Persiapkan rencana mu
Now pegi cari lagu Siti Nurhaliza - Diari Hatimu kat youtube.
Jelajahi seluruh pelusuknya
Bentangkan dan tunjukkanlah kepada dunia
Kesempurnaan alam Indonesia.
Itu mukadimah.
Ini permulaan sebuah perjalanan yang juga bermula dengan hanya sebuah impian.
Wisata bermaksud pelancongan atau tempat yang berkaitan dengan lokasi kunjungan.
Segitiga cinta bermaksud cinta itu memiliki 3 dimensi iaitu hasrat, keintiman dan juga commitment.
Jadi, apa kena mengenanya?
* padam papan hitam siap sedia nak menulis
Aku memang dah lama teringin ke Lombok.
Bukan sebab nak pegi menyelamatkan wanita wanita yang telah diculik tapi untuk melihat sendiri pulau Lombok yang aku yakin masih suci murni tak syak lagi ni !
Dan hasrat ni aku pendam lama sejak dari zaman Merpati Air terbang dari KL ke Lombok lagi.
Itu dulu.
Pernah jugak hampir hampir terbeli tiket tapi tak jadi. Hinggalah Air Asia buat announcement mereka akan terbang ke Lombok, aku jadi terlebih excited.
Tapi awal awal permulaan masa tiket di jual memang la bapak mahal. So aku tak beli lagi. Simpan dan pendam hasrat dulu hingga la satu hari yang dini dan tenang, aku riki riki dan jumpa tiket flight murah.
Yahooo.com.my !!!!!
* macam tu hati ku melonjak girang.
Benda pertama aku kena buat adalah renew passport sebab passport aku dah mati. Actually sebelum trip ke Lombok ni aku ada trip ke Padang, tapi aku malas nak pegi sebab mood tak de nak berjalan. So tangguh nak renew passport sampai lah trip Lombok ni aku tak boleh lepaskan begitu saja.
Jadi aku bersiap siaga.
Sampai hari dan masanya pun tiba.
Tak de apa apa preparation yang aku buat sangat kecuali web check in ticket dan print out wikitravel. Book hotel untuk 1 malam di Sengigi. Lain lain tak sempat nak study mana.
Oh. By the way. Tiket balik dari Lombok time aku beli ni agak mahal so aku ambik tiket balik dari Bali. Sebab trip ni lama sikit dari trip biasa aku yang 3H2M so aku fikir, maybe aku ada masa untuk ke Bali dan balik dari sana. Dan mungkin aku berkesempatan untuk singgah di 3 Gilis untuk mengimbau kembali detik detik kunjungan aku sebelum ni terutamanya ke Gili Trawangan.
Maka kesimpulannya. Wisata Segitiga Cinta adalah kunjungan ke lokasi pelancongan yang aku sememangnya menyimpan hasrat ( Lombok ) dan lokasi pelancongan yang agak intim dengan jiwa aku ( Gili Trawangan ) - sebab pernah pegi sebelum ni dan lokasi pelancongan yang aku commit kena pegi ( Bali ) sebab tiket dari Bali adalah paling murah untuk balik KL.
Terjawab?
Tapi tu semua tak penting. Yang pentingnya, aku adalah saja nak merapu !
Ada jugak hajat nak ke Flores, hajat dan tubuh badan je yang sama besar, tapi masa memang tak cukup. So, KIV dulu la belah belah sana tu.
Terjawab?
Tapi tu semua tak penting. Yang pentingnya, aku adalah saja nak merapu !
Ada jugak hajat nak ke Flores, hajat dan tubuh badan je yang sama besar, tapi masa memang tak cukup. So, KIV dulu la belah belah sana tu.
OR hantar aku ke LCCT di remang remang pagi dan suasana di airport macam biasa hingar bingar. Dah lama aku tak naik flight sesekali aku rasa rindu dengan suasana macam tu.
Aku terus je boarding sebab dah lewat masa tu dan sedar tak sedar, pesawat dah mula terbang dengan lancar meninggalkan tanahair menuju ke arah selatan.
Melintasi selat Melaka dan Singapura, turun terus ke kepulauan Sumatera dan Pulau Jawa.
