Thursday, April 16, 2015

Trip Sabah 2015 : 03 - Gaya Market | Thien Thien Restaurant | Pantai Likas

Lepas check out dari Hotel Gaya Center tu kami ke Gaya Market.

Kebetulan hari tu hari ahad so nak la gi usha usha. Lagipun aku dah risik risik nak makan tengahari di area Gaya Market tu jer.

Dengan bantuan Waze kami terjah ke sana. Tak jauh pun. 5 minit je dari hotel Gaya Center Hotel tu.

Tugu Peringatan Malaysia

Jumpa parking

Tanglung bergayutan sempena Tahun Baru Cina yang bakal menjelma

Lepas park kereta tu, kami berjalan la ke Gaya Market nak usha usha. Kebetulan pulak nak cari selipar untuk Princess sebab dia kata sakit kaki pakai kasut dia tu. 

Jalan jalan lagi. Tiba tiba....

"Adik nak garifah !"
"Garifah?"

Tunjuk.

Rupanya patung zirafah.

* Papa pengsan.

Nak marah pun tak jadi. Gelak pulak.

"Tak boleh. Beli selipar jer. Nanti kita beli Zirafah yang lagi besar kat tempat lain"

OK skit. Pastu jalan lagi. Berhenti kat tempat selipar. Tak nak jalan dah.

Suruh pilih selipar tak nak. Nak payung Frozen !!!!

Dia nak payung pink !

Lari konsep kan anak aku ni.

Lain yang nak di beli, lain yang dia mengamuk nak. Tak bagi merajuk. Bila merajuk nangis la berdiri tak nak bergerak. Orang lalu lalang kang ingat aku dera anak pulak. 

Pujuk pujuk tak jalan jugak. Selipar pun tak nak. Last sekali terpaksa la beli payung. Baru la beli selipar. Baru la okey. Tu pun sedu sedan lagi.

Tu la perangai anak pompuan aku sorang ni.



Ku kenali dirimu
Kau berada gadis bergaya
Citarasa sang jejaka

Kau terlalu mencuba
Nak gaya ranggi atas bawah
Berkaca mata berkasut tumit tinggi
(Gadis idaman Malaya)

Tak ku sangka kau rupa-rupanya
Ada maksud di sebalik gaya

(Katakan saja)
Katakan saja kau mahu
(Kalau kau suka)
Apa yang kau tunggu
Datang mendekat datang merapat
Jangan malu denganku
Ku tahu engkau mahu

(Semuanya takkan)
Jelas kalau kau tak cuba
(Manakan tahu)
Apa yang di dada
Jangan kau gentar
Jangan kau gusar
Kerna diriku juga suka kamu

Terkadang ku keliru
Hampir separuh mati ku cuba fahami
Misteri gerak gerimu
Kau punyai naluri
Mahu memiliki mahu dimiliki
Memuja dipuja teruja
Kumbang dan bunga

(Kita tiada bezanya)

Tak ku sangka kau rupa-rupanya
Ada maksud di sebalik gaya

Pantang la nampak mainan. Nak saja. Kalau tak dapat mula kaki melekat kat jalan. Budak budak nak membesar biasa lah kan.

Harap harap ni cuma phase biasa budak budak nak mainan. Dulu Hero pun macam tu jugak, tapi dah abis masalah lain pulak. Bila abis part mainan, sekarang part nak beli pensel. Sikit sikit beli pensel. Pegi 7 Eleven pun nak pensel !

Tu la drama melayan kerenah budak budak ni. Tapi aku ni, kalau cakap tak nak beli memang aku tak akan beli. Tak dapat pujuk aku, dia pujuk OR pulak. Sudahnya OR la yang beli. Kalau tidak merajuk tak sudah lah budak budak ni.

Benda benda ni la boleh kadang kadang buat hilang mood nak merayap lebih lebih. Terus tak jadi nak jalan lama lama kat Pasar Gaya tu. Lagipun orang macam ramai dan perut pun dah lapar.

Cuma sempat beli keychain je untuk Hero.

Hero beli keychain untuk dia, kawan kawan dia, drebar van dia.. dan semua orang la dia nak beli !!

Lepas abis beli dan jalan jalan lebih kurang. Tak abis explore pun Gaya Market tu, then kami terus ke resto untuk makan.

Pilihan kami.

Thien Thien Restaurant di KK

Pilihan aku sebenarnya...

