Tuesday, March 27, 2012

Highlight Aceh - Banda Aceh

Haruhah !

* mati la bahasa apa pun tak tau macam tu.

Korang sihat tak?

Aku sihat ni ! Minggu lepas balik dari Tanah Rencong. Weekend baru ni ada event office.

Busy !

Tapi nak update pasal trip ke Banda Aceh.

Well. Alhamdulillah. Kami GBS selamat sampai juga akhirnya di Tanahair selepas berada di tanah orang selama 3 hari 2 malam.

Sepatut sampai awal lagi tapi flight delayed.

Biasalah Air Asia tu kadang kadang bongok jugak kan?

Tapi tak boleh nak keji banyak banyak sebab Air Asia lah yang membawa kami terbang dan pulang.

* peluk sayap kapal terbang.

Agak kepenatan dan keletihan. Tidur yang cukup tapi tak berapa cukup. Ke hulu ke hilir berjalan kami ber tiga. Oh ya ! IH tak pegi. Last minutes dia pulled off sebab dia kena pegi bengkel. Dia kena berangkat ke Terengganu. Kalau dia ikut kami tadi mesti dia missed flight dia. 

Tapi !

Sebab BW web check in jugak nama IH. Kat airport nama IH berkumandang berkali kali. Sampai BW kena panggil.

"Mana pegi IH ni?"
"Dia ndda mahu pulang lagi. Dia udah ketemuin gadis Aceh !"

OK tak alasan BW?

Hahahaha.

So verdict Bandar Acheh???

Well. Kalau BS dah saksikan dengan mata kepala dia sendiri, dan kini kami menyusul, boleh di katakan, trip ini menarik. Penuh dengan pelbagai kisah dari cerita Tsunami dan jugak keindahan alam semula jadi di Sabang yang pastinya menggugat Cik Iman.

Let the pictures do the talking. ( biarkan gambar bercakap cakap)

Berikut adalah tempat tempat yang kami lawati dan lihat di sekitar Bandar Aceh. 

1. Flight ke Bandar Aceh.

* mati la caption tak perlu.

Waktu ni sebelum mendarat di Bandar Aceh. Nampak tu sikit sikit Bandar Aceh dari udara dan kawasan sawah padi di persekitaran Bandar Udara, Aceh.


 

2. Kapal di Atas Rumah.

Salah satu tinggalan Tsunami di Aceh yang kini menjadi salah satu daya tarikan pelancong ke sana. Di jadikan laman wisata bagi yang ingin melihat sendiri kesan dari Tsunami yang melanda Bandar Aceh pada tahun 2004 dahulu.


3. Masjid Raya Baiturrahman.

Masjid Raya Baiturrahman Banda Aceh, merupakan Masjid yang memiliki lembaran sejarah tersendiri, yang kini merupakan Masjid Negara yang berada di jantung kota Propinsi Nanggro Aceh Darussalam. Nama Masjid Raya Baiturrahman ini berasal dari nama Masjid Raya yang dibangun oleh Sultan Iskandar Muda pada tahun 1022 H/1612 M. Mesjid raya ini memang pertama kali dibangun oleh pemerintahan Sultan Iskandar Muda, namun telah musnah dibakar tentera Belanda,   kedua pada bulan safar 1290/April 1873 M, dimana dalam peristiwa tersebut tewas Mayjen Khohler yang kemudian diabadikan tempat dia ditembak pada sebuah monument kecil dibawah pohon ketapang dekat pintu masuk sebelah utara masjid ini.

Waktu gempa dan tsunami (26 Desember 2004) yang menghancurkan sebahagian Aceh, masjid ini selamat tanpa kerosakan yang seriues dan banyak warga kota yang selamat di sini. Kawasan mesjid ini juga dijadikan kawasan syariat Islam.





4. Muzium Tsunami 

Muzium Tsunami Aceh ini merupakan muzium yang didirikan di Banda Aceh, Indonesia ini untuk mengenang kejadian gempa bumi pada 2004 dan menjadi pusat pendidikan dan perlindungan dari tsunami.

Kami tak sempat masuk ke dalam pada hari Jumaat waktu kali pertama menjejakkan kaki di sini tapi rezeki, hari ke tiga sebelum balik, kami sempat menyelinap masuk dan tawaf satu muzium ni.

Memang best !

Senibina pun bagus.



5. Kapal Apung

Satu lagi kesan Tsunami di Banda Aceh. Kapal PLTD Apung ini terdampar di darat sejauh 5km dari tempat ia asalnya berlabuh di laut Ulee Lheue, Banda Acheh waktu tsunami melanda. Kapal seberat 2,600 ton ini dulunya digunakan untuk supply letrik kepada masyarakat di wilayah Banda Aceh dan Aceh Besar sewaktu berlaku konflik dan gangguan letrik sering berlaku waktu itu. 

Sekarang ini kapal ini telah menjadi bukti keganasan gelombang tsunami yang telah menelan korban nyawa rakyat Aceh seramai 200,000 orang. Setiap hari dikunjungi dan kawasan ini juga di jadikan taman memperingati tsunami di sini.


6. Pantai Lhoknga

Pantai ini menjadi destinasi kegemaran surfer sebab ombak dia yang agak besar dan sesuai untuk aktiviti seperti itu. 

Memang lawa tempat ni dan kawasan persekitarannya.





7. Pantai Lampuuk.

Pantai lampuuk ini mempunyai pantai dengan pasir putih dan terletak di teluk yang menjadi tempat paling sesuai untuk aktiviti rekreasi, berenang atau menikmati suasana pantai yang indah. Sebelum kejadian Tsunami, kawasan ini merupakan perkampungan tradisional dengan penduduk bekerja sebagai nelayan, petani dan sebagainya. Di sini juga pernah terletaknya sebuah padang golf dan juga kediaman orang kaya kaya Aceh. Tsunami telah memusnahkan hampir keseluruhan kawasan ini, namun kuasa Tuhan yang maha Esa. Di sini lah, masjid Baiturrahman, satu satunya bangunan yang tinggal teguh walaupun persekitaran kawasan ini telah menjadi padang jarak padang tekukur.






2 comments :

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...