Friday, February 14, 2014

Wisata Segitiga Cinta : 03 - LOMBOK | Sepetang Di Senggigi

Kat kedai makan tu aku dok merangka mana nak pegi lepas tu.

Kalau ikut apa yang aku nampak, kalau nak jalan kaki memang tak larat. Agak jauh jugak satu tempat ke tempat yang lain. Transportasi yang paling banyak aku nampak adalah motosikal.

So aku fikir. Aku kena sewa moto !!!

Petang di Lombok

Aku merayau dari satu kiosk ke satu kiosk yang lain.  Tapi masing masing kehabisan motosikal. Ada dekat 4 kiosk aku gi tanya tapi semuanya hampa.

Last sekali aku balik ke  kiosk tourist yang pertama, saja lepak lepak kat situ. 

Tengah aku duk hisap rokok kat situ tetiba ada nampak orang pulangkan motosikal !

Hah ! Ini sudah bagus. Aku riki riki bertanya. Sewa motosikal satu hari adalah IDR50,000. Tapi aku tak fikir aku nak sewa satu hari. Aku nak sepetang ni je. 

Aku kautim kautim, budak tu kata tak de per hour. Memang kena ambik ikut hari. Last sekali dia bagi aku IDR30,000 dan aku boleh pulang bebila aku dah abis pakai malam nanti. Sebab aku tak nak bagi passport untuk dia orang simpan, so dia pegang aku punya Departure Card je sebagai cagaran.

Settle. Baik jugak budak tu.

Aku siap borak dengan dia, aku cakap aku perlukan transport ke Kuta Beach esok, tapi aku tak nak la sewa kereta sorang sorang.

Ada few options dia bagi aku.

1. Naik je transport ke Kuta Beach. Harga INR100,000 .one way. Tapi masalah bila nak balik sebab dia tak pasti transport tu akan balik ke Senggigi semula pada hari yang sama atau tidak.

2. Sewa van la. Kira sewa dengan drebar sekali harga dalam INR400,000 untuk 8 jam. Standard mana mana kat Indon ni kan?

3. Naik motosikal jer. Tapi jauh !! Nak ke Kuta Beach tu dekat 70 KM. Masak kalau nak patah balik lagi.

Tapi budak ni bagi aku option lain. Dia kata ada orang yang dah sewa van tapi dia berdua je so dia nak tolong tanyakan samaada orang tu boleh selitkan aku ke tidak sekali dalam van dia esok. So aku tong tong la bayar. Aku setuju je tapi dia kena check dengan orang tu dulu. Apparently orang tu dari Malaysia !! Tapi Chinese la sebab namanya Vincent. 

So aku tunggu confirmasi dari budak pekerja kiosk ni nanti cemana.

Sementara tu, aku selesaikan urusan sewa motosikal dengan dia dan mula nak merayau. Dia siap bagi suggesi aku bawak moto sampai ke Bangsal. Boleh tengok sunset di Mangsit, pastu sampai Bangsal ikut jalan dalam dan boleh tengok monyet !

Motip monyet?? Berlambak monyet kat kampung aku.

Aku cakap aku tak boleh balik lewat lewat sebab aku tak bawak spek. Mata kekaburan.

"Saya punya kakak di Malaysia juga. Kerja sawit"

Dia cuba cuba borak dengan aku.

"Kamu ngga mahu ke Malaysia?"
"Ngga.. udah kerja di sini"

Borak borak kosong. Sementara dia nak comfirmkan dengan mamat yang konon aku nak tumpang tu, dia bagi la aku nombor suruh SMS kalau apa apa aku decide nanti.

Setuju.

Nak sewa motosikal di Lombok kena bagi passport atau lesen. Tapi boleh jugak bagi departure card. So aku bagi departure card je lah. Budak tu simpan. Selepas urusan bayar, aku ambik helmet dan bermulalah jelajah

"Wahai cikaro cikaro Lombok ... ayuh !!! perempit pujaan dari Malaya dah datang ni? Ada yang nak membonceng????"

