Segar dari laut lepas !!!!
Dan layan gambar gambar di Pulau Mabul.
Semporna .... aku datang !
Dragon Inn
Masjid Semporna
Akhirnya...
Selepas gagal dalam cubaan pertama untuk menjejakkan kaki ke Semporna tahun 2013, tahun 2015 ini membuahkan hasil dengan seterusnya mengkabulkan impian selama ini untuk ke Mabul.
Lebih menarik lagi, trip kali ni dianggotai oleh GBS - Geng Berjalan Sakan walaupun cuma aku, IH dan BW je yang turut serta.
Sekali sekala... travel berdua/bertiga tu kan lebih baik !
Lihat awan di sana
Berarah mengikutiku
Pasti dia pun tahu
Ingin aku lewati
Lembah hidup yang tak indah
Namun harus ku jalani
Berdua denganmu
Pasti lebih baik
Aku yakin itu
Bila sendiri
Hati bagai langit
Berselimut kabut
Berdua denganmu
Lihat awan di sana
Berarak mengikuti
Pasti dia pun tahu
Ingin aku lewati
Lembah hidup yg tak indah
Namun harus ku jalani
Lihatlah awan di sana
Berarah mengikutiku
Pasti dia pun tahu
Ingin aku lewati
Lembah hidup yang tak indah
Namun harus ku jalani
Welcome to Mabul uolss !
Resort penginapan
Santai
Resort
Warga Mabul
Mabul
Senja yang sendu
Rise and shine
Mabul
Diving
Our Diving
Ikan ikanan
Diving Site
Penyu Menangis
Santai
Mabul Next Top Models
Snorkelling
Coral coralan
Aqua-riang
Sipadan Mabul Resort - SMART
Ke hujung dunia
Senja berlabuh
Bila Malam
Selamat pagi Mabul
Pulau Mabul
Tenang
Water bungalow
Mabul
Apa lagi yang boleh aku katakan, trip ke Mabul kali ni memang mengasyikkan.
Peluang untuk diving dan snorkelling sambil meneroka isi lautan benar benar memberi kepuasan yang maxima walau sekadar buat Discovery Scuba jer.
Tak de itinerary khusus, kami spend 3 hari 2 malam di Mabul. In all cost di Mabul lebih kurang RM 740 per pax all inclusive. Kami menginap di Mabul Beach Resort dan diving under Scuba Junkie. Recommended !
Dan selesai di Mabul, kami sempat untuk cilok ke Bohey Dulang.
Bohey Dulang
Jetty
200 Meter dari paras laut
Dengan pendakian lebih 600 meter
Bohey Dulang akhirnya terbentang
Bohey means Air.. Dulang means dulang. Bohey Dulang.... seperti air di dalam dulang
Trip ke Bohey Dulang ni memang spontaneous. Asalnya memang tak masuk dalam itinerary. Tapi orang kata kalau dah rezeki, berjaya juga kami mendaki dan berpijak.
Dengan masa agak suntuk, kami ke Bohey Dulang dan aku pun separuh mampus gak la mendaki. Maklumlah.. kalau dah tempayan bergerak memang macam ni la jadi nya.
Kalau sesapa nak ke Bohey Dulang. Boleh hubungi Pakcik Madi - 012 812 8589. Kami dapat harga RM 300 per trip. Cuma kena tambah bayar guide di Taman Negara RM50 untuk bawak ke atas bukit. Call direct je Pakcik Madi tu nanti bagi info dan dia uruskan kemasukkan ke Taman Marin Sabah. Jangan wassap lah.. Pakcik Madi tak berapa tetchy lagi.
Ni blog reference yang aku rasa banyak membantu dan boleh di rujuk.
1. Hang Dhamin
2. NanaTron
3. Chawanna
Ni blog reference yang aku rasa banyak membantu dan boleh di rujuk.
1. Hang Dhamin
2. NanaTron
3. Chawanna
Apa apa pun... Alhamdulillah. Impian sekian lama ke Mabul akhirnya termakbul. Insya Allah akan ada repeat ke pulau pulau lain. Excited aku nih.
Hari ni dah kena start keje semula. Back to work. Back to reality !
* sigh
dem..hhaha. entry aku pasal menda alah nih tak buat2 lagi.
ReplyDeletegambar2 merobek jiwa betul
ReplyDeletesempat muntah sekali masa hiking bohey dulang ni..uwekkk.tp view mmg cantik.superb..:)
ReplyDeleteSoalan pertama yang selalu orang tanya...tak takut ker gi semporna, makbul nanti kena culik dek lanun?
