Wednesday, June 11, 2014

09 - Lambaian Bumbung Dunia : Nepal - Phewa Lake, Pokhara

Baring baring dan berehat dalam bilik kaler striking tu, aku bersemangat waja nak keluar merayap. 

Tengok cuaca pun OK.

* tala hailer ke arah penduduk Pokhara.

"Wahai orang kampung. Tidak kah kau orang tahu yang aku kini sudah datang????"

* tunjuk dada ada huruf S sambil jenguk ke luar tingkap.

Pandang ke depan. Nampak gunung ganang

Pandang ke bawah... Nampak kawasan setinggan

Pandang bilik sendiri. Awwwww.. Merah sangat la Mak Ngah..

Haram tak de orang pedulik.

"Okeh fine !"

Tak boleh jadi ni. 

Aku kena keluar dari sini. Merugikan masa kalau berlama lama dalam bilik tak berbuat apa apa. Tak merayau keliling kota. Melihat orang! Melawat kawasan !

Siap siap then aku keluar dari bilik.

Ini hotelnya. Trekkers Inn Pokhara. Recommended !

Ada la aku jumpa dua tiga orang kat lobby hotel tu. Masing masing agak friendly and tried to be friendly.

Aku tak berapa ambik pedulik. Sekarang bukan masanya nak beramah tamah dan bermesra Petronas. Try again next time.

Aku keluar dan melangkah ikut kaki.

Trekkers Inn ni terletak dekat dengan jalan utama di tepi tasik Phewa tu jadi tak susah nak tentukan ke mana hala nak merayap. Cuma di jalan besar tu, instead of ambik arah kiri di mana aku datang dari airport tadi, aku ke kanan.

Melewati kedai kedai yang banyak.

Berbeza dengan suasana di Kathmandu, Pokhara nampaknya lebih tenang dan teratur. Tak berapa jem. Masih ramai pelancong dan warga tempatan berkeliaran tapi agak terkawal jumlahnya.

Jalan punya jalan tetiba aku nampak sign ni.

Ha Lam Alif Lam. Halal !!!!

Tanda Halal.

Aku try masuk lorong ni dan pegi ke belakang. Tak jauh dari simpang ni, aku jumpa kedai Halal yang dimaksudkan. Nama dia Lazeez Pokhara.

Ada sorang mamat tengah duduk sambil main main kotak rokok. Keboringan sebab tak de pelanggan.

"Is this halal restaurant?"

Aku tanya. Sudah gaharu cendara pula.

"Yes.. This is halal restaurant.. what do you wanna eat?"

Dia pass menu kat aku.

"I just wanna take a look at the menu first"

Sebab aku tak berapa lapar sangat. Tapi nampak menarik jugak menu dia. Yang pasti ada Nasi Goreng !!

Sambil tu dok borak borak dengan mamat tu. Aku tanya dia pukul berapa dia tutup etc. 

"What is your name?"
"Muhammad Siddique"

Dia menjawab sebelum tanya aku.

"Where are you from?"
"Malaysia"
"Oh.. Malaysia.. Apa khabar?"
"You speak Malay?"
"Little bit"

Dia gelak gelak.

Apparently Muhammad Siddique ni agak friendly lah. Tapi sebab aku memang tak plan nak makan lagi, aku bagitau dia nanti malam aku datang semula untuk dinner.

Aku tinggalkan Lazeez dan kembali ke jalan besar.

Jalan jalan sambil tengok kedai kedai yang ada.

Macam macam aktiviti boleh di buat di Pokhara ni

Hotel Barahi

Sebab aku tau, tujuan aku adalah nak pegi jenguk tasik Phewa tu, so aku singgah kat satu mini market dan beli air.

Senang nanti kalau dahaga ke apa, tak payah nak beli dah. Kalau beli kat mini market biasanya harga kan OK sikit.

Jalan kaki tak jauh dari jalan utama yang banyak kedai kedai tu, sebab nampak orang ramai ramai, akhirnya membawa aku ke tasik yang di maksudkan.

Kadar tambang. Congak sendiri lah. 100 NPR = RM 3.30

Ini kaunter tiket nya

Ini bot bot di Phewa Lake

Sebab sampan sampan ni banyak so kita boleh pilh samaada nak sewa sampan dan dayung sendiri untuk feeling feeling romantika di Phewa.

Atau jugak boleh suruh dia orang kayuhkan dan kita pose pose Raja Kapoor for an hour or so. Charge dia lain sikit lah.

Tapi kebanyakkan orang yang datang ke sini adalah untuk menyeberang ke Barahi Temple di pulau kecil di tengah tengah tasik dan tambangnya juga berbeza. Harganya cuma NPR 150 return.

Ini yang solo

Ini kalau beramai ramai..

Nampak pulau kecik di sana nuh?

Pengayuh sampan terdiri dari lelaki, wanita dan ada jugak kanak kanak.

