Friday, April 24, 2015

Trip Sabah 2015 : 11 - Shangri La's Rasa Ria Resort & Spa - Ocean Wing Room

Sebab aku pun duduk kat hotel je tak gi mana mana kecuali keluar makan, jadi layan gambar gambar di resort jer lah.

Percayalah resort ni tak membosankan. Ada banyak aktiviti boleh di lakukan. Rajin dengan malas je. Dan aku memanjang sentiasa memilih malas sebagai pilihan utama.

Jom kali ni kita tengok bilik di Ocean Wing, Shangri La Rasa Ria, Kota Kinabalu.

Ini Ocean Wing. Garden Wing kat belah sana yang nampak bumbung sikit tu.

Ni view kat depan. Nampak pools. Ada 3 pools di Ocean Wing. Garden Wing ada 2 pools dan kid pool dia macam water park sikit.

Ocean Wing dari arah pool

Jacuzi pool yang hanya ada di Ocean Wing dan hanya untuk tetamu Ocean Wing sahaja

Ini ruang tempat tidur. King size bed. Sebab aku memang bagitau aku bawak 2 orang budak bijak so dia orang sediakan 2 set bed untuk Hero dan Princess.. FOC jer.. tak de bayaran tambahan.

Fruit basket

Tepi katil. Ada iHome player

Ruang TV.. Channel memang banyak. Aku sendiri pun tak tengok TV pun.. ( manjang membuta ).. ada DVD player dan ada list DVD yang boleh di pinjam ( Movie agak latest )

Ni deposit box, selipar etc.....

Office desk

Ruang tengah. Sebelah deposit box tu ada closet dan laluan ke bilik air

Closet

Bilik air yang besar. Shower room dengan toilet separate kiri dan kanan

Toiletries yang banyak dan melampau. Nak ambik abis pun tak muat beg. Yang bestnya.. sentiasa di replenish !! Tak abis pakai.

Ni yang dalam shower room. All by L'Ocittane ( aku still tak reti nak sebut ni )

Tower ada 5 set dan di tukar every day.

Katil memang comfortable

Mineral water dalam glass jar dan ada coffee maker

Kalau abis dia orang datang replenish... masalahnya bila aku keluar balik je semua yang abis atau yang dah pakai semua berganti baru. Macam dia skodeng je aku keluar bila dan dia orang ni teropong agaknya asal aku keluar je dia orang masuk kemas bilik.

Mini fridge. 

Coffee dan tea

Ada dining table

Dan semua semua ni ada kat verandah yang besar.

Aku rasa ruang verandah dia hampir sama besar dengan luas bilik.

Private jacuzzi. Pool tak besar tapi boleh la untuk budak budak berkubang. Aku mandi time budak budak dah tidur je. Opss.

Set mandian, towel, sabun dan garam..\

Pool tu ada motorized sliding boleh tutup jadi lebih private... dinding glass tu pun sama... 

Ini adalah bekas ubat nyamuk !

Kerusi lepak lepak di balcony

Pool kecik. Muat la budak budak mandi.. Aku pun boleh mandi

Kipas kat balcony

Bagi aku size bilik dia memang win !

Facilities dalam bilik memang tip top !

Service especially housekeeping adalah tahap aku rasa dia skodeng aku keluar masuk bilik. Asal keluar je balik bilik dah kemas. Maybe sebab aku tak on sign Do not disturb kot. Tapi memang best la balik je bilik bersih semula dan semua semua yang dah pakai dia replenish balik.

Lantai basah abis dia bersihkan. Mana yang kurang di tambah. Yang komot komot di kemaskan. AIr masak di tambah.

Bagi aku as long as bersih dan selesa.. kira okey lah.

Ada sekali tu kami nak keluar time malam gi makan. Masa kat lobby, berpusu pusu awek awek receptionist datang tegur siap bawak payung nak hantar ke kereta. Fuh... nasib OR ada, kalau tak aku gi dinner je dengan dia orang tinggal budak budak. Hehehe

Dan setiap malam, kami keluar makan, balik je ada anak patung dan buku cerita atas katil.

Kisah Gong Yang Meroyan....

Stellar !

Impeccable service. Second to none ! The best Shang so far. The best hotel I've ever stayed in Malaysia.

Sekali sekala rasa hidup macam dalam kisah dongeng.



