Thursday, June 12, 2014

10 - Lambaian Bumbung Dunia : Nepal - Pokhara Lakeside

Tiada apa yang boleh di buat selain daripada melepak dan melayan perasan sendiri sambil menikmati keindahan alam semualajadi di sini.

Lama lama bosan jugak. Hari pun makin terik.

Layan view sikit lagi di Phewa Lake ni.

Sampan sampan berwarna

Cuaca cerah tapi berawan di balik gunung

Sudahnya aku patah balik ke hotel. Nak balik bilik rehatkan badan sikit sebab pagi tadi bangkit agak awal jugak lah untuk ambik flight ke Pokhara ni.

Layan view di sekitar Pokhara Lakeside town.

Bas membawa penumpang

Ada banyak kedai kedai di sekitar kawasan ni. Kebanyakkannya menjual benda yang sama. Cenderamata selain daripada hotel hotel dan jugak kiosk kiosk pelancongan

I love Pokhara. I do

Sambil jalan jalan tu usha jugak. Ada kedai vegetarian. Ni last resort kalau tak jumpa halal food di sini. Tapi aku dah jumpa kedai Lazeez tadi tu so ni kira option lah

Kedai kedai di sepanjang lakeside town... ramai pelancong jalan jalan di sini

Tapi masa jalan tu jumpa kedai halal yang agip recommend. Kena masuk ikut entrance Lake Way Mini Mall ni

Kedai dia agak ke dalam, Aku tak masuk pun, just usha dari luar je. Nampak macam ada pelanggan time tu

Still aku rasa kedai Muhammad Siddique bakal menjadi singgahan aku untuk dinner nanti.

Tapi hari pun masih awal. Aku balik ke bilik dulu. Sempat tidur satu lapse. Selepas mendapatkan tidur yang lena di dalam bilik yang berwarna ceria, aku bangkit semula. Bangkit dan tak tau nak buat apa. Buntu jugak kalau lama lama di Pokhara ni dan tak gi trekking ke apa.

Mandi solat dan segarkan diri then aku keluar semula.

Kali ni aku yakin aku nak pegi ke Phewa lake tadi semula dan kali ni aku nak naik sampan tu !

* mood baru sampai

Jalan kaki ke Phewa Lake tadi semula. Tak jauh. Lebih kurang 10 minit jer.

Sampai kat lake tu, nampak orang agak ramai. Masing masing cross ke pulau kecik tu. Sebab aku malas nak mendayung, aku naik sama macam orang lain. Bot akan bawa penumpang untuk cross dan pusing pulau kecik tu sebelum mendarat dan turunkan penumpang. Nanti penumpang yang nak balik boleh naik je. Bayaran cuma one way jer masa pegi. Masa balik tak payah bayar dah.

View port naik bot dari pulau kecil di tengah tasik yang ada Barahi Temple tu

Ada kuil kecik di sini

Peminta sedekah

Tak berapa bersih sebab banyak taik burung kat sini

Pulaunya cukup kecik. Ada kuil dan bangku bangku istirehat. Tapi ada jugak orang jual barang barang untuk sembahyang

Ni habuan aku bawak. Air mineral dengan biskut. Sambil layan view

Aku jumpa port best mengadap tasik. Tengok orang lalu lalang kayuh sampan

Dan view yang indah dan menawan

Burung burung tumpang minum air

Perahu datang dan pergi..... 

Orang orang juga silih berganti...............

Dan aku ralit melayan damai di hati

Tengah aku dok syok syok melayan perasaan. Tiba tiba datang sorang mamat ni. Budak lagi la. 

Dari gayanya aku rasa dia bawak sampan. Dia datang, duduk sebelah aku dah hisap rokok.

"Are you from Malaysia Sir?"
"Yes..How do you know?"
"I heard it from my friend..."

Oh. Maybe masa aku borak dengan mamat pendayung yang lain kat port tadi agaknya..

Aku buat bodo je la. Ingat dia macam saja nak lepak situ.

"Sir"

Aku pandang dia.

"Do you smoke grass?"

Aku pandang dia. Aku terkejut sebenarnya sebab dia tanya soalan macam tu tetiba.

"Do I look like someone who smokes grass?"

Dia gelak gelak.

"I dont know. If you do, you can come to my place"
"No.. Thank you....."
"OK"

Tak lama tu sebab aku dah malas layan dia pun tak betah duduk. Akhirnya dia blah macam tu jer... 

Gila la nak travel pastu nak mabuk mabuk meragut rumput tak tentu pasal. Tak balik aku karang !

