Friday, February 21, 2014

Wisata Segitiga Cinta : 09 - GILI | Dari Senggigi Ke Gili Air

Pagi pagi hari ke tiga di Lombok aku bangkit awal tak awal mana. Tapi memang tak sempat nak breakfast. Ali dah pesan pukul 8.00 aku dah kena ada kat kiosk ni untuk nak van ke Bangsal.

Bangsal tu adalah nama tempat. Dari Bangsal tu nanti lah naik bot ke Gili.

Urusan check out sangat mudah. Aku jumpa mamat pekerja kat Raja's bagitau dia aku nak check out. Dia siap offer breakfast lagi, tapi aku cakap tak sempat. Nasib aku tak cakap aku jaga badan mahu kekal langsing !

Kalau tak mau mamat tu rebah tepi pokok tak leh terima kenyataan..

Keluar ke jalan utama.

Ini kiosk Ali... 

Time aku sampai Ali tengah sibuk dok cuci van. Dia ambikkan kerusi dan suruh aku duduk. Aku duduk teman sambil borak borak dengan dia. Aku hisap rokok, dia tengah sibuk mencuci van.

Dia sibuk la dok suruh aku beli tiket Speed Boat dari Gili ke Bali tu nanti dengan dia. 

"Saya jual abang murah aja"
"Hmmm. Saya tau, tapi saya masih belum tahu gimana. Ngga apa apa, nanti saya cari di Gili aja"
"Saya bisa kasi abang 150 ribu"

Hmmm.

Memang rasa macam murah jugak, sebab aku dah check online harga tiket one way speed boat ke Bali USD50. Mahal tu... Tapi tu lah. Aku fikir biarlah dulu. Lagipun aku tak pasti dengan bot yang Ali sebut tu, macam tak selamat je.. sebab dalam website  Speedboat Gili Ke Bali tak de nama sebegitu.

Beriya iya dia nak suruh aku beli. Harga tiket dari Lombok ke Gili pun dia bagi aku murah semalam. Orang lain dia quote IDR75,000 tapi dia bagi aku IDR50,000 jer.

Tengah aku duduk melepak borak borak dengan dia pagi tu sementara tunggu van datang ambik aku bawa ke Bangsal, terkeluarlah cerita pasal duit Malaysia dengan duit Indon. Ali sibuk bertanya kalau sekian ribu duit Indo berapa ringgit duit Malaysia.

Jenuh la aku dok mencongak.

"Saya ada wang 1 ringgit"

Dia keluarkan dari wallet dia. Tunjuk kat aku.

"Ahh.. ini wang lama"

Aku bukak wallet aku, korek korek, ada wang kertas RM1 yang baru.

Aku bagi dia.

"Untuk saya?"
"Ya..... Ini juga"

Aku bagi RM5 jugak kat dia. Suka hati dia. Siap cium cium duit tu.

"Terima kasih Bang..."

Pastu dia siap canang dengan kawan kawan dia yang lain yang dia ada duit Malaysia baru RM 1 dan RM5.

"Kok saya mau jugaaaa"

Ada dua orang kawan dia jugak yang sama sama keje kat kiosk tu menyibuk jugak nak duit. Aku bagi sorang RM1 duit baru, tapi nak mintak yang RM5 jugak.

Eh... ingat aku ni gabenor Bank????

Aku korek korek memang dah tak de note RM5. Nak bagi yang RM10 kang macam melampau sangat. Sudahnya bior macam tu je lah. Dia orang bukan layan aku sangat, si Ali ni je yang baik hati.

"Bang.. abang beli saja sama saya tiket speed boat itu. Nanti di sana mahal. Ini saya kasi harga local"
"Ngga apa apa. Terima kasih"

Dan aku pun terpaksa jugak menolak. Ada sipi sipi aku rasa macam kurang percaya. Ya lah... kat tempat orang kena jugak selalu berhati hati !

Husband Day Care Center !

Lepas dok borak borak dengan Ali kat kiosk dia tu, van pun sampai. 

