Sambung sini entry cuti cuti sekolah musim spring.
Spring la sangat eh?
Hiks.
Dulu ingat tak masa sekolah sekolah mesti ada karangan cikgu suruh buat lepas balik dari cuti tentang apa yang kita buat masa cuti sekolah.
Pastu ayat karangan mesti bermula macam ni.....
Pada cuti sekolah yang lalu.......................
* koma
OK lah. Sambung.
Perjalanan dari Sungai ke Taiping pun lancar. Kami exit di Taiping Utara. Tol kena RM18 lebih.
Sampai sampai terus tuju ke hotel tempat penginapan kami. Nama hotel adalah Hotel Flemington.
Cool jugak hotel dia. Hotel agak baru.
Nampak atas sekali glass pool tu??? Ada sky bar jugak di roof top.
Paling best harga pun tak mahal. Seratus lebih je semalam. Dan hotel ni betul betul mengadap Tasik Taiping.
Apa lagi. Let's check in kat dalam.
Urusan check in pun lancar.
Aku dapat bilik ni dari Agoda. Dah siap bayar. Tunjuk print out voucher tu je dan terus dapat kunci. Bilik kami di tingkat 4.
Orang ramai jugak sebab malam tu ada majlis kawin kat hotel ni.
Apa apa, usha bilik dulu.
Katil twin. Tak inzal. Mintak tukar tak dapat, bilik penuh. Nak tak nak terpaksa la berpuas hati macam ni je.
Bersih jugak bilik dia. Karpet dia agak baru. Selesa la jugak. Yang penting view menarik jugak walaupun ada nampak bangunan usang. Nampak tasik jugak siap siap dari bilik.
Masuk lepak lepak dan betulkan urat. Cuaca agak tak menarik. Terus hujan tiba tiba. Nasib baik la kami sempat sampai. Elok je check in terus hujan turun mencurah curah.
Duduk je la dalam bilik. Hero tengok TV. Aku dok baring baring. Macam nak lelap jugak la.
Lepas hujan berhenti tu baru la aku naik atas roof top check out kawasan di atas. Ada pool untuk kanak kanak, pool dewasa. Ada sky bar. Menarik jugak la. Hero dah excited lagi nak mandi kolam kat hotel pulak.
"Boleh ke Papa, Hero nak mandi"
"Hari ni tak boleh. Esok pagi baru boleh mandi"
"Hari ni kita nak pegi Zoo kan?"
"Haah. Tapi Zoo tu malam. Lepas ni kita keluar gi makan"
Bersiap siap lepas tu kami keluar.
Agenda Papa nak ambik gambar di kawasan sekitar Taman Tasik Taiping.
Hari pun dah petang. Tak boleh nak buat apa sangat. Baru lepas hujan pulak tu. So kami jalan jalan. Ingat nak naik angsa tapi tak jadi.
Aku ambik gambar lebih kurang je. Hero nak main kat taman permainan kanak kanak tu tapi dah lewat sangat. Sudahnya kami pusing pusing jap dan lepas bermaghrib kami pun pegi makan.
Destinasi makan kami?
Mesti la di tempat yang terkenal lagi popular ini.
Doli !
Tak susah nak jumpa doli ni. Depan klinik kesihatan tu je. Tapi pekan Taiping ni malam malam pun boleh tahan busy.
Ramai orang kawin. Restoran restoran Cina semua penuh la dengan pengantin semua.
Paling susah nak cari parking. Lama jugak la kami menunggu. Last sekali jumpa.
Masuk kedai pulak, penuh orang. Jangan berangan la nak dapat cepat. Nasib kita orang pun baik gak, sampai je dapat seat sebab ada orang selesai makan. Memang penuh. Slow jugak la. Nak dapat makanan tu dalam setengah jam jugak lah.
Ada minah sebelah meja kita orang siap mengamuk lagi.
"Kita orang sampai dulu. Kita orang order dulu, kenapa dia orang yang dapat dulu"
Macam tu la ayat dia. Bising sekejap. Pastu semua orang pandang. Kesian budak waiter tu. Pastu bila waiter tu hantar makanan dia siap cekak pinggang. Apa lagi tak puas hati lepas tu siap pegi dapur. Macam macam hal la manusia ni.
So expect makanan akan tiba lambat. Dalam 30 minit macam tu lah.
