. redah je la. hehe. tapi xde ke speedboat yg ok sikit? aku dh trauma naik longtail boat kat krabi dulu.

    lg 1, aku plan nak ke gili trawangan tp tak tido sana. kira nak amik trip sampai kul 2 or 3 ptg je. possible tak kalau aku singgah dulu di gili air ni? lps tu baru ke gili trawangan. ke x sempat sbb trip antara gili tu 2 kali je kan?

    tq meng!

    ReplyDelete
  10. JJ : heheh om ker... mas lagi lah..



    IAMS : ( macam makanan kucing lak )...

    ada speedboat tapi bukan kat bangsal.. kat senggigi kot boleh tumpang speedboat yang dari bali..

    kalau naik public bot tak boleh lah.. kena chartered bot sendiri.

    kalau ramai2 ok je kot... boleh tong2 sewa bot tu. lebih senang nak gi pulau mana pun

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...