Wednesday, August 20, 2014

Jalan Jalan Jakarta : 10 - Jakarta | Kota Tua

Aku grabbed satu teksi dan deal terus dengan mamat tu.

"Pak. Saya mahu ke Kota Tua, MONAS, masjid Istiqlal sama Hard Rock Cafe, tapi saya perlu nyampai di Bandara jam 6. Bisa ngga Pak?"

Dia berkira kira.

"Hard Rock Cafe itu di mana?"
"Pacific Place"
"Oh ya. Ritz Carlton ya?"
"Ya"
"Bisa"
"Jadi saya langsung terus sama bapak ya? Nanti bapak bawa saya ke terus ke Bandara, bisa ya Pak?"
"Ya bisa"

Bisa lah. Takkan tak bisa kot. Yang penting bayar je la kan?

Mudah keje aku. Aku cuma ada 2 jam je di Jakarta ni sebelum kena berada di Bandara. Flight aku pukul 7 malam nanti.

Tapi aku cakap dengan dia, cuba dulu, kalau agak agak tak sempat, tak perlu habiskan semua. Kalau tak de masa nanti terus shoot ke airport jer.

Stasiun Jakarta Kota

Dari tempat aku naik teksi ni tadi, kami ke Kota Tua dulu. Dia akur. Sampai je dia, dia dropped aku dan cari parking. Aku cakap aku tak lama.

Memang tak nak berlama lama pun. Aku just nak usha je tempat ni sebab aku sendiri belum pernah jejakkan kaki ke sini.

Kota Tua Jakarta, juga dikenali dengan sebutan Batavia Lama, adalah sebuah wilayah kecil di Jakarta, Indonesia. Wilayah khusus ini memiliki keluasan kira kira 1,3 kilometer persegi melintasi Jakarta Utara dan Jakarta Barat (Pinangsia, Taman Sari dan Roa Malaka).

Dikenali sebagai "Permata Asia" dan "Ratu dari Timur" pada abad ke-16 oleh pelayar Eropah, Jakarta Lama dianggap sebagai pusat perdagangan benua Asia kerana lokasinya yang strategik dengan sumber asli yang melimpah.

Sesuai sebagai kota penting satu ketika dulu, Kota Tua Jakarta kini menyimpan banyak khazanah sejarah dan bangunan lama. Dengan center square di tengah tengah, Kota Tua ini dikelilingi oleh banyak tempat menarik dan bersejarah.

Ayuh kita riki Martin !

Museum Seni Rupa dan Keramik. Seramik la tu kan?

Ini la muzium seramik nya

Pejabat Pos Kota Tua

Bangunan Muzium Sejarah Jakarta yang pernah menjadi Pejabat Gabenor Jeneral

Warga tempatan melepak dan menghabiskan masa bersantai

Kota Tua Jakarta

Ada basikal di sewa khas untuk pusing pusing kawasan Kota Tua ini

Di tengah tengah dataran

Cafe Batavia. Tak berkesempatan nak makan di sini. Katanya tempat ni glamer dan ramai artis artis antarabangsa datang makan di cafe ni. Aku je artis antarabangsa yang belum pernah jejak lagi. Next time je lah !

Muzium Wayang

Tempat orang berkumpul

Tempat mencari rezeki

Cemana dia duduk tu eh?

Boleh bergambar dengan mereka ni

Basikal berwarna warni

Tempat bersejarah. Itu orang bukan patung !!

Peralatan 

Gadis Gadis Batavia

Kota Tua

Banyak acara hiburan dan persembahan jalanan

Tahu Gejrot?

Info mengenai Muzium Sejarah Indonesia

Dari pengamatan aku tempat ini memang menjadi tumpuan warga Jakarta beristirehat juga lokasi para pelancong untuk melihat sejarah lama Kota Jakarta ni.

Masih banyak lagi bangunan bangunan lama yang aku tak explore. Aku kejar masa. Kalau ikutkan hati aku memang separuh hari pun boleh lepak sini tapi tak tak boleh. Nanti aku lupa diri dan terjerat di sini.

Apa apa pun, aku rasa area Kota Tua ni menarik !



Kala pertama kupandang
Pesona di wajahmu
Saat itu hatiku kan terpana
Tiada ragu lagi
Tiada bimbang lagi
Semuanya ingin kumiliki

Gelisah jiwaku ini
Dilanda bayanganmu
Kan mengoyak dinding keangkuhanmu
Kau ciptakan rindu
Kau buat hatiku terjerat tali cinta

Resah..resah pun tiada menentu
Bila semalam pun tiada bertemu
Mimpi..mimpi kan terasa oh sepi
Bila kau tiada tampakkan senyummu

Tak boleh berlama lama. Aku cuma sempat singgah beli t shirt I Love JKT tu jer.

