Sunday, March 18, 2012

Jelajah Kota Orient - Day 3 : Shenzen Part 1

Sesampai di railway station Guangzhao, kami beli tiket ke Shenzen.

Train dia banyak so tak lama menunggu. Kami naik train pukul 3.59 petang. Harga tiket mahal sikit berbanding Zhuhai ke Guangzhao. Kalau ke Shenzen ni harga dia RMB80 (RM40) seorang.

Perjalanan pun lebih kurang satu jam.

Train agak penuh.




Perjalanan selama sejam itu di penuhi dengan aktiviti makan limau yang tak berhabisan. Makan biskut dan segala yang ada dalam beg Doraemon BW tu.

Nasib ada beg tu. Tapi nasik memang kami belum jumpa lagi. Perut dah krok krek krok krek. Menangis hiba. 

Aku rasa aku dah kurus 20 kilo !

Tang jari saja !

Lewat jam 5 petang kami tiba di Shenzen. Sebuah lagi kota perniagaan besar yang menjadi pintu masuk ke Tanah Besar China melalu Hong Kong.

Keluar dari station tu macam tak de apa apa. Nampak jalan dan bangunan je. Rupa rupanya kita orang keluar belah lain. Hiks.

Feeling feeling jap. Merangka mana nak tuju sambil aku dok hisap rokok. Nikotin kurang dalam badan adalah rasa sangat tidak best.




Benda pertama kita orang buat adalah mencari peta Shenzen.

Peta di beli dengan harga RMB6. Tapi sangat la tak berapa membantu. IH ada print out direction ke hotel. Melalui direction tu katanya hostel kami tu tak de la jauh dari station di Lowu tu, tapi nak cari jalan punya lah susah. Dah la bahasa Cina semuanya.

Kami menapak je ikut kaki sampai la kami terserempak dengan 2 minah ni. Orang kata malu bertanya sesat jalan. Pendek je yang malu. Panjang tak malu. Panjang tanya jer..

"Excuse me. Do you know this place?"

Kami tunjukkan alamat hostel kami. 

Minah dua orang ni baru balik kerja agaknya dan dia sangat helpful. Dia siap call hotel bertanya dan lepas tu dia pegi tunjuk. Kami ekori je dia berjalan dalam masa 5 minit hah ! Sampai depan hotel.

Thank you. 

Ada jugak insan insan yang baik sebenarnya di bumi China ini.




Itu lah hostel kami.

Namnya sama dengan nama hostel kami di Guangzhao. Mungkin satu syarikat tapi bilik dia beza. Kalau di Guangzhao kami dapat sorang sebilik tapi di sini, share 3 orang satu bilik. Tak menjadi masalah lah.

Lebih mengembirakan kita orang, masa berjalan kaki tu ternampak Muslim Restaurant.

Hati meronta ronta. Perut terus bergelora rindu minta di isi. Kali ni kami pasti, malam tu kami akan santap puas puas. Kesian perut yang sekian lama bertabah tanpa jemu.

Layan dulu interior hostel kami ni. Agak menarik.




Lepas check in dan bersiap berdandan, kami pun keluar la dengan misi.

Let's mengisi perut uols !

Perut masing masing kan kosong dah 3 hari tak jumpa nasik. Jadi tempat tujuan kami tak lain dan tak bukan ke Muslim Restoran yang terletak tak jauh dari hostel kami on the way ke train station Lowu tu.


Suasana memang menarik perhatian. 

Apa lagi, sampai je terus order. Gigih ni. Menu dia tak berapa memberangsangkan. Kat China ni dia orang kurang makan ayam kot. Aku ni susah sikit la kalau semua berdaging. Tapi ada la jugak menu yang menampilkan Ayam sebagai heroin utama.

Apa lagi.. 

Sebat lah !




Malangnya.........

* kesat air mata dulu.

Makanan dia sangat lah tasteless ! 

Tak sedap langsung. Bagi aku lah. Tapi BW macam biasa. 

"Sedap ni. Sedap !"

Bersungguh sungguh.

IH tak de complain. Dapat makanan dia bedal je. Aku makan tak abis. Pastu rasa tercekik la pulak. Kicap dia rasa macam cuka. Nak termuntah pun ada. Tapi demi mengisi perut aku makan la sikit. Tak abis pun. Last sekali aku keluar tingal dia orang dan aku hisap rokok kat luar.

Rokok jugak yang sedap

Selesai mengisi perut kami pun mula lah langkah nak berjalan jalanan.

Sebab dah malam kami pun tak tau mana arah nak tuju. So kami jalan kat kawasan Lowu tu je lah. Ada jalan besar dengan bangunan bangunan dan nampak sangat meriah. OK lah.

Berjalan lah 3 manusia dengan perut separa kenyang. Cukup bekalan tenaga untuk beberapa ketika.


Kami berjalan dari Point A ke Point B.