FYI, grass tu bukanlah rumput rampai tapi marijuana.

Aku sambung lepak lepak tengok orang dan layan perasaan.  Dah agak senja nak menjelang, aku pun balik semula ke seberang.

Sampai la senja memunculkan diri.............

Dah agak petang, aku balik semula ke seberang

Orang masih ramai di pelabuhan ni

Dan di tepi tasik, ada yang masih mencari rezeki...

Matahari hilang di sebalik bukit. Nampak pagoda atas bukit tu...?

Dan gunung gunung mula kelihatan samar samar

Anjing ni manja betul. Dok ikut aku berjalan. Aku baling kayu dan dia gi ambik kayu dan hantar balik semula kat aku.... pastu guling guling. Kurang kasih sayang la tu. 

Aku lepak lepak melayan senja

Puncak puncak gunung terpalit warna senja

Hari kian malap

Beberapa kesimpulan yang boleh aku simpulkan mengenai Phewa Lake ni.

1. Keselamatan adalah tak begitu terjamin sebab life jacket tak berapa di praktikkan.
2. Kadang kadang, bot bawak orang terlebih muatan.
3. Air tasik agak dalam di certain bahagian. Kesucian tu sudah pasti agak meragukan.

Tapi, untuk tenang tenang melayan perasaan dan berehat rehatan.... memang cantik.

Dan akhirnya aku decide nak blah je balik ke bilik. 

Nak singgah makan dulu dan nak try tanya Muhammad Siddique kot dia boleh bawak aku ke Sarangkot esok hari !

Tu je aktiviti yang aku rasa aku boleh buat. Kalau tak ke Sarangkot tak tau apa lagi aku nak buat kat Pokhara ni. Flight balik esok ke Kathmandu petang so aku ada masa at least setengah hari lagi di sini esok.

Ada la orang lepak lepak ramai ramai malam malam kat sini. Mereka berkumpul dan ada yang menari. Aku malas nak ambik pot.

Sampai di Lazeez

Waktu aku sampai tu Muhammad Siddique tak de. Cuma ada sorang pompuan jer. 

"Is Muhammad Siddique here?"

Aku tanya minah tu. Dia jawab tak der. OK lah. Aku ambik menu dan order. Aku order nasi goreng je. Tapi nak try momo tu aku try fried momo.

"How do you know Muhammad Siddique?"

Pompuan tu tanya aku balik.

"I met him here this afternoon"

Dan aku cerita kat dia hajat aku nak tanya Muhammad Siddique kot dia tau sapa sapa yang boleh bawak aku ke Sarangkot subuh subuh hari esok. Tapi minah tu tak tau nak jawab. Dia kata kena tunggu Muhammad Siddique balik.

So aku pun tunggu sambil abiskan makanan.

Menu

Nasi Goreng. Pedas tapi sedap

Chicken Momo yang di goreng. Recommended.

Alhamdulillah kenyang. Harga pun agak murah. Tak sampai RM 20 termasuk air apa semua.

Tapi aku jenuh la menunggu Muhammad Siddique tak balik balik.

Akhirnya aku cakap kat pompuan tu aku nak balik hotel la. Kalau apa apa nanti dalam pukul 9 aku datang balik. Dia angguk je lah.

Pasrah.

Hampa jugak lah sebab selain daripada Muhammad Siddique ni aku dah tak tau nak tanya sapa. Lagi lagi dah malam ni.

Then aku balik bilik, sampai kat lobby hotel, aku borak dengan minah receptionist tu, then dia terus bagitau aku boleh pakai drebar hotel dengan harga USD 10 untuk ke Sarangkot esok.

Hah !

Terasa nak lompat bintang di lobby hotel. Aku malas nak tanya awal awal sebab takut mahal tapi nampaknya harga mampumilik lagi. OK ghaaaa...

Tak payah aku lebam lebam nak tunggu Muhamad Siddique. Selesai masalah aku.

Aku bayar dan suruh dia wake up call pagi esok kol 5 pagi. Akan ada drebar bawak aku ke Sarangkot pagi pagi esok untuk tengok sunrise dari sana.

Tidur dengan senyuman............... Alhamdulillah. Tidak la aku berputih mata tak dapat ke Sarangkot. 

Bak kata pepatah Nepal.

Biar putih tulang... Jangan kuning gigi !

Tapi tidur dalam bilik kaler merah striking tak per. Aku dah tak peduli.



