Thursday, March 29, 2012

Grand Lexis. Grandkah?

Meh sini aku nak cerita pasal site visit aku ke salah sebuah hotel yang berbintang 5 di Port Dickson tempoh hari.

Mana tu?

Ni hah. Nama hotel dia Grand Lexis, Port Dickson.

 

Grand Lexis Hotel ni terletak di sebelah Glory Beach Resort kat Port Dickson. Dulu nama dia Legend Waterchalets tapi sekarang dah tukar management sebab Legend dan menjadi lagenda maka nama pun tukar. 

Barang di ingat, Hotel Grand Lexis ni ada 2 bangunan. Satu Lexis Hotel dan yang mana aku nak stay ni Grand Lexis. Grand Lexis ni hebat sikit la kot dan harganya lebih mahal.

Masuk lobby dia dulu.

 

Grand tak?

Pada aku tak grand mana. Hotel ni tak de la besar pun bangunan dia. Sempit. Lobby pun ala kadar je. Ruang dia agak terbatas. Lif dia sempit. Ada 2 lif je.

So aku pegi ke sini dengan expectation yang tinggi sebab dah tengok brochure dan website. Bila sampai agak kecewa di situ.

* nanges.

Tempat kunjungan pertama adalah melihat kehebatan bilik dia !

Mari.

Ni jenis bilik pertama nama dia Sky Pool Villa.

Harga dia?  RM 550 per night !

Koma.

Usha gambar bilik.

 




Sky Pool Villa ni terletak di bangunan tower dia tu. Bilik dia agak besar. Ada pantry, bilik mandi, toilet dan 2 kings size bed.

Paling inzal??

Swimming pool dalam bilik !!!!

Phewww !

Bilik ni untuk pegawai pegawai atasan.

Berminat??

Atau suka yang ini?

Premium Pool Villa - Harga dia RM 640 satu malam.


Malam ke dua dah tak mampu bayar. Tidur je di kaki lima.

Bilik jenis ni letaknya dia bawah. Area garden. Apa yang menarik adalah size biliknya yang lebih besar dan pool dia yang lebih besar dan open.

Usha gambar

 




Inzal kan pool dia?

Deluxe Suite Garden. Harga dia RM520 satu malam.

* nanges


 

Size kecik sikit tapi tetap ada pool.

Boleh pose pose Jeffrey Ong di kolam renang ini jugak kan?

Nanti kan !

Lagi mahu tengok kawasan sekitar. 

Well. Walaupun setiap bilik dia ada pool sendiri, tapi ada main pool jugak di sini. Ni gambar main pool.


 

Tapi nampak tak berapa inzal. Dah ada pool dalam bilik buat apa nak mandi kat sini lagi kan?

Orang pun tak ramai. Macam tak mendapat sambutan je. Tapi di kawasan ni nanti akan di adakan makan malam BBQ. Ada hiburan juga.

Di hotel ni ada jugak water chalet. 

Pada pandangan aku, waterchalet dekat Aviliion Village lagi best. Tapi kat Grand Lexis ni, ada pool lah !


Ada SPA jugak.

Tak tau berapa harga. Nanti kalau ada masa dan wang ringgit aku pegi usha. Tapi tempat dia macam terutup je. Tak menarik langsung.


Dan sudah pastinya, bagi artis artis ternama macam abang ni, kalau tidak menghiburkan peminat, sudah tentu abang akan menghiburkan diri sendiri !

* mati la gila.

Bilik karaoke di sediakan untuk aktiviti malam. Boleh tahan la jugak rate dia. RM150 sejam !

Mana cukup nak nyanyi se jam kan? Berebut microfon aje dah 20 minit.

Tapi sebagai artis yang bersuara emas, abang tak kisah. Jadi, undilah saya dengan menaip UNDIES dan SMS ke 1234

 

Ada jugak beberapa facilities di sini.

Dah usha. Macam tak berapa inzal. Actually aku tak suka environment hotel ni. Landscape yang tak berapa lawa dan semuanya di tempat yang sama. Too crowded dan tidak bersifat santai.



Dan akhirnya sekali bab makan.

Kami nanti ada buffet lunch dan dinner. 

Usha gambar dulu. 


 
Air Watermellon yang berharga RM16

Nasik Goreng 1 Malaysia yang ala kadar

Dan makanan di reject sebab ayam masih merah. (walaupun sebenarnya habis dek kerana kelaparan)

So nilaikan sendiri, hotel bertaraf 5 bintang tapi makanan so so, environment tak berapa conducive, mahal dan yang menarik cuma pool dia je di setiap bilik.

Aku tak promote dan aku tak keji. Just berkongsi. Pilihan di tangan anda. 

Now time untuk berguling guling di ranjang !

Chalo !

6 comments :

  1. Emmmm menarik memg sebab pool je..... Tp co Meg suka sgtlahhhhhhh buat event kt sini....hahhaa cuma x pernah pergilah laaaa *sapoooo lah kita*.... Tp satu malam tu mahal laaaa.... Baik beli beg longchamp hahahhaha :)

    ReplyDelete
  2. pegi la sendiri. meg kan banyak duittttt

    ReplyDelete
  3. meng
    sepengetahuan mike, hotel apa yg terbest da vass kt PD sinun??
    tengkiu

    ReplyDelete
  4. kalau couple.. avalion village & SPA atau thistle

    kalau family... grand lexus

    ReplyDelete
  5. aku pergi sbb suka n sbb nak bgik da best memoris kat ank.. tggu ank no 2 leh jln..n main air.. poi lai..
    apedehal.. bercuti di grand lexis

    ReplyDelete
  6. SSS : ok jugak la tu...

    preference masing masing.. bajet pun kena tengok tengok gak..

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...