Nasib tak berapa baik, malam tu cuma ada dua menu je. Kuey Tiaw dengan Nasik Ayam. Kami order Nasik Ayam pastu order Kuew Tiaw Special jugak sebab nak rasa. OR kata Fresh Orange dia sedap ! Harga RM3.10. Kuey Tiaw Special dia RM8. Banyak udang. Nasik Ayam RM5.50. Boleh lah.
Ni hah gambar makanan.
Papa ambik gambar dengan kadar yang laju sebab takut orang perasan. Padahal ramai je yang bawak kamera dalam tu.
Sebab orang ramai, susah jugak lah.
"Adik. Sambal ni saya tak dapat. Boleh bagi tak?"
Pastu dia lalu kat belakang. Tak bawak jugak.
"Dik. Sambal dik"
"Oh. Lupa"
Masuk ke dalam.
Tak sampai sampai jugak sampai la nasik ayam aku abis. So sudahnya memang tak dapat sambal. Nasib ada Hero punya sambal aku makan yang tu je lah.
Verdict?
Semua orang dah tahu tentang famousnya Kuew Tiaw Doli ni kan? Bagi aku. Hmmmm. Nasik Ayam dan Kuew Tiaw dia sama je rasa macam kat Taman Tun tu. Tak de beza sangat. Boleh la tapi sebab dah biasa makan kat Taman Tun dah tak rasa kick sangat. Boleh la kalau nak makan, tu pun kalau sanggup tunggu.
Kuew tiaw tak abis. Kita orang bungkus je bawak balik. Masa nak bayar tu aku tengok patut la slow sebab makcik tu sorang je yang goreng. Dia lah goreng kuew tiaw dan dia la jugak cashier !
Anyway, for experience dan nak makan untuk menghidupkan roh. Yes. Boleh je cuba.
Sejam setengah jugak la kami di situ. Makan sekejap je, tunggu yang lama. Tapi Hero kata nasi ayam dia sedap. OR kata kuew tiaw dia pun sedap. So aku cakap, sedap je lah walaupun aku rasa... OK OK je lah.
Mungkin aku tak minat sangat kuew tiaw kot.
Lepas makan semua kami bergerak lagi. Kali ni ke Zoo Taiping sebab kami nak tengok Night Safari.
Harga tiket dewasa RM 16. Kanak kanak RM10.
Memula kita orang macam give up juga nak masuk. Pertama parking penuh. Pusing pusing dah satu hal cari parking. Pakcik tu kata ada je parking, masuk dalam tak jumpa. Nak parking jauh pulak malas la nak kena menapak.
Pastu masuk tengok ramai orang beratur. Ramai dan panjang gila. Pakcik tu kata malam tu start lewat. Selalu pukul 8 dah bukak. Ni kami sampai dah dekat pukul 9 masih ramai yang beratur.
Beratur nak naik keretapi.
Dalam tu untuk tour Night Safari boleh naik tram atau pun jalan kaki je. Nak jalan kaki malam malam buta ni, gelap pulak tu malas la aku. Kalau aku dengan OR je OK la. Ni ada Hero. Kang apa apa pulak. Tapi ramai je yang jalan kaki. Kami naik tram tu. Tunggu tram tu la yang lambat. Dekat setengah jam jugak la. Sebelum kat gate tu ada jual FM. Tapi FM dia sedih sedih je semua.
Akhirnya dapat jugak naik tram tu. Tu pun setengah jam jugak la kami beratur.
Paling excited si Hero lah.
Dari awal naik tram tu lagi dia dah tanya macam macam.
"Papa. Gelap la. Tak nampak apa pun"
"Sabar lah. Baru start je ni"
Tapi driver tram tu akan bagitau la lepas tu.
"Di sebelah kiri, memerang"
Semua orang tengok kiri.
"Di sebelah kanan, pelanduk"
Semua orang pandang kanan.
Gelap lah. Tak berapa nampak. Aku terintai intai jugak la.
Tram dia gerak tak de la laju, tapi nak ambik gambar dengan kurang cahaya nya, dengan bergerak nya memang last sekali aku give up. Layan je lah.
"Dan akhirnya di sebelah kiri, buaya"
Nampak la buaya tengah lepak lepak.
"Dan akhirnya di sebelah kanan, babi hutan"
Pastu ada nampak 2 orang couple ni berjalan. Semua orang pandang couple tu!
Hahahaha.
