Monday, March 12, 2012

Jelajah Kota Orient - Day 1 : Macau Part 1

Aum cak !

Tunggu tak entry ni??

* mati la cerita Jepun tak keluar lagi, basi dulu kat situ.

Aku update dulu pasal Trip China ni dengan tajuk Jelajah Kota Orient. Banyak bahagian nak kena update ni, slow slow lah. Aku dah load semua gambar cuma nak menaip entry tu makan masa. 

Nak buat entry Jepun tu kena penuh konsentrasi sikit, trip China ni santai je aku boleh menaip je tanpa henti.

Aku cuba slow slow okeh !

*****************

Al kisah.......... toyyib...............

Trip ke China ni aku yang rancang. Macam biasalah semua trip aku yang rancang. Dan trip ni masa aku beli tiket aku plan pegi sorang je. Tapi lepas aku bagitau BW dia pun menggeletis nak ikut. So aku suruh dia ajak IH sebab dia tak boleh pegi dengan aku je, nanti kena tangkap basah !

* pengsan tepi kolah.

Tak de lah. Sebab kalau dia pegi dengan aku tak de orang nak melayan dia pose pose. Hahahaha.

Anyway, BW berjaya memujuk IH dan IH pun setuju maka terjadi lah trip ni.

Aku purposely ambik flite dari KL ke Macau dulu then aku nak cover beberapa bandar di China dan aku nak travel naik keretapi or jalan darat sebelum aku nak balik dari Hong Kong ke KL.

Mengikut peta. Ni lah plan nya.


Dan aku ni macam tu la kadang kadang plan ikut suka hati je. Tak mengambil kira apa apa pun lagi, cuma asal aku rasa doable, then aku akan cuba buat.

Nak tak nak kena buat. Walhal aku yang nak berjalan so aku kena lah cari jalan cemana nak jayakan misi macam ni.

Bagi pihak IH dan BW mereka ni ikut je. Aku cakap macam ni macam ni dia orang mengiyakan je. Tu yang senang. So plan asal aku tak terganggu.

Cuma gangguan nya sebab aku pegi trip Jepun dulu sebelum tu dan balik 2 hari terus nak pegi trip ni. Tu yang angau sekejap. Patah hati jugak la memula nak teruskan sebab aku baru balik dan agak busy. Pastu aku agak penat tak hilang lagi keletihan dari trip Jepun tu.

Tapi demi kawan kawan, tak pe la aku gagahkan diri jugak. Cuti tak apply pun lagi. Cuma aku merangka ada cuti lain masa tu so memang ngam ngam lah.

So sebelum aku gi Jepun aku ada study la sikit sikit. Kat setiap tempat ni nak pegi mana dan nak buat apa, tapi aku memang tak boleh nak plan details. Aku nak study pasal Jepun lagi tu pun dah last minit. Memang dah perangai last minit nak buat cemana.

Apa apa pun, masa aku dengan IH dan BW bertemu sebelum aku blah ke Jepun, aku dah merangka pelbagai tugasan untuk mereka berdua.

IH kena carik hostel, rangka transport, tengok balik based on butir butir yang aku dah kumpul. Dia cuma kena finalizekan je based on plan yang aku dah buat.

Dan BW tu memang la aku tak mau suruh buat apa apa sangat kang sesat barat pulak jadi nya. So aku bagi tugasan BW mudah je. Sebab aku plan nak beli perfume dan usha kedai perfume di Hong Kong.

"BW. Sila ambik tau cemana nak pegi kedai perfume murah tu !!"

Aku siap bagi link apa semua cuma aku malas nak baca je.

Dan lepas balik dari Jepun tu aku busy 2 hari kat opis dengan banyak kerja nya. Kebetulan pulak ayah IH masuk hospital buat plan ni macam nak tergendala.

"Kita tak payah pegi lah"

Aku cakap kat BW.

"Ala............"

Ada rasa kecewa di situ. Kesian pulak kan. 