Aku ketiduran.
Sebab masih pagi. Flight agak penuh dan aku tak de order apa apa makanan. Tak lapar. Lebih pentingkan tidur jer.
Lebih kurang hampir 3 jam di atas gemawan, pesawat mula meluncur turun. Aku pasti sedikit masa lagi aku akan mendarat di Lombok.
Kelihatan Gunung Agung dan Pulau Bali di sebelah kanan. Kalau di sebelah kiri boleh nampak Gunung Rinjani
Pesawat sudah mula melintasi pulau Lombok di Nusa Tenggara
Mercu tanda di Pulau Lombok yang kelihatan dari udara
Muka bumi Lombok yang kelihatan. Agak hijau di bahagian ini
Kawasan bukit bukau yang hampir kekeringan dek musim panas
Saujana mata memandang
Kawasan lebih kering dan agak gersang sebelum pesawat mula mendarat
Touch down
Akhirnya pesawat mendarat dengan selamat di Bandar Udara Internasional Lombok, Ampenan.
Airport ini merupakan airport yang baru. Sebelum ini airportnya lebih kecil dan lebih dekat dengan Kota Mataram yang merupakan kawasan paling pesat dengan penduduk dan merupakan bandar terbesar di Pulau Lombok ini.
Bandara Lombok
Welcome to Lombok
Urusan immigration semuanya berjalan lancar.
Cuma satu je yang aku agak tak puas hati. Kebanyakkan penumpang pesawat Air Asia hari tu adalah orang Lombok. Mungkin balik kampung ke apa. Tau la mereka tak sabar sabar, tapi waktu beratur tu semua main potong.
Langsung tak beratur !
Ini kah sikap orang orang Lombok yang menjadi idaman wanita Malaya?
OK. Aku generalizing. Tak semua yang macam tu kot, tapi ada la 5-6 orang yang buat aku fikir... damn it ! mereka tidak memahami apa itu maksud.
'SILA BERATUR !!!!'
Slow slow je dia orang ni datang duduk sebelah. Menyelit. Sedar sedar dah kat depan !
Tapi tak pe. Potong la nak potong. Buatlah muka kentang tak bersalah. Aku OK je. Masih boleh bersabar. Plus aku di tempat orang, kena lebih banyak mengalah. Makcik belakang aku pun muka tak puas hati jer tapi redha je lah.
"Sabar Makcik. Kita sama sama pasrah. Hoccay??????????????"
Cakap dalam hati.
"Sabar Makcik. Kita sama sama pasrah. Hoccay??????????????"
Cakap dalam hati.
Check passport, dah lepas immigration sempat kencing sekejap. Membuang.
Ada money changer di airport, tapi aku check memang dia ambik murah. Nasib baik aku ada saki baki Rupiah yang aku simpan dari trip lepas. ( Trip Karimun ).
Lepas keluar dari balai ketibaan memang dah dapat rasa suasana sebenar airport di Indonesia.
Pak Supir yang ramai. Yang menunggu orang tiba. Ntah sapa sapa juga yang sibuk mencari penumpang. Macam nak diragut kita ni supaya ikut dia orang.
"Terima kasih Pak.. Ya udah. Saya udah ada yang nunggu di sini"
Padahal?????
Kekwat konon. Keluar tu baru tercari cari mana aku nak tuju sebenarnya ni.
Macam biasa aku akan ambik masa. Hisap rokok dulu. Tengok kawasan sekitar. Usha apa yang patut.
Tapi memang kat airport Lombok ni macam pesta lagaknya. Aku pun tak pasti. Ramai ramai ni betul ke tunggu orang sampai atau memang dia orang saja berkumpul di sini. Siap ada yang berpicnic. Ada yang duduk di kaki kaki jalan. Ada yang berkumpul dan bersembang macam kat tepi pantai je lagaknya.
Belum lagi yang berkeliaran. Yang berniaga. Macam macam gaya.
Tapi itu la uniknya Indonesia.... benda benda ni biasa. Ada di mana mana di Indonesia ni so buat tak tau je.
