Tuesday, June 3, 2014

01 - Lambaian Bumbung Dunia : Nepal - Landing in Nepal

Salam Bahagia ! Salam 1 Malaysia !

Maka ini lah pengalaman trip ke Nepal aku yang bakal aku kongsikan untuk beberapa puluh episode. Harap bersabar dan bertabah la menunggu entry hari ke hari. Aku dah siap semuanya, cuma tunggu schedule untuk muncul jer ler

* goyang goyang kaki sambil minum sirap limau

Trip dah lama tapi macam biasa, kerajinan tu tak selalu ada. Tapi setiap ceruk mana aku pegi, aku akan cuba kongsi dan catat untuk rujukan sendiri, mahupun anak anak atau pun rakan dan taulan. Semoga yang elok jadi tauladan dan yang tak elok boleh jadi bahan untuk hiburan.

Maka trip Nepal ini tak terkecuali.

Plan aku nak ke Nepal dah lama. Zaman Air Asia buat route New Delhi lagi. Masa trip ke India tu aku sebenarnya dah beli tiket dari New Delhi ke Kathmandu. Tapi route tu suspended dan aku ditukar kan ke flight MAS malangnya, tarikh tu tak boleh di ubah. Sebab asalnya ke India tu cuma 5 hari, so aku nak extend lagi 3 hari untuk ke Nepal. Tapi tak berjaya.

Burn tiket tu. Lupa pulak berapa harganya, tapi agak kecewa jugak lah masa tu. 

Tapi orang kata, setiap apa yang berlaku, pasti ada hikmahnya. Kalau tak sekarang pun, akan datang. Jadi teruskan bersabar dan jalani hidup ini seadanya.........

Sila sediakan kopi sebab entry ini mungkin berjela jela. Tak payah baca abis sebab separuhnya ada karut semata. Boleh layan gambar je setakat nak usha suasana di sana atau refer bebila rasa Nepal dah memanggil untuk ke sana.

Untuk trip Nepal ni aku tak de la bersedia mana. Aku beli tiket ni waktu AAX start route KL - Kathmandu. So yakin kali ni pastinya jadi maka aku beli tiket dengan harga promosi RM 702 return.

Persiapan untuk trip ni pun macam biasalah aku ni jenis last minit. Bukan apa. Dengan kerja apa semua, kadang kadang aku tak berapa yakin nak prepare sebab aku takut trip tu tak jadi. Kang, ada je halangan so aku macam biasa tunggu last last minit baru lah aku bersedia serba sikit.

Ini antara persediaan yang aku buat untuk trip Lambaian Bumbung Dunia ni.

1. Tiket dah beli, cuma kena web check in je lah. Aku web check in 2 hari sebelum berlepas. Tambah luggage pegi balik dan reserve seat di quiet zone so kena la pulak dalam RM 200 lagi. Tu kos tambahan.

2. Visa pulak, aku dah buat siap siap di KL. Ni pengalaman aku buat Visa Nepal di KL - Cara Cara Membuat Visa Nepal di KL hari tu.

3. Duit pulak aku tukar ke USD sahaja sebab aku dapat tau yang di Nepal duit Malaysia adalah laku. So bawak je duit Malaysia tak kisah. 

4. Persediaaan barangan tak de apa kali ni, cuma aku ada beli maggie cup, roti dan bawak serunding untuk makan in case aku tak jumpa kedai halal di sana. Agak minima tapi boleh tahan la makan space dalam beg.

5. Persediaan fizikal tak de. Memang aku tak de plan nak pegi trekking mahupun hiking, jadi aku tak de la pegi berjogging jogging dan lari lari turun tangga. Membuta ria lagi ada. Mimpi berjogging. Kira aci ke tak macam tu?

6. Persediaan mental. Hmm ni penting ni. Urusan kekeluargaaan kena settlekan dulu. Pastu urusan kerja pastikan semua beres dan tak tertangguh. Apa yang penting, sebelum aku start travel, aku pastikan tanggungjawab aku dah siap siap beres semuanya. Tak de la aku nak pening kepala atau time travel tu la nanti jadi hal macam macam. Tapi flight balik dari Kathmandu ke KL tu ada problem sikit. Dia delayed dan flight sepatutnya pukul 3 petang jadi 9 malam. So sampai subuh esoknya. Sebab malas nak tambah cuti, kena keje macam biasa !

