Pages

Tuesday, April 14, 2015

Trip Sabah 2015 : 01 - KLIA2 Ke KKIA2

Trip ke Kota Kinabalu, Sabah.

Highlightnya dah keluar di sini dulu : Trip Angin Bayu Membawa Diriku

Ayuh mulakan !

Intro trip ni senang jer. Satu hari aku godek godek website Air Asia pastu tetiba rasa nak terbeli tiket ke KK. Kebetulan ada cuti Hari Wilayah dan Thaipusam maka aku jadi excited terlebih walaupun aku keje bukan di KL dan budak budak pun sekolah di Selangor.

Jadi aku beli je tiket tu pastu baru consult OR. 

"Boleh tak Yang? Tapi saya dah beli dah..."

Hahahaha. Tanya orang tapi tiket dah beli siap siap. Sebab aku takut tak dapat harga macam tu dah ke Kota Kinabalu. Sebab aku pilih ke KK adalah sebab Hero nak pegi. Dah lama dia cakap nak ke sana so aku langsaikan keinginan dia kali ni ! Sebenarnya tiket takde la murah sangat sebab tarikh travel tu cuma seminggu je lagi tapi mengenangkan waktu cuti.. so aku beli je la cepat cepat.

Yang risaunya sebab budak budak sekolah !

Belasah je lah. Nanti boleh kautim dengan cikgu cikgu sekolah. Ada kecemasan. Bapak budak budak ni perlukan masa untuk bercuti dan tenangkan jiwa. Aci kan bagi alasan macam tu kat cikgu?

Anak anak aku seronok la bukan kepalang. Hari hari tanya. Lagipun dia orang dah lama bising bising nak naik kapal terbang. Aku bukan tak nak ajak tapi cuti tak der. Tapi kali ni kena ambik cuti gak lah sebab nak merayap punya pasal. Tapi masih awal tahun.. bermewah mewah la dengan cuti yang ada. Hujung tahun baru sengkak !

Memang nekad kali ni pastikan jadi ! Kalau merancang lebih lebih sangat pun biasanya tak jadi pun. So plan adhoc macam ni baru la tercabar. 

Orang paling excited adalah Princess. Masa hari Jumaat tu dia dah tak nak gi sekolah.

"Adik nak gi jalan jalan"
"Kita pegi esok lah.. sabtu.. hari ni kena pegi sekolah dulu"

Hero tukang pujuk. Muncung.

Maka hari yang di nantikan pun tiba. Keluar rumah tengahari lepas makan then terus ke Putrajaya. Memang plan nak parking kat Putrajaya Sentral tu pastu naik ERL ke KLIA2. Lebih mudah sebab kalau nak tinggal kereta 5 hari kat KLIA 2 tu mahu kopak aku di buatnya.

Parking kat Putrajaya Sentral adalah menipu.

Tak de parking pun. Pusing pusing dalam tu sampai penat. Nasib la masih awal. Kalau melambat lambatkan permainan memang lambatlah nak sampai KLIA2 dek kerana susah nak cari parking.

Solusinya?

Aku parking tepi jalan jer. Gamble abis. Hahahaa.

Sebelum tinggal kereta. baca jampi serapah dulu.

"Alif Lam Lam Ha.. sapa curik atau rosakkan kereta aku dia berdosa !"

Naik ERL kita ke KLIA 2

Ini gambar pilot Air Asia punya yang naik ERL jugak.

Ini budak awal awal dah drama. Nak beli gula kapas kat kedai atas station ERL tu... tak bagi.. merajuk !

Berjaya naik ERL setelah sekian lama tak naik. Nasib ada tempat duduk tapi leceh jugak la sebab bawak beg apa semua...

Tak lama lepas tu kami pun sampai di KLIA2.

Urusan check in pantas jugak lah. Dah check in beg sekali apa semua baru la rasa ringan. Berlenggang kangkung je masuk ke terminal dan terus je ke gate untuk berlepas

KLIA 2

Kami sampai agak awal. Gate pun belum di buka. Dah la gate hujung sekali. Jenuh lak menapak. Lagipun Princess dah complain kaki dia sakit. Aku lepaskan je dia jalan berkaki ayam. Alasan nak beli kasut baru le tu.

Menunggu.............

Budak ni macam macam benda dia buat sambil berkaki ayam. Si abang macam biasa.. mengadap game je manjang

Beg Princess. Penuh dengan mainan mainan dia jer. Sudu lah. Kamera pun ada.