Mana la nak nampak babi hutan malam malam.
"Dah akhirnya... di sebelah kiri. Singa"
Hero excited la tengok. Aku pun first experience pegi zoo malam malam macam ni.
"Dan akhirnya, di sebelah kanan.... harimau"
Pakcik tu ayat dia semua....
"Dan Akhirnya..............."
Tapi tak akhir akhir jugak. Jauh dan besar jugak la tempat tu. Kalau menapak jalan kaki mahu semput. Naik tram tu pun dah dekat setengah jam.
"Dan akhirnya di sebelah kiri... arnab !"
Motip arnab pun masuk zoo???
Tak boleh di terima akal okeh. Kesian arnab arnab tu.
Tapi banyak la binatang binatang lain kami nampak. Zirafah. Unta. Beruang. Burung Hantu.
"Dan akhir sekali....... di sebelah kanan. Gajah"
Hah. Baru la betul betul akhir. Dan kami semua kena turun kat situ sebelum keluar. Ni je la gambar yang sempat aku ambik. Yang lain semua tak jadi.
Aku tanya Hero.
"Seronok tak?"
"Seronok Papa. Terima kasih Papa bawak Hero jalan jalan"
"OK"
Overall aku rasa bagus jugak tempat ni. New experience lah. Cuma kalau nak lagi best, jalan kaki je kalau larat. Zoo tu besar. Gelap pulak tu. Tapi kalau bawak budak budak naik je la tram. 30 minit ride tu lama jugak dan macam macam jugak la boleh tengok.
Lepas selesai semua kami pun pulang ke hotel dan terus terbongkang keletihan.
Besoknya bangkit pagi aku gi jalan jalan kejap kat tasik ambik gambar sementara tunggu Hero bangun. Tak jalan jauh pun, then naik balik tengok dia orang dah siap dan kami pegi breakfast.
Orang agak ramai, makanan dia so so. Boleh lah.
Ambik makanan dan kami makan.
Lepas abis makan tu, siap la perenang antarabangsa nak berenang.
Naik atas aku teman pulak dia mandi kolam. Dah siap dengan pelampung dia tu. Aku hisap rokok, layan tengok dia dari jauh je.
Seronok bukan main dia.
"Dah la mandi. Kecut dah telur tu. Dah hitam badan tu"
"Ala Papa ni. Kejap la Hero tak puas lagi. Hero nak mandi sampai puas"
"Hmmm OK. 5 minit lagi"
Terjun la apa lah dia. Macam macam gaya dan aksi.
Nasib tak ramai orang kat pool budak budak tu.
"Jom lah. Pegi bilas"
"Papa. Hero tak puas lagi"
"Nanti Papa buat kolam mandi kat rumah""Ya ke Papa?"
"Tak de lah. Tipu je. Mana Papa ada duit"
"OK. Kalau macam tu, Hero mandi puas puas dulu la ya"
Aiyoh.
Check out pukul 12. Pukul 1 jugak la kami keluar. Layan mandi sampai berbelang badan dia.
"Tengok ni. Papa dah cakap. Badan dan hitam. Ni kat sini putih"
"Haah la Papa. Tapi Hero tak kisah pun. Hero nak mandi kolam je"
* pengsan.
"Dah la. Nanti hujung bulan kita pegi mandi kolam lagi"
"Duduk hotel ni lagi ke Papa?"
"Tak lah"
"Papa. Boleh tak Papa tinggal Hero kat sini. Papa balik la. Nanti Papa datang la ambik Hero"
Aiyoo. Bertuah punya anak.
"Dah cepat pakai baju !!!"
Nak kena jerkah dulu baru dia nak bergerak.
Dan on the way balik ke KL hujan lebat gila. Sempat singgah kat R&R. Kencing la. Beli buah potong lah. Beli twisties lah. OR yang drive sebab biasalah hujan hujan mata aku buta.
Ada dua tiga accident jugak lah. Kepenatan sangat Hero tidur je sepanjang jalan.
Akhirnya jam 5 petang kami selamat sampai ke rumah.
Begitulah percutian cuti cuti sekolah edisi pertama musim spring ini.
TAMAT.
Budak klu dpt kolam..xmo blk dah..ank2 akkpn giti..
ReplyDeletepapa dia pun sama kot
ReplyDelete* larriiii
hahahaha part dan akhirnya tu lawak gile!
ReplyDelete