7. Packing yang sangat minima. Memula aku ingat aku bawak 2 jeans, tapi rupanya 1 lagi tu jean short. Adui. Cuaca dah la agak sejuk gila nak pakai seluar pendek kat sana. Tapi seluar tu berjaya jugak la ikut sampai ke Nepal dan balik semula tanpa mengalamai kekotoran.

8. Cuti pun aku dah apply siap siap memandangkan trip ni 7 hari dan 3 hari adalah cuti umum jadi aku kena top up apply lagi 4 hari. Habis cuti aku !!!

9. Plan dan itinerary. Sebab dah nak pegi tu baru aku realized aku ada 7 hari kat Nepal, dan aku tak de plan nak trekking, 2 hari sebelum berlepas ke Kathmandu tu aku decide nak ke Bhutan. Semua urusan Bhutan aku engage dengan tour company yang sama di tempat hotel aku menginap. Macam biasa jugak, aku ada booking hotel di Kathmandu, so ada la email back and forth dia offer pasal pakej apa semua so aku rasa aku nak pegi lah Bhutan tu alang alang aku dah di Nepal. Tu yang jadi tambah ke Bhutan tu.  So hotel tu aku cuma book 1 malam di Kathmandu. Last minit jugak, sebab itinerary aku dah bertukar, so aku main redah je lah. Tapi aku dah booking jugak siap siap flight tiket dari Kathmandu ke Pokhara thru website Buddha Air. Lain lain pakej aku tak ambik sebab aku rasa aku lebih senang nak bergerak sendiri.

10. Travel insurance. Ni penting ni lagi lagi kalau pegi trekking atau hiking di pergunungan. Kot la apa apa jadi. Tapi aku memang beli annual travel insurance so kira valid lagi lah. Tak perlu nak fikir fikir dah.

Tu je la persediaannya. Tapi untuk mendapatkan feel, aku banyak refer blog Agipwrites . Boleh la kasi idea sikit what to expect semasa di sana. Credit to Agip !

Flight aku pukul 11.50 pagi. OR hantar aku ke airport macam biasa. Tu pun terkocoh kocoh sebab tunggu Hero gi sekolah dulu then Princess hantar umah pengasuh baru kami boleh keluar. Bajet kol 8 keluar rumah, tapi kira sempat lah. 

Lagi sempat sebab kami di iringi oleh konvoi moto moto besar Airbus 380 ni. Tak tau la apa event dia orang ni semua.

Nak check in beg tu agak lama, siap ada makcik ni nak mengamuk je. Makcik ni mengamuk sebab ada 1 family Chinese China nak pegi mana ntah tapi tak de visa !!! Dah tersangkut masa nak check in. Lama la kami yang lain tunggu. Makcik yang mengamuk tu pulak.... apa kena ntah. Tak pernah nak naik kapal terbang agaknya, flight dia nak gi Kuching je, tapi dia pegi beratur kat Check In Counter yang International. Punya la lama dia beratur last last Kuching tu naik kat belah domestic gate je. 

Sumpah seranah dia. 

Padahal ada aku dok borak borak dengan dia sebelum tu, dia ada cakap dia nak gi Kuching. Tapi aku dah pelik, apsal Kuching kau beratur kat sini? Rupanya memang dia nak gi Kuching betul !! 

Rasain. Nasib tak kena tinggal kapal terbang !

Sebab check in tu lambat, terkocoh kocoh pulak breakfast kat Old Town. Ingat memula tak jadi dah nak breakfast tak sempat tapi OR dah siap turun dan park kereta, kesian kat dia. Pegi gak makan dengan sepantas kilat.

Nom Nom Nom..

"OK Dah Yang. Saya pegi dulu.... Jangan sedih sedih tau !!!!"
"Have fun Yang. Jaga diri awak baik baik"
"Insya Allah minggu depan saya balik"

Hi Hi Bye bye Ezlynn... M Daud Kilau bersedia masuk untuk boarding !