IH tak dapat beri kata putus. Kami patut bertolak hari sabtu dan IH balik kampung hari Jumaat malam tu untuk tengok keadaan ayah dia. Aku sendiri tak berapa ready, tak kemas beg lagi. Malam sebelumnya sibuk lagi berkasih sayang sebab ada orang lama kena tinggal kan.

Subuh tu lah baru aku start packing. Tu pun MH janji nak hantar dan dia siap siap SMS aku malam sebelumnya nak ambik aku kol 8 pagi ! 

* pengsan.

Aku anjak kol 9 pagi lah senang sikit.

Dan pagi sabtu yang hening tu lepas abis packing semua aku suruh MH ambik BW terus. BW pun balas kata IH jadi pegi dan dia on the way dari Bercelona tu kembali ke KL dan MH ambik dia sekali nanti kat rumah BW.

Begitu la kami tak prepare sangat. Kesian IH terkejar kejar dengan map tak print nya, direction hotel pun tak sempat nak comfirmkan. Kami main belasah je terus pegi airport.

Aku hantar kereta kat rumah adik aku dan dia orang tunggu aku kat sana.

MH hantar kami pagi hari ke LCCT dan drop kami di sana. Dia tak boleh tunggu sebab ada hal kat Puchong.


Bye bye MH !

Begitu kami bergoodbye.

BW dah siap tukar duit untuk aku sekali dengan dia. Walaupun Macau dan Hong Kong ni under China tapi mereka di bawah Special Admin Region dan ada matawang sendiri. Macau - Pataca (MOP), Hong Kong - Dollar (HKD) dan China sendiri, Yuan Renminbi (CNY). Jadi kami kena tukar 3 matawang lah. Kami dah budget dah setiap tempat tu so kami tukar semua sekali adalah dalam RM1000 semuanya.

Harap harap cukup.

IH tak sempat nak tukar lagi, so sampai LCCT baru la dia sibuk tukar duit. Nasib la hotel dia dah confirm kan dan malam sebelum tu IH dan gi jumpa BW bagi list hotel semua in case kalau dia tak jadi pegi. Dia dah bayar semua pakai credit card dia pun.

Lepas urusan tukar duit, kami makan dulu.

Kelaparan okeh. Belasah makan kat KFC !


Tak de luggage nak check in, kami cuma pegi verify document perjalanan je dan lepas tu terus la boarding.

Sempat aku beli rokok dulu satu karton untuk bekalan di sana nanti. Hiks. Lepas boarding tunggu kejap dalam tu dan lepas tu pengumuman di buat dan kami pun berduyooooon masuk ke perut kapal terbang.


Masuk flite baru terasa excited nya !

Yang tak syok kami semua duduk asing asing. Aku duduk belakang sekali. Memula aku patut duduk seat E Tapi ada minah ni mak dia duduk seat D dan dia duduk seat C tepi aisle. Asoh tu tua, so anak dia kalau boleh nak duduk la dekat senang mak dia nak makan kencing ke apa. So dia mintak tukar dengan aku.

Fine.

Aku tukar duduk kat seat C.

Sebelah aku kat seat A dengan seat B adalah couple Cina. Mungkin baru kawin dan pegi honeymoon nak berjudi di Macau !

Rengsa okeh. 

Kejap kejap berpeluk. Pastu beromen. Berkucupan. Siap aku boleh intai lurah bontot minah tu. Cun jugak la minah tu cuma laki dia tu kurang selera aku tengok. Tapi mungkin macam kaya kot. Tapi kaya naik AA ke? Naik la Emirates ye tak?

Hiks.

So aku agak rengsa sepanjang perjalanan.

Nak toleh belah kiri ada couple tu sibuk berdondang sayang. Kejap bunyi cup cup cup lah. Kejap bergelak ketawa sambil tangan laki tu meraba tak kira tempat.

Ah.

OK. Aku ngaku sebenarnya aku jeles.

