Sunday, March 4, 2012

Trip Menggelabah Semarang - Episode 3

Dari Lawang Sewu aku naik taxi tu dan terus di bawa ke Masjid Agung.

Rochan yang bagitau taxi ni semua. Aku just masuk dan duduk diam diam.

"Macet Pak"

Pakcik Taxi tu bersuara. Aku mengiyakan je.

Dan taxi melintasi kota Semarang yang sudah mula sesak di pagi hari. Anak anak dah mula balik sekolah. Kereta dan motosikal mundar mandir dengan tujuan masing masing.

"Hari ini Jumaat ya Pak?"

Dia tanya aku lagi.

"Ya"
"Oh.. Terlupa !"

Dia ketawa.

"Pak. Kalau ke Kota Lama gimana?"

Aku mula berbicara dengan dia. Tadi masa dekat hotel minah tu ada sebut pasal Kota Lama dan aku sebenarnya dok merangka mana lagi aku nak pegi lepas ni nanti. Pakcik ni jenuh la bercerita dan mula lah kami berborak sakan.

"Kalau ke Sam Poo Kong itu perlu taxi juga?"
"Ya. Lumayan tu dari sini"

Borak borak punya borak last last dia tanya aku.

"Mas aslinya mana?"
"Malaysia"

Terus dia pusing belakang. Aku terkejut jugak terus pandang dia. 

"Kok bisa bahasa Indonesia?"
"Hahaha. Malaysia, Indonesia, kita serumpun Pak. Bisa aja"

Dia pelik agaknya aku lancar cakap Indon. Padahal aku rasa aku cakap Indon macam orang hulu je. Rochan pun pelik aku cakap Indon dah macam orang Indon. Masalahnya lidah aku automatik jadi Indon kalau aku berada di tanah Indon.

Masjid Agung terletak agak jauh dari pusat bandar. Masjid ni sebenarnya di bina kerana masjid besar Baiturrahman di Simpang Lima tu dah tak boleh menampung lagi penduduk yang ramai terutamanya kalau ada hari kebesaran macam lebaran dan sebagainya.

Tapi nak sampai ke situ jalan jem gila. Jalan kecik je.

Akhirnya lebih kurang setengah jam kami pun sampai.

"Nanti kalau saya mahu nyari taxi nya di mana Pak?"
"Ngga apa apa. Saya pun mahu solat. Saya tunggu Mas di sini"
"Oh. OK. Nanti saya nyari bapak di sini"

Dia park kereta dan aku mula keluar.

Keluar je bukan terus masuk masjid ! Merayau dulu ambik gambar.

Ada kau orang gi masjid time Jumaat cam ni aku pose pose ambik gambar.


Di perkarangan masjid ada menara yang tinggi. Aku dekati dia tulis Menara Tamadun Islam something like that lah. Dan aku melilau lagi. Nampak ada je yang ambik gambar sebenarnya so aku tak de la segan sangat. 

Tapi kawasan masjid ni memang luas. Compound dia tu lapang je. Masjid berada di belakang sana.

Tapi sebab memang lawa aku ralit dok ambik gambar. Sambil sambil tu aku ready je kalau orang dah abis khutbah aku masuk dan solat Jumaat di sini. 

Rasa resah dah gelisah dengan peristiwa ngeri di Lawang Sewu tu mula berkurangan. Aku malas nak fikir. Kalau aku fikir sewel aku jadinya. Tapi sekali sekala datang jugak dan aku cepat cepat tolak.

Yang penting aku tak mahu merosakkan trip Semarang ni dengan benda benda negatif macam tu.



Aku berkeliaran lagi sekitar kawasan lapang tu. Rochan kata payung ni terbuka time solat Jumaat tapi sebenarnya tak pun. Aku pun jalan la nak gi dekat dekat konon konon nak tengok.

Tiba tiba ada orang menjerit.

"Sepatunya di buka !!!'

Aku tengok kiri kanan.

"Sepatunya itu di buka !!! Itu tempat suci !!!"

Alamak !

