Sunday, June 1, 2014

Kuala Kangsar - Part 1 : Masjid Ubudiah, Kuala Kangsar

Masa on the way balik dari Penang OR drive sebab aku nak snappy atas jambatan. Lepas jambatan je jalan pulak jem. Tersangkut sangkut tak bergerak.

"Kita singgah Kuala Kangsar jom?"

Aku bagi cadangan.

"Ada apa?"

Macam tak nak layan je kan?

"Ada...er.. saja. Mengimbau kenangan lama"

Diam. Memang sah tak nak layan aku lah tu.

"Ha.... singgah solat lah. Saya kan belum solat lagi !"

Alasan tu terbeli.

Akhirnya exit Kuala Kangsar dan kami terus menuju ke pekan penuh Sejarah di Perak ni.

Laluan ke Kuala Kangsar

Menara jam

Kuala Kangsar, Bandar DiRaja

Dan kami terus menuju ke Masjid Ubudiah. Lama tak jejak sini. Berpusing pusing jugak la cari jalan.

Memang tak plan nak singgah lama, kasi jalan clear jer. Sempat solat dulu kat sini.

Masjid Ubudiah, Kuala Kangsar

Pintu masuk

Masjid Ubudiah, kadang kala dikenali sebagai Masjid Diraja Ubudiah ialah sebuah masjid negeri di Bukit Chandan, Kuala Kangsar, Perak yang dianggap salah satu masjid terindah di Malaysia dan merupakan simbol kebanggaan dan kepercayaan untuk kaum Muslim di Perak.

Kubah emas dan menara masjid adalah bukti dari keindahan senibina Islam.

Masjid Ubudiah dirasmikan pembukaannya oleh Sultan Jalil Karamatullah Shah pada tahun 1917.



Dari segi latar belakang sejarahnya Masjid Ubudiah yang terletak berhampiran dengan Istana Iskandariah ini, adalah merupakan masjid nazar. Ia diasaskan oleh Sultan Idris untuk membayar nazar kerana baginda telah pulih dari penyakitnya. Semasa beristirahat dalam rawatan di Port Dickson, Negeri Sembilan, Sultan Idris Murshidul'adzam Shah I (1887-1916) telah bernazar untuk membina sebuah masjid di Bukit Chandan sekiranya kesihatan baginda pulih.

Setelah berangkat balik ke Kuala Kangsar, baginda telah menitah Kolonel Huxley dari Jabatan Kerja Raya, Kuala Lumpur, untuk mereka bentuk sebuah masjid yang hendak didirikan. Pembangunan Masjid Ubudiah bermula dari zaman Sultan Idris Murshidul Adzam Shah I, Sultan Perak ke-28.

Walau bagaimanapun pembinaannya telah tergendala apabila batu-batu marmar yang dibeli dari Negara Itali telah pecah dipijak oleh dua ekor gajah kepunyaan baginda dan Raja (Sir) Chulan Ibni Sultan Abdullah. Mengikut cerita dengan tidak semena-mena seekor gajah baginda bernama Kulub Chandan dan gembalanya bernama Kulup Sa'id telah berjuang dengan seekor gajah kepunyaan Raja Chulan bernama Kulub Gangga dan gembalanya bernama Uda Debok.

Perjuangan gajah itu telah melarat ke tempat simpanan batu marmar tersebut dan akibatnya, musnahlah batu marmar itu. Perjuangan gajah itu telah berlanjutan hingga berjam-jam lamanya, sehingga Raja Chulan sendiri datang, menyeru nama gajahnya dan memerintahkannya berhenti, maka barulah gajah itu berhenti berjuang, walaupun telah ramai orang yang cuba meleraikan gajah itu tetapi tidak berhasil.

Oleh sebab batu marmar itu telah musnah, maka terpaksalah dipesan semula dari Negara Itali. Tetapi malangnya, batu marmar yang dipesan itu telah lambat sampai oleh kerana cetusan Peperangan Dunia Pertama di Eropah. Batu marmar itu telah dibawa melalui Negara Afrika Selatan. Perbelanjaan pembinaan masjid ini adalah kira-kira $22,000.00.

Pada hari Jumaat, 26 September 1913, Sultan Idris Shah I, telah meletakkan batu asas masjid tersebut. Masjid ini telah siap dibina dan dibuka dengan rasminya oleh Sultan Abdul Jalil Karamatullah Shah (1916-1918.), Sultan yang ke-29, pada tahun 1917.

Makam di Raja . Macam baru lepas ada kematian jer. Di sini lah juga Almarhum Sultan Perak yang baru mangkat dimakamkan.  

