Monday, April 13, 2015

Trip Semporna Kan Aku - Highlight & Itinerary

Segar dari laut lepas !!!!

Semporna .... aku datang !

Dragon Inn

Masjid Semporna

Akhirnya...

Selepas gagal dalam cubaan pertama untuk menjejakkan kaki ke Semporna tahun 2013, tahun 2015 ini membuahkan hasil dengan seterusnya mengkabulkan impian selama ini untuk ke Mabul.

Lebih menarik lagi, trip kali ni dianggotai oleh GBS - Geng Berjalan Sakan walaupun cuma aku, IH dan BW je yang turut serta.

Sekali sekala... travel berdua/bertiga tu kan lebih baik !



Lihat awan di sana
Berarah mengikutiku
Pasti dia pun tahu

Ingin aku lewati
Lembah hidup yang tak indah
Namun harus ku jalani

Berdua denganmu
Pasti lebih baik
Aku yakin itu

Bila sendiri
Hati bagai langit
Berselimut kabut

Berdua denganmu

Lihat awan di sana
Berarak mengikuti
Pasti dia pun tahu

Ingin aku lewati
Lembah hidup yg tak indah
Namun harus ku jalani

Lihatlah awan di sana
Berarah mengikutiku
Pasti dia pun tahu

Ingin aku lewati
Lembah hidup yang tak indah
Namun harus ku jalani

Dan layan gambar gambar di Pulau Mabul.

Welcome to Mabul uolss !

Resort penginapan

Santai

Resort

Warga Mabul

Mabul

Senja yang sendu

Rise and shine

Mabul

Diving

Our Diving

Ikan ikanan

Diving Site

Penyu Menangis

Santai

Mabul Next Top Models

Snorkelling

Coral coralan

Aqua-riang

Sipadan Mabul Resort - SMART

Ke hujung dunia

Senja berlabuh

Bila Malam

Selamat pagi Mabul

Pulau Mabul

Tenang

Water bungalow

Mabul

Apa lagi yang boleh aku katakan, trip ke Mabul kali ni memang mengasyikkan.

Peluang untuk diving dan snorkelling sambil meneroka isi lautan benar benar memberi kepuasan yang maxima walau sekadar buat Discovery Scuba jer.

Tak de itinerary khusus, kami spend 3 hari 2 malam di Mabul. In all cost di Mabul lebih kurang RM 740 per pax all inclusive. Kami menginap di Mabul Beach Resort dan diving under Scuba Junkie. Recommended !

Dan selesai di Mabul, kami sempat untuk cilok ke Bohey Dulang.

Bohey Dulang

Jetty

200 Meter dari paras laut

Dengan pendakian lebih 600 meter

Bohey Dulang akhirnya terbentang

Bohey means Air.. Dulang means dulang. Bohey Dulang.... seperti air di dalam dulang

Trip ke Bohey Dulang ni memang spontaneous. Asalnya memang tak masuk dalam itinerary. Tapi orang kata kalau dah rezeki, berjaya juga kami mendaki dan berpijak.

Dengan masa agak suntuk, kami ke Bohey Dulang dan aku pun separuh mampus gak la mendaki. Maklumlah.. kalau dah tempayan bergerak memang macam ni la jadi nya.

Kalau sesapa nak ke Bohey Dulang. Boleh hubungi Pakcik Madi - 012 812 8589. Kami dapat harga RM 300 per trip. Cuma kena tambah bayar guide di Taman Negara RM50 untuk bawak ke atas bukit. Call direct je Pakcik Madi tu nanti bagi info dan dia uruskan kemasukkan ke Taman Marin Sabah. Jangan wassap lah.. Pakcik Madi tak berapa tetchy lagi.

Ni blog reference yang aku rasa banyak membantu dan boleh di rujuk.

1. Hang Dhamin
2. NanaTron
3. Chawanna

Apa apa pun... Alhamdulillah. Impian sekian lama ke Mabul akhirnya termakbul. Insya Allah akan ada repeat ke pulau pulau lain. Excited aku nih.

Hari ni dah kena start keje semula. Back to work. Back to reality !

* sigh

24 comments :

  1. dem..hhaha. entry aku pasal menda alah nih tak buat2 lagi.

    ReplyDelete
  2. sempat muntah sekali masa hiking bohey dulang ni..uwekkk.tp view mmg cantik.superb..:)

    ReplyDelete
  3. Soalan pertama yang selalu orang tanya...tak takut ker gi semporna, makbul nanti kena culik dek lanun?

    Gadis palau tu besar nanti malingkat (cantik) tau.

