Horas !!!
Apa khabar semua?
Abang muncul lagi. Muntah la korang baca entry jalan jalan aku ni. Entry Japan masih belum abis di tulis, now kini entry jalan jalan sementara muncul.
* mati laaaa
Trip cuti sekolah hari tu tak plan pun sebab aku plan pegi tempat lain. Aku ada voucher untuk redeem hotel dan aku memang nak guna untuk cuti sekolah hari tu. Tapi aku ni kan selalu alpa, beta dan gamma so aku terlupa nak book. Bila aku call hotel dah penuh. Nak tak nak kena pegi hujung bulan sebab voucher tu expired hujung bulan ni.
Tapi demi kesejahteraan Hero agak tak mengamuk dan azan 30 kali tanya bila nak pegi tido hotel. Maka, aku buat satu plan.
Dan plan tak berapa nak best asalnya cuma nak pegi Taiping je. Saja jalan jalan aku pun dah lama tak ke sana.
Maka aku buat la plan pegi Taiping !
So plan cuti sekolah ni kiranya plan aku yang nak berjalan bukannya Hero. Hero tu kalau tanya senang je dia jawab.
"Nak tido hotel"
Tak pun.
"Nak mandi kolam"
Tu je la 2 benda yang dia nak. Maka alang alang nak pegi Taiping tu aku pun plan nak pegi Bukit Merah memula. Tak berapa jauh sangat kan? Tapi bila fikir fikir baca review semua kata tempat tu macam hampeh gas je.
Otak aku ni laju je la fikir nak mencarik option. Riki punya riki jumpa la pasal info Taman Rekreasi Kolam Air Panas (TRAP) Sungai Klah, Sungai.
Tak de la jauh pun. Aku pun memang pernah pasang niat nak ke sini. Kebetulan sini pun ada Felda Residence Resort tapi tak de la aku plan nak tido sini. So combinekan 2 destinasi ni so terjadi la trip Cuti Cuti Sekolah Musim Spring ini.
Plan memang nak pegi sabtu dan ahad. So pagi pagi sabtu tu lepas bersiap siap kami pun keluar. OR dah masak semua jadi kami plan sesuai la nanti sampai di sana kami boleh makan makan.
So bergerak dari KL ikut PLUS highway. Singgah isi minyak dulu. Top up Touch & Go.
"Papa. Hero punya box pensel hilang la. Beli yang baru boleh tak Papa?"
Orang nak berjalan dia sibuk nak beli pensel box. Dia tu pensel box hilang, color hilang, botol air hilang, semua hilang. Nasib kote je tak hilang.
Dan biasalah kalau berjalan dengan bebudak ni, kejap kejap tanya.
"Papa, kita sampai nanti pukul berapa?"
"Lagi 2 jam"
"Ni dah berapa minit Papa?"
Dan soalan yang sama setiap 5 minit.
"Hero tido dulu, nanti penat tak boleh mandi. Sampai nanti Papa kejut"
"Ni dah berapa minit Papa?"
Nak tunggu sampai 2 jam tu.
Budak budak. Aku melayan je lah.
Dan akhirnya selepas kurang lebih satu jam setengah menyusuri PLUS Highway menuju ke Utara kami exit Sungai. Tol kena dalam RM15. Pastu ada sign ke TRAP Sungai Klah atau pun cari je Felda Residence maka akan terjumpa la kawasan ni.
Tapi ni nak masuk ke Felda Residence. Teruskan lagi perjalanan tak sampai 500 meter then jumpa lagi satu gerbang dan boleh park kat situ.
Maka kita dah sampai !
Yay !
Harga nak masuk RM12 untuk dewasa dan RM10 untuk kanak kanak. Nanti dapat wrist band pakai kat tangan macam biasa kita dapat kat theme parks tu.
Masa kami sampai belum ramai sangat orang so OK lah. Cuaca pun walau tak berapa panas tapi panas jugak la.
model tak sabar nak mandi dengan wrist band melekat di tangan
Lepas beli tiket, angkut barang barang masuk ke dalam terus dan akan jumpa sign ni.
