Tuesday, March 20, 2012

Jelajah Kota Orient - Day 4 : Hong Kong Part 1

Lepas abis urut kaki tu kami terus balik ke hostel dan ambik barang barang.

Pastu patah balik ke railway station Lowu untuk ke Hong Kong.

Subway dan keretapi Shenzen last stop kat station ni je. Tapi station ni jugak la yang menjadi penghubung untuk ke Hong Kong. Bezanya kena jalan kaki dulu lepas kastam baru la boleh sampai Hong Kong.

Hong Kong tak pakai pakai Visa. Jadi urusan kami tak de la lama sangat. Cuma BW je asyik tersangkut, asal dekat imigration je sangkut sebab nama ayah dia ada alias so imigration  kena isi dua kali borang dia dengan binti yang berlainan.

Anyway, sesuatu yang tak best mengenai Hong Kong ni, bagi perokok tegar macam aku lah. Hong Kong tak membenarnya bawak masuk rokok luar kecuali 19 batang saja ! Rokok kat Hong Kong satu kotak harga dia RM20 !!!!

* nanges sambil hisap jari

Aku masa kat LCCT siap beli satu karton okeh. So cuak jugak tapi abang berjaya seludup semuanya dalam baju baju aku. Tak de kena check pun. May be sebab China dengan Hong Kong kira satu negara dia orang malas nak check sangat.

So selesai urusan masuk ke Hong Kong. 

Here we come !

Bye bye China. Aku mau jelajah China lagi, tapi tempat lain pulak lah nanti. Insya Allah.

Satu perkara yang sangat nyata di negara China ni kan bau mereka sama dan sekata je semua...bau hamis cam mana tah tak reti nak gambarkan.



Masuk masuk Hong Kong je pandangan jadi damai semula, orang nya dah mula wangi-wangi takde hamis-hamis dah.

Hong Kong bersih tak macam China. Kira Hong Kong ni saling tak tumpah macam Singapore lah. Nak merokok pun payah ada zone zone dia. Tapi tu semua dah biasa.

Kami naik train dari station Lowu belah Hong Kong tu menuju ke Tsim Tsa Tsui di mana letaknya hostel yang bakal kami menginap. Waktu tu hari dah petang. Tiket train dia dalam RM18.

Masalahnya station Tsim Tsa Tsui ni ada 2 station. Satu lagi East station. Kami tak tahu hostel kita orang ni bahagian mana. Keluar dari subway tu lepas ambik peta kat tourist center, kami pun melilau. Nak menapak tak tau mana arah. Ada direction yang di print tapi tak tau nak keluar exit mana.

Sudahnya kami tanya orang. Kat Hong Kong masalah bahasa tak susah sebab mostly dia orang pandai cakap English.

Ada satu minah ni kita orang tanya tapi dia pun macam tak tau. So dia tanya kawan dia sorang lagi lelaki dan pakcik ni sangat baik hati. Dia bawak kita orang keluar dan hantar sampai ke hostel !

Yang kelakarnya. Aku rasa aku dengan IH ni jalan dah laju. Pakcik ni lagi laju. Macam lipas kudung dia jalan. Penat kita orang nak kejar. Apa tah lagi BW yang mencicit kat belakang.

Tapi alhamdulillah. Berkat pertolongan pakcik tu kami akhirnya sampai di hostel kami yang terletak di area TSim Tsa Tshui tu di bangunan Chung King Mansion yang terletak di kawasan Kowloon tu. Kami menginap di Maple Leaf Guesthouse.

Bangunan tu tinggi dan sebenarnya banyak guesthouse dan hostel hostel murah. Kena riki je carik availability. Harga pun tak mahal. Kami dapat 1 bilik share 3 orang. Bilik dia azab jugak lah, tapi boleh lah setakat nak tidur je.

Tak de masalah.

Owner tempat ni pun OK. Agak helpful.


Yang tak bestnya. Kawasan ni adalah penuh dengan mamat mamat bangla dan paki dan dia orang ni menyemak je pantang tengok orang berjalan, dia approach tanya nak bilik ke tidak. Rimas okeh.

Bukan sikit. Ramai !!

Dah tak rasa macam kat Hong Kong pun ada.

Tapi kita orang jalan buat bodo je lah. Sampai la check in bilik, letak barang dan berehat sekejap sebelum keluar untuk berpeleseran !