Sepatutnya kami berlepas jam 5:15 petang. Pastu ada pengumuman kata flight delayed. Tak tau jam berapa. OR pegi beli air dan jajan kejap belum sempat dia balik pengumuman lagi kata flight dah ready nak nak boarding !

Terkocoh kocoh la kami boarding.

Masuk dalam flight, flight taxied ke tengah sikit pastu stalled !

Stalled dalam kedudukan ni dekat 20 minit. Lama tu.. dan aircond tak der... Panas gila

Orang dalam flight semua dah resah gelisah. Anak aku siap boleh cakap.

"Papa... kenapa kita tak gerak gerak.. Pilot tu makan ke?"

Hahahahaha.

Makan dia kata. 

Tak lama lepas tu bunyi la suara pilot bagitau ada masalah aircond so kami kena tukar flight lain.

Pastu jadi huru hara dalam flight. Ada je yang bangun dan ambik beg masing masing. Macam la boleh turun kat tengah tengah landasan tu. Ingat ni LCCT ka? Bongok betul la... Dah la panas.. tengok dia orang ni buat aku jadi makin rimas !

Lepas kena marah dengan stewardess baru la masing masing duduk semula.

So ingatkan, flight ni docking balik dekat gate yang kami memula naik tadi.. rupanya tak. Dia bergerak keliling KLIA 2.

Ya. Tawaf satu KLIA 2 dengan tak de aircond nya !!

Flight belakang tengah queue.. tapi dia nak gi berlepas. Flight aku je pose pose makan angin pusing keliling KLIA2

Buat satu pusingan. Apa masalah ntah tak ikut laluan short cut. Then turun kan je kami semua kat gate mana mana ker. Macam dah tak leh nak bernafas je. Panas dah satu hal. Panas luar dalam. Celah kangkang pun dah start berpeluh.

Memang pusing KLIA2 dekat 360 darjah. Siap berhenti dua tiga kali... Fuh ! Abis la majalah dalam flight tu jadi kipas masing masing dah berpeluh peluh

Lapar dan dahaga. Nasib ada abang Ali so kami berkelah je dalam flight tu. Crew pandang je tak leh nak cakap apa... Cakap banyak kang, ada yang bukak pintu kecemasan dan terjun !

Pusing lagi...............

Masuk balik laluan tengah ni....

Dan baru docking kat gate 

Lebih pada sejam jugak la terperangkap dalam kapal terbang yang tak leh terbang ni.

Then kami dibenarkan keluar ke terminal dan pegi ke gate lain.

Masa tu dah ada puak puak penumpang yang tak sabar dan amarah bergaduh dengan crew Air Asia. Ada siap yang ambik video. Apa masalah dia orang aku tak tau sebab aku malas nak gi ambik pot.

Aku menunggu dan menanti. Dan berdoa. Cepat la berlepas.

Princess rilex je bukak mainan dia dan main masak masak !

"Papa nak makan apa?"
"Mee Goreng... telur dadar pastu bubuh ayam ......."
"Ala.. jangan la susah susah. Adik tak pandai"

Hehehe. Nak masak sangat. 

Aku rengsa sebab dah janji dengan orang sewa kereta aku sampai pukul 8 malam kat KKIA. Masalahnya dah nak dekat pukul 7 tak berlepas lepas lagi.

Berkali kali la aku terpaksa message orang tu. Nasib la dia OK jer.

Tapi aku lah kisah sebab nanti sampai dah jauh malam ! 

Akhirnya pengumuman di buat dan kami masuk dalam flight lain.

Baru la okey sebab aircond ada apa semua. Pukul 7.20 flight bergerak meninggalkan landasan KLIA 2.

Cepat Encik Pilot.. Jangan makan makan dalam cockpit naaa



Rasa suasana riang berdua
Saatku kau lupakan saja
Menari di minda hingga terleka
Beralih ke alam yang nyata

Tersentuh bagai dejavu
Beribu batu lebar sayapku

Pabila bercinta dan dicinta
Cari cinta, cinta mega
Biar cinta jadi fenomena
Tertusuk sudah aku
Panahanmu, panahanku, hak milikmu
Biar panahku terus di situ

Inilah petanda telah bermula
Ilusi baru dalam sketsa
Memenuhi masa dengan ceria
Bagai ledakan supernova

Ilusi
Biar ia dijadikan realiti
Aku menyanyi
Biar diriku mencapai rentak infiniti
Nan tinggi

Take off

Aku memang ambik seat belakang sekali. Luckily belakang tak de orang so kami dapat 3 seat setiap 2 orang. Aku dengan Hero dan OR dengan Princess. Boleh la dia orang tidur tidur. Tapi tak tidur pun. Princess dok menyanyi dan berjalan sana sini. 