* mati la tak de orang ambik port yang ada pun makcik pakai kain senteng

Aku bergerak ke selatan dari arah Pantai Senggigi tu dulu. Sebab tadi masa dalam bas Damri aku nampak macam ada kuil tepi pantai, so aku nak pegi usha.

Lebih kurang turun 2km dari main strip Senggigi tu akhirnya aku sampai.

Tak de apa pun. Ada kuil hindu ni je. Aku tak berani nak pegi dekat dekat sangat

Pantai yang dekat situ. Lupa nama apa

Haaaa.. Motosikal yang aku sewa.. Cun tak?? Ada gaya perempit ke dak? Dan macam biasalah, aku ni bawak motosikal masa kat oversea je, so memula tu rasa terkial kial jugak la

Lepas singgah di kuil Hindu tu, aku patah balik.

Kali ni memang ingat langsung nak menuju ke Mangsit. Kata budak tu, jaraknya lebih kurang 6KM je. So aku fikir OK la kot, sempat la aku balik walau bawak motosikal dalam meraba raba nanti.

Oh. By the way. Budak tu ada cakap nama dia, tapi aku tak pasti. Dia kata nama dia Ali. 

So kita assume je la nama dia memang Ali... Hahahaha

Berpatah balik ke arah Pantai Senggigi aku singgah di tepi jalan. Dekat sepanjang pantai Senggigi ke arah Ampenan dan Mataram memang banyak port orang berniaga. Port port ni jugak memang cun la sebab atas bukit sikit dan boleh tengok sunset apa semua.

Aku just singgah untuk ambik gambar je.

Tapi kalau dari Mangsit tu, boleh tengok sunset berlatar belakangkan pulau Gilis.. Haaaa tu yang aku sedikit teruja tu.

Scenery di kawasan persinggahan tepi pantai

Ramai yang berniaga

Biasanya jual jagung etc

View ke arah Pantai Senggigi

Ombak rindu

Pantai Senggigi

Tikar di letak di tepi jalan. Kalau nak melepek ke apa.. duduk je atas tikar tu dan order jagung bakar etc. Cool jugak la kan?

Ada jugak kerusi dan payung payung cam ni. Sesuai nak layan sunset

Ni ada satu lagi kuil Hindu. Boleh pergi tapi kena sewa kain untuk pakai tu. Tak sure berapa harga. Aku tengok dari jauh je. Macam ada upacara keagamaan time tu. 

Berenti layan sunset di Lombok Barat

View sunset

Air laut bergelora... Angin pun boleh tahan kuat menggila

Di bawah tu lah pantai Senggigi dan Sheraton Senggigi

Tak sampai jauh dari Main Strip Senggigi lepas aku patah balik tu, aku nampak matahari dah macam semakin menurun.

Alamak !

Kalau aku terus bawak motosikal ni memang tak sempat ler.. sebab nampak macam ada awan.

Last sekali. Aku gamble. Aku cilok masuk ikut resort mana ntah, park motosikal dan terus layan sunset... Memang dah tak sempat nak ke Mangsit apa semua... Silap aku jugak bergerak lambat dan pegi ke arah selatan dulu tadi. Campur singgah menyinggah dan tersadai kat Senggigi pun lagi. Belum jauh.

Senja di petang itu

Mentari menghilangkan wajah

Terlindung di sebalik awan

Hilang.................

Aku duduk je tepi pantai tu. Angin punya la kuat. Nasib baik dah siap siap beli air, so boleh minum air sambil hisap rokok dan melayan sunset.

Ada lah dua tiga orang kat situ jugak melepak sama. Yang berdating pun ada.

Masing masing dengan kerenah masing masing dan aku hanyut dalam lamunan sendiri.

Melayan senja di Senggigi....