Di situ aku berpisah dengan Ali. Sesiapa ke Lombok pegi la cari budak nama Ali ni, Insya Allah aku rasa dia boleh membantu serba sikit. Baik budaknya. Kisok dia dekat dengan Happy Cafe tu, sebelah je bawah signage Sahara SPA ke apa.

Tengok la budak paling kurus kat situ. Ya lah tu.

Van yang ambik aku tu meninggalkan Senggigi main strip menuju ke Bangsal. On the way tu ada lah dia pegi pick up beberapa orang yang lain mostly mat salleh lah.

Tapi sebab aku naik dulu, aku dapat duk depan. Privilege untuk aku sebab aku boleh snap gambo dari dalam van.
  
Pemandangan pinggir pantai Lombok menuju ke Bangsal

Pantai di Senggigi

Ini lah mangsit, tempat aku sepatutnya tengok sunset masa memula sampai kelmarin. Nampak tak The Gilis kat belakang nuh

3 Gilis dari kejauhan

Layan jugak la aku borak dengan mamat drebar tu. Beriya iya dia goda aku suruh beli tiket dengan dia ke Bali pulak. Tapi naik bot slow je dari Lembar.

Isk. Tak moh la aku. Dah kena patah balik ke Lombok pastu naik bot slow ke Bali. Tapi memang murah lah cuma waktu perjalanan tu boleh cecah 5 jam.

Mat salleh mat salleh dalam van tu semua diam je dengar aku dok borak dengan pakcik van ni pong pang pong pang. Mati la dia orang tak faham.

Ada sorang pakcik omputih ni sibuk la nak menyampuk. Nak jugak bagitau dia pandai cakap Indon. Boleh la sikit sikit, ada perkataan yang dia dengar pastu nanti dia ulang ulang.

Cidomo di Bangsal

Akhirnya van sampai di Bangsal dan di sini kami di turunkan di satu kawasan. Macam pejabat ler kot. So duduk la berlonggok menunggu kat situ.

Tapi aku tunggu tak lama, ada lah dalam 10 minit, then kami di bahagikan kepada beberapa kumpulan. Sapa yang nak ke Gili Air, then ada group nak ke Gili Meno dan satu lagi group ke Gili Trawangan.

Kat sini pun ada orang jual gelang..... tu pakcik seluar merah yang sibuk nak cakap Indon.

Aku memang decide nak pegi ke Gili Air dulu. Dah cakap dengan Ali tentang plan aku nak buat island hopping, pagi ni aku akan ke Gili Air dan nanti malam bermalam di Gili Trawangan.

Kecoh sekejap lepas tu, bilamana kami di mintak ke pelabuhan tapi dari office tu ke pelabuhan kena naik cidomo. Nak jalan kaki boleh, tapi agak jauh lah. So mat salleh semua tak puas hati sebab charge cidomo tu kena bayar sendiri, tak masuk dalam harga tiket IDR75,000 tu.

Aku memula pun bengang jugak, tapi fikir fikir.. ah.. malas nak kecoh lah. Kebetulan memang banyak cidomo menunggu, dan ini salah satu cara membantu dia orang kat sini. Harga dari office tu ke pelabuhan aku bayar IDR10,000 ( RM 3 jer )

Tapi budak yang bawak cidomo aku ni pun baik jugak. Layan gak la borak dengan dia. Last sekali aku tak de duit kecik, cuma ada IDR5000 je. Hahaha tu la harga aku bayar dia.

Sampai di pelabuhan, kami di beri tiket dan di suruh menunggu untuk ke pulau yang kita nak pegi.

Actually, harga IDR75,000 yang di bayar tu termasuk transport dari Senggigi ke Bangsal dan harga bot dari Bangsal ke Gili. Tapi harga bot tu aku nampak cuma IDR10,000 jer. So kalau nak jimat, datang sendiri ke Bangsal then beli tiket sendiri.

Tapi hassle la nak kena beli tiket bot tu sebab kena beratur dengan orang tempatan.