Langkah terhenti
Degup jantung berderai
Terus menanti seribu tahun lagi
Rela aku begini dalam suasana yg sepi
Walau tersembuyi di malam gelap gelita

Mendung hadiri bumbung telah kubina
Yakin diriku tahu engkau menjelma
Terbakar dalam hujan
Mustahil bagi diriku
Banjir dalam kemarau
Takdir yang akan memastikan

Hajat di hatiku ingin mencapai bintang
Biar beribu batu
Daya aku tak mampu

Patah pujangga biar putih tulang
Jangan putih mata dan kecewa
Biar pun hilang kemana pun jua
Namun semangat ku tetap bersamamu

bersambung............

16 comments :

  1. nape ko explain apa maksud smoke grass tu ! aku nak tunggu komen inesen si JM ni haa...gerenti dia buat stetment klako. ehe

    herbalife agak murah disana? ntah ntah ada kebun ... manatau~

    ReplyDelete
  2. Gigih kan diorang cat sampan2 tu. Memang sekaligus jadi tourist attraction. Nextime ko kena buat jambul S kat depan barulah orang x offer ko ngan rumput. Cis sungguh.

    ReplyDelete
  3. Haha..biar putih tulang jangan kuning gigi!! Ayat power nih..
    Cantik picture gunung2 terpalit tu.

    ReplyDelete
  4. Kesian dengan anjing kurang kasih sayang tu hehehee :D

    Cantik pemandangan kat sana.. masih nature.. masih selamat dari di sentuh pembangunan moden.. :D

    ReplyDelete
  5. NanaT : hahaha. aku x moh tulis lelebih kang orang musykil lak mana aku tau...

    Meng
    Bukan Kaki Rumput.



    BK : sampan tu semua under 1 company yang managed so mereka kasi kaler kaler nak tarik minat.. tapi memang sampan berkaler dan jadi symbol phewa lake tu dah..



    CikNun : cuaca x berapa clear.. so x jelas mana...


    TT : ya.. betul tu. masih terserlah ayu nya......

    ReplyDelete
  6. smoke grass?hahaha adeh dah bayang rumput dah...hahaha bengong....

    alahai mmg terserlah kurang kasih sayang laaa anjing tuh...hahaha

    ReplyDelete
  7. Oooo.... Inilah fried momonya. Apa rasa? Apa rasa?

    ReplyDelete
  8. DJ : hahaha. kalau makan rumput dah jadi lembu la kita..

    anjing tu kesian. melilau tak jumpa tuan...


    Amir : haaa tu la momo. Tapi yang tu goreng punya. Rasa dia..mcm samosa kat dalam ada sayur/ayam/daging. Boleh pilih...

    luar tu rasa tepung yang di goreng la....

    ReplyDelete
  9. ingat smoked grass, isap rokok daun....ganja rupanya...tq info. Pepatah Nepal ye...
    hahaha ketawa kuat2 sambil tutup mulut takut kenampakan gigi kuning...

    ReplyDelete
  10. NM : ganja tu sama ke dgn marijuana? aku pun tak tau. aku tau ganja tu weed saja..

    sapa yang lebih mahir ni?

    ReplyDelete
  11. Kawan I Ada pernah kena dgn diorg yg ajak join weed and grass Ni. Firstly diorg akan ajak join smoke dgn diorg lepas Tu dia ajak mabuk2 dgn todi.

    Next morning bangun wallet Ada, tapi duit semua dah habis, Ada la Salam 2k jugak. Bila Tanya "you've spent everything last night, to drunk is not cheap"...

    Tapi my friend terus tumbuk muka dia and lepas argument, gaduh2, Tolak2 sikit Baru pulangkan balik duit Tu. Kawan I dua org je, tapi dia kata kena buat berani kalau nak dpt blk duit...

    ReplyDelete
  12. FAH : thanks for sharing.

    tu la.. benda benda scamming ni mcm mcm. lain tempat lain cara dia org ni..

    mintak2 laa traveller kita selalu beringat.

    tapi perlu ke nak ting tong time travel? hmmmmm nasib gak la kan?

    ReplyDelete
  13. haaaa .. i makan kat kedai punjabi tu la .. not bad .. sedap gak la ..

    ReplyDelete
    Replies
    1. aha... kau baru jumpa blog ni ke.... ?

      thanks for reading !

      Delete
    2. haaaa ... dah balik baru nak buat research apa yg best di nepal .. itu yg baru terjumpa entry2 nepal ni .. kalau tak, lebih bermakna la trip keje arituh ..

      Delete
    3. x per.. petanda kena repeat la tu

      Delete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...