Layan perasaan dengan sunset yang dah menghilang

Angin kuat gila... ombak boleh tahan jugak ganas

Dan yang paling menarik. Dekat port aku lepak ni boleh nampak Mount Agung di Bali. Tapi cuaca mendung dan berawan, nampak sikit sikit je.

Jadi lah...

Puncak Gunung Agung di Bali

Senja dan Gunung Agung

Hari makin malap

Dah agak gelap tu, aku pun patah balik lah ke Main Strip Senggigi tu. Singgah kejap kat IndoMaret beli air dan roti. 

Indomaret

Lepas tu aku pegi pulang balik motosikal.

Ali cakap dia dah tanya Vincent tu tapi dia orang TAK NAK !!!

Dia orang TAK NAK okeh !!

Kecewa gila aku walaupun aku tau mesti dia orang nak privacy. Rupanya kata Ali dia orang tengah honeymoon. Kesian jugak Ali.. dia rasa bersalah jugak sebab bagi harapan palsu kat aku. 

Now aku jadi buntu cemana aku nak bergerak ke Kuta Beach esok. Aku tak de banyak masa. Cuma ada sehari esok je kalau nak ke sana sebab aku plan nak ke Gili hari lusanya.

Malam tu balik ke bilik dengan rasa kecewa.

Berhenti menutup mata. Mulailah berbagi rasa

Lepas mandi dan solat. Aku ingat nak tidur je lah. Tapi masa tu masih awal lagi. Baru pukul 8 malam. Chalet Raja's aku duduk ni dekat dengan masjid so dengar la orang azan apa semua. 

Sebab keletihan dan agak kecewa dengan apa yang aku dapat di Lombok di hari pertama ni, aku pun cuba cuba la pejamkan mata.

Tengah nak pejam tu tetiba teringat sesuatu.

"Departure Card aku !!!!"

Terus terbangun dari katil. Nasib tak tersangkut dek kelambu.

Masa aku pulang motosikal tu, aku lupa nak mintak balik dengan Ali. Nasib baik aku ada nombor dia cepat cepat aku SMS.

'Saya terlupa Departure Card saya... saya ke kiosk kamu sekarang'

Dia sempat balas.

'Tunggu di situ'

Berdebar debar jugak la aku. Tak tau la kalau hilang cemana. Leceh jugak la kot nak keluar nanti kat airport.

Aku sampai kat kiosk tu balik dan Ali dah menunggu kat situ. Kiosk dia dah tutup.

Kami borak borak kejap.

"Abis Mas, kok dibikin apa malam malam begini?"
"Ntah... saya tidur aja.. Capek"
"Mas udah makan?"
"Udah kenyang. Makan siang"
"Malam nya?"
"Ngga ah"
"Ayuh... saya bawak Abang mutar mutar"

Kejap Mas kejap Abang.. Hahaha..

Dan dan tu je aku bonceng motosikal dengan Ali ni. Dia bawak aku singgah kat kedai tepi jalan tadi tu dan kami lepak lepak makan jagung bakar sambil borak borak kosong.

Sayup sayup kedengaran lagu Lombok I Love You berkumandang dari corong radio yang terpasang...  aku cuba cuba mengamati liriknya sambil melayan suram malam di Senggigi.



Sinar mentari pagi bangunkanku dari mimpi
Butir embun putih bagai mutiara
Di daun yang hijau

Buih ombak putih menghiasi lautmu
Yang birunya bagai hati seiring sunset
Rembulan di pantai

Senyum ramah penghunimu
Oh sungguh pulau yang indah
Membuatku tenang dan damai

Lombok i love you
Manjakan aku dengan alammu wo ow
Lombok i love you
Menyatu aku dengan pasir putihmu
Lombok i love you
Semai rinduku untuk kembali lagi

Sinar mentari pagi bangunkanku dari mimpi
Butir embun putih bagai mutiara
Di daun yang hijau

Buih ombak putih menghiasi lautmu
Yang birunya bagai hati seiring sunset
Rembulan di pantai