Tak tau la mana datang idea tu. Aku ada tanya blogger BK kot mana nak makan sedap so dia pun petik je restoran ni, aku google lebih kurang then decided boleh je la. Thank you Bibie Karim !

Janji kenyang. Sedap. Halal dan menyelerakan.

Dapat ke tu semua di sini?

Okey. Restoran ni rasanya masakan Vietnam kot. Kedai dia agak cozy dari luar, tapi bila masuk dalam macam warung Cina. Meja dekat dekat dan sempit. 

Duduk dan kami order.

Minuman

OR order Sotong Pedas. Aku jamah sikit jer.. Macam kureng je lah. Sotong dia macam beso beso

Telur dadar untuk semua

Sweet and Sour Chicken untuk Hero. Aku jamah jugak. Boleh tahan sedap

Sayuran untuk semua. Tapi macam aku sorang je yang makan

Dah ini aku yang nak. Soft Shell Crab with Oat. Sedap. Lazat dan menyelerakan. Cuma harga yang ni mahal sikit. Ni paling win !!!

Overall not bad lah. 

Ada lagi menu menu lain. Makanan enak lah. Harga tak tau la tapi sebab soft shell crab tu mahal so kos makan semua dekat RM 100 jugak lah. Kira mahal jugak la kot.

Janji kenyang. Boleh try ! Cuma suasana dalam kedai nampak tak berapa kemas jer.

Dan kedainya pun halal

Lepas makan dan kenyang. Kami pusing pusing bandar KK jap.

Tak tau nak ke mana. 

Hotel Le Meridien KK

Api Api dan Peri Peri

Dan bandar KK pun tak de la besar sangat. Sekejap je dah abis pusing. Terus kami bergerak menuju ke destinasi seterusnya, keluar dari bandaraya KK ni

Lalu di pantai

Nampak bangunan di pesisir pantai

Pokok kelapa nan melambai

Kami lalu area Likas.

Nampak ada pantai tempat istirehat, berhenti kejap kat situ ambik angin.

Ada kawasan istrirehat di pantai Likas

Pantai Likas

Budak ni asal nampak pasir jerr memang nak main

Layan suasana di pantai Likas

Remaja remaja bersantai

Ada yang main ombak

Ada yang berpicnic dan sebagainya

Kami singgah sekejap je lah.

Pastu mula bergerak ke destinasi seterusnya.. 

Mahu ke Kundasang !

Malam ke dua memang aku dah book penginapan di sana. Saja nak gi rasa cuaca sejuk dan usha puncak Kinabalu. Feeling feeling dejavu.

bersambung.............

12 comments :

  1. Bang,
    Hero ko boleh berjemaah dgn heroes Sham la. Diaorg ni b4 pi jln dh mind-set segala jenis souvenirs utk sensei la, cikgu-cikgi la, kwn kelas la, sepupu-sepapat la.. anak jiran la.
    Cuma yg tak best bila budget lari mula buat muka kerang busuk mintak subsidi.. Ibuuuu jugak kena kluar duit syiling..

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahahaha.. budak budak kan. nak marah pun tak guna. kita kecik2 dulu cam tu jugak pun...

      Delete
  2. hehe..awal2 papa dh kena paw ;p

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu la.. dari start keluar rumah dah kena. kejap nak air. kejap nak itu.. nak ini...

      Delete
  3. Untunglah kawankawan & drebar van si Hero. Dia tunjuk je, Papa sila bayar. Lupa nak suggest ko order ring yam kat resto tu Meng hahaha. Aku kalau makan sana memang selalu order yam tu & sayur brokoli mushroom dia.

    ReplyDelete
    Replies
    1. heh. x de rezeki. tak pe kalau org lain baca ni dia buleh order kalau ke sana. thanks again BK

      Delete
  4. ada satu restoran vietnam dekat2 gaya street tu - restoran peppermint

    ReplyDelete
  5. Yay...payung pink menang....abis tu camner bawak balik?

    ReplyDelete
  6. ce bagi pinses adik mesti dia tak meragam dah..kuikuikui..
    Sabah yg best..kalau diberi peluang nak jugak menetap di sana..kehkehkeh..

    ReplyDelete
    Replies
    1. amboih sampai nak menetap tu... suka sgt la tu.

      princess x leh ada adik lg... bajet papa lari.. lari laju tak leh kejar

      Delete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...