Then aku balik semula ke teksi. 

"Ya udah?"

Mamat teksi tu tanya aku.

"Ya. Sebentar saja Pak. Cuma mau motret"
"OK"

Aku dah pesan kat dia suruh matikan engine then jot down je jumlah pada meter teksi.

Dan mamat ni agak friendly dan baik hati. Dia siap offer aku gula gula lah, apa apa je ada dalam teksi dia tu then dia suruh aku makan.

Gula gula tolak angin.... orang bagi ambik la. Biar tolak angin, jangan tolak rejeki.... !

Dari Kota Tua, kami bergerak ke pusat kota untuk ke Masjid Istiqlal dan Tugu Monas.

bersambung.........

14 comments :

  1. tolak angin bagus sgt, Meng..tu antara barangan wajib yang diborong kalau kami ke Indonesia hehehe...

    * entry ini membuatkan gue kangen bangat sama Jakarta, mas ;)

    ReplyDelete
  2. Tolak angin. Buang angin.. Atau pun dingin rasanya

    ReplyDelete
  3. Yeah nanti artisu antarabangsa ni *tunjuk diri sendiri* tolong wakilkan singgah makan kat cafe Batavia tu ye. Aku baru nak bayang rupa Kota Tua ni, ko dah up entry. Bolehlah ambil feeling dulu. Hotel aku sekangkang kera je ngan tempat ni, sempat kot layan sunset kat pelabuhan nun. Gitu.

    ReplyDelete
  4. Askar baju hijau tu mati-mati aku ingatkan patung! Ramai jugak warga diorang berpeleseran kat sini yek. Ko makan gula-gula tu rasa nak terkentut tak, Meng?

    ReplyDelete
  5. Yup Tolak Angin dan lagi satu Antagin bagus sangat kalau pening atau nak muntah

    Saya pernah ke Monas tapi take pernah ke Kota Tua

    ReplyDelete
  6. cita cita tu pergi kota tua, jakarta memang nais, tapi sayang tak berapa pandai eksploit tempat sejarah depa.

    ReplyDelete
  7. Tolak angin? Menyegarkan dan menyejukkan tenggorokan? Bunyi mcm tengkorak! Gulz2 tolak angin ingat buang angin dlm perut ahahaha Jm salah rupanya seperti strepsil tu ehh jika tekak x selesa

    ReplyDelete
  8. Amir : bukan la. ini gula gula jer... tapi berangin la. sesuai untuk kerongkong dan penyanyi2 yang bersuara emas..


    Zilla : ok la tu dah dpt cuti panjang tu nanti boleh la pegi ' balik kampung ' beli gula gula tolak angin.


    MKL : berangin rasanya...


    BK : hoi artis antrabangsa.

    kau pegi nanti. aku pernah tengok dalam tv je pasal cafe tu. kau riki nanti utk aku yach !

    ReplyDelete
  9. Ali : x kentut pun. cuma rasa pedas. aku mati mati ingat orang yang dekat meriam bellina tu yang patung. rupanya bergerak2.. siap gigi putih bersih lagi...

    dia orang ramai mcm tu buat duit kot..


    SK : next time u must go !!


    KZ : start slow slow bro.. memula payah nak explore explore ni lagi lagi mcm takut2.. tapi bila dah reti sikit.. mesti seronok...

    good luck

    ReplyDelete
  10. MKL : silakan


    JM : ya betul. puas aku nak ingatkan nama gegula tu.

    strepsil !

    lebih kurang mcm tu la cuma yang ni macam rasa herb herb sikit kot

    ReplyDelete
  11. Info sikit. Kat 'makhluk yang bertopeng merah dan putih' tu, namanya ondel-ondel. Itu tradisi Betawi. Orang Betawi adalah satu bangsa yang amat dihormati di Jakarta (mungkin Indonesia). Orang Betawi adalah penduduk asal Jakarta. Rasanya, kalau pergi ke Jakarta, cuba makan kat Rumah Makan (RM) Jambak Sakato (makanan Padang). Area dia di Jalan Bunga Rampai Raya (kalau tak silap). Rugi tak cuba Tahu Gejrot. Tahu tu sama dengan tauhu. Tauhu dalam kuah / sos gula melaka, campur garam sikit. Campur dengan cili api. Manis pedas.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih kerana berkongsi.

      Nanti org lain boleh try kalau berkesempatan ke sana.

      Delete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...