Aku gila pakai selipar atas ni. Dok asyik dongak tengok payung ni sampai aku tak perasan dekat situ ada tulis

'Kawasan Suci'

Cepat cepat aku bukak kasut. Cuaca panas terus mengelupar kejap. Panas kaki. Aku lari terus ke tepi pegi dekat pakcik yang menjerit tu.

"Maaf Pak"
"Sepatunya bisa sampai di sini aja"

Aku diam. Rasa bersalah. Pastu borak borak pulak dengan Pakcik ni. Aku tanya dia pasal menara tu dia kata boleh naik nanti lepas orang abis semayang Jumaat. Aku excited.

"Dari Jakarta?"
"Ngga Pak. Dari Malaysia"

Kannn. Jakarta okeh !

"Owh.. ada acara di Semarang?"
"Ngga. Wisata"
"Oh.. motret?"
"Ya"

Aku senyum.

"Yang bagus, yang elok, bisa di bawa pulang. Di tunjukkan. Yang baik di sana juga, bawa ke sini, di kongsi"

Dalam kan maksud kata kata pakcik tu !

Aku diam je lah. Pastu aku mintak berundur sebab aku nak masuk dalam masjid untuk solat Jumaat.


Waktu tu panas terik berdiri. Orang dah mula memasuki masjid dan aku tak terkecuali. Ambik air sembahyang kat luar dan aku masuk. Mati la gi masjid bawak beg bagai. Beg kamera je pun.

So aku solat Jumaat hari tu di Masjid Agung, Jawa Tengah. Masjid terbesar di Pulau Jawa ini.

Tapi rasanya ruang masjid tu sendiri tak de la besar. Dia jadi besar kalau bukak payung payung kat luar tu la kot. 

Lepas solat aku mula gatal tangan nak ambik gambar. Tapi orang masih ramai. Abis solat sunat dah, abis berdoa tetap orang masih ramai. How ni?

Last sekali malas nak tunggu. Aku ambik je curik curik. Pastu lari..................... !



Tu atas dalam ruang masjid yang sempat aku curik. Ada je yang dok perhati. Pelik agaknya. Ada jugak yang ikut aku ambik gambar sama. Masing masing dengan kamera hp. Bersungguh sungguh. Apa aku ambik dia ambik. Aku pun tak tau dia ambik apa.

Tapi dalam ruang masjid ni ada quran besar ni. Tapi sayangnya terkunci jadi tak boleh nak tengok. Rehal dia pun besar.


Lepas keluar dari masjid aku terus je pegi ke Menara tu. Tak jauh pun cuma sebab kawasan Suci tadi tu besar so kena buat satu pusingan.

Sampai sampai je terus aku naik. Nak naik kena tiket Rp5,000.

Ramai je orang yang baru lepas solat Jumaat tu naik. Eh di masjid ni orang pompuan solat Jumaat jugak okeh !

Budak budak pun ramai. Berebut rebut la nak naik ke atas menara setinggi 9 tingkat ni.



Aku tak lama di atas tu. Sampai je dok snap sana sini. Ramai jugak orang. Macam ada rombongan. Budak budak sekolah ni pun ramai. Riuh rendah jadinya tunggu turn dia orang nak naik.

Jenuh cikgu dia dok bagi arahan.





Di atas menara ni ada menara pandang. Ada jugak restoran ! Di bahagian bawah ada muzium kesenian Islam. Aku masuk la. Muzium tu 2 tingkat. Tak de orang pun. Aku jadi seram !

Trauma lepas apa yang terjadi di Lawang Sewu tu. Tapi kat sini banyak di pamirkan tentang masjid masjid lama sekitar pulau Jawa. Ada jugak Quran Quran tulisan tangan yang lama dan macam macam lagi lah.


Aku tak boleh lama sebab aku fikir Pakcik Taxi tu tunggu aku. Tapi aku fikir dah lama jugak la aku merayau ni mesti dia dah blah. Tak pe la kalau dia blah nanti aku carik taxi lain. Pandai la aku tanya orang.

Aku turun dari menara ni tengok dia melilau lilau cari aku.

Gigih okeh.

Buat aku terharu je.