Selain daripada sampan sampan macam ni, ada jugak sampan besar yang boleh memuatkan ramai orang. Mostly untuk ke pulau tu sebab kalau time orang ramai memang betul betul ramai.

Sampan sampan yang tersadai

Sepi sendiri....

Memula aku memang tak nak naik sampan ni sebab cuaca pun agak panas berdiri.

So aku just tengok tengok orang then merayau ikut kaki sendiri.

Di tepi tepi tasik tu ada macam orang berniaga. Ada jugak tempat tempat makan dan tempat rehat.

Makcik jual gelang gelangan

Suasana tepi tasik. Cuaca panas terik.

Ramai yang menjual

Suasana tasik yang tenang dan damai....

Panas panas macam ni pun berniaga. Cuaca berawan kat belakang tu, kalau clear boleh nampak snow capped mountain di sebalik bukit bukit sana

Air tasik ni juga di gunakan untuk membasuh pakaian. 

Tak pasti boleh minum ke tidak. 

Aku ada borak dengan Muhammad Sidique dia kata tasik ni banyak ikan juga... tapi belah belah jauh lah. Rasanya ada aktiviti buang buang abu mayat jugak kat area tasik ni so agak musykil jugak dengan kesuciannya..

Barahi temple di tengah tengah sana.

Bot untuk di sewa

"Akak nak gi membasuh ya??? Gunakan lah Daia untuk keputihan melampau... ! Orang Italy cakap Putih Sleput"

Sampan sampan

Paraglider di Sarangkot dapat di lihat dari Phewa Lake ni.

OK. Aku jumpa port, duduk sambil makan Kit Kat... tenang jiwa raga...

Tengok betul betul ya. Itu Kit Kat.. bukan Cadbury !!!! Terpaksa sorok sorok minum air tu, sebab takut orang keji, muka macam kaki pukul, macam pailang tarik kereta... tapi........................ minum air guava. 

Kau berani ? Haks



Pejamkan matamu untukku
Dengarlah dunia berkata-kata
Usah kau ragu di sini tempatmu
Walau berubah di mata kita tetap indah
Selagi kau masih percaya

Ketawa kecewa terpisah
Jalan yang lurus kian berhalang
Adakah semua ini yang ku inginkan
Ataupun hanya mengejar dunia semata-mata
Ku harap ku masih percaya


Adakah semua ini yang ku inginkan
Ataupun hanya mengejar dunia semata-mata
Ku harap kau masih percaya

Buka matamu
Biar aku memelukmu
Kita bersama masih muda masih mentah
Ku harap kau masih percaya

Selama ini selama ini
Selama ini selama ini
Selama ini selama ini
Selama ini

Aku suka je kalau aku travel mana mana, jumpa satu port, aku akan duduk lama lama dan disconnected dengan dunia luar.

Lepak lepak, tenangkan jiwa. Layan perasan sendiri. Hanya duduk sendiri.

Menikmati keindahan alam semulajadi..........


Setenang air di tasik.....

bersambung.............

25 comments :

  1. Alahai.. bersambung la pulak.
    Bila nak khatam ni.
    Balik Malaya nnt dah takda tenet dah..

    ReplyDelete
  2. oohh..jiwang Meng ni melayan perasaan hehehehe.... banyak sampan sampai sampan dalam air pon ada?? hehe...

    Waktu ko gi ni musim panas ke? tp tgk dorang pakai baju sejuk? xde life jacket ke nak naik bot tu? Kalau aku naik tetiba jatuh gedebushh sapa nak selamatkan aku?? hahahaha....

    ReplyDelete
  3. hamboiii bilik tuuu...lomentik abess...hahaha sampan tu kecil sgt, kalo sy tak yakin la nak naik haish...tapi view tepi tasik tetap lawa....cun!

    apa?supermeng minum guava??nasib bukan pink guava...kalo tak lagi kena keji...hahahaha

    ReplyDelete
  4. 1. Lawa bilik tu...dah mcm bilik pengantin...
    2. Tasik tu nmpk tenang damai...dlm gmbrla...rimas plak aku tengok penjaja tepi2 tasik tu..kesucian tasik jd tanda tanya ...

    ReplyDelete
  5. assalamualaikum

    first time nak comment
    mohon 1 ari up 2 entry, tak sabo nak baca :p

    *confirm SM kutuk kaw2 baca ni* hiks

    ReplyDelete
  6. Orang Pokhara xpandang logo S tu. Sebab S xlaku kat area gunung. Xde gps. Nanti ko sesat. Tapi!! Memang lawa gaban sampan2 warna warni tu. Cuma kalau aku, memang x kan naik. Best travel sendiri tula, sukati buat map sendiri. Nak minum guava pun xde orang kutuk. Sambil layan feeling gitu, cuci mata tengok makcik kayuh sampan.