Mahu ku bersama
Mahu ku ke sana diriku tak disini lagi
Waktu tak bicara
Lama terasa seakan terhenti mengiringiku

Tenanglah duhai jiwa
Tebarlah tulus doa
Ku kepadanya saatku tiada

Tuhan Jaga dia untukku
Kala ku masih jauh
Bagai menghitung resah berkepingan berderaian

Tuhan Jaga dia untukku
Selamanya ku ada
Mencipta syurga bersama
Menyayangi mendampingi dia

Terbangkan diriku
Bersayap seribu biar detik menjadi laju
Langit pun mendengar
Jadi penawar mengusir debar jatuh ke dasar

Tenanglah duhai jiwa
Tebarkan tulus doa
Ku kepadanya saatku tiada

Tuhan jaga dia untukku
Kala ku masih jauh
Bagai menghitung resah berkepingan berderaian

Tuhan Jaga dia untukku
Selamanya ku ada
Mencipta syurga bersama
Menyayangi mendampingi

Mungkinkah ini menguatkan kita
Lambang cinta ku dan dia

Kira aku orang paling last boarding. Standard aku la kan?

Sampai kat gate tu, mamat tu cakap.

"Bang.. lari sikit !!!"

Sebab semua orang dah masuk dalam flight. Hiks. Standard aku lah. Sempat gi kencing dulu, melihat lihat kawasan etc.

So berlari lari jugak la aku nak sampai ke kapal terbang yang sedang menunggu.

AAX ke Kathmandu

Ada sedikit drama berlaku masa dalam flight ni.

Even aku ambik quiet zone seat tapi flight memang penuh. So semua area penuh la especially dengan Abang Abang Neps nak balik kampung. 

Masa sebelum take off tu, stewardess dah siap siap bagi borang declaration tu semua. So aku ambik tapi nak simpan dulu sekali dengan passport.

Aku cari cari passport tak jumpa !!

Argh. Sodah ! Gelabah Bah.

Berpeluh aku tetiba. Setiap ruang dalam crumpler tu aku cari, tapi buku merah tak jugak di jumpai. Nak bergerak lebih lebih flight penuh. Sudahnya aku terpaksa panggil stewardess dan bagitau dia aku rasa passport aku hilang atau tercicir on the way nak naik flight ni.

Dah satu hal pulak, dia walkie talkie orang kat terminal pastu tanya sapa ntah sampai ada grounding staff datang jumpa aku.

"Kalau tak de passport macamana Encik nak gi Nepal?"
"Itu lah. Sebab tu la saya mintak tolong cari kan. Tadi masa saya nak boarding kat gate tu ada lagi"

Aku tak ingat samaada dia orang check passport sekali tak dengan tiket time nak masuk gate. Ada pegawai sorang lagi menyampuk.

"Kami tak check passport, kami cuma check tiket jer"
"Ya ke?"

Sudah. Oksigen ! Oksigen ! Aku tak leh bernafas.

Berpeluh peluh aku ni. Dah la dalam tu ramai abang Neps. Tau je lah, nama je quiet zone tapi tak quiet langsung. Bising.

Tapi tak pe. Relaks. Relaks. Acting macho walaupun dah hancor !

Tak tau nak buat apa, grounding staff tu pun dok call sana sini tak de orang jumpa tercicir tengah jalan ke apa. 

"Tak de lah Encik.. cuba Encik check betul betul"
"OK"

Aku mintak 2 orang abang Neps sebelah aku bangun dan keluar dulu sebab sempit sempit macam tu tak boleh nak bergerak.  Tapi dia orang berdua tu OK lah, bangun keluar jap so aku cari cari bawah kerusi...

Tiba tiba ......................... JUMPA !!!!

Argh......................

"Kebangangan apakah kau ni Meng???"

* tempeleng diri sendiri 14 kali.

Masalahnya mamat belakang aku ( Nep jugak ).. passport aku jatuh kat kaki dia, dia boleh buat derk je. Dia siap pijak lagi. Jangan jangan dia plan nak curi passport aku, senang dia nak buat permit keje di Malaysia ni.

* tuduhan melulu....

