Thursday, February 21, 2019

Trip JDT Luaskan Kuasa : 02 - Restoran KARI KAMBING 40 HARI

Dah shopping barang barang. Now masa untuk mengisi perut yang boyak !

Masih lagi di kawasan Ayer Hitam. Tak jauh dari kawasan jual jual barangan seramik tu ada satu restaurant ni yang boleh di lihat kalau memandu merentasi lebuhraya Utara Selatan berdekatan kawasan Ayer Hitam tersebut. Nama restonya adalah Restoran Kari Kambing 40 Hari !

Kenapa 40 hari?

Okey. Aku pasti tu soalan yang bermain di minda masyarakat. Masyarakat masyarakat semua jangan risau. Nama tu mungkin sekadar tarikan je. Takde sebab yang khusus rasanya kenapa ada 40 hari tu. Bukan kambing tu di perap selama 40 hari. Bukan jugak tukang masak tak mandi selama 40 hari.

It is all about marketing you all. 

Pernah perasan nama resto ni dan pernah dengar orang borak borak pasal makanan dia ni.

Mungkin sebelum masuk umur 40 tahun ni lah kena jejak kan kaki ke sini. Haks

Saja singgah sekadar nak cuba cuba walaupun aku sebenarnya tak makan kambing ! 

#byekambing

Tapi peminat peminat kambing ni ada je kan? Kebetulan dah ada di area ni, so kami pun singgah lah nak makan. Barang di ingat, tempat ni tutup jam 3 petang so make sure timing kena betul. Kalau tak menangis la tepi jalan mengembek macam kambing sedih tak dapat makan !

Dah datang jauh jauh ni.

Kalau jalan kaki 40 hari baru sampai sini

Kalau bikers boleh lah datang ride ride makan kambing.

Resto dia memang nampak dari laluan highway tapi nak sampai sini kena exit Ayer Hitam dulu dan ikut laluan lama ke Yong Peng. Nanti jumpa lah.

Parking tepi tepi jalan tu jer.. 

Tapi jangan sampai menghalang laluan.

Senang cerita tempat ni memang menjadi tumpuan dan orang selalu ramai. Dah macam majlis kenduri kendara.

Jadi bagi membuktikan orang ramai tu, usha lah gegambar ni.

Beratur nak order makanan. Konsep dia layan diri sendiri.

Boleh makan duduk bersila. 

Sila Sila.

Atau duduk di meja.

Pepandai la cari meja yang kosong

Jangan merusuh kalau tak de meja. Kena tunggu. Dan jangan merusuh kalau ada bau kambing sebab ramai ramai tu mesti ada yang bau lain macam sket nanti. Hehehe

So kita nak order apa ni di sini? Adakah kambing je semata? Jawapannya sudah tentu lah tidak !

Restoran Kari Kambing menyediakan Nasi Arab versi 40 hari. 40 hari lagi?

Baik lah. Menu dia ada kambing dan ayam. Boleh campur. Style makan dia dalam dulang. Ada harga harga ikut jumlah orang yang nak makan. Satu dulang RM48. Kenapa tak RM 40 eh?

Air percuma satu jug.

Selain tu boleh jugak order by pinggan kalau tak ramai. 

Betul tak Bang?

Kalau tak ramai orang buat apa nak order dulang. Nanti tertepuk air di dulang, terpercik muka sendiri ! * matilah 


Hah ni yang size single.

Dayung sampan menuju kuala. Kayuh laju sangat. Terlajak. Terlajak perahu boleh diundur. Terlajak kereta bayarlah tol..... Eh. seronok pulak abang ni berperibahasa.

Okey ni nasi dulang combo kambing dan ayam mengawan. Nampak tak ayam tu macam di anak tirikan oleh ibu kambing?

Masa untuk membaham. Style makan dia ada kuah kuah ala ala sambal. Tapi rasa macam manis skit.

Lihat lagi sebelum semuanya terlambat sebab kehabisan di baham masuk perut.

Air minuman jangan di lupa.

Overall, aku dah singgah sekali dan tak de rasa nak singgah lagi. Tak jumpa mana hype nya tempat ni sebab pada aku makanan dia biasa biasa je. Maybe orang lain especially peminat kambing rasa lain skit kot. Sedap la agaknya.

So kalau nak cuba, dipersilakan. Tak de halangan.

Mungkin cuma ada halangan untuk sampai ke hati awak jer. Chia ! Chia ! Chia !

Okey. Pick up line gagal. Jom blah !

Restoran Kari Kambing 40 Hari
215, Kampung Haji Ghafar, bt 5 ½,
Jalan Yong Peng, 83730 Ayer Hitam,
Johor.

Tel 019-6272243, 014-6372243, dan 07-7583129.

Dibuka setiap hari dari 7.30 pagi hingga 3 petang. Cawangan dia cuma ada di sini satu je. Tak de cawangan cawangan lain dah.


bersambung............

8 comments :

  1. Meng klo ko mkn ayam je mmg xngam la sini. Sini kambing dia yg sedap. Lembut dan meresappp rempahnya gituu...diadun bersama nasi lembut dia tu, makan sambil berselisih lengan orang sebelah dlm talam...asyikkk gitu. Hahahaha btw aku dgr 40 hari tu asalnya owner dia tabligh, kan keluar rumah 40 hari. Gitu la. Gahaha xtau betul ke x. Tp aku perasan ppuan2 yg jaga kaunter pakai purdah, so betul kot teori aku. Eh

    ReplyDelete
    Replies
    1. aku rasa ada logik la theory kau tu tapi relation nya tu aku tak faham. tak pe lah.. gadoh 40 hari 40 malam kang lapar lak.

      aku dengan kambing belum boleh senada seirama lagi so skippppppppppppppppppppp !

      hello KFC !

      Delete
  2. Ari tu ada lalu depan kedai ni.. Nk masuk org terlalu penuh..malas laa nk q.. Nk mkn kambing je kot..kat kl pun ade..hah hah hah...yg kat MAEPS tu uncle pernah cuba tak..ok juga.

    ReplyDelete
    Replies
    1. situ kambing jugak kan? sebab tak gemar malas nak riki sgt. tggu kalau penggemar kambing ajak boleh la gi usha.

      Delete
  3. ada pernah baca jadi nama 40 hari tu sbb pemilik restoran dia org tabligh 40 hari.

    Selalu lalu situ tapi tak sempat nak sampai, mesti dah jam 3.00 ptg ekekeke

    ReplyDelete
    Replies
    1. i see... apa kena mengena tabligh dgn kambing tu? #blur

      kalau org area tu mesti tak berapa heran kot. org luar je yang excited terlebih

      Delete
  4. Tunggu lepas pantang 40 hari baru nak pergi....hehehe

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...