Dapat tiket, aku lepak lepak jap menunggu.

Ada orang nak menyembelih ayam

Pantai di Bangsal

Kelapa nan sebatang. Di belah belakang tu Lombok Medina. Kawasan peranginan yang dibangunkan dan di penuhi dengan resort resort mewah macam Oberoi etc kat situ.

Layan tunggu bot.

Tak sabar nak ke Gili pulak. Aku dah happy dengan Lombok ni, tapi nak jugak chekidaut Gili especially Gili Air dan Gili Meno sebab aku belum berkesempatan ke sana masa dulu.

Apa apa pun, personally aku rekomen Lombok sebagai destinasi untuk yang memburu kedamaian alam. Pergi la sebelum semuanya hilang ditelan pembangunan dan masa.



Tak sempat ku mengerti
Kau tunjukan arah saat ku tersesat
Beri cahaya saat ku sendiri dalam gelap
Namun waktu tak pernah rela menunggu
Hingga akhirnya kau pun pergi

Terlambat ku sadari kau teramat berarti
Terlambat tuk kembali dan tuk menanti
Kesempatan kedua yang tak kan mungkin pernah ada

Baru ku teringat kau hembuskan angin
Saat ku bernafas siramkan air saat aku dalam kekeringan
Namun tak pernah aku hiraukan semuanya
Hingga kini pun kau tiada

Terlambat ku sadari kau teramat berarti
Terlambat tuk kembali dan tuk menanti
Kesempatan kedua yang tak kan mungkin pernah ada

Biarkan ku hidup dalam penyesalan ini
Sampai nanti kau akan kembali

Terlambat ku sadari kau teramat berarti
Terlambat tuk kembali dan tuk menanti
Kesempatan kedua yang tak kan mungkin pernah ada

Terlambat ku sadari kau teramat berarti
Terlambat tuk kembali dan tuk menanti
Kesempatan kedua yang tak kan mungkin pernah ada
Yang tak kan mungkin pernah ada

Setelah puas menunggu, bot yang sepatutnya membawa kami ke Gili Air pagi tu pun siap siap nak bergerak. Bot ni bukan untuk pelancong je tapi untuk public jugak lah. So... dalam bot tu selain daripada penumpang, akan ada tong gas, barang barang basah, barang dapur siap ada ayam hidup lagi !!

Ngeri gila naik bot tu. Dah la tak de jaket ke apa. Bawak orang macam terlebih muatan.

Lagi haru bila start bergerak meninggalkan Bangsal tu, ombak agak kuat. Abis basah jugak air masuk dalam bot. Cuak jugak la aku.

Jaraknya sekitar 15 minit je, tapi rasa macam mak aii.. lama nya nak sampai ! Aku dengar, ni bot bergerak pagi, kalau petang petang airnya lagi tambah gelora....

Gelora terus perut aku dengar.

Nasib baik aku duduk dengan couple awek dia Pinoy, balak dia Italian.. so dia dok tanya aku kamera apa patut dia beli bla bla bla.. and at the same time, pakcik yang dalam van tadi tu ada jugak dengan aku.

Dia sibuk nak cerita kat aku dia beli tanah kat Bangsal tu !!

Ada aku kesah???

Kesah jugak la kot sebab aku assume pakcik tu kaya. Sebab tu dia beriya nak belajar cakap Indon. Dia beli ada tanah rupanya. Dia kata dia nak bangunkan jadi resort, dia dari Germany, dia datang nak tengok kawasan je. Dia ke Gili Air macam aku sebab dia nak tengok keadaan di sana nanti dia nak curi idea untuk resort dia.

Aku layan layan cam tu je lah. Janji kami semua selamat sampai akhirnya di Gili Air

Gili Air

Gili Air ni kiranya Gili yang paling dekat di antara ke tiga tiganya tu dengan Pulau Lombok. 

Aku belum pernah ke sini, so aku ingat dari Gili Air nanti aku nak ke Gili Meno pastu baru ke Gili Trawangan. Harap harap sempat la sampai ke Gili Trawangan sebelum petang. Cuak jugak, kalau tak de bot terus tersadai aku kat sini.