Tengok belah kanan tu rasa sejuk sikit. Anak dengan Mak tu, anak dia bagus je jaga mak dia. makan bersuap. Asoh tu tua lah mungkin nak gi jalan jalan ke Macau kot. Ke nak berjudi jugak?

Ntah aku tak tanya. 

Tapi tersentuh gak la aku tengok cara anak dia tu jaga mak dia. Mesra je. Tapi kalau aku nak tengok lama lama kang dia perasan apsal aku dok tengok dia pulak.

So kanan syurga kiri neraka. Nak tengok mana? Nak baca magazine aku dah baca masa balik dari Jepun hari tu. Sudahnya sumbat telinga dan pejam mata.

Layan lagu.

Tup tup terlelap gak la beberapa kali.

Jauh jugak la Macau ni benarnya. Flite time 3 jam 40 minit. Dah la route sama macam Osaka. Tambah lagi 2 jam sampai Jepun dah. Macam aku balik dari Osaka dan ambik IH dan BW je. Kalau aku tunggu je dia orang kat sana lagi bagus kan?

Hahahaha. 

Tup tup pengumuman di buat dan fleet ready to landing.

Siap siap semua uols. Pakai tali pinggang. Naik kan table. Tegakkan kerusi kita nak landing nih !!!!!

Aaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa


Kita dah sampai !

Kita dah sampai !

Mana karpet merah?? Mana??

Tak de !

Sampai sampai cuaca tak berapa menarik. Berkabus ke berjerebu ke aku pun tak tau. Turun flite terus masuk balai ketibaan dan check imigration.

Imigration dia smooth je tapi, first time dealing dengan orang China Macau ni, dia baling je passport aku.

Cibai betul. Kurang asam. Nak je aku smash dia.

"Oii. Tak de sivik kah?? Sivik itu bermula di rumah. Rumah kau mana?"

Agak agak aku kena lempang tak lepas tu?

Tapi macam sangat kurang hajar.

Pastu lepas imigration, kami pegi money exchange pulak. Sebab Dollar Pataca ni tak de kat Malaysia so tak boleh nak tukar, Kami tukar ke USD dulu so sampai sana baru nak tukar.

Ada exhanger ni, aku tanya dia berapa dia ambik untuk USD100.

Dia tekan tekan kalkulator pastu blah !

Blah ingat buat apa. Pegi tengok TV ! Pastu dia buat bodo je tinggal aku teranjing anjing kat depan tu. Babit betul.

Stress aku. Dah aku malas layan. Sakit hati dealing dengan orang cam ni.

Pastu pegi pengurup wang no 2 pulak.

"Can we use US dollar here?"

Dia pun tekan tekan calculator tak cakap apa pun then blah.

Babit. Dah la tak menjawab soalan. Aku nak tau je kalau boleh guna USD tak payah la kami tukar. Tapi layanan kurang istimewa. Macam pundek je aku rasa. Aku terus panas hati. Nasib baik lepas tu ada mamat India dari Malaysia. Dia cakap Melayu la dengan kita orang. So aku tanya dia dan dia cakap tak boleh. So kena tukar Pataca jugak.

Aku tukar USD50 je. Rasanya cukup la tu kot. Aku bukan nak berjudi pun.

Tup tup mamat exchange tu dia campak je duit aku.

"Oiii !!!! Budi bahasa ko mana???"

Begitu abang nak marah.

Kurang ajar betul dia orang ni. Aku tak tau la memang style dia orang macam tu ke apa. But lepas tu aku blah. Malas layan. Tinggal IH dengan BW je tukar duit dia orang. Dan aku cari port nak hisap rokok.

Ketandusan nikotin dalam badan. Campur amarah memuncak nanti abang akan amokan puaka di airport Macau !

Barang di ingat, di Macau tak boleh nak isap rokok merata ikut suka. Ada zone zone dia. So aku agak berhati hati jugak la. Nasib baik keluar dari bangunan tu nampak zone merokok. Layan rokok dulu sampai IH dengan BW keluar. Dia orang tu OK je tunggu kalau aku hisap rokok. Tak de hal.