    ReplyDelete
  7. Kali ini gambar-gambar yang diambil menarik sekali. Amat memberahikan terutama sampan-sampan, tasik dan gunung-ganang. Tapi bilik "Merah Sangatlah Mak Ngah" tu..betul-betul membutakan mata Sabariah....

    ReplyDelete
  8. Sib baik ko dapat shoot atas bumbung rumah setinggan tu, kot tak... tak dapat tengok apa ada kat atas bumbung deap tu... hahahaaaa... kalau stay tak kat hotel barahi tu? Mesti ko inzal hahahahaaaa...

    ReplyDelete
  9. Tunjuk dada je tau abg meng jgn tunjuk seluar!
    Adik ada tanya teka teki pada Jm, kenapa superman pakai suar saiz S, kami semua tertanya2? Mana dia tahu size S. Pastu dia jwb klau klau size L or XL nanti londeh so Jm boleh agak abg meng punya size sluar

    Atap zink d tindih dgn batu mesti takut d terbangkan angin kan

    Alaaa tu je baru nk tgk abg mendayung si dayung sampan tp klau panas terik camtu mmg x sangguplah kan



    ReplyDelete
  10. bes nye paragliding !
    ada usha harga ?

    emm muka pailang ke ...
    kire samseng abeh aa muka tu
    tunjuk la parut skit .. :P

    brapa jam ko bertanggak melayan perasaan tu ..

    ReplyDelete
  11. SAR : dah nak balik ke?

    tak pe la. entry ni permanent kat sini.. bebila pun buleh baca..


    HB : aku pegi musim sejuk la. tapi matahari terik... memang banyak sampan yang dah tenggelam. cuma tak nampak buaya je. kalau ada.. aku pun x berani....

    kalau kau tenggelam.. errr guna perut aci???


    DJ : buleh naik sampan yang besar tu DJ.. no worries...

    pink guava tak jumpa. kalau ada aku belasah jugak. hahahhaa

    ReplyDelete
  12. PM : bilik tu rabak mata.. x romantik mana...penjual tu memang ramai, tapi dia org tak push mana so tak kisah la..

    tgk tgk je.. boleh ambik gambar. mereka tak marah.. ramainya yang dari tibet..


    BSempoi : waalaikumusallam.

    kau kena bertabah !!!

    * usap usap tangan nak menampor orang


    BK : kau boleh cuci mata tengok abang abang neps kayuh sampan. yang sini abang abang neps pergunungan so lawa lawa sikit la...



    ReplyDelete
  13. NAman : kesian sabariah.. tak abis abis rosak retina matanya kan? hahahaha...

    mata merah dah terubat dengan suasana sepi dan aman damai di pokhara ni...


    Ali : rumah rumah setinggan tu betul2 sebelah hotel.. sempat gak la usha aktiviti dia org..

    hotel barahi tak pegi. tak berani.. hahaha takut kena cekup dgn jabatan agama islam nepal. hiks


    JM : supermeng pakai size universal.. hahahahaa.

    panas terik memang malas nak bersampan tapi cuaca sejuk sejuk jugak la.. cuma ada matahari

    ReplyDelete
  14. NanaT : aku tanya. agak mahal jugak dalam RM200 mcm tu sekali terjun. tapi kena naik ke sarangkot sana dulu...

    voucher diskaun aku tu ilang. kalau tak buleh la save 30 hinggit.

    parut kat muka tak der. luka di hati aci??

    * tunjuk kudis buta kat kaki utk tatapan peminat

    ReplyDelete
  15. hahah muka pailang konon, dalam hati ada taman rupanya....guava pink lagi...

    ReplyDelete
  16. ada agent ni quote harga paragliding 1 hour 11000 rupees=RM400+

    ReplyDelete
  17. Af : 1 hour di udara?

    lama tu.. boleh pitam kelaparan.

    anyway.. kalau suka. apa salahnya mencuba.

    ReplyDelete
  18. @supermeng ya..ada 30 mins dalam 8500 rupees..

    ReplyDelete
  19. Af : ya ka? oke. nanti sesapa ke nepal boleh try la kot..

    ReplyDelete
  20. i stay kat hotel barahi tu .. very decent la ..

    ReplyDelete
    Replies
    1. mostly hotel hotel di pokhara agak clean jugak la kot

      Delete
    2. hahahahha ... takde perasaan langsung ... penat weeihh siang tu dari kathmandu turun ke south almost nak sampai birgunj .. ingat nak ke kathmandu semula, tapi bila tgk kat papantanda tu tulis mileage ke kathmandu almost sama dgn ke pokhara, tukar plan .. lajak ke pokhara .. tau je la so called "highway" kat nepal tu mcm mana .. bagus punya goncang ..

      Delete
    3. betul.. boleh berkocak peranakan... tapi kalau x de choice. bedal je laa.. experience gak tu

      Delete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...