Singgah menumpang untuk solat di Masjid Jamek Bandar Kluang.
* mati lah padahal malas nak translate
Hujan lebat mencurah curah
Sebab hujan kena cakap omputeh......
Masjid Jamek Kluang is an old mosque built in 1940. It is the main local mosque strategically located on a hill surrounded by government residential areas, schools and the police station. Masjid Jamek is popular among the Muslims where they gather for prayers.
The mosque is spacious, spreading over 27,000 sq ft and is capable of accommodating up to 1,000 people at a time.
* mati lah padahal malas nak translate
Masjid Jamek Bandar Kluang yang menjadi kebanggaan dan dimuliakan oleh umat Islam di daerah Kluang ini mula digunakan sepenuhnya pada 28hb Mac 1941 bersamaan 29hb. Safar, 1360 Hijrah.
Sebelum itu Masjid Jamek Bandar Kluang yang terletak di batu 1, Jalan Mersing ini lebih dikenali sebagai Surau India Muslim yang dibina sejak pada tahun 1933 lagi. Kerana pertambahan dan kepadatan penduduk Islam daerah Kluang, masjid yang lebih besar dibina di atas tapak yang sama menjadi Masjid Jamek Bandar Kluang berkeluasan 10,600 kaki persegi pada tahun 1940 dengan kos berjumlah RM 150,000.
Pembinaan tambahan berlaku sebanyak 2 kali iaitu pada tahun 1970 dengan keluasan tambahan 6,802 kaki persegi dan kos perbelanjaan RM 175,000.00 dan sekali lagi pada tahun 1977 dengan keluasan sebanyak 10,970 kaki persegi dan kos RM230,000.00.
Masjid Jamek Bandar Kluang terletak di atas bukit dikelilingi rumah rumah kerajaan, sekolah dan juga Balai Polis Daerah Kluang.
Parkir
Kubah
Dinding tempat wuduk lelaki
Tempat wuduk dan tandas
Ruangan yang telah diperluaskan
Ruang solat tambahan
Dewan solat utama
Karpet
Dewan solat utama lelaki
Kubah
Mimbar dan mihrab
Binaan dalaman masjid masih mengekalkan kayu kayu lama dan pencahayaan sedikit suram kerana ruang yang terlindung. Kemudahan kipas angin dan aircond turut tersedia bagi memberi keselesaan kepada jemaah.
Ruang solat agak luas tapi disebabkan banyak perluasan dan pembinaan tambahan dilaksanakan, struktur asal agak sukar di kesan pasti dan ruangan tambahannya agak terbatas.
Tapi masjid selesa.
Seperti masjid-masjid jamek daerah, Masjid Jamek bandar Kluang mempunyai kemudahan-kemudahan asas yang diperlukan.
Banyak kegiatan turut dilaksanakan termasuk sambutan sambutan dan majlis-majlis kebesaran agama di masjid ini.
Terdapat sebuah lagi masjid Jamek yang lebih baru dan terancang binaannya di Kg Melayu Kluang dibina bagi menampung kepadatan penduduk dan jemaah Islam di daerah Kluang ini.
bersambung............
bersambung............
aduh, naper aku xnah singgah masjid ni.... huhu
ReplyDeletetersorok skit... dan ada masjid lain yg lebih gah di kluang ni kot
Delete