Wednesday, April 29, 2015

Trip Sabah 2015 : 16 - Kota Kinabalu | Masjid Negeri Sabah

Hari ke 5 di Sabah, kami check out Shangri La Rasa Ria tengah hari dengan kepuasan di jiwa. Tak puas hati gak la sebab dia tak bagi late check out.

Kembali ke alam realiti. Sekali sekala dapat mengecapi nikmat dunia syok lah. Nak selalu selalu masih tak mampu.

Dari Tuaran kami terus kembali ke Kota Kinabalu. Flight malam tu balik ke KLIA pukul 8 malam jadi kami ada banyak masa jugak.

Tapi tak de perancangan khusus cuma nak kena gi melawat few tempat sebelum pulangkan kereta dan balik ke airport nanti.

On the way balik ke KK

Sampai di bandaraya KK

Lepak lepak kat area ni kejap. OR pegi pasar beli barang dia, aku lepak je kat kereta dengan budak budak

Ikan todak

Dolphin

Ikan kering

Lepak parking kat sini jap sebab OR pegi beli barang kat Pasar Kraftangan. Aku tak pegi pun

Cuma sempat snap gambar je

Pegi ke waterfront

Dengan misi .....................

Nak pegi Hard Rock Shop. Malangnya dah tutup. Tunggu bulan 5 baru bukak balik kat Ocean Mall kat sebelah yang masih dalam pembinaan. Frust ! Tak de rezeki.

Waterfront

Nak gi Tanjung Aru tapi terlajak.... patah balik. Nampak KFC gergasi ni. Hero kata ayam kat atas tu ada lalat

Then kami singgah di Masjid Negeri Sabah untuk solat

Di bina pada 1970 an

Kubah dari dalam dewan utama

Dewan solat utama

Kubah

Ngeri betul tengok chandelier dia tu

Ruang solat utama

Kolah air sembahyang di kaki menara

Bumbung ke arah menara

Masjid ni nampak dah lama sangat

Tapi exterior dia berseni dan lawa

Kubah masjid dari luar

Masjid Negeri Sabah merupakan Masjid Negeri bagi negeri Sabah, Malaysia. Ia terletak di Jalan Tunku Abdul Rahman, Sembulan, Kota Kinabalu. Ia berada di bawah pentadbiran Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah (JHEAINS).

Di masjid inilah letaknya Makam Pahlawan Sabah, iaitu tempat bersemadinya tokoh-tokoh Sabah terkenal. Antaranya Tun Mohammad Fuad Stephens (Donald Stephens), Tun Mohd Hamdan Abdullah, Tun Pengiran Ahmad Raffae, Tun Mohamed Said Bin Keruak dan Tun Mohd Adnan Robert.

Tun Mohammad Fuad Stephens adalah Ketua Menteri Sabah yang pertama yang telah terbunuh dalam kemalangan pesawat yang terhempas pada 1976 di Kota Kinabalu.

Selesai solat kami bergerak ke Tanjung Aru..

Singgahan terakhir sebelum berangkat pulang...



Apakah aku tak mampu
Apakah aku tak layak
Mendaki takhta hatimu
Dan kau jadi permaisuriku

Bagai telah dilewati
Jejaki jalan berduri
Di pintumu aku berdiri
Menantikan kau tunjukkan wajahmu

Kerna cinta aku tunduk
Kerna cinta aku rebah
Melutut hadapanmu

Tapi engkau hanya pandang
Dengan hijab yang menghalang
Pandanganku padamu

Aku pinta kau rasakan belas
Aku pinta kau merasakan kasih tanpa syarat
Kerna aku telah beri segalanya

Kerna cinta aku tunduk
Kerna cinta aku rebah
Melutut hadapanmu

Aku pinta kau rasakan belas
Aku pinta kau merasakan kasih tanpa syarat
Kerna aku telah beri segalanya

Kerna cinta aku tunduk
Kerna cinta aku rebah
Melutut hadapanmu

Tapi engkau hanya pandang
Dengan hijab yang menghalang
Pandanganku padamu

bersambung.........

9 comments :

  1. Kalau masuk pasar tuh ... puuhh panas !!! Berkuap !!!

    Tapi suka beli udang kering dia hahahahhaaa

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu la pasal.

      rasa lemas semacam je dalam tu. lagi pun malas nak masuk sebab takut budak2 mengaruk nengok mainan

      Delete
    2. udang kering ke? OR beli ikan masin.. ke ikan bilis? lupa pulak.

      Padahal tak ambik pot

      Delete
  2. tgk pasar tue tringat lak kuih cincin..benda wajib beli kalu g KK..:)

    adoii mana nk cari kt sini nih??

    ReplyDelete
  3. Replies
    1. ya ka? hahahaha nampak sgt aku tak berapa nak ambik tau perihal salasilah keluarga ikan.

      maklum la tengok ikan pandang sepi jer.... x seksi

      Delete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...