"So kita naik apa ni?"

Aku tanya IH.

"Bas ada"

Pastu aku tengok ada print out yang aku dah bagi BW suruh dia print. Ada taxi dan boleh jugak naik bas. Kami decide naik bas je.

Ada bus stop depan sikit pada taxi banyak banyak ni.


Satu kejadian ngeri berlaku masa nak naik bas.

Aku naik dulu. So aku tanya la driver tu.

"How much?"

Dia tak faham atau dia memang bodow tak tau aku tanya apa. Dia tunjuk sign jari tanya aku berapa orang. Aku cakap sorang la sebab aku keluarkan duit MOP 10 dan aku tak tau harga.

Dia suruh aku masukkan duit dalam tong dia tu. Aku masuk.

Pastu dia tunjuk sign tandanya

No change !!!!

Babit !

Dah tu?

"How much?"

Aku tanya dia balik. Tiba tiba ada satu mamat Cina kat belakang IH dengan BW cakap. 

"MOP 4.50 each"
"OK. I pay for 2"

Since tak de balance kan.

Dia pun buat sign lagi macam tak boleh. Burn la duit aku MOP10 tu. Babi betul. Mungkin sebab mula mula aku cakap aku sorang then now aku nak bayar untuk 2 orang. Bongok. Dah la tak kasi tau awal awal.

Nasib lah.

Rugi aku MOP10 (RM3.80)

Argh. Stress. Tak boleh hidup aku macam ni kat Macau ni kalau semua orang kurang ajar macam ni !!!!

So kita orang exchange duit tadi tak de duit kecik pun, paling kecik MOP10. So BW dan IH mengambil langkah berhati hati. Dia orang bayar sekali gus je masukkan duit MOP10.

Bijak !

Then dapat seat.

Rupanya mamat Cina yang tolong bagitau kami harga tambang tadi dari Malaysia.

Yey !

Gembira.

Perlu ke nak gembira? 

Gembira sebab ada orang yang faham. So kami tanya mamat tu lah. Nama dia Vincent. Dia keje kat Casino kat Macau tu. Baik gak la orang nya. Berasal dari Johor. Muda lagi. Dia baru keje di sana. So kami tanya la dia cemana nak locate hotel kita orang since IH tak sempat nak print map cuma ada direction je. Direction pun agak vague. 

So mamat ni bersungguh la google map la siap nak pakai personal hotspot dia nak bagi kita orang access internet. Tapi gagal !

Tak pe lah. Dia pun macam tau. Dia kata nanti dari last bus stop tu kami kena menapak bla bla bla. Ya la kita orang angguk je lah. IH je dok layan dia borak. Aku kat depan sikit dok memerhati kawasan luar je. Menarik jugak tapi cuaca memang kelam kabur kabur apa pun tak nampak. 

Cemana abang nak ambik gambar ni?

Akhirnya sampai la kat last bus stop tu.

Macau ni ada 2  kawasan sebenarnya. Satu semenanjung dan satu lagi pulau. Tapi ke dua dua bahagian ni di hubungan oleh jambatan lah. Ada 3 jambatan. Airport tu kawasan tambak di bahagian pulau manakala kawasan kami nak pegi ni di bahagian yang bersambung dengan Tanah Besar China.


So nampak tu peta di atas.

Kami bergerak dari point A ke point B !

Dan di point B tu lah last bus stop yang mana kami akan menapak sikit ke hostel yang telah IH tempah.

So sampai kat last bus stop tu, si budak Cina Vincent tu pun cakap lah.

"Nanti you all ikut jalan ni. Straight. 15 minit. Jauh jugak lah"
"OK. Hey thank you !"
"Tak de masalah. Kita orang Malaysia kena saling bantu membantu"

Kannn !

Terngiang ngiang lagi kat telinga aku ni okeh. Dengan senyuman manis nya. Dia blah lepas tu sebab dia nak gi keje dia kata. So kita orang pun terkesima kat kawasan tu terus sibuk ambik gambar.