Apa apa pun, passport di jumpa, then flight delayed dekat setengah jam. Sebab siapa????

* lambai lambai tangan tak bersalah

Dah. Jangan jawab !

* cepat cepat buat buat tido

Putrajaya dari udara

Huh. Cuak betul time waktu tadi tu. Sampai aku dah nyaris hilang arah. Aku fikir, tak pe la kapal terbang ni pegi je la Kathamandu, kalau aku tak leh masuk, nanti deport aku balik semula !

Sampai macam tu sekali. Merajuk dengan diri sendiri. Padahal sapa yang bangang? Diri sendiri jugak. Tapi pelik la cemana passport aku tu boleh terjatuh ke belakang pulak dah.

Hmmm macam macam hal. Belum sampai Thamel dah berdrama Tamil.

Insaf sekejap.

Sebab aku agak malu dengan semua orang dalam tu. Macam semua orang memandang sinis sebab kecoh passport aku hilang, so aku buat buat tidur supaya tak terpaksa memandang muka orang lain.

Abang abang abang abang malu ......... No camera please !!!

Lagi sadis, pilot tu siap buat annoucement mintak maaf sebab flight delayed atas sebab sebab teknikal.

Aku kah yang technically bersalah ittewwwww?

* kesat airmata tepi tingkap

View dari udara

Penerbangan dari KLIA ke Kathmandu memakan masa 4 jam 35 minit. 

Tapi sebelum mendarat tu aku sempat order makanan sebab lapar. Aku order satu extra meal untuk dinner di Kathmandu nanti. Baik hati stewardess tu siap panas dan packing kan untuk aku untuk makan kemudian sebab aku cakap aku nak buat dinner.

Lepas makan sambung melayan perasaan sendiri. 

Bila tiba captain buat annoucement macam nak mendarat dah, then aku tengok kat luar nampak pergunungan Himalaya !!!

Excited. Tapi tak tau gunung apa pun.... tapi aku rasa tu Everest yang tengah tengah tu !!!

So kalau naik flight dari KL, ambik seat belah kiri, on the way ke Kathmandu tu bakal nampak Himalaya. Kalau cuaca mengizinkan.

Dan pesawat mula menurun untuk mendarat di Kathmandu Valley.

Pemandangan di pergunungan Kathmandu Valley

Kathmandu Valley

Akhirnya, pesawat berjaya mendarat dengan selamatnya di Tribhuvan International Airport, Kathmandu jam 2 petang waktu Nepal. Waktu Nepal adalah 2 jam 15 minit lewat dari waktu Malaysia.

Welcome to Nepal

Things take time in Nepal. So relax and chill out. 

Ini banyak di gantung masa masuk ke airport, semua fakta fakta menarik mengenai Nepal. Aku tak sempat nak snap semuanya... tapi menarik  lah. Jangan lupa baca kesemuanya...salah satu yang aku ingat dia tulis, Nepal has the highest peak in the world as well as the shortest living person in the world. Lebih kurang lah.

Urusan immigration adalah sangat mudah sebab aku dah siap siap buat visa di KL. Sampai je terus beratur di kaunter untuk chop mengechop passport. Tak payah nak buat VOA dah. Tapi lagi bagus time tu cuma flight AAX je tiba so tak de la bercampur gaul dengan ramai orang dari flight lain. 

Cuma immigration tu semuanya pakai manual. Dari menampal, mengecop, langsung tak de scan scan passport tu. Agak ketinggalan sikit la dalam bab bab tu. Situ makan masa sikit.

Pahtu ambik luggage

Sebaik saja keluar dari balai ketibaan tu, jangan lupa singgah kat kiosk ni. Ni Nepal Tourism dan boleh ambik phamplet dan peta sesuka hati di sini.

Dan ini part agak nightmare selepas keluar dari airport.

Orang ramai beratur dengan sepanduk dan nama guest masing masing. Orang teksi pun menyibuk sama. Belum kira keluarga yang menanti. Memang tiba tiba nampak meriah di sini.

Sebab aku tak berapa nampak, aku terpaksa pegi dekat dekat untuk baca setiap nama pada kertas yang di pegang. Last sekali terperasan nama sendiri.