Arkitek yang ditugaskan mereka bentuk masjid ini ialah Encik Hubbeck, yang menggunakan seni reka Moor dan Encik Caulfield, jurutera Negeri Perak, telah ditugas melaksanakan bangunan masjid ini. Seni reka yang diilhamkan oleh Encik Hubbeck telah menjadi Masjid Ubudiah salah satu masjid yang mempunyai nilai seni reka yang bermutu tinggi sehingga ia mendapat tempat dalam peta pelancongan Malaysia.



Dari segi reka bentuk ia juga amat menarik. Pelannya telah disediakan oleh Pereka bentuk Kerajaan Negeri-Negeri Melayu, Arthur Benison Hubback dibawah penyeliaan W. S. Huxley. Ia berbentuk octagon dan mempunyai 4 buah menara setinggi 126 kaki serta dikelilingi oleh kubah-kubah di bahagian dalam yang mana tiap-tiap satu garis pusatnya berukuran sepanjang 60 kaki. Bahagian-bahagian dalam dinding dan lantai masjid ini menggunakan batu marmar berwarna merah dan putih yang dibawa khas dari Itali dan London.

Bentuk dinding masjid ini memperlihatkan sebuah bangunan berkubah induk besar di tengahnya serta dikelilingi dengan empat buah anjung yang mengandungi sebuah kubah pada pertengahan setiap anjung, lapan buah menara induk dan enam belas menara apit. Jumlah kubah dan menara dikatakan mengambil sempena aturan gelaran Orang Besar-Besar iaitu Orang Besar Ampat, Orang Besar de-lapan dan Orang Besar Enam Belas. Keluasan ruang induknya ialah 20 m x 20 m dan dilingkungi oleh serambi utama selebar 2.5 m yang juga mempunyai sebuah kubah. Sebuah kolah untuk mengambil air sembahyang terletak di sisi timur serambi tersebut.

Dewan solat

Chandelier

Kapet

Kubah

Mimbar

Sebelum Masjid Sultan ldris Shah II di Ipoh dibina dan dijadikan Masjid Negeri pada 15 November 1968, maka Masjid Ubudiah adalah Masjid Negeri Perak.

Masjid Ubudiah sekarang dikenali sebagai Masjid Diraja dan ditadbirkan oleh suatu Jawatankuasa Tadbir Masjid Ubudiah dan dipengerusikan oleh sesiapa yang dilantik oleh Paduka Seri Sultan.








Lepas solat kami bergerak.

Sempat Hero beli dadih yang di jual kat perkarangan masjid tu. Boleh gak la aku tumpang makan.

Tak terus blah, kami melilau lagi nak usha usha apa yang patut.

bersambung..............

12 comments :

  1. mengimbau kenangan lama??..huhu..ceciter..ceciter..

    Masjid yg unik senibinanya sama dgn Istana Iskandariah..

    ReplyDelete
  2. Wittt wiit entri yg penuh informasi lah baru tahu d dirikan selepas bernazar rupanya. Info copy paste jgk ke hiksss. Yang pasti Jm suka entri sbb pernah bac entri ni kt tempat lain x ada citer sejarah pembinaan semua. Syabas betteh :-)

    ReplyDelete
  3. gigih ko ngarang ayat skema beginih ? *kunyahlepatpisang

    ReplyDelete
  4. mesti kaya raya Hubback tu
    banyak projek dia dapat kat Malaya ..

    ReplyDelete
  5. Nohas : Biarlah rahsia.. hahahha

    anyway aku suka Kuala Kangsar sebab rasa aman damai..

    pegi banyak kali pun x abis abis explore lagi. ambik gambar cun kot area tepi sungai tu..tapi hari tu malas nak singgah.

    mengkome org kuale ke?


    JM : ala... cedok sini sana sikit. penuh la satu entry.

    mcm kau tak tau abang kau ni.. raja copy paste.


    NanaT : tak mengarang mana. rephrase je. tapi pening gak la otak...

    * penuaan berlaku sekarang !


    ReplyDelete
  6. MKL : memori daun pisang kah?


    DrS : Kaya la kot. Cer cari sedara mara dia , buat kawan. boleh menumpang kesenangan.. hiks

    ReplyDelete
  7. hati hati karang ada blogger pulis memerati. nnti dicop wikipedia malaya...ko tk takut??

    ReplyDelete
  8. Nana : hahahah....JM dh kena dgn pulis tu..nasib baik tak masuk lokap

    ReplyDelete
  9. NanaT : aku sangat tatoooot..

    kena berguru dgn JM untuk ilmu kekebalan menentang musoh dan pihak lawan !

    ReplyDelete
  10. T kasih sudi singgah. Moga terus aman damai...

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...