Menjual ke sana ke mari
Bandara Lombok
Wanita Lombok. Ini adalah pakaian harian mereka.... rata rata aku tengok ramai yang pakai macam ni
Jejaka Lombok melepak di airport
Kaum wanita Lombok
Dengan kain batik senteng
Abis hisap rokok dan usha kawasan sekeliling then aku rasa selamat sikit untuk bergerak.
Kalau buat terpinga pinga kang ada je yang datang.
"Taxi Pak ??"
Letih dah nak menolak. Geleng kepala je lah.
Misi aku adalah mencari bas Damri. Bas Damri ni lah pengangkutan yang akan membawa aku dari Bandara ini ke Senggigi.
Bas Damri park betul betul depan airport. Tak susah nak cari.
OK. Aku tak de sebarang plan mana nak pegi dulu. Tapi dari pembacaan aku Senggigi. adalah Tourist Strip di Lombok ini. Di sini la kawasan di mana hotel hotel di bangunkan sebagai pusat pelancongan., Mataram lebih kepada pusat kota yang menjadi pusat pentadbiran dan kediaman penduduk Lombok.
Nampak bas Damri aku pegi tanya. OK. Bas tu memang akan ke Mataram dulu dan kemudian ke Senggigi. Naik je. Tapi bas bergerak mengikut penumpang. Kalau penuh baru jalan. Masa aku naik hari tu belum ada orang so aku dapat seat depan sekali.
Tambang dari Bandara ke Mataram adalah IDR25,000 dan ke Sengigi IDR30,000.
Sebab aku nak ke Senggigi aku bayar tambang IDR30,000 dan duduk diam diam dalam bas.
Tapi ada yang kelakar bila aku dapat wang baki dari drebar bas tu.
Tahir VB Messi. tak tau apa maksud VB tu....
INRA VB C.Ronaldo. Hahahhaha
Tak nak kalah ni !!
Apa apa pun, bas bergerak selepas tu meninggalkan Bandara.
Aku tiba jam 11.30 pagi waktu Lombok. Waktu Lombok adalah sama dengan waktu Malaysia. Tak payah tukar jam.
Bas bergerak lebih kurang pukul 12.30 menuju ke Mataram dulu. Sejam jugak la menunggu.
Selamat Datang Di Lombok
Perjalanan ke Mataram
Mercu tanda bulatan yang aku nampak dari udara tadi
Gambar gegar tapi macam wajib bubuh nak menunjukkan 'kelombokkan'
Pemandangan biasa di jalanraya di Lombok. Van pick up menjadi angkutan dengan penumpang yang penuh di belakang.
Tahukah anda, Lombok di kenali sebagai Pulau Seribu Masjid kerana jumlah masjid yang banyak di Lombok ni. Tapi masjid dia orang berkubah pelik sikit. Tak bulat sebaliknya bujur bujur telur...
Kedai kedai bundle di pinggir jalan raya menuju ke Mataram
Perjalanan ke Mataram dari Bandara agak membosankan.
Jalanraya agak OK, cuma tu la bas agak perlahan dan jalan raya penuh dengan kenderaan. Tersangkut sangkut.
Lebih kurang 40 minit kemudian baru la bas sampai ke Mataram untuk menurunkan penumpang sebelum bergerak semula menuju ke Senggigi.
Senggigi, di sini lah sebuah destinasi..................... !
Oh mesti orang tanya, tak cun cun kah wanita wanita di Lombok? Jawapan aku.. hmmm biasa je. Tak jumpa pulak yang memang cun melecun.
Ni salah seorang penyanyi yang berasal dari Lombok. Namanya Kirey. Beliau adalah penyanyi asal untuk lagu yang di nyanyikan oleh Siti Nurhaliza.
Seikat janji seikat dusta
Bagimu sama rasanya
Namun ku tak berpihak
Karna cinta butalah mataku
Diatas rindu rela kulakukan
Mendaki mahligai dosa
Sayang pengorbananku
Kau jadikan permainaaan
Cinta tulus mulus
Kusembahkan padamu
Kini tiada arti
Bila semua kau ganti hinaaan
Kekasih demi cinta kita
Mata telinga mulut kututup semua
Kekasih demi rindu kita
Semua segala rintangan tlah kucoba
Apalagi yang harus kulalui
Bungaku layu dilembah madu
Now pegi cari lagu Siti Nurhaliza - Diari Hatimu kat youtube.
bersambung...................
bergaya sungguh wanita lombok.