ReplyDeleteGadis palau tu besar nanti malingkat (cantik) tau.
fuhh mmg rasa down pegi keje lepas balik dari Mabul kan? Aku dah merasai efek smackdown ituuu
ReplyDeleterindu Mabul ! bulan depan nak pegiiii...
guide RM50 di Taman Negara tu per person ke per trip?
aku nak gi mabul tapi aku takut sebab banyak kes culik.Berangan je la.
ReplyDeleteWah, u olls senyap2 gi Mabul ek? MasyaAllah, view Bohey Dulang tue mmg amazing sangat! Tak siap2 memanjat kan?
ReplyDeleteBang,
ReplyDeleteSoalan ala-ala kurang cerdik ni bang.
Masa diving tu ada jumpa Cik Duyong tak?
mabul?? selamat ker?? hihi soalan agak kurang bijak kan?
ReplyDeletejust curious hehehehe
bohey dulang sememangnya 'hot destination' di klgn kwn2 skrg...daku mampooo jelezzzz je ...
ReplyDeletewei meng ko pi wekend baru ni ke...ko jupe tak kawan travel aku yg besar gak tu si dini....hehehe mabul kecik je kannn...takkan tak de selisih lutut...kuikuikui
ReplyDeleteSaya tinggal dan berkerja di semporna hampir dua tahun. Insyaallah, Semporna ok je.. Jangan takut-takut nak datang. hehehehe... Boleh tengok culture etc.
ReplyDeleteJom singgah di blog saya gajahgenduts03.blogspot.com
tajuk very catchy.....
ReplyDeleteWowww...bukan abg meng xreti swim ke..hahaha..pastu discovery scuba tu camne..sorry xtaw
ReplyDeleteAgip : tu la... busy mengalahkan PM..
ReplyDeletecepat bertindak segera !!!
Azra : cuaca cun ok la... tu pun kat bohey dulang agak berjerebu..
cuma sunset di mabul agak mengecewakan. 2 hari tunggu. hampeh belaka
Rosatie : muntah tak pe jangan pengsan.. guide tu citer macam macam ada yang muntah. pengsan dan ramai je yang give up tak jadi naik.
Nasa : insya allah oke..
ReplyDeletenegara kita kan masih aman....
hehehe.. dulu aku cancelled trip 2013 sebab takutlah.. tapi rasanya selamat.
bebudak bajau tu besar sikit dah kawin kot...
NanaT : aku nak repeat tapi bukan mabul. pulau2 lain la.. rasa syok je gi pulau lawa lawa ni.
guide tu per trip.. bayar upah pakcik taman laut tu jer
CC : insya allah oke.. ramai je yang pegi.
kalau org nak culik pun. dia culik orang orang yang duk resort mahal kot. berbaloi..hehehe
Zara : siap siap ke sia sia?
sia sia gak la. hahahaha penat weh. tapi ok view memang lawa.
Shams : duyung kalau ada dia bertempiaran lari dulu.. hehehe..
ReplyDeletepenyu la banyak..
liza : Insyaallah selamat...
PM : pakai kasut magic dan start memanjat skrg..
kau pasti buleh !!!
DJ : tak perasan lak jumpa pomp melayu. lelaki melayu ada la 2 orang kot. lain lain semua mat salleh.
ReplyDeletekat resort aku kami je hitalian... yang lain semua jawa agaknya... heheheh
Nurul : betul tu.. insya allah oke..
MKL : hahaha.. memula nak buh tajul doaku termakbul di mabul.
Ena : kau memang menguris perasaan aku.
aku ni juara kuak lentang 10 kali berturut turut tau tak?
belum kira renang katak.. renang anjing. renang renang kotaraya.. hahaha
buleh la setakat nak berenang selamatkan diri sendiri tu. nak selamatkan org lain je tak buleh.
discovery scuba ni utk yang tak de license. so boleh diving tapi di temani oleh divemaster la. tak leh syok2 sendiri..
huyooo abg meng diving! ingat ke terbang2 jer..hahaha
ReplyDeleteBoheng dulang menawan kalbu..#bilanakperginie??
cepat pegi skrg.. nanti lama lama dah tak lawa sebab org ramai dah pegi.
Deleteaku bukan setakat diving.. menari zapin pun reti !!!
( sebenarnya tak reti )
masa g mabul thn lps dpt tgk dorang lepaskan anak penyu..omey giler.terkedek2 masuk laut..hihi
ReplyDeleteya betul. kat resort hari tu pun ada tapi menetas tak sempat masa dgn kita org...
Deletetak de rezeki nak tengok.
Air laut biru hijau jadi pilihan
ReplyDeleteya lah... rindu laut . rindu pantai....
Delete