Ku sedar ku tak seberapa
Jika dibanding mereka
Yang jauh lebih megah dari diri ini

Apa yang mampu ku berhias
Hanyalah hati yang ikhlas
Terpendam simpan untuk dia yang sudi

Mencintai aku dengan seadanya
Mencintai aku bukan kerana rupa
Dalam waktu sedu
Dalam waktu hiba
Ku harapkan dia rela

Mencintai aku dengan seadanya
Sanggup menerima insan tak sempurna
Atau mungkin cinta sebegitu hanya
Kisah dongeng saja

Belum pernah ku merasakan
Dipeluk dalam dakapan
Eratnya melindungi jiwa rapuh ini

Sanubariku memerlukan
Kehadiran seorang teman
Tulus mencurah kasih sepenuh hati

Mencintai aku dengan seadanya
Mencintai aku bukan kerana rupa
Dalam waktu sedu
Dalam waktu hiba
Ku harapkan dia rela

Mencintai aku dengan seadanya
Sanggup menerima insan tak sempurna
Atau mungkin cinta sebegitu hanya
Kisah dongeng saja

Sekali sekala Tuhan kasi rezeki nak merasa. Cuma agak terkilan sebab tak leh late check out. Maybe bilik penuh kot.

Hotel hotel konsep santai macam ni kalau pegi lepak sini sebab keje memang tak syok. Pegi santai santai baru la rasa diri ini dihargai....

Tapi nak duduk selalu selalu tu... ermmmmmm. sekali seumur hidup kot boleh lah.

bersambung...........................

28 comments :

  1. Fruit basket ade buoh salok? Class lahh

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu la.... nak bagi orang putih makan kot... kami memandang sepi je la...

      Delete
  2. bayar mahal2 rugi kalau tak digunakan sepenuhnya...golek puas2 dalam bilik lainlah kalau duduk bilik murah, balik untuk tidur jer kan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu.. apa yang ada belasah guna. kalau tak sekarang.. bila lagi...? otai masih berbisa..

      * mati la tetiba

      Delete
  3. wah teruja dengar komen...sbb ko nye komen mmg iklas...

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih... ikhlas la sebab bayar sendiri.. sebab tu aku x gemar kalau org jemput. nanti aku komen baik baik je.. rasa dungu nak buat entry

      Delete
  4. uishh terkesima kejap aku baca. makna mmg terbaik la service diorang ek.
    kau belum letak harga bilik ni lagi kan? ke dah? kot aku terlepas pandang.
    nak kumpul duit lah, teringin pulak nak stay kat sini

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehehe.. masa aku duduk ni ada introductory offer sebab ni kira baru di bukak. rm 888 ++ per nite. campur segala mala tax boleh tahan la jugak...

      lepas ni rasanya harga dia dalam 1299 per nite.

      masih promo tu pegi la feel feel normaya...

      Delete
  5. first time tengok bilik hotel ade coffee maker CBTL tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. pantun dua kerat

      Coffeee maker dalam bilik. konon nak buat kopi
      TAK RETI GUNA MESIN !!!!

      hahahaha

      Delete
  6. Wahh..excellent review! terus google tgk rega bilik..pitam!
    #servicetiptopsesuaiharga hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. ala.. sekali sekala kan. apa salahnya.....

      gi riki sekali lagi... pastu tahan diri dari pitam. book je terus !

      Delete
  7. Meng,

    Kalau guest pompuan, ada tak receptionist lelaki yg macho2 nak payungkan...kalau ada..kompon minggu depan aku datang check in...heeeeee

    ReplyDelete
    Replies
    1. xde la receptionist lelaki.. x mencabar minda kot sebab tukang bayar biasanya lelaki. so kena la pompuan yang cantik2 goda2 di lobby. hehehe

      lelaki sadong tak berapa nak jumpa. ada la beach boy dan budak budak lelaki jaga kolam. waiter pun ada.. tapi tak sure la sado ke tak.

      tapi ada mascot orang utan kat situ... teramat la sado !!!

      Delete
    2. bersyukur lah dengan apa yang ada.. hahaha

      Delete
  8. huntunglah aweks berebut nak payungkan ko

    Tapi normal la tu hotel mahal.Tu cara diaorang jaga para tetamu.Layanan bagus mesti orang datang lagi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul CC..

      aku rasa menyesal tak paw payung tu.. hehehe

      Delete
  9. Diorang berpusupusu bawa payung sebab nak uji keimanan retis Hitaly kot!

    ReplyDelete
    Replies
    1. aku rasa sebab dia orang tak de keje !!!!!!!!!!!!!!!

      hehehehee

      Delete
  10. Seronok duduk hotel mahal mahal nih .... hahahhahahaaa tapi tuh ler ... kalau on biz trip boleh ler, claim kan ... kalau on personal trip , ketap bibir ler .... hahahahahaa

    ReplyDelete
    Replies
    1. ketap bibir tak pe. jangan kepit peha.. kang terkencing dlm seluar. heheh

      Delete
  11. Aku peratiii je hotel ni meng.

    ReplyDelete
    Replies
    1. perati je tak cukup. pegi now skrg masih ada promo tu

      Delete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...