"Hello ! Is it me you looking for? I can see in your eyes.. I can see in your smiles"

* halau tebuan 14 ekor atas kepala berambut afro

Hahaha. Nasib baik ada orang tunggu. Kembang hidung kejap. Tengok kiri kanan kot kot ada orang ambik gambar.

"Yes. You can take my picture now !!!!"

* pose pose muka sombong bongkak riak berlagak !

Menunggu dengan sepanduk nama

Tribhuvan International Airport Terminal

Airport dia tak besar sangat. Aku rasa LCCT tu lagi besar kot. Ke lebih kurang je. 

Dan aku memang dah bagitau orang hotel tu supaya pick up aku di airport. Memang ada free pick up. So boleh la save sikit sebab kalau ambik prepaid teksi dari airport ke Thamel tu dalam NPR 800 jugak lah. ( RM24). So hotel tu aku tak book dengan agoda tapi direct dengan hotel untuk claim free pick up ni.

Ada la kena balas balas email sikit bagitau mereka.

Dalam teksi pick up aku di airport

Aku tak tau sapa yang datang pick up aku tu, tapi sebab dia yang bawak nama aku, aku assume dia dari hotel yang aku menginap. Rupanya bukan. Dia drebar teksi biasa je yang orang hotel suruh pegi ambik aku.

Tapi sempat la borak borak kosong dengan mamat ni. Dia ada abang kerja di Malaysia. Kerja restoran dia kata. Abang dia bawak balik banyak duit dari Malaysia. Tak abis abis dia puji negara Malaysia. Bagi mereka Malaysia tu lubuk rezeki buat dia orang.

Aku tumpang kembang hidung. Sekali lagi bermuka sombong bongkak riak berlagak !

Tapi tak boleh nak kembangkan sangat hidung sebab jalan berdebu debu. First impression aku lalu bandar Kathmandu ni aku rasa macam lemas. Sesak. Kereta banyak. Orang ramai lalu lalang. Jalan berdebu. Kotor.

Semua pandangan yang menyakitkan mata dan pencemaran bunyi juga. Argh..... OK sikit je dari India sebab kurang orang kencing tepi jalan, tapi memang tak menarik mana lah.

Nasib baik la lepas tu berjaya jugak sampai di hotel. Mamat tu just drop aku je dan aku masuk ke bangunan hotel yang aku dah tempah.

Hotel Kathmandu Home, Thamel

Ini la penginapan aku untuk malam pertama.

Actually aku bakal stay dua tiga malam di Kathamandu ni tapi aku tak book lagi sebab takut hotel ni tak best ke apa so boleh je aku nak tukar, lagi pun rate aku tengok lebih kurang je, kalau last minit booking pun tak de isu sangat.

Sebaik saja aku sampai di hotel ni, budak receptionist tu terus cakap Manager dia nak jumpa aku.  Manager dia bernama Sajan ni la yang aku dok liaise thru email confirm itu ini. Dan dengan dia jugak la aku ambik pakej ke Bhutan nanti.

Sampai, lepak lepak dengan dia dan plan itinerary aku sepanjang di Nepal ni. Dia macam tak puas hati sebab aku beli tiket dari KTM ke Pokhara tu sendiri thru online. Biasalah dia pun jual jugak dan dia jual lagi mahal ! Banyak lagi pakej pakej lain yang dia offer tapi aku malas nak ambik port sangat sebab aku rasa aku boleh jalan sendiri jer. 

Aku cuma perlukan hotel je. Dan jugak tour ke Bhutan. Masa tu la aku bayar amount untuk trip ke Bhutan dan bagi sekeping gambar untuk dia uruskan Visa kemasukkan ke Bhutan. Semua urusan ni kena di buat at least 72 jam sebelum masuk ke Bhutan. Aku masih ada masa lagi sebab hari ke 5 baru aku plan ke Bhutan.

Aku settlekan semua bayaran dan apa apa dokumen yang dia nak tu. Aku siap bayar penginapan untuk malam esok dan 1 hari waktu balik dari Pokhara nanti sebab aku rasa OK je nak stay sini terus. Dia charge aku USD 20 per nite.