ReplyDeleteaku xnak tanya pasal wanita lombok....tp aku nak tanya pasal lelaki lombok...hensem2 ke sampai pompan malaysia tergila2 dan sampai ikut balik ke lombok?? hahahahaha
ReplyDeletenampak cam kering jek lombok ni dari udara....
bukan pasal karena lelaki lombok hensem2,lombok tak terkenalah lelakinya hensem2,yg terkenal daerah di indo ini yg banyak lelaki hensem nya, yaitu di palembang,manado,bandung,aeceh,padang and jakarta. i rasa why pompan malay tergila2 dg lelaki lombok,karena lelaki lombok ,daerah Nusatenggara khusus mereka terkenal keperkasaannya sebagai lelaki, why mereka perkasa, bcs mereka rajin mengosumsi madu sumbawa dan susu kudu liar sumbawa yang terkenal khasiatnya untuk stamina lelaki dalam memuaskan istri2 mereka dalam berhubungan intim,,,heheh itu menurut pendapat saya, klw lelakinya perkasa kan pompannnya senang dan patuh pd lelaki
DeleteHB,
ReplyDeleteaku rasa tak ensem mana pon.
tapi dorang mulut manissss....
ohhh mcm tu ke NT...lepas ni lelaki2 malaysia kena amalkan menanam tebu di tepi bibir...hehehehe....
ReplyDeleteMulut Hulubalang mesti menjadi manis selepas ini. Jom kita sama-sama amalkan menanam tebu di tepi bibir. Setuju tak Nana? hihihi
ReplyDeletepergh..after 18 years baru aku tau lagu neh lagu saduran. tertipah kejap memuja tok ti masa muda2 dulu..bajet sgt lagu neh best. haha.
ReplyDeletebtw. meng..aku dh lost track trip lombok ko neh...last year ko kasi highlight eh? hehe.
ok skg aku paham...kalo dah gitu rupanya pakai kain batik senteng mmg bangga yakmats la laki lombok kalo dpt larikan gadis mesia wehhhh...pfft! ha hensem sgt kah laki2 di lombok tu seperti pertanyaan HB?
ReplyDeletehoi duit tu dah macam belacan! eiiiiiii mesti wallet ko lekat bau busuk kan? hahahahaha!
MKL : dekat airport tu ramai kaum sasak.. tu yang nampak pelik sikit. kalau di mataram atau senggigi dah kira org indo biasa biasa je.. pakaian pun biasa jerr..
ReplyDeleteHB : lelaki lombok memang bermanis mulut bila berkata... dan tidak boyak !!!
NanaT : ya.. betul.....
HB : org malaysia kena lebih bersopan dan menjaga tubuh badan ( tidak boyak )
MKL : baik letak seguni gula je kat bibir... lagi manis.
ReplyDeleteAgip : trip lombok last year.. baru siap entry .. standard la bila kemalasan mendatang..
lagu tu pencipta yang sama.. lirik je di ubah.. tapi lagu tok ti tu sedap sikit kot...
Biq : duit memang buruk buruk, koyak dan berconteng2... tapi masih laku..
Gambar2 makcik berkain batik tu ingatkan d kawasan kg upanya berkeliaran d airport hrmmm maybe pakaian tradisi kot
ReplyDeleteNak pegi lombok jgk :-)
memang betul...itu adalah pakaian tradisi ibu2....
DeleteJM : tu airport.. dia org picnic2..
ReplyDeletebila kapal terbang landing semua pegi pegang pagar...
tak pernah tgk kapalterbang agaknya... excited
good
Delete"boyak" tu apa??
ReplyDeleteRR : boyak adalah boroi dan koyak. hahaha..
ReplyDeleteboroi laaa
motip kau tak tau?
JS : yeah. thanks for confirmation.
ReplyDelete