Aku dah book hotel kat Gili Trawangan untuk malam ni thru online semalam.


Sampai sampai di Gili Air kami semua terpisah ikut haluan masing masing. 

Aku tak de arah tujuan. Tujuan aku cuma nak cari bot yang akan bawak aku ke Gili Trawangan nanti petang. Tapi aku salah jalan. Masa turun tu, sepatutnya aku ke kiri ada jetty awam kat situ, tapi aku ke kanan dan terus la jalan pusing satu pulau.

Yok jalan pusing Gili Air dulu.............

Pulau Lombok dari kejauhan

Kedai kedai di Gili Air

Suasana di Gili Air

Antara chalet yang ada di Gili Air



Tapi aku rasa aku jalan dah separuh pulau, tak nampak orang pun.

Apa kena dengan pulau ni?? Mana semua orang pegi???? Kedai kedai semua kosong !!! Mana pegi semua orang?

Aku rasa lapar.

Perlu kah aku makan orang? Tapi mana semua orang pegi? Dongak ke langit, tak de pun garuda lalu...

Hmmmmm.. pelik.

"Hello !!!!" * echo 4 kali.

"Hello ! Hello ! Hello" * echo 14 kali....

"Hello ! Lionel Richie, Hello !!!! " * echo 44 kali...

Tiba tiba..........................

bersambung...............

10 comments :

  1. hoiii!! ko memang saja jek buat suspen...cissss...

    suka la aku tgk lombok ni...lawo gileeee... mmg kena pergi..

    ReplyDelete
  2. hahahhak!

    "hello? is it me u looking for? beli sama saya ommm !!! "


    *hadap gelang kat muka meng

    ReplyDelete
  3. hahaha suka betul ada elemen suspen disitu seperti cerita boracay dan sydney aku hahaha...

    ReplyDelete
  4. Wah ada Husband Day Care. Leave your hubsand with us...Kena dera ke hubby
    di sana Ah Meng ?

    ReplyDelete
  5. Husband day care center? muahahaha..

    suka sgt citer tergantung!!ko ingat aku mengadap tgk blog tetiap ari nk keep track? huh kbai..

    ReplyDelete
  6. Alahhhh dh ramai komen pasal husband day care center tu x kira nk komen gak sbb kt msia x de, need time to yourself tu hahaha hadoi macem2.

    Saje tau suspend kt last part membuatkan jm pelu baca next entry

    ReplyDelete
  7. HB : memang kena pegi !

    wajib !

    hahahha..

    NanaT : tak moh ah beli gelang..nanti kena rompak or potong tangan.. hahaa

    MKL : ntah. x nampak pulak ada org tinggal husband kat situ.. may be tak berani kot. hahahah

    tu cuma kedai bakery rasanya so husband buleh la lepak sini while bini gi shopping.

    Masalahnya.. nak shopping kat mana kat situ pun aku tak tau...

    kedai 2 kerat je pun

    ReplyDelete
  8. Biq : sebenarnya masa tulis tu ilang idea.. tu yg tergantung cam tu. hiks

    CNa : mana ada tergantung. bersambung la.... hahaha..

    x pe. x baca blog hari hari.. benda alah tu tak ke mana mana. ada je situ..

    JM : tak suspen mana pung...

    kalau buat hubby dare center mcm tu kat malaysia.. takut bini risau berlebihan...

    ReplyDelete
  9. Van dari Senggigi ke Bangsal memang mudah dapat Supermeng? Dok merancang perjalanan ni untuk travel on June nanti. Hehe

    ReplyDelete
  10. Shafiq : kena book...

    nampak kiosk kiosk tu nanti bagitau je. tak pun ada banyak tuk tuk dan prebet sapu..

    boleh je naik. cuma kalau nak sampai bangsal tu kena naik 2 kali kot..

    have fun and good luck di lombok !

    cari ali tu.. deal dengan dia senang

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...