Layan tengok biliknya dulu.

Standard room. USD 20 per nite. OK lah.

Welcome drink. Kopi !

Ni phamplets aku ambik kat airport tadi

Sampai bilik rest dan mandi sekejap aku fikir macam ada masa jugak nak merayau. 

Aku turun bawah dan borak dengan Sujan, dia suggest aku pegi ke Kathmandu Durbar Sqaure je dulu petang ni. Tak jauh pun, jalan kaki dalam setengah jam.

Masalahnya nak cari jalan sebab jalan bersimpang siur, orang ramai dan agak tricky jugak lah. Tapi untuk jalan selamat, kena tanya orang lah. Peta yang aku ada pun macam tak complete jalannya.

So aku jalan kaki ke Kathmandu Durbar Square petang tu.

Area Thamel

Dari area Thamel nak ke Kathmandu Durbar Square tu kena lalu banyak chowk chowk atau jalan jalan yang menjadi pusat jualan.

Macam macam la dia orang jual. Orang memang ramai !!!

Jualan orang tepi jalan

Orang jual sayur

Jual kekacang

Barang barang tembaga..

Pakaian tok sah cerita lah

Hari agak dah petang sewaktu aku tiba di Kathmandu Durbar Square ni.

Bangunan bangunan istana lama

Dah dijadikan muzium juga

Warga tempatan melepak

Gate macam dah tutup so aku tak leh nak masuk. Keciwa !

Upacara keagamaan di salah satu kuil berdekatan..

Aku cuba pusing pusing kat area ni je memula.

Ingat nak masuk muzium dalam Kathamandu Durbar Square tu tapi macam dah nak tutup. Tapi aku nampak ada je orang local masuk. Tak puas hati betul sebab guard tu kata kena bayar kalau nak masuk.

Cis. Dasar memilih kasih. Aku duduk lepak hisap rokok tepi tu. Mencari jalan. 

Kejahatan mula merasuk diri..... akal cepat je mencari jalan nak masuk. Yakin boleh !

Ada sekali tu, guard tu dok bersembang. Dia tengah ralit tu, aku menyelit dalam kelompok local dan berjaya jugak menyelinap masuk !

Hahahahahaha..

* gelak evil sambil berguling guling keriangan

bersambung.............

21 comments :

  1. hahahaha...mmg evil la ko...

    Hotel ko duduk tu mcm ok jekk...xde la toilet bowl kat luor mcm kat china dulu hehehehe...

    ReplyDelete
  2. abang meng punya situasi sama cm kawan saya, passport hilang dlm sky bus. dah peluh2 cari tiba2 ada bwh seat je
    tapi, tidakla menyebabkan flight delay haha
    best entry ni layan sambil makan popkon

    ReplyDelete
  3. Sebab nak mengkhatamkan entry ni.. sanggup pakat angkut lappy masuk dapur.
    Sambil tu slot-in masak nasik lemak untuk Cik Asben.

    Bang.. drama tempeleng muka 14 kali tu.. real ke??

    ReplyDelete
  4. Dah lama x mengkomen kat sini...adoi, berpuluh2 episod ceta Nepal je, mati la memang tak terkhatam2 ...

    ReplyDelete
  5. kuar jugak entry Nepal ni..tuduhan melulu tu memg lawak la abg meng hihi :D

    ReplyDelete
  6. boleh dah bayang cane abang2 neps tu... kelakor! kalau kena saya la cicir pasport tu gamaknya toreh muka pun tak berdarah...

    ReplyDelete
  7. uihhh...belum lagi sampai nepal...drama dah mcm2....hahahaha...pengalaman kan...ini tak blh jual beli...

    ReplyDelete
  8. haa br la segar mata aku bace blog ko ni..
    yeshhh entry nepal tiba jua..

    hishh kalo aku kt tmpt ko time passport ilang tu, food pon aku malu nak order.... buat tido smpi landing. tapi tu laa sesuatu sgt abg neps tu tegar memijak passport ko. huntung dia kl dpt passport mesia nih...