Now kita boleh buat pilihan samaada nak jalan kaki atau pun nak naik tram. Ada tram di sediakan.
"Papa jom la Papa kita naik keretapi"
"Jap la Papa nak baca ni dulu"
"Jap la Papa nak baca ni dulu"
Dan kami naik keretapi.
Keretapi tu akan bawa terus ke kolam utama. Tak jauh pun. 5 minit pun tak sampai rasanya.
Pastu boleh nampak terus kolam utama. Ada jual jual jugak kat situ. Jual cenderamata, jual makanan dan sebagainya. Kita boleh bawak makanan sendiri tapi port nak duduk tu kalau ramai orang susah sikit lah. Di syorkan membawa tikar sendiri untuk kegunaan.
Macam biasa reaksi Hero bila tengok benda benda ni.
"Papa. Kita kena beli pelampung lah. Nanti kang Hero jatuh dalam kolam. Hero tak pandai berenang"
"Ya laaaaa"
Dia memang excited dah bila tengok air tu.
Ada di jual pelampung jugak kat situ. So pilih lah. Kalau dah ada, bawak je dari rumah siap siap.
"Bang. Tak de ke pelampung yang lelaki sikit?"
Aku tanya brader tu. Dia pandang atas bawah.
"Ada. Tapi nak kena tiup dulu"
Hah ! Ada pun. Kalau tak semua set set Dora the explorer, Hello Kitty dan geng geng tak macho langsung. Hero telah memilih Spiderman.
Harga pelampung yang besar adalah RM 15. Mahal jugak ler kot kan?
Dan itu la kolam nya.
Luas kan?
Yang belah ada waterfall tu untuk dewasa. Dalam sikit. Yang belah sini cetek je paras lutut je pun. Sesuai untuk kanak kanak. Tapi sebab orang tak ramai so best la. Nak carik port tu satu hal. Bangsal tak banyak kalau awal boleh la dapat. Kita orang bernasib baik la. Kalau tak, bawak je tikar sendiri. Boleh je bentang kat tepi bawah bawah pokok kat situ.
Kami pegi hantar barang, nasib jumpa port ada bangsal. Lepak lepak kejap dah tukar baju si Hero. Ingat nak makan sarapan dulu. Papa is lapar.
Toleh toleh.
"Mana Hero?"
Tanya OR.
Tengok tengok.
Dah pose pose vain kat kolam !
Mati la tak menyabar budak ni. Nak tak nak terpaksa la gi teman dia jugak. Aku pun tukar baju la sebab pakai jeans karang basah. Duduk je tepi tu dan usha dia dari jauh. Dia tak berapa berani sangat pun nak pegi tengah tengah. Action jer lebih !
Untuk part kanak kanak ni ada gelongsor semua cukup. Tapi memang la tak complete macam kat Tambun ke apa, but not bad lah.
Hello Kitty dan Doraemon pun ada.
Mereka juga mandi.
By the way. Walaupun tempat ni nama dia Kolam Air Panas tapi kolam ni tak panas. Ni kolam biasa. Kolam air panas ada tapi kat tempat lain. Nanti kita pegi. Now usha dulu kawasan kolam mandi ni dulu.
Pastu aku pun macam ketagih. Geram tengok air. Last sekali mandi sama. Tapi sebelum tu breakfast lah dulu. Makan Makaroni goreng, ayam goreng. Mengisi perut.
Ramai jugak orang dewasa yang try gelongsor ni. Aku pun try jugak. Hiks.
Fun dowh !
Aku paksa Hero. Dia tu nak tapi takut. Pastu mula bermuka cuak selepas beberapa kali di paksa oleh Papa !
"Tak pe. Papa tunggu bawah"
"Ala..takut la Papa"
"Tak pe"
Pastu asyik asyik Papa yang naik. Then Papa lagi. How?????