"Maaf Pak. Saya ke atas"
"Oh.... naik ke atas?"
"Iya.... bagus permandangannya"
"Saya belum pernah ke atas"

Dan kami berborak borak lagi. Taxi pakcik ni meninggalkan perkarangan Masjid Agung menuju ke Sam Poo Kong. Jauh jugak la. Harga dia dalam Rp20,000 sama macam harga taxi aku ke Masjid tadi dari Lawang Sewu. Actually tak sampai pun, ada lah dalam Rp16,000 tapi aku saja bagi lebih. Tak de duit kecik dah.

Sampai di Sam Poo Kong pakcik Taxi tu pun blah.

Aku mula merayau lilau di kawasan kuil ni.


Macam aku cakap kan, Tokong ni dulunya masjid kaum Cina Muslim di sini dan di bina juga patung besar sempena lawatan Laksaman Cheng Ho. Kawasan ni dulu adalah sungai. Ada replika kapal lama jugak. Nak masuk sini kena bayar Rp10,000 !

Tapi tu harga untuk warga asing. Aku tak cakap apa apa pun, mungkin sebab aku muka Indon jugak, maka dapat la harga local Rp3,000.

Dalam ni tak de apa jugak. Ruang dia besar la. Pastu Tokong tu dah jadi tempat semayang.

Ada kau lepas gi masjid pastu gi tokong?

Hiks.

Aku jalan kejap kejap je. Tak masuk pun tokong tu sebab kalau masuk dalam kena bayar lain. Bukan tak nak bayar cuma tak nak masuk.

Di perkarangan ada jugak patung patung lain yang menggambarkan pahlawan Cina dulu kala. 

Usha je lah.




Dan ada tempat ni kita boleh pakai pakaian Tionghua dan jenis jenis pakaian askar Cina lama lama ni dan bergambar.

Camwhore dipersilakan !

Aku ni suka ambik gambar je, bergambar tak suka so tempat ni tak penting buat aku. Apa yang lebih penting?

Aku kelaparan !!!


Aku kena cari sesuap nasi.

Lapar walaupun dah belasah makan nasik lemak. Mungkin berjalan ke hulu ke hilir kurang air. Dahaga pun ya jugak. Cari warung makan.

"Teh Botol ada Mbak. Dingin"
"Ngga ada es di sini, cuma di sana"

Makcik tu suruh aku pegi kedai lain. Panas panas macam ni tak jual ais? Rugi ! Hilang pelanggan macam aku yang tak boleh hidup tanpa ais ni.

Ada jual pulut durian !

Perlu ke aku makan pulut durian waktu waktu panas macam ni?


Namun akhirnya aku menapak jumpa jugak warung makan.

Aku pun order nasik. Aku cakap aku nak ayam je. Tak de ayam goreng tapi ayam gulai. Tak pe lah. Aku makan je. Ada sayur sayuran jugak. Sedap. Ada sayur lemak nangka. Telur dadar dan sayur pucuk paku.

Harga termasuk air Rp16,000 !

Kenyang. Alhamdulillah.



Dah kenyang tu aku menapak. 

Aku nak cari taxi nak balik ke hotel. Aku janji nak balik kol 12 tadi, sekarang ni dah dekat pukul 4 ! Mesti bilik dah siap.

Masalah tunggu taxi tak de. Lama aku tunggu akhirnya baru la dapat. Pose pose tepi jalan je aku ni.

Naik taxi mamat ni cakap jawa pekat gila. Memula aku nak gak sembang dengan dia pastu aku rasa macam tak faham. Terus aku diam. Pastu dia sibuk la promote suruh aku pegi Demak kat sana ada masjid Wali Songo dan dia cakap dia boleh bawakkan. Masalahnya aku ada agenda lain. So aku rasa Demak tu lain kali je lah.

Puas dia pujuk rayu. Aku cakap aku nak balik hotel je.

Tengok ni. Kau orang mampu menyanyi dan buat konsert macam ni tengah tengah panas tepi jalan dekat traffic lite?