    ReplyDelete
  9. oh meng...entry ko ini.
    kenapekah skala drama kite begitu hampir time nak departure neh. hehe. mamat nepal neh memang stok buat x tau jer.

    ko nye stewardess xde ke yg kena jerit2 marah jgn buke compartment time nk take off? hehe.

    anyway..impress aku ko berjaya sampai ke durbar square lagi cepat dari aku..hahaha

    ReplyDelete
  10. Abg Meng..selalu singgah sini..tapi kali ni memang tak boleh tahan citer part passport hilang tu..kelakar giler..hahaha....

    ReplyDelete
  11. agak keji la mamat nepal tu buat buat tak nampak passport kau siap pijak lagi *ok aku pun tuduhan melulu jugak

    tapi serius drama betul episod hilang passport tu meng.
    kalau aku mesti dah putus harapan.

    siap menyelinap masuk muzium tu????
    kau memang berani meng.
    kalau kantoi tu mau terus dia heret kau pegi embassy malaysia. hiks.

    ReplyDelete
  12. Haaa tulah xbagitau lagi Makcik tu salah gate, kan dah daulat sampai pasport tercicir. Drama gak kau ni Meng. Tapi aku pun rasa Abang Nep tu ada niat nak sorok, xkanlah dalam kecoh2 kau tu dia langsung xtengok kiri kanan kan. Xlogik, xlogik. Dapat gak PakGuard beza muka kau ngan local, sebab haritu masa buat visa...bukan ke MakGuard tersilap tafsir. Ingat kau gi renew visa kerja. *Kelip mata*

    ReplyDelete
  13. HB : hotel di nepal memang ok.. cari la di area Thamel sebab tu memang ramai tourist lepak.


    Dz : mesti pucat lesi muka kawan kau kan?

    aku pun dah hilang akal time tu.. sel sel otak terus jem. langsung tak leh berhubung.


    SAR : kalau tempeleng betul memang confirm muka bengkak 14 hari !!

    Kalau ada * tu semua kencing je la tu....

    ReplyDelete
  14. Ajlaa : Girang la.. berjaya meloloskan diri... jimat wang !


    PM : tunggu kau nak pi nepal baru khatam kan...


    Diyana : ya lah.. sebelum tu org dok riuh riuh dia boleh buat derk jer...


    CSue : darah memang hilang serta merta. risau lagi.. malu lagi.. semua ada

    ReplyDelete
  15. Liza : Cerita tamil.. mcm tu la.. cuma hero dia power last last jer time cerita dah nak abis..

    hahahaha


    NanaT : Kalau x order food lapor...

    so kena la order... memang keji mamat nep tu.. aku rasa dia memang berniat jahat.

    * mati la tak abis abis menuduh nudah...


    Agip : aku rasa kalau pegi negara negara 3rd world ni memang hampeh sikit kot.. hahahaa..

    ( padahal diri sendiri yang gelabah tak tentu pasal )..

    nasib la stewardess semua ok..

    ReplyDelete
  16. Has : Lain kali singgah la lagi.. jangan singgah je.. bawak la goreng pisang ke... cubadak ker.. tau?


    Mya : nasib aku baca komen kau ni lepas aku dah balik. kalau tak, aku pun takut bab kena heret tu..

    aku tak puas hati sebab org lain buleh masuk, tapi aku tak leh masuk. padahal wajah aku pun lebih kurang jer pun.. kan kan kan?

    cepat sambung citer Yangon tu !


    BK : sebab mak guard tu org malaysia.. pak guard tu org nepal..

    hanya jauhari yang mengenal maniam !!!!


    ReplyDelete
  17. check in untuk drama ke Nepal..

    belum ape-ape lagi dah ade drama atas flight..lawak la..mesti bangga gile flight delayed sebab kite kan..tahniah abg meng.haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. bangga lepas tu.. tapi time tu cuak nya tuhan je yang tahu.

      takut kena halau.. menangis la turun flight.. sambil tutup muka

      Delete
  18. bro meng, otw ke kathmandu, i duduk di sebelah kanan flight la yg boleh nampak Himalaya Range ...

    cantik kan .. subhanallah

    ReplyDelete
    Replies
    1. yup.. duk belah kanan buleh nampak kot. kalau cuaca oke la..

      Delete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...