Tak de la jauh sangat tapi boleh lah nak menikmati limpahan cahaya lampu dari bangunan bangunan pencakar langit di kota Shenzen ini.








Berjalan ke hulu dan ke hilir pastu kami patah balik.

Ada banyak shopping mall di kawasan ni jadi kita orang masuk la check check apa yang patut. Tapi tak de apa yang menarik. Harga pun tak de lah murah mana. Tak jumpa pulak kedai kain sutera ke apa.

Tak pe lah. Misi kita orang dah tak nak shopping. Dah tak di benarkan shopping kecuali nak cari FM Shenzen je. Tapi macam tak jumpa. Rasa menyesal tak beli di Guangzhao sebab ada je jual FM Shenzen di Guangzhao tu. Beijing pun ada !

Masa jalan jalan tu BW sibuk la berposing dengan IH. Aku macam biasa. Jalan je tinggal dia orang. IH laju je boleh kejar. BW lah. Dia kadang kadang terpaksa berlari sebab nak cope dengan pace kita orang. Lawak betul.

Cuaca pun agak sejuk malam tu tapi boleh tahan lagi lah.

Tup tup kita orang nampak orang ramai. Ada muzik kedengaran. Rupa rupanya, ada tari menari di kawasan lapang depan shopping mall ni.

Macam pelik. Apa hal menari dancing dancing tengah tengah malam kat sini?

Rupa rupanya ini aktiviti biasa penduduk di sini. Lepas abis kerja, dia orang berkumpul di kawasan ni dan ada la majlis tari menari sesama mereka. Ada lelaki tua dengan pompuan muda. Lelaki tua dengan pompuan tua. Ada jugak pasangan lesbo Cina yang menari dancing dancing mengikut tempo.

Aku dengar je dialog busuk BW dengan IH.

"Kalau orang tua kat Malaysia tak de pun macam macam ni kan?"

BW tanya.

"Kat Malaysia semua beribadah lah. Dah tua"

Ya jugak kan? Motip kau tua tua nak menari samba lagi?

Kita orang lepak usha je apa yang patut.



Lama lepak situ lepas tu kami berjalan lagi.

Jalan punya jalan, nampak la bar dan sebagainya di kawasan tu. Kiranya kawasan ni tak mati walaupun malam. Orang pun masih ramai berkeliaran.

Tetiba teringat, masa on the way ke hotel kami perasan ada adult shop.

Apa lagi????

Jarang jarang boleh masuk ni. So kami bertiga pun buat muka tak malu pegi menjengah !



* Pengsan.

Nak masuk hembus hembus dulu. Tengok kiri kanan takut ada orang yang kenal. Kang report lak kat Makcik Mona dan Pakcik James.

Paling bahaya si BW lah. Pakai kerudung bagai ni, tapi masuk Adult Shop. 

Ado?

Tapi kita orang masuk bukan nak cari apa. Nak usha je.

Masuk masuk je macam macam la tengok. Mata ni terus laju je mencari apa yang familiar. Wah. Ada dildo pelbagai rupa. Ada kondom perasa durian.

* pengsan lagi.

BW tu satu hal. Dia masuk pastu nampak anjing sibuk ambik gambar anjing. 

Aku dengan IH la dengan muka bengis ni masuk konon konon nak mencari barang padahal tengok dok gelak gelak. Koh kek kok kek gelak.

Tiba tiba.

"Mana nya tetek palsu?"

BW bertanya.

"Motip kau dah tak kenal tetek? Tu hah !!"

Selambak aku tunjuk pelbagai size tetek dengan rona warna yang menarik kat situ. BW koma terus pengsan tak nak tengok.

Si IH lagi lah. Siap test vibrator. Sayup je aku dengar bunyi vibrator tu. Pusing pusing tengok dia yang tengah test. Hahahhaa.

Nasib la minah kedai tu OK je. Tak de kacau kacau sangat. Cuma ada satu mamat dia pelanggan kot dok usha kita orang. Memula ingat dia tuan kedai, rupa rupanya kaki sex jugak. Hiks.

Tak lama kita orang kat situ. Lebih kurang pusing pusing so kita orang pun balik lah ke hostel.

On the way jumpa kedai halal lagi satu. Kali ni dekat je dengan hostel kita orang sebenarnya. So BW singgah la konon nak beli kuih ni. Dia yang deal dengan orang kedai tu. Kat kedai tu ada lah tukang jual 3 orang lelaki. Aku dengan IH dok lepak je tapi kita orang perasan sesuatu.

Mamat mamat tu dok borak borak sambil usha bontot BW !

* rebah 

BW tak tau sampai la kita orang bagitau dia masa kat bilik. Sampai bilik bebudak berdua tu dok mamah kuih ni. Aku pun tak tau apa rasa. Aku jamah sikit macam tak sedap. Dia orang kata rasa macam cekodok je tapi banyak daun kucai kat dalam.

Hmmm 

Tak pe lah. Aku tahan perut. Layan tidur lagi best !


bersambung.................

No comments :

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...