Pastu kau datang satu kereta ke kereta yang lain mintak duit. Sedap ke kau menyanyi aku nak bayar?

Tu la situasi nya. Dia orang di sana buat apa saja untuk wang. Kalau mintak sedekah tu memang selagi tak bagi, kalau dalam taxi tu dia ketuk ketuk cermin suruh bukak.

"Pak... Makanan Pak !!!"

Sambil mintak duit. Nak beli makanan. Aku agak lali dah benda ni lepas kena di Jakarta dulu so dah tak kisah sangat. Cuma ada sekali aku nampak mamat ni tak de kaki dia jalan merangkak tengah tengah jalan raya dekat traffic lite. Tengah aku mengelamun tu tiba tiba dia muncul kat tepi tingkap !

Cuak gila.

Ingat kan apa. Rupanya mintak sedekah !

Hish ! Tak abis abis lagi. Aku ni dah la trauma. Buat lagi aku terkejut kejut macam tu.

Pakcik Taxi tu tak berjaya pujuk aku. Aku letih sebenarnya so aku nak balik hotel je. Lagipun bila dia paksa paksa aku lelebih aku rasa annoying. Lagi aku malas melayan. 

Sampai hotel je then aku dapat bilik. Bilik aku di tingkat 7. 

Tengok bilik.

Wah............... inzal !

Terus pose pose Sarimah dengar lagu Kassim Selamat tepi katil.

Gedebum !

Nasib tak terguling ke bawah.







Tapi tuala dia tak menarik. Bilik je menarik. Pemandangan pun OK.

Yang penting selesa. Dengan harga RM81 satu malam. Hmmm mana nak dapat hotel macam ni di KL. Servis pun bagus.

Masa di bawah tadi aku jumpa receptionist yang sama. Tanya dia pasal sewa mobil ke Dieng. Dia kata masih belum dapat. Argh. Kecewa aku. Aku mintak tolong dia, usaha sampai dapat, kalau tak, aku dah buntu dan mati kutu tak tau nak buat apa lagi satu hari esok !

Aku solat dan baring baring kejap lepas tu aku keluar semula. Tak boleh la nak pose lama lama di kamar walaupun inzal.

Aku ke destinasi lain. 

Kota Lama !

Dari hotel aku naik taxi. Harga dalam Rp10,000. Agak jauh jugak lah kalau nak menapak. So sampai je aku turun taxi dan mula melilau.

Ramai orang. Riuh rendah jugak area tu. Tapi yang menarik perhatian aku adalah bangunan bangunan lama di sini.  Memula aku plan nak sewa becak ni je suruh dia pusing pusing tapi aku fikir kesian la dia orang nak bawak aku yang berat macam gajah ni.

Tak de pulak tu abang becak. Semua pakcik pakcik.

Tak sampai hati. Last sekali aku menapak je la mengikut kaki.



Berpusing pusing aku di area tu. Ada gereja. Bangunan lama. Memang lawa. Tapi kadang kadang kawasan tu sepi je. Kebanyakkan bangunan macam dah tak berpenghuni.

Sunyi dan sepi ni buat aku cuak. Aku masih trauma. Aku nak pegi tempat ramai orang je.

Sementara tu aku capap la gambar di persekitaran Kota Lama ni.



Selepas berpusing pusing di Kota Lama hari pun dah nak gelap.


Tapi aku rasa macam nak gi berjalan ke Simpang Lima. Simpang Lima ni ada bulatan yang mempunyai 5 simpang. Kiranya itu lah alun alun kota Semarang ni. Alun alun tu maksud dia pusat utama lah. Masa naik taxi ke Masjid Agung siang tadi aku nampak. Dan aku rasa tak de la jauh sangat dari Kota Lama.

Aku melangkah berjalan sambil menyusuri rumah kedai. Banyak orang berniaga di tepi jalan. Macam macam ada. FM je tak de !

Selipar, kuih, rokok, ubat ubatan. 

Semua lah.

Dan aku rasa jauh gila la aku berjalan. Sempat singgah beli air dan memerhatikan sekeliling. Tapi ! Bayang Simpang Lima pun aku tak nampak.