Senyum ramah penghunimu
Oh sungguh pulau yang indah
Membuatku tenang dan damai

Lombok i love you
Manjakan aku dengan alammu wo ow
Lombok i love you
Menyatu aku dengan pasir putihmu
Lombok i love you
Semai rinduku untuk kembali lagi

Senyum ramah penghunimu
Oh sungguh pulau yang indah
Membuatku tenang dan damai

Lombok i love you
Manjakan aku dengan alammu wo ow
Lombok i love you
Menyatu aku dengan pasir putihmu
Lombok i love you
Semai rinduku untuk kembali lagi

Lombok i love you
Semai rinduku untuk kembali lagi ooo
Lombok i love you


Lewat tengah malam Ali hantar aku balik ke Raja's.

Malam tu aku tidur dengan lena. Ali bagi cadangan macamana aku nak ke Kuta esoknya. 

Some part aku rasa excited.. tapi separuh lagi aku rasa.... errrk.. boleh ke?????

bersambung....................

9 comments :

  1. owh ramai gak penganut hindu kat lombok eh? ingatkan sana ramai muslim...

    uih cantik kalo nampak mount agung tu...dekat sungguh rasanya...

    mmg rumput nampak agak kering kan? seb baik puntung rokok ko tidak menyebabkan kebakaran hutan disana...

    ReplyDelete
  2. oiii...ko ni buat suspen jekkk...adoii lama tu nak nunggu esok apa terjadi esoknya... hahaha...kena tido dulu ni..

    hari pertama jek ko dh kauciwa... bg la sikit pemangkin supaya aku teringinnnn nak kesana meng hari keduanya nnt...hahahahaha

    ReplyDelete
  3. Biq : Ramai muslim sebenarnya tapi ramai gak la Hindu..

    mostly yang dari bali nuh....

    Nampak dekat la mt agung tu tapi jauh jugak.. kalau cuaca clear lagi baru cun kot..

    time aku pegi tu musim panas rasanya.. bukit2 dia semua kontang.. kalau x elok je hijau.....

    HB : bertabah la.. hahaha

    memula je sedih skit lombok ni lepas abis explore.. hmmmm kira okeh la..

    dan kau wajib pegi !

    ReplyDelete
  4. Brp hr awk hbskan explore Lombok ni?

    ReplyDelete
  5. RR : dua hari sahaja.. hahahah.. pahtu pegi ke lain.

    kalau x panjat rinjani cukup kot, cuma kena gigih la sikit

    ReplyDelete
  6. Bang..sy nak tanya..kalau nak sewa kereta pandu sendiri ade ke? sy try cari online tp mcm x jumpa..smua nya mcm ade org yg drive.. pakai lesen memandu malaysia bleh ke? abg tau x agk2 harga brapa? hehe..dah mcm kaunter pertanyaan lak.. maaf mintak ilmu travel abg sket.. tme kasih..

    ReplyDelete
    Replies
    1. rasanya kat indo tak de yang drive sendiri. semua kena pakai supir. tapi harga dgn supir pun tak mahal mana...

      senang ambik je dgn supir... relaks je

      Delete
    2. oh..yeke..sbb sy fikir cm ksian lak supir tu..ktorg nak pi sana sini..nanti pening pale die.. ritu masa travel phuket.. abg taxi tu ckp boleh bwk kami ke mana2 je..tp dia akn tinggal kami kt 1 tmpt yg kami nk pegi dan die pi cari pelanggan dkt area yg dia tgglkn kami..then sy fikir, nanti nk kne tggu die dsb..buang masa.. hrga sama je ngan kete sewa, but sewe kete leh guna shari..so leh g mana2 je yg kami nk..hmm..sedihnya xdpt sewa kereta kt lombok.. T.T

      mekasih bang supermeng for the info..

      Delete
    3. takde kesiannya. memang tu tugas dia org.. dan dia org more than willing to wait.... standard pakej drive di sana mcm tu.

      Delete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...