Destinasi pertama kami malam tu adalah Avenue of Stars !


Hong Kong ni ada banyak pulau tapi main pulau dia adalah Hong Kong Island itu sendiri. Tapi kami stay di Kowloon yang mana dari Avenue of Stars tu nampak panorama Hong Kong Island yang penuh dengan pencakar langit tu semua.

Dari hostel nak ke Avenue of Stars tu tak jauh mana. Jalan kaki pun dalam masa 10 minit.

Masalah utama dia adalah, cuaca sejuk gila !

Gila gila sejuk !!

Aku pakai baju 3 lapis pun menggigil. Hujan pulak tu. Tapi kita orang redah jugak sebab nak sampai sana sebelum pukul 8. Pukul 8 setiap malam akan ada light show dari bangunan bangunan di sebelah sana.

So kami tak nak terlepas peluang ni.

Berdecit decit la kami berjalan, lintas jalan dan akhirnya kami sampai jugak di kawasan Avenue of Stars tu.

Dan ini la pemandangan yang kami nampak !


Tersangat lah menawan !

Lebih menawan lagi bila lightshow bermula dengan suara pompuan Cina cakap apa benda ntah sepatah haram kita orang tak faham. Orang pun ramai walaupun hari hujan. Aku rasa ada hari hari tertentu dia cakap Cina. Ada hari lain dia cakap English. Mostly dia sebut nama nama penaja lah.

Tapi view memang lawa.

Aku, IH dan BW terpaku la menengok lampu lampu tu. Show dia adalah dalam 15 minit bermula pukul 8 setiap malam.

Tapi lepas tu rasa bosan. Lampu lip lap suluh sana sikit, suluh sini sikit. Tak klimaks langsung ! Pastu dengan suara pompuan Cina tu rasa turn off terus.



Kami melepak kat situ sampai abis show. Pastu gi lah merayau rayau di kawasan sekitar. 

Ada menara jam tempat di mana bendera British di turunkan menandakan penyerahan Hong Kong kepada China balik semula dulu.

Lain lain biasa biasa je. Orang pun ramai.


Tapi apa yang lebih menarik di kawasan ini adalah Avenue of Stars itu sendiri.

Avenue of Stars ni adalah kawasan yang di bina untuk memperingati bintang bintang filem Hong Kong yang terkenal. Kalau kat Hollywood tu macam Walk of Fame lah. Dan kat sini pun ada.

Nak tengok?

Meh kita usharina kawasan sekitar.


Tak tau la sapa pompuan ni tetiba dah jadi batu. 

Mungkin bohsia Hong Kong suka merayap sangat pastu mak dia sumpah jadi la macam ni. Agaknya lah. 

Hahahahah.

Dan yang lain lain gambar dan binaan yang menggambarkan industry perfileman di Hong Kong ini sendiri. 








Tempat ni macam dah jadi Icon Hong Kong dah.

Tak sah kalau ke Hong Kong dan tak datang kawasan ni. 

Cuaca makin sejuk. Tapi kita orang tetap gagahkan diri. Hujan pun sama turun renyai renyai tapi BW tetap berposing sakan dan lupa diri. Semua tempat dia nak pose. Silap silap terjatuh dalam laut terus.

Dan highlight tempat ni, hah. Bekas tapak tangan artis artis terkemuka Hong Kong.

Dah ! Jangan perasan ada nama nama kita semua. Tak de. Eh. Michelle Yeoh ada. Yang lain lain mostly aku tak kenal.

Mati lah dok tanya soalan yang sama kat BW dengan IH.

"Sapa ni? Famous ke?"

Tak famous tak nak ambik. Banyak kali sangat aku tanya dia orang dah tak nak layan. So aku usha sendiri je.

Tapi jumpa la jugak yang aku kenal macam Bruce Lee, Jackie Chan, Aaron Kwok. Jacky Chung. Tu agak familiar la bagi aku. Yang lain lain hampeh.






"Eh. Jacky Cheung tu bukan pompuan ke?"

Aku tanya IH.

"Kau dah kenapa? Lelaki lah"
"Heh? Mati mati aku ingat pompuan"

Pastu berkira kira. May be aku ingat Jacky lain. Jaclyn Victor agaknya.

Hahahhaa.

Dan salah satu statue yang ada kat sini adalah status Abang Bruce Lee nih hah. Tak sejuk ke tak pakai baju huh??? Kita orang ni dah parkinson menggigil sampai tulang sum sum okeh.