Ada nampak banyak lampu, ingat itu dah. Bila aku tuju rupanya bukan. Aku rasa makin lama aku dah kat mana mana. Sejam jugak la aku menapak. Kaki tak sakit sangat may be kaki agak fit lepas trip hari tu. Ya lah bulan ni aku buat kerja gila ada 3 trip. So trip Semarang ni aku rasa paling easy lah plus aku pun tak de la nak berjalan ke mana mana sangat di sini.

Hari makin gelap. Hiruk pikuk kota Semarang masih terasa tapi aku dah sendiri dah tak pasti kat mana aku berada.

Jauh sangat dah kot dari hotel aku tu.

Last sekali aku tahan taxi dan naik taxi.

"Pak. Dafam Hotel Pak"
"Bisa"

Baru aku duduk je tak sampai 5 minit aku nampak hotel aku.

Motip?

Dekat dah sebenarnya. Aku je yang buta jalan. Hiks.

Tambang Rp6,000 ! Tu pun naik taxi tu bukak bukak je terus kena Rp5,000 !

Nasib lah.

Tapi dah sampai hotel rasa lega sikit. At least aku boleh berehat. Nak mandi dan baring baring je. Letih jugak rasanya seharian hari ni. Macam macam aku tempuhi.

Sempat singgah kedai kek depan hotel. Usha apa yang patut, beli roti dan kek untuk bekalan. Aku malas nak makan dah. Makan ringan ringan je.

Tapi tengok la kedai kek dia. Grand gila !


Sampai di lobby hotel aku cari Adit dulu.

"Maaf Pak. Aditnya keluar sebentar"
"Minta dia hubungi saya di kamar 710. Saya mahu nyari mobil ke Dieng esok"
"Nanti saya sampaikan Pak"
"Terima kasih"

Aku sebenarnya risau. Aku masih belum dapat nak sewa mobil ke Dieng. Kalau tak pegi Dieng punah la harapan aku. Apa lagi aku nak buat esok? Aku nak ke mana? 

Naik atas, aku mandi dan baring baring jap. Tunggu kot la Adit telefon. 

Haram tak de. Sampai dekat pukul 10 lebih. Aku turun ke lobby tanya. Tak de jugak Adit ni. Mana satu la orangnya. Yang siang tadi kata dia keje petang masalahnya dah malam ni takkan tak masuk keje lagi.

Luckily di lobby hotel ada band dan ada lah orang nyanyi nyanyi. Aku lepak situ kejap melayan perasaan. OK jugak la penyanyi kat situ. Terhibur la jugak aku ni. Ada bunch of Mat Salleh tengah menari dan riuh rendah jadinya. Dia orang tengah celebrate birthday salah sorang daripada mereka.

Aku layan je. Tolong nyanyikan lagu happy birthday !

Lambat sangat tunggu si Adit tu aku naik atas. Sekali lagi aku pesan kat reception tu mintak Adit hubungi aku  dan sekali lagi dia mengiyakan.


Naik atas, tengah layan TV macam dah nak terlelap, tetiba telefon di bilik berbunyi.

"Malam Pak. Saya Adit"
"Adit !!!"

Wah ! Macam kenal je ni. Sebab aku sangat menunggu dia call aku.

"Saya mahu ke Dieng esok. Bisa dapatkan mobil ke sana sama supirnya?"
"Udah Pak. Esok jam berapa bapak mahu berangkat"
"7?"
"Ya. Nanti saya telefon bapak semula sebentar ya pak"

Ah. Lega. Ada sinar harapan menanti. 

Dan tak lama Adit telefon aku lagi. Confirm ! Esok aku dapat supir dan mobil ke Dieng. Harga mobil dengan supir Rp400,000 untuk full day.

Tak pe. Aku sanggup bayar. Yang penting, Dieng.............. here I come.

Dan aku tidur lena kepenatan. Nasib baik la bayang bayang ngeri siang tadi tak berlarutan. Aku cepat cepat buang.

Lena lah mata. Esok kena bangkit awal pagi !

bersambung...........

No comments :

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...