Last sekali ibu dia turun dengan dia baru la dia berani. Then baru boleh turun sorang sorang. Dah jadi kemaruk pulak.
"Angkat tangan !!"
Papa adalah memaksa suruh anak muka jadi herot dan tambah takut. Tapi dia buat jugak.
Ada sekali tu geng makcik makcik yang naik gelongsor ni. Muka masing masing tak leh blah. Ngeri tengok.Tapi semua bergumbira la. Riuh rendah jadi nya. Kolam ni ada 2 part, satu untuk kanak kanak yang ada slide tu, dan satu lagi untuk dewasa yang ada waterfall. Tapi mostly ramai mandi kat part kanak kanak !
* koma
Lepas mandi, salin baju dan siap siap kami pun bergerak.
Tak boleh lama lama sebab kami ada destinasi lain lagi lepas ni. Bergerak meninggalkan kolam utama kami pun menapak balik ke parking. Tak naik keretapi dah instead kami jalan kaki menyusuri tempat tempat yang menarik di kawasan ni.
Ni tempat paling panas. Boleh rebus telur di sini.
Ramai je yang melepak feeling feeling rendam kaki di kawasan ni. Boleh tahan jugak la tahap kepanasan di sini dalam 40 celsius.
Jangan tak percaya !
Ada jual telur jugak. Siap dengan kicap kat sini. Hero biasalah tengok je mengaruk jugak nak beli telur.
"Tak payah la kita lambat karang. Nanti hotel penuh"
Papa is pentipu jugak kadang kadang walhal hotel dah bayar pun semua.
Dan kami jumpa kolam air panas ni.
Boleh tahan besar tapi sanggup ke nak mandi lama lama kat sini? Panas boleh tahan lah. Ada jugak la orang yang mandi kat kawasan ni pun. Air panas di sini natural so aku tak sure kandungan sulfur banyak mana. Tapi tak de la berbau. Cuma hangat lebih daripada biasa.
Tapi ada tempayan air biasa untuk di bilas.
Kami usha usha je tak mandi pun kat sini. Singgah berehat sekejap sebab...
"Ibu.. Hero lapar lah !"
Dah berkubang mandi tak ingat makan, time ni baru dia nak makan. Singgah la tunggu dia makan sekejap.
Tu je kawasan persekitaran kolam air panas. Ada jugak cascading water. Tapi macam tak menarik mana pun. Bertingkat tingkat tapi kecik je. Macam air pancut.
Ada jugak jambatan jalan jalan bawah pokok, kami terus je beredar ke parking. Beli aiskerim makan dulu then terus bergerak lebih kurang jam 3 jugak lah.
Bagi aku, TRAP Sungai Klah ni bagus. Kalau tak ramai orang lah. Tempat pun selesa. Kolam pun not bad. Plus murah kalau nak banding dengan theme park yang lain. Cuma tak de la rides apa semua. Good enough untuk buat budak budak especiallynya bergumbira tepuk sangan sama sama.
Bagi aku, TRAP Sungai Klah ni bagus. Kalau tak ramai orang lah. Tempat pun selesa. Kolam pun not bad. Plus murah kalau nak banding dengan theme park yang lain. Cuma tak de la rides apa semua. Good enough untuk buat budak budak especiallynya bergumbira tepuk sangan sama sama.
"Papa hotel kita jauh tak?"
"Jauh. Tidur dulu, nanti Papa kejut bila dah nak sampai"
"Berapa jam?"
"1 jam setengah. Jam pendek pukul 4. Jam panjang pukul 6"
Pastu belum keluar lagi dari kawasan Sungai Klah, dia tanya lagi.
"Papa, kita dah berapa minit?"
* pengsan
bersambung.............
Layan karenah ank yg mcm2..hehe...tp best la tmpt tuh..nmpk menarik utk gi..blh bwk ank2 mandi..tmpt pun lawa jek..
ReplyDeleteboleh... kena pegi awal kalau x org ramai tak best !
ReplyDelete