Mana tak nya. Nampak bangunan ni hah. Lawa ! Tersergam indah. Unik. 

Casino jugak rupanya.


Nama dia Grand Lisboa !

Nasib tak Grand Lesbo. 

So dok usha usha kawasan sekeliling tu memang la dah nak gelap. Ada jugak Casino Casino lain di kawasan tu termasuk la Macau Tower yang kelihatan agak tidak jauh dari situ.




Tak lama lepas tu kita orang pun dah mula nak menapak.

Berpandukan arahan dari budak Vincent dengan tagline dia. 

"Kita orang Malaysia kena bantu membantu maaa"

Hah. Kami pun ikut la arahan dia. Walaupun dalam print out IH tu kata hostel tu 5 minit walking je dari last bus stop tu.

Gigih la berjalan dengan beg beg ni. Tengok kedai kedai. Ni hah kedai ni bergemerlapan.

Tak tau la apa dia tulis bahasa Cina dia tu. Sale ke. Jualan Runtuh ke. Sapa beli kena rompak ke. Tapi kedai emas. Ada la deretan kedai kedai lain lagi.


So kami pun menapak lagi la sampai la ke point C seperti dalam map ni berpandukan kata kata mulut manis jubur masam si Vincent tu.


Jalan punya jalan.

Jalan lagi dah macam jauh sangat pun, bayang pun tak de. Nak tuju ke mana ni?

Tanya orang sekeliling.

Nampak satu mamat ni dia dok nak park lori dia. 

"Hello ! You...."

Belum aku tanya dia dah blah. Buat tak tahu je.

Aku pun tunggu la situ konon ingat dia alih lori dia kejap then dia nak tolong aku. Ya la kita expect bebenda macam tu la konon.

Lama jugak la dia buat bodo je. Eh mamat ni. Nak tolong ke tak ni?

"Excuse me.. do you know this place?"

Dia pun tengok kertas dengan address aku tunjuk. Lama dia tenung. Pastu berkerut kerut dahi.

"Oh... huh huh huh"

Tu je. Tak faham apa dia cakap. Tapi tangan tunjuk ke arah depan. Yes ! Kami yakin la kami di jalan yang benar.

Menapak la kami bertiga ni hah. Jalan lagi makin lama makin jauh. Cuaca dah nak malam dah ni. Layan layan tengok bangunan.


Pastu macam dah jauh je. Jalan tu tak kelihatan.

Tanya lagi orang.

Haram. Tak nak layan. Siap nonong nonong blah buat tak tahu.

"You speak English?"

Tahan tangan dan blah.

"OK Fine. Thank you !!!!!!!!!!!!!!!"

Jalan lagi.

"You know this place?"

Geleng kepala. 

"Thank you................. !"

Geram jugak aku di buatnya. Muka pun semua ketat semacam je. Mula la aku nak compare dengan orang orang Jepun yang lebih bersopan dan sangat helpful walaupun dia orang tak faham English.

Tu la pentingnya English Education uols !!!!

Sampai sudah. Macam dah hujung jalan. Hilang arah dan pedoman. 

"Cemana ni??"

Aku tanya BW dan IH. Semua tak tahu. Carik carik kedai tengok mana yang bukak. Tanya mamat phillipines sorang. At least dia tahu dan faham English.

"I dont know. Are you from Phillipines?"

Dia tanya kita orang.

"No !"

Tetap la nak mencari sahabat handai. Tak nampak ke BW tu berkerudung Hetty Koes Endang bagai?

Tapi fesyen BW mencecah bumi Macau tak boleh blah ! Memula lawa la dengan legging Nor Amalina nya, skirt Beyonce dan baju gaya artis.

Dah sesat macam ni, how??/

"Cemana ni?"

Aku kalau tanya dia orang ni semua aku kena jawab sendiri lah gamaknya.