Babi kau babi !

Tetap nak pose pose di sini.


Dan lepas puas berjalan. Hujan pun macam dah makin lebat. Kami pun blah. Nak ke mana lagi?

Bebudak ni ikut je kalau aku cakap gi mana mana. Aku pulak ada terdengar ada mamat Cina ni dok borak dengan Minah Salleh bercerita pasal perjalanan dia hari tu kat Hong Kong.

* mati la telinga aku capang.

Pastu aku dengan selamba bomba je based on bijik butir yang aku dengar, aku pegi tanya mamat tu cemana nak pegi Mung Kok tu.

Di sana ada Ladies Market yang terkenal sebab jual barang barang murah murah. Kira macam Petaling Street !

Dan mamat tu beriya je bercerita. So ayuh !

Kita bershoppingan.

Kami naik subway di Tsim Tsa Tsui tu dan turun di Mung Kok. Tak jauh pun tapi harga tiket subway dalam HKD5.

Turun je baca laluan exit ada tulis Ladies Market dan kami terus la menerjah. Hujan masih turun renyai renyai tapi tak mematahkan semangat lumina kami.

Kami gigih !

Dan lebih excited lagi bila sampai dan tengok jualan yang macam macam dan murah murah belaka.




Macam macam la ada kat sini. Dari baju. T shirt. Hand bag. Kasut sampai lah ke Fridge Magnet. Semuanya ada kat kawasan ni. Mungkin tempat ni memang terkenal untuk orang Malaysia kot, siap satu kedai tu tulis bahasa Melayu.

Lawak betul. Dia tulis 'Enam helai 100 !'

Paling mencabar kat sini nak menawar lah. Memang kena tawar kaw kaw punya. Kadang kadang dia orang nak melayan dia layan la. Kalau nasib kita baik memang dapat harga apa yang kita nak. Kalau tak.

"You go back and sleep"

Hahahha. Aku kena jugak dua tiga kali.

Ada gak yang tak nak layan. Ada jugak yang pujuk rayu suruh ambik tapi kita orang buat keras. Nak beli FM pun sama. Last sekali jumpa jugak yang murah. Terus masing masing borong kat situ.

Pendek kata, semua penuh tangan lepas tu. Memang heaven la shopping kat sini. Walaupun barangan replica tapi nampak macam original. Bukan macam kat Thailand tu lah. Ni grade AAA punya kot.

Harga pun boleh tahan.

Abis bershopping kami pun blah. Kedai pun dah banyak nak tutup.



Balik hotel kami singgah beli nasik kat kedai bangla kat bawah tu. Banyak je yang menjual. Kami beli nasik beryani. 

Hah ! Baru dapat makanan yang sedap. Tapi agak mahal jugak lah. Belasah makan dalam bilik. Janji kenyang. 

Pastu semua tergolek dog tak sedarkan diri. 

Tengok beg aku dah macam nak pecah terburai dah. Kena sumbat lagi. Kalau dia boleh menjerit mesti dia menjerit mintak tinggal di Hong Kong.

bersambung.................

8 comments :

  1. Hola2. Aku lagik!

    Nak tnya sejuk gile babeng ni brape suhu nye? Agak2 ko la brape?

    ReplyDelete
  2. kosong kot.

    tapi memang sejuk sebab ujan

    ReplyDelete
  3. haha.. lawak la baca blog incik supermeng neh.enjoy! Bulan January 2013 ada g HK gak, duduk CHung King Mansion jugak..tp hostel lain.. hehe memang best gi Hong Kong. nak2 g time winter. haha

    ReplyDelete
  4. Izmil : ada kau jumpa bangla bangla yg bersepah kat situ????

    ReplyDelete
  5. hi abam supermeng... pestime komen nih..
    tgk semua crita hong kong terus terasa syahdu tringat zaman p sana.... yang papan tanda 6 helai 100 tu saya ada jumpa... ada jugak orang hong kong yang pndai bahasa melayu...sebab maid depa dari indonesia...
    rindunya kat hong kong.... =)

    ReplyDelete
    Replies
    1. haaaa. kalau rindu apa lagi??? sebut la nama nya...............

      hk buleh je kot nak repeat banyak kali. banyak tempat menarik tu.. shopping pun best kan

      Delete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...