Akhirnya selamat jugak sampai.

Alhamdulillah...

Gambar di ambik dengan pantas tu.. Hahaha..

Sampai KKIA2 called orang sewa kereta dan dia pun dah menunggu. Ambik kereta dan kami terus ke bandaraya. Sampai hotel dekat pukul 12 malam jugak. Nak makan pun tak jumpa kedai dah. 

Sudahnya.. rest je la dalam bilik.

Apa apa pun.. gembira sebab dah selamat tiba. Dah start rasa angin bayu Kinabalu .....

bersambung................ 

17 comments:

  1. Alif lam lam ha..
    - ko calit ngan air liur tak bang?
    - kira sain kontrak la tu..

    ReplyDelete
  2. Satu hal la pulak nak punggah bag bagai pindah pesawat. Aku pernah kene camni ngan MAS tapi bukan sbb ekon rosak, dorang sengaja tak on, bersauna la dalam tu grrrrrr

    ReplyDelete
  3. untung la ko meng dapat free tour pusing satu klia2 tu

    ReplyDelete
  4. takde parking kat putrajaya sentral?
    aku parking ok je.

    ReplyDelete
  5. rengsa jugak duk dlm plane xde ekon cam tuh. part passengers x reti bahasa tu memang la sgt common. aku balik dr hanoi last time, plane berenti jap sbb nk tunggu queue etc., tetiba puak2 neh ingat dh bole turun..siap bangun angkat beg etc. then kena sound dgn AA staff. huhuhu.

    ReplyDelete
  6. hehe..awal2 dh mcm2 drama..:)

    ReplyDelete
  7. Byk jer time aku nak parking dulu...ker sbb semua dah tahu parking kat putrajaya central murah...hahahha nasib laaa

    ReplyDelete
  8. Sham : tak calit.. pangkah pangkah je dengan jari.

    nak hak tuih kang.... berkulat lak kereta tu. hehehe


    Farikh : apa dengki pilot tu tak bukak ekon? dia tau tak dlm tu kedap udara? bengong.

    tapi mcm tu la aku kena.. bersauna kejap. tapi tak sempat nak kurus..


    Azra : kalau tour dengan angin berkepuk2 menerpa ke wajah buleh la tahan.

    ni tour sambil mengipas....

    ReplyDelete
  9. Mya : kau la kot ambik aku punya..

    masa aku pegi memang tak de beb. dah penuh. naik turun naik turun dah cari tak jumpa gak.

    ramai gak yang parking kat luar. maybe sebab cuti panjang time tu....


    Agip ; tu la pasal. ada la certain org dalam dunia ni.. tak tau apa benda dlm otak dia orang.

    kalau x mennyusahkan org lain tak sah. pentingkan diri sendiri jer..


    An : trip dgn family tak drama mana. yang paling drama adalah nak melayan kerenah budak budak je lah

    ReplyDelete
  10. Liza : tu la. nasib aku x baik la kot...


    MKL : biasalah. x meng la kalau x drama kan?

    hehehe

    ReplyDelete
  11. alamak....mmg rengsa lah kalau terkene macam ni sbb bwk budak. kalau aku, dgn pwincess aku tu mesti bebuih mulut dia tanya bila nak gerak...dia tuh sejak dua menjak ni tak berapa penyabar dah..

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu la... nasib tak de baby ke apa dlm tu. kalau tak mau dah drama baby tu meraung...

      Delete
  12. Siap ambil video tu dengan harapan boleh viralkan kat media sosial. Famous tau kalau ramai orang share. Hampas sangat perangai.

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu la pasal.... ntah hapa hapa je dia org ni. lagi kuat org tu marah menjerit2 lagi excited dok tala video

      Delete
  13. bertabah sungguh abe meng... ya Allah mohon jgn jadi kat aku.. dah la dgn baby lagi nih huhuhu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. redha je la.. benda daj jadi kena tempuh seadanya...

      doakan tak kena kat baby sebab kesian kat baby kan panas panas

      Delete