"Ada kedai buku. Jom cari peta"

Kita orang masuk. Aku pegi kat mamat Cashier tu tanya dia dan dia tak boleh cakap English pun. Sebab dia depan PC aku nak suruh dia google map. Nak cakap tu aiyoo. Pening. Dia lak tak faham pastu lembab semacam je. Nak je aku lompat masuk kaunter cashier dan guna PC dia kejap. 

BW dengan IH pegi cari peta dalam kedai buku tu. Sempat pegi survey fridge magnet okeh.

Lama gak la aku dengan budak cashier tu dengan dia sepatah haram tak bercakap apa. Dengan busy nak layan pelanggan nak bayar. Aku berdiri la tepi dia tu dengan muka rakus dan garang.

"Kau tolong aku sekarang kalau tak aku berguling dalam kedai kau ni !"

Begitu abang nak mengamuk sambil keluarkan machine gun dari dalam poket.

Hiks.

Tapi dia agak helpful. Dia search jugak dan lepas tu dengan peta yang kita orang beli tu dia pun tanda lah konon kat kawasan sekian sekian. 

Fine.

"Thank you very much !"

Kami keluar dari kedai buku hari dah gelap. Menapak la patah balik sebab dia kata kawasan hostel tu dekat word MACAU dalam peta ni.


Agak jauh la jugak kan. So kami patah balik tapi macam tak boleh percaya je.

Masing masing dah diam je. Dia orang takut aku marah la kot sebab tak print peta main buta buta macam ni. Dan aku pun tak de la nak marah cuma jadi hilang arah tujuan.

Serious tak tahu nak tuju ke mana dah. Awal awal sampai Macau dah makan langsat macam ni. 

Cemana???

Dan aku tak boleh nak salahkan dia orang gak. IH pun busy balik kampung semua dan BW pun lagi la tak tau kan aku suruh dia print peta MacKau dia print peta AyahKau pulak.

OK. Tak boleh stress stress.

"Kita naik teksi je la nak? Suruh dia hantar kat sini. Jauh lagi ni. Nak menapak kena naik bukit"

Dia orang setuju je. Lagipun hari dah gelap. Kami berjalan pun dengan beg beg ni semua. Tapi teksi tak nak berhenti pulak. Ada yang berhenti, aku tunjuk alamat dia macam tak nak bawak je. Dah la cakap tak faham.

Last sekali apa kami buat?

Duduk !

Study peta. Tup tup baru perasan peta tu bahasa Cina !

* Pengsan berkali kali.

Aiyo...... Apa dah jadi ni? Malangnya nasib kami.

IH gigihkan diri jumpa hotel masuk dan tanya. Tak dapat jugak tapi dia keluar dengan map Macau in English.

Hah. Ada sinar pengharapan.

So IH study satu peta aku study satu peta. BW diam je. Kang cakap banyak kang ada yang makan selipar jepun ni karang. Hiks.

Lama gak la kita orang duduk study peta. Dan aku ni yang rabun ni jenuh la study peta bahasa Cina yang aku haram tak faham sepatah pun cuma cari nama jalan je.

Tup tup.

"Ni hah !!!! Rua Do Dr. Pedro Jose Lobo"

Kann ! Portugis gila nama jalan. Aku nampak jalan tu.

Dan confirm di situ la tempatnya. Paling sakit hati bila tengok, tempat tu dekat sangat dengan bus stop yang kami berhenti tadi. Dalam peta ni point D.


Yes ! Yes ! Yes !!!

* berpelukan dengan IH dan BW depan kedai emas di Macau.

Finally. Argh Ada sinar menanti !!!

Kami pun menapak gigih balik kat bas stop tadi dan memang betul la. Tak sampai 5 minit jalan kaki dah sampai ke Istana kaca tempat kami bakal bersemayam di Macau ni.

Istana kah?

* tengok tengok pintu masuk je terus koma secara berjemaah !


bersambung...........

3 comments :

  1. Kelakar....haha..tp best..cabaran bru bermula tuh bro..

    ReplyDelete
  2. kelakar hihihi.. tp susah gak nk g cina ni... g korea ok je dorg xreti english dorg gn body language boleh je faham...

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...