Saturday, February 23, 2019

Trip JDT Luaskan Kuasa : 04 - KLUANG

 Bandar Kluang terletak di daerah Kluang !

* krik krik krik

Hey ! Jangan lari. Tu fakta bukan auta.

Daerah Kluang adalah sebuah daerah di Johor , Malaysia . Bandarnya di kenali sebagai Bandar Kluang . Daerah Kluang adalah salah satu daripada dua daerah yang terkurung di Johor, sama seperti daerah Segamat.

Daerah Kluang seluas 2,851.64 km 2.

Dulu dulu aku tau Kluang ni sebab ada Sekolah Sains Johor jer......  Now sebab lalu kawasan jajahan, kita usha skit daerah Kluang dan bandar Kluang ni. Apa yang ada di sini !





Daerah Kluang bersempadan dengan Segamat di utara, Batu Pahat di barat dan Mersing di timur. Perbatasan selatan daerah Kluang bertemu dengan daerah daerah lain seperti Pontian, Kulai dan Kota Tinggi. Kerana kedudukannya di tengah tengah negeri Johor, maka ia bersempadan dengan kebanyakan daerah daerah lain.

Dan usha sikit bandar Kluang ni.












Pekan dia agak besar dan busy jugak. Dah few times sebenarnya aku lalu dan singgah di Kluang ni tapi memang tak pernah abis explore. Selain daripada tak de saudara mara, tak tau jugak nak pegi ke mana. 

Pernah lah singgah few times dekat Rail Coffee Kluang tu pekena roti bakar dia yang famous di sini.





















Sehingga tahun 2010, jumlah penduduk Daerah Kluang seramai 319,629 orang. Pada tahun 2000, pertumbuhan penduduknya adalah 1.48%.

Aktiviti ekonomi utama di daerah adalah pertanian dan ekopelancongan. Kawasan perindustrian utama terletak di Bandar Kluang, Paloh , Renggam , Simpang Renggam , Machap , Kahang , Ulu Benut dan Layang-Layang.

Daerah Kluang mempunyai 28 sekolah rendah, 21 sekolah Cina, 17 sekolah Tamil, dan 20 sekolah menengah untuk sejumlah 86 buah sekolah. Pada tahun 2014, terdapat lebih daripada 38,000 pelajar dan 3,300 guru. 

Ia turut menempatkan kampus INTAN Wilayah Selatan yang turut di kenali sebagai IKHWAS. 

Antara tempat yang boleh di lawati di Kluang ni adalah Hutan Lipur Gunung Lambak.



Kat Kluang ada McD jadi ianya sebuah bandar yang boleh di consider membangun dan tidak jauh ketinggalan. Mall je macam tak de yang hebat lagi tapi ada beberapa pasaraya besar untuk cater orang ramai bershoppingan.

Antara artis yang berasal dari Kluang ini adalah Selena Gomez. Eh bukan eh?

Oh ya. Noraniza Idris.

Kak Ani ! Jangan malukan orang Kluang. Dipersilakan mewakili daerah Kluang untuk menghiburkan rakyat jelata ..................

* pass micropon



Di kedinginan malam ini
Ku melerai rindu dalam hati
Agar terubat resah rindu
Yang menyentuh kalbu

Mungkin kau tiada menyedari
Apa yang ku simpan di hati
Mungkin kau memahami
Segala yang terjadi

Ingin kuturuti jejak langkahmu
Walau ke mana saja kau pergi
Ingin aku menghambakan diri
Untuk engaku mengasihi

Sedalam mana lautan api
Pasti aku cuba mengharungi
Itulah ketulusan hatiku
Moga kau kan mengerti

Semakin aku megingati
Semakin tebal rindu ini
Aku hanya mengemis rindu
Dari hati kecilmu

6 comments :

  1. klu dtg kluang mmg xleh miss Bariani Desa...

    ReplyDelete
    Replies
    1. dekat taman desa... kalau dari ayer hitam menghala ke kluang sebelum sampai INTAN ada petronas... sebelum petronas tu...

      Delete
  2. Haip.. kat kluang ada Kluang Mall tau.. satu²nya mall yang best la kat situ.. haha.. sebab mall lain dah melingkup so KM je yg kekal beroperasi dengan baik dan meriah sehingga hari ini. Anyway, salam dari warga Kluang (1987 - now)

    ReplyDelete
    Replies
    1. ada eh? hebat hebat kluang skrg.....
      moga sukses terus !

      from keluang man.

      Delete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...