    ReplyDelete
  4. fuhh mmg rasa down pegi keje lepas balik dari Mabul kan? Aku dah merasai efek smackdown ituuu


    rindu Mabul ! bulan depan nak pegiiii...

    guide RM50 di Taman Negara tu per person ke per trip?


    ReplyDelete
  5. aku nak gi mabul tapi aku takut sebab banyak kes culik.Berangan je la.

    ReplyDelete
  6. Wah, u olls senyap2 gi Mabul ek? MasyaAllah, view Bohey Dulang tue mmg amazing sangat! Tak siap2 memanjat kan?

    ReplyDelete
  7. Bang,
    Soalan ala-ala kurang cerdik ni bang.
    Masa diving tu ada jumpa Cik Duyong tak?

    ReplyDelete
  8. mabul?? selamat ker?? hihi soalan agak kurang bijak kan?

    just curious hehehehe

    ReplyDelete
  9. bohey dulang sememangnya 'hot destination' di klgn kwn2 skrg...daku mampooo jelezzzz je ...

    ReplyDelete
  10. wei meng ko pi wekend baru ni ke...ko jupe tak kawan travel aku yg besar gak tu si dini....hehehe mabul kecik je kannn...takkan tak de selisih lutut...kuikuikui

    ReplyDelete
  11. Saya tinggal dan berkerja di semporna hampir dua tahun. Insyaallah, Semporna ok je.. Jangan takut-takut nak datang. hehehehe... Boleh tengok culture etc.
    Jom singgah di blog saya gajahgenduts03.blogspot.com

    ReplyDelete
  12. Wowww...bukan abg meng xreti swim ke..hahaha..pastu discovery scuba tu camne..sorry xtaw

    ReplyDelete
  13. Agip : tu la... busy mengalahkan PM..

    cepat bertindak segera !!!


    Azra : cuaca cun ok la... tu pun kat bohey dulang agak berjerebu..

    cuma sunset di mabul agak mengecewakan. 2 hari tunggu. hampeh belaka


    Rosatie : muntah tak pe jangan pengsan.. guide tu citer macam macam ada yang muntah. pengsan dan ramai je yang give up tak jadi naik.

    ReplyDelete
  14. Nasa : insya allah oke..

    negara kita kan masih aman....

    hehehe.. dulu aku cancelled trip 2013 sebab takutlah.. tapi rasanya selamat.

    bebudak bajau tu besar sikit dah kawin kot...


    NanaT : aku nak repeat tapi bukan mabul. pulau2 lain la.. rasa syok je gi pulau lawa lawa ni.

    guide tu per trip.. bayar upah pakcik taman laut tu jer


    CC : insya allah oke.. ramai je yang pegi.

    kalau org nak culik pun. dia culik orang orang yang duk resort mahal kot. berbaloi..hehehe


    Zara : siap siap ke sia sia?

    sia sia gak la. hahahaha penat weh. tapi ok view memang lawa.

    ReplyDelete
  15. Shams : duyung kalau ada dia bertempiaran lari dulu.. hehehe..

    penyu la banyak..


    liza : Insyaallah selamat...


    PM : pakai kasut magic dan start memanjat skrg..

    kau pasti buleh !!!

    ReplyDelete
  16. DJ : tak perasan lak jumpa pomp melayu. lelaki melayu ada la 2 orang kot. lain lain semua mat salleh.

    kat resort aku kami je hitalian... yang lain semua jawa agaknya... heheheh


    Nurul : betul tu.. insya allah oke..


    MKL : hahaha.. memula nak buh tajul doaku termakbul di mabul.


    Ena : kau memang menguris perasaan aku.

    aku ni juara kuak lentang 10 kali berturut turut tau tak?
    belum kira renang katak.. renang anjing. renang renang kotaraya.. hahaha

    buleh la setakat nak berenang selamatkan diri sendiri tu. nak selamatkan org lain je tak buleh.

    discovery scuba ni utk yang tak de license. so boleh diving tapi di temani oleh divemaster la. tak leh syok2 sendiri..










    ReplyDelete
  17. huyooo abg meng diving! ingat ke terbang2 jer..hahaha

    Boheng dulang menawan kalbu..#bilanakperginie??

    ReplyDelete
    Replies
    1. cepat pegi skrg.. nanti lama lama dah tak lawa sebab org ramai dah pegi.

      aku bukan setakat diving.. menari zapin pun reti !!!

      ( sebenarnya tak reti )

      Delete
  18. masa g mabul thn lps dpt tgk dorang lepaskan anak penyu..omey giler.terkedek2 masuk laut..hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. ya betul. kat resort hari tu pun ada tapi menetas tak sempat masa dgn kita org...

      